Carian

Bumi Soviet itu

Assalamualaikum

Entri kali ini berbaur sentimental sikit. Kenapa? Sebab ada benda-benda yang aku rindukan masa aku duduk di Moscow dulu.

Dah setahun sebulan aku tinggalkan Moscow dalam tak sedar. Dan dah setahun aku secara official adalah SAHM. Fasa-fasa menjadi surirumah ni tak mudah. Memang aku salute orang yang jadi surirumah sepenuh masa sejak kahwin. Aku tiga tahun kahwin, baru setahun merasa. Itu pun struggle juga.

Back to the topic, I missed some parts of Moscow (as a student).

Beberapa bulan sebelum balik Malaysia, aku pernah tanya suami "Kalau kita stay je dalam Moscow untuk beberapa tahun aci tak?" Dengan selamba dia tanya balik "Nak makan ayam je ke sepanjang masa?" Haha. Sebabnya, ayam je yang murah. Ayam halal harga dua kali ganda mahal dari ayam tak halal, tapi itulah lauk paling murah. Ikan dahlah mahal walaupun tak segar mana. Daging mahal dan susah sikit nak dapat. Lagipun, as foreigner duduk Russia kena ada visa. Ada visa leceh, kena ada host yang boleh support untuk keep renew visa.

Kos sara hidup kat Moscow boleh kata tiga kali ganda mahal dari Malaysia. Air mineral saja RM5. Tapi kami duduk hostel universiti, dah cut cost kat duit sewa sebab murah. Bil letrik, bil air pun dan termasuk bayar hostel. Students yang duduk apartment sewa mahal walaupun dan bahagi samarata. Diaorang sewa satu rumah duduk 5-6 orang. Taklah terbeban mana, tapi masih mahal dari kami yang duduk hostel (student engineering je murah).

Aku rindu Moscow sebab aku rindu public transport dia. Haha. Jimat duit minyak dengan duit kereta. Duduk sana pakai public je pun cukup dah sebab memang sangat sangat efficient. On time, boleh bajet masa, better than roadway. Crowded tu tak perlu cakaplah. Dah nama sangat efficient, memang ramailah yang guna. Kat sana, guna public transport sangat jimat sebab ada kad transport untuk golongan-golongan tertentu dan ada kad bulanan lagi. Kami student memang dapat student card untuk transportation. Yang aku perasan, transport card ni boleh juga link dengan bank card. Golongan pencen dan tua-tua pun ada card diaorang.

Benda lain yang aku rindu kat Moscow ialah medical services dia. Haha. Universiti wajibkan medical check up kat klinik universiti every year untuk lepas PE, tak ambil kira tak lepas. Check up bukan check setakat ambil x-ray je, siap ada check ECG, ada ambil darah, ada ambil air kencing, kena jumpa doktor yang ketuk-ketuk lutut (lupa namanya apa), check gigi, yang perempuan kena jumpa gynaecologist, ada juga jumpa doktor yang check body posture. Ada orang kena buat semua, ada yang tak perlu sampai check darah, bergantung pada arahan yang makcik kat meja kaunter tu bagi.

Kalau klinik swasta, mahal memang mahal, tapi sangat bagus. Rata-rata semua orang kena ada insurans. Macam masa aku nak bersalin, nak sign contract dengan hospital, dia tanya juga ada family insurans ke (untuk cover pregnancy). Aku ada insurans yang universiti bagi je. Yang ni memang tak cover aku bersalin. Aku tengok semua ibu-ibu mengandung ada kad insurans untuk bersalin. Even register pun dia minta nombor insurans. Aku tak ada, diaorang ambil je yang universiti punya sebab nak key in data tak boleh tak masukkan nombor insurans.

Insurans diaorang bukan yang jenis bertahun-tahun. Bergantung pada jenis. Macam yang universiti selalu provide kat kami, renew every year. Masa Wildan pun sign contract dengan klinik keluarga untuk dapatkan insurans tu sebab kalau ada kes emergency susah bila call ambulans. Dan biasanya kalau dah sign contract dengan klinik tu boleh call ambulans dia je. Lagipun, dapat service lain selain cucuk vaksin ikut jadual.

Aku belajar kenal nama ubat. Sebab tu aku rindu medical services kat Moscow. Pergi check up dengan doktor, dia bagi list ubat apa kena beli kat farmasi sekali dengan dia explain kenapa dia bagi ubat tu (ada je yang dia tak explain, most of the time dia explain). Datang check up yang kemudian, bila doktor tanya ubat apa, tergagau nak menjawab. Mula-mula aku pelik, tapi lama-lama aku belajar. Sampai ke content ubat pun aku ambil tahu.

Satu lagi yang aku rindu ialah orang Russia yang tak lokek ilmu dan baik hati. Memang orang Russia terkenal dengan kebengisan dan susahnya nak senyum tapi ada manusia yang jenis tak lokek ilmu dan baik hati. Pernah sekali beli cendawan, tengah pilih-pilih tu ada makcik tu tegur, dia kata aku salah cara pilih cendawan. Dia bagitahu tips nak pilih cendawan. Masa tu aku terkejut. Makcik tu bukan kenal aku pun, dahlah aku bertudung pula. Tapi dia baik hati untuk ajar basic skills. Banyak sangat cerita best-best orang Russia ni sebenarnya.

Last sekali yang aku paling rindu kat Moscow ialah budaya memuliakan orang perempuan. Adab orang lelaki dengan perempuan sangat bagus. Sebelum sampai Russia, cikgu bahasa kami awal-awal dah pesan kat budak lelaki yang budaya mereka lelaki tak hulur tangan dulu untuk berjabat tangan. Tunggu orang perempuan yang hulur, kalau tak hulur maknanya tak nak bersalam. Sama juga kalau dengan orang tua dan kanak-kanak. Tunggu diaorang hulur dulu. Sebagai tanda hormat.

Dalam metro atau bas atau tramvai tempat duduk diutamakan untuk orang tua, perempuan, ibu mengandung, kanak-kanak dan orang OKU. Biasanya kalau nampak senarai orang ni, mesti ada yang offer. Kami yang perempuan seronokla. Tapi bila sesak sangat orang, kami yang muda gagah boleh berdiri mengalah pada yang selayaknya duduk. Pernah sekali ada ibu mengandung ni berdiri, nampak dia dah sarat ada lima orang offer duduk tapi dia tak nak. Mungkin dia takut terlepas stesen, tapi nak tunjuk yang budaya begini bukan paksaan memang kebiasaan.

Sepanjang duduk Moscow banyak benda yang aku belajar; dari segi ilmu dalam kelas, pengalaman hidup dan skil untuk terus hidup (survival skill). Sebab tu dalam Islam kita digalakkan untuk travel supaya kenal budaya luar, ambil pengajaran mana yang buruk dan ambil teladan mana yang baik. Travel bukan dengan kemewahan sahaja, travel dengan hati yang terbuka untuk segala kemungkinan. Aku sempat travel dengan kawan-kawan sekali je sebelum kahwin. Selebihnya travel dengan suami dan dengan anak terus. I do love travelling and exploring new places. Aku pasang cita-cita nak kerja oversea. Haha. Doakan tercapai.

Financial Intelligence

Assalamualaikum

Bersemangat aku menulis kali ni sebab nak share satu buku yang sangat menarik. Buku karya Robert Kiyosaki. Penulis buku Rich Dad Poor Dad. Entri ni bukan pasal buku dia yang famous tu. Aku nak share satu buku yang amat mudah difahami dan mudah dibaca lagi-lagi untuk golongan yang malas membaca.

ESCAPE THE RAT RACE by ROBERT KIYOSAKI


Buku yang dibeli adalah dalam edisi Bahasa Melayu keluaran PTS. Sebab aku dapat harga murah dari pasaran dan memang aku jumpa versi ini. Harga pasaran RM11.90. Aku dah lupa masa beli berapa.

Suami yang mula-mula beli, tapi dia sedikit kecewa sebab isi kandungan terlalu ringkas (dia baca Rich Dad Poor Dad dulu). Aku tertarik dengan tajuk, so aku pun ambil baca.

Buku ini sebenarnya ringkasan dari Rich Dad Poor Dad dalam bentuk grafik atau pun bahasa mudah bentuk komik. Walaupun dalam bentuk komik, pendekatan sebegini sangat membantu mereka yang tak minat membaca dan adik-adik sekolah menengah. Biarpun dalam bahasa Melayu, tapi mesej dan input yang cuba disampaikan sangat jelas.

Secara ringkasnya, Robert nak kita faham yang ilmu tentang kewangan ni kita kena belajar dan ambil tahu walaupun tak ada modul khas atau silibus khas kat sekolah. Kebanyakan manusia, ignorant pasal financial intelligence. Duit keluar masuk pun tak ambil tahu secara teliti. Dan kebanyakan manusia juga sibuk kejar duit, jadi hamba duit. Sepatutnya duit itu jadi hamba kita, duit yang bekerja untuk kita. Benda ini yang diterangkan dalam buku Escape The Rat Race. Kalau tak faham apa yang aku cuba sampaikan, aku cadangkan belilah buku ni. Pelaburan yang sedikit untuk ilmu jangka masa panjang takkan rugi.

Bab baca buku pasal financial memang aku tak minat pada mulanya. Tapi lepas baca buku Escape The Rat Race ni, aku seronok pula nak tahu lebih lanjut. Suami ajak join pergi seminar kewangan pun aku tumpang. Seronok pula.

Ramai yang ignorant tentang ilmu kewangan. Biarpun sekadar ambil tahu duit keluar masuk, ilmu kewangan ni adalah untuk perancangan jangka masa panjang sebab ada duit keluar masuk yang kita tak nampak. Contoh paling ringkas yang tak nampak adalah hutang piutang kita. Lagi-lagi kalau loan rumah atau loan kereta yang kita buat auto debit.

Sejak baca buku ni, aku mula bezakan kehendak dan keperluan sebab ilmu kewangan ni tak boleh ikut serta dengan emosi. Dia kena logik. Aku bagi contoh mudah, handphone mahal. Sedangkan kita boleh dapat handphone yang lebih murah yang ada spesifikasi serupa dengan handphone mahal, kenapa handphone mahal juga 'keperluan'? Sebab emosi atau logik?

Tapi sejak kewagatan ekonomi ni, ramai juga aku nampak share pasal pengurusan wang. Baguslah kalau ramai yang mula sedar pasal financial intelligence. Personally, pada pandangan aku sebagai Muslim kita kenalah ada ilmu kewangan yang jelas. Sebab nak beramal beribadah pakai duit. Dan duit atau harta ni salah satu pelaburan untuk akhirat kelak. Kalau masa hidup satu sen pun kita tak mampu nak sedekah atau infaq pada jalan Allah, takkan nak bergantung kat dua lagi: ilmu yang bermanfaat dan anak soleh. Belum tentu kita boleh contribute untuk dua benda ni. Kalau duit atau harta, insyaAllah semua mampu, biarpun satu sen. Kalau zaman Rasulullah dulu para sahabat semua, tak kira kaya atau miskin hatta yang fakir berlumba keluarkan harta untuk Islam, kenapa kita sekarang tidak?

Pointnya, belilah buku ni. Aku cadangkan buat mereka yang memang jenis tak gemar baca buku yang berbentuk teks atau novel. Aku juga sangat rekomen pada mereka yang tak gemar atau baru nak kenal tentang financial intelligence dan adik-adik yang sekolah menengah. Kalau suka, belilah Rich Dad Poor Dad. Aku pun tak baca lagi, aku baca buku kewangan yang lain. Nanti dah habis baca aku share pula.

Sambungan Trimester

Assalamualaikum.

Sejak dah mula menulis ni, seronok je rasa nak share lagi cerita-cerita yang menarik.

Ini adalah sambungan kepada entri Trimester bagi mereka yang berminat untuk sambung membaca perjalanan ibu muda ni. Aku memang ibu muda, baru dua tahun lebih bergelar IBU.

Mengandung kali pertama memang satu pengalaman baru yang menyeronokkan. Biarpun masa tu tengah belajar, aku dapat belajar banyak benda. Every experience is your teacher.

Sepanjang mengandungkan anak pertama, perkara yang selalu aku fikirkan ialah Ummi. Sebab dia pun mengandungkan aku kat oversea, hanya bertemankan suami. Pada zaman itu, which was in the nineties, hantar surat dari Amerika mahu sebulan baru menyampai ke Malaysia. Nak telefon Malaysia kena pakai kad telefon. Sangat berbeza dengan zaman aku.

Zaman sekarang Internet memudahkan banyak komunikasi. Ada Whatsapp, Skype, Tango dan banyaklah aplikasi untuk berhubung tanpa banyak berbelanja. Kami biasa Tango, sebab better than Skype. Whatsapp tu ofkos kerap. Tango bila nak bersua muka. Terasa macam dekat, tapi hakikatnya jauh beribu batu.

Bila dah masuk mengandung bulan keempat atau lima macam tu, mulalah Ummi dan Ibu (my MIL) berkerjasama untuk mengepos barang-barang keperluan baby, berpantang dan dokumen untuk pendaftaran di kedutaan Moscow. Nenek mana tak seronok nak dapat cucu, cucu sulung pula tu (dua-dua first time jadi nenek). Bila sampai notis pos kat asrama, aku dengan suami pergilah ambil barang di pejabat pos. Dokumen je hantar pakai pos lain sebab nak biar sampai kat tangan.

Bila dah bawa balik barang pos, seronoklah kami unboxing the box. Walhal, barang bukan banyak mana. Setakat set berpantang dengan beberapa helai baju baby. Almaklumlah dapat barang dari Malaysia. Bukan makanan eksotik pun dah cukup seronok. Kebanyakan preparation barang baby kami beli di Moscow je. Mahal tu mahal nak banding dengan harga pasaran Malaysia, tapi dah habis murah dah untuk harga pasaran Moscow. Lagipun takkan nak pos satu almari barang keperluan semata-mata nak jimat? Untungnya, senior kami jual barang-barang anak dia sebab diaorang dah habis dan barang-barang tu diaorang dah tak perlukn dah.

Percaya atau tak, aku macam teruja dan cuak bila dah dekat dengan due. Sampai pernah tanya suami "Kalau saya tak tahan sakitnya nak bersalin, mahu mati masa tu tak?" Sakitnya bersalin tu memang tak terbayang biarpun bergelen cerita bersalin aku dengar. Suami dengan tenang jawab "Mati tu Allah yang tetapkan, sekarang pun boleh kalau memang Dia kata mati". Huhu. Memang makin takut bila dekat dengan due, takut aku yang tak tahan sakit, takut anak mati masa proses bersalin, takut macam-macam.

Yang paling aku ingat tarikh due sepatutnya 15 Mei tapi saiz baby kecik, doktor kata due maybe 28 Mei. Kira 42 minggu. Makin dekat tarikh due, makin bercampur baur perasaan. Pernah sampai tahap aku tanya suami "Boleh tak biar je baby dalam perut ni?" Haha. Aku dah selesa kendong dia dalam perut ke hulu ke hilir, despite the pain I had to bear with. Ada orang tak sabar nak suruh baby keluar, aku kalau boleh nak simpan je dalam perut. Salah satu sebabnya, takut dia tak survive masa proses labor atau aku tak cukup kuat untuk lahirkan dia. Biarlah kami sebadan je. Haha.

Allah dah susun hidup hambaNya. Dari alam ruh, ke alam rahim dan alam dunia. Sampai masanya, aku kena juga bersalin untuk baby lalui alam dunia pula.

Lahirlah Wildan Mursyid pada 16 Mei 2014, jam 11.50 pagi waktu Russia. Satu pengalaman yang memang susah nak lupa. Nanti kita sharing dalam entri lain pula.



Trimester

Assalamualaikum

Entri kali ini bercerita tentang pengalaman mengandung. Pengalaman aku cetek sangat. Anak baru nak masuk dua. Tidak ada apa sangat pun, cuma nak berkongsi pengalaman dengan pembaca lagi-lagi mereka yang masih baru dalam perjalanan menuju ke alam ibu.

Masa mengandung anak pertama, aku rasa badan aku kuat. Dahlah duduk negara orang, jauh dari keluarga. Suami je lah tempat mengadu segala sakit tak selesa itu ini. Dengan keluarga, adalah cerita sikit-sikit. Diaorang pun jauh nun hampir 20 jam perjalanan, hanya mampu minta kata-kata nasihat.

Trimester pertama, aku memang gagah lagi. Pergi kelas, menghadap sardin manusia dalam metro di Moscow, naik tangga sampai tingkat empat, dan paling tak tahan aku sempat train netball. Aku tak adalah berlari macam masa sukan, tapi tenaga yang digunakan banyaklah untuk train orang. Masa tu alahan ke morning sickness ke memang tak ada. So, aku memang rasa tak ada masalah.

Masuk trimester kedua, barulah aku merasa muntah pagi, pening tak tentu pasal. Dua minggu makan tak lalu. Masuk je kadang-kadang keluar balik. Nasi kicap telur dadar yang jadi kegemaran sepanjang zaman tu pun dah rasa tak sedap. Aku tanya ummi, dan ummi kata ada orang trimester pertama yang teruk, ada orang trimester kedua baru merasa. Huhu. Perubahan hormon memang menyeksa.

Lepas habis proses perubahan hormon tu, berat badan aku naik mendadak sebab selera dah ada, walaupun certain makanan aku masih tak boleh telan (kicap adalah antara yang memang tak boleh makan langsung). Memang doktor bising juga. Sebab naik 4 kilo dalam masa 2 minggu. Ingatkan berat badan tu boleh ditopup lepas proses loya-loya tu. Itu je moment berat badan macam bukit naik. Lepas tu setakat sekilo dua je sebulan.

Aku pengsan dua kali sepanjang mengandung. Sepanjang aku hidup, aku pernah pengsan sekali je sebab hypoglycemia kat sekolah. Pengsan yang pertama sebab kena ambil darah enam botol (setinggi 5cm). Aku memang tak takut darah atau jarum, tapi mungkin masa tu ambil darah waktu pagi. Suami kata aku kena sawan dalam seminit. Serius aku black out, sedar-sedar orang bising-bising suruh buka mulut. Haha. Kali kedua aku pengsan, dalam metro. Gamaknya masa tu habis kelas, tengah peak hour orang balik kerja. Memang padat, dan ada satu bau yang amat kurang menyenangkan. Rasanya bau gel rambut sorang mamat ni. Bila dia keluar je, aku black out. Tersedar sebab ada bau ammonia. Makcik yang duduk sebelah tu ada bawa ammonia dalam botol kecik. Pharmacist kot.

Masuk bulan kelima mengandung, aku tak boleh masak. Huhu. Bukan sebab tak larat, tapi bau tumisan bawang tu meloyakan sangat. Aroma nasi yang ditanak pun tak boleh bau. Kalau suami tanak nasi, mesti aku tanya "bau apa yang tak sedap sangat?" Rupanya nasi. Mula-mula aku ingatkan aku je macam tu, rupanya ada lagi orang yang lalui pengalaman begini. Mujur suami pandai masak. Dialah tukang masak sampai aku berpantang.

Aku warded dua kali sebab suspected preterm labor. Minggu ke-28, doktor cepat-cepat masukkan aku ke hospital sebab katanya ada risiko preterm. Memang bermalam seorang diri di wad bersalin. Dan memang ada bleeding sikit masa doktor check, tapi baby dalam perut okay. Oksigen cukup, air ketuban normal, heartbeat laju, semua okaylah. Aku kena berkampung di hospital selama 3 hari untuk pemerhatian, tapi sebab maksimum days foreigner boleh duduk hospital kerajaan tiga hari je. maka aku pun discharged. Minggu ke-31 warded sekali lagi atas alasan yang sama. Kali ni duduk hospital yang berbayar. Berkampunglah lima hari di hospital tu.

Pengalaman duduk hospital di Russia buatkan aku rasa sebagai pesakit kita kena ambil tahu basic terms dan skills dalam medical. Bayangkan, ada sesetengah pesakit diberi arahan oleh doktor untuk check CTG. Di bilik tu, ada probnya tapi tak ada nurse atau pembantu. Buat sendiri. Surprisingly, mom-to-be semua tahu how to use the probe dan tahu normal reading. Dua tiga orang sempat ajar aku. Diaorang siap pesan, kalau graf gitu gini ke apa ke cepat-cepat panggil nurse. Drip pun, nurse bagi dan pesan, drip ni kena berapa titik dalam berapa saat. Dia siap ajar macam mana nak estimate. Nama ubat yang aku makan semua kena ambil tahu. Drip pun doktor siap bagi nama dan function sebab nak bagi kita aware apa yang masuk dalam badan.

Panjang lagi kalau nak cerita. Banyak sangat pun bosan pulak jadinya.
Aku stop di sini dulu dan sambung kemudian.

Ramadan, Aidilfitri dan Mengandung

Assalamualaikum

Dah lama niat nak sambung tulis. Ada perancangan untuk buat penulisan secara berkala, cuma masih dalam progress.

Tahun ini Ramadan dan Aidilfitri aku ditemani satu lagi nyawa baru. Wildan dulu pun lahir sebelum puasa. Rasa Ramadan masa tu dah hujung tempoh berpantang. Kiranya, Raamadan kali ini sangat berbeza.

Sebelum masuk Ramadan, aku ada berpuasa beberapa hari supaya badan dan baby tak terkejut sangat. Nak-nak pula, masuk Ramadan kali ini dah masuk trimester kedua. Keloyaan dan alahan dah lepas, tapi kelaparan dan baby tendang minta makanan pula yang kena tempuh. Tambah pula, Wildan dah masuk 2 tahun dan dah makin cerdik.

Hari pertama puasa tu hari check up bulanan kat klinik. Sebelum ni, check up memang tak ada masalah. Alhamdulillah semua ok. Nak jadi cerita, check up hari tu, berat badan naik sebanyak 3 kilo dalam masa tiga minggu. Aku kena datang selang tiga minggu sebab kes haemoglobin rendah sebelum ni. Hari tu Hb dah okay, isu berat badan pula jadi masalah. So, aku ditugaskan oleh nurse untuk rekod bacaan tekanan darah kat rumah selang dua atau tiga hari selama dua minggu. Aku mula susah hati, dah dikirakan macam banyak hari je kena tinggal puasa demi baby. Selang dua minggu, check dengan doktor, tak ada masalah, alhamdulillah. Puasa pun tak banyak tinggal. Baby kuat je.

Sebelum bulan puasa lagi, aku ada berkira-kira nak buat busy book untuk Wildan. Sebab aku nanti tak boleh nak entertain dia sangat dah, lagi-lagi dah sarat nanti. Aku tak nak ajar dia lekat dengan ipad ke phone. Sebelum puasa je aku dah buat ipad withdrawal kat dia. So, bila ada masa, aku ajak suami aku keluar pergi Mr. DIY atau Daiso untuk cari bahan. Ada juga end up aku beli online. Minggu kedua dan minggu ketiga puasa, aku pulun buat page busy book. Haru sangatlah, sambil menjahit tu melayan Wildan. Nak mengamuk, dia bukan faham apa. Tabahkan hati je. Nanti ada masa, aku share gambar busy book dia. (tak jadi buku pun, jadi page je)

Pengalaman berpuasa tu, memang aku rasa agak mencabar. Ada masa-masa aku tak puasa sebab takut baby tak cukup makan, macam aku terlepas sahur dan bila ada sakit yang kuat dari biasa (rasa lemah atau lembik sangat). Dengan ada Wildan, masa banyak terisi nak melayan dia: ajak dia makan, ajak dia main. Wildan ni jenis makan nak berteman, melainkan dia lapar sangat, dia tak kisah dah. Kadang-kadang buat roti sampai kena buat dua, satu untuk dia, satu untuk ummi. Kalau tak buat, dia tantrum. Cakap aje kita puasa, tapi umur dua tahun nak faham solat pun cuma pada pergerakkan je, ni pulak puasa. Ada masa bila cakap kita puasa, dia tak hulur dah makanan. Ada masa dia sampai suruh makanan betul-betul masuk dalam mulut (mujur masa tu memang tak puasa).

Ada aku bawa dia pergi masjid solat terawih. Kalau tahun lepas, dia baru umur setahun, baru dapat kaki, tak lasak, sampai je masjid waktu tidur dah. Sekarang ada kaki, lasak, nak explore sana sini dan ada akal yang panjang. Dua rakaat tu dia bolehlah nak duduk diam ikut kita rukuk sujud, tapi temptation dia untuk join budak-budak lain main tu tinggi, biarpun dia paling kecik. Abah dia tak boleh nak khusyuk solat. Bila penat pandai pergi saf wanita sibuk cari ummi. Kali kedua bawa, pergi masjid yang jemaah perempuan kat tingkat atas. (Berbilik, ada pintu) Kat situ memang semua mak-mak dengan anak-anak penuh. Kesian kat Wildan tak ada geng. Sebab majoriti budak perempuan dan semua dalam lingkungan 4-6 tahun. Then kali ketiga, aku bawa sekali dengan MakSu Amanda dia. Masjid yang sama. Dia join geng MakSu dialah. MakSu dia baru 4 tahun. Hehe.

Bila balik kampung, Wildan memang mudah mesra dengan mak sepupu pak sepupu dia (cicit sulunglah katakan), walaupun dua ke lima minit pertama dia bergayut kat kaki ummi dia. Ada je member boleh buat main boboiboy ke main basikal ke main kejar-kejar, ummi ke abah ke dia memang tak ingat. Haha. Fitrah dia macam tu lagi.

Raya tahun ini kami beraya di Jengka. Setelah sekian lama, aku dapat tunaikan solat sunat aidifitri. (Biasa mesti ada kekangan untuk pergi masjid). Wildan pula, bangun-bangun tengok semua orang dah berbaju raya, mengamuk nak juga pakai. Ingatkan menangis marahkan apa, rupanya marah orang lain dah pakai baju raya. Tapi bila pergi beraya, dia punya pemalu, nak menepek je dengan ummi. Tak nak duduk atas lantai, nak beralaskan peha ummi juga. Ada mood, tak nak abah, nak ummi juga. Penat memang penat, tapi nanti dah keluar adiknya, dia tak dapat nak bermanja sangat dah. Aku pun seronok sementara anak nak bermanja dengan kita.

Begitulah kisahnya Ramadan dan Aidilfitri kali ini.
Satu pengalaman dan cabaran baru yang aku lalui.




SAHM

Assalamualaikum.

Tak sangka dalam masa terdekat nak update blog. -hands clapping-

Maklumlah, susah dah nak aktif menulis macam dulu. Bukan masalah masa tak ada, picisan idea yang hendak ditaburkan itu tidak ada.

Terasa nak menulis untuk meluahkan perasaan sebenarnya, tapi kalau nak luah, tak ada maknanya tulis dekat blog. Dah lama nak tulis tajuk ni dan beberapa insiden menyebabkan aku jadi nak tulis juga.

SAHM atau bahasa panjangnya dalam bahasa Inggerisnya STAY AT HOME MOM, dan bahasa paling mudah untuk kita hadam, suri rumah.

"Having a degree and decided not to work is not a wasted of time for those degree years. And differs to how one sees it. If you decided not to work, does not mean, others should do the same."

Keputusan untuk duduk di rumah dan jaga anak adalah keputusan peribadi masing-masing. Satu keputusan yang perlu dihormati oleh semua pihak, regardless what position you are. Masalah dan situasi semua orang tak sama. Jangan anggap masalah kau sama dengan masalah orang lain, dan solusi kau kena sama dengan orang lain. Hidup ini penuh dengan pilihan. Allah sendiri yang bagi akal untuk kita berfikir dan timbang tara each and every single decision.

Yang bekerjaya tak usah pandang rendah pada yang jadi suri rumah, dan yang jadi suri rumah tak usah pandang hina pada yang bekerjaya.

Kebiasaannya, orang akan pandang rendah pada surirumah. Kenapa? Sebab orang perempuan duduk rumah 24/7 ni macam tak ada kehidupan, dan tak perlukan pendidikan untuk jaga anak. Aha..... ingat ilmu jaga anak, jaga rumah datang dalam sekelip mata je? Satu bonus bagi ibu yang jadi SAHM ada pendidikan yang tinggi. Untuk besarkan anak, kena selari dengan zaman, kena ada ilmu dari pakar juga. Psikologi anak ini lain, kena pandai tackle dan hadam. Sama juga dengan jaga rumah. Makan pakai anak, suami dan tak lupa pendidikan anak. It's a plus you have a degree, because you have something to let you children see, and you can become their role model. Who knows? And having degree you could even home school your own children before kindergarten, let the official learning starts from home. Plus, you can home tutor you children. -wink wink-

(Maaf atas penggunaan bahasa yang bercampur. Ada sesetengah ayat, tak pandai nak susun dalam Melayunya)

Sekarang ni rata-rata masyarakat sedia maklum, kerjaya suri rumah ini adalah kerjaya yang tak bergaji dan tidak ada cuti, cuti tahunan ke, cuti sakit ke. Ingat kerja kemas rumah, jaga itu ada rehatnya? Nak-nak ada anak jenis lasak, susah duduk diam. Kalaulah kerja surirumah ini memang goyang kaki, kenapa ramai surirumah yang tak ada masa untuk uruskan diri sendiri? Sepatutnya kalau dah kerja goyang kaki, banyak sangatlah masa untuk diri sendiri.

Suri rumahlah chef, suri rumahlah komando bila suami tak ada, suri rumahlah cleaner, suri rumahlah nurse, suri rumahlah doktor, suri rumahlah pengasuh, suri rumahlah cikgu and the list go on. And they work without taking/asking for any monthly salary (nafkah is one different thing and it depends on husband's capability).

Cuba sehari kau duduk jadi suri rumah, dan kau rasa lah seronok tak seronok. Haha. Macam aku, first two three months jaga anak, duduk berdua je, mahu jadi pening, stress dan macam-macam. Memang terasa kerja lebih baik. Tapi bila fikir anak baru setahun (masa tu), rumah kena ada yang kemaskan, nak sapu, nak mop, baju kena ada yang ambil peduli bila nak basuh, bila nak lipat, kalau anak duduk taska, makan tidur dia terjaga ke, perkembangan, pengaruh sekeliling kat taska lagi..... aduh.... risau pulak. Kalau aku kerja, balik petang aku penat, tak rasa aku mampu jadi superwoman macam mak aku; layan anak, layan suami, kemas rumah, mahu aku naik hangin dulu. Hujung minggu pulak nak rehat.

Aku buat pros and cons kalau aku kerja, dengan anak yang kecik lagi, tak ada maid lagi. Baik aku duduk rumah, jaga anak, kemas rumah. Memang mencabar, nampak senang.... tapi ada masa stress juga sebab expectation orang yang kerja nak rumah kemas, semua tersusun, makan terhidang dan macam-macam. Boleh sakit jiwa bila soalan-soalan yang berbaur macam aku goyang kaki je. Tambah pulak, adik aku pun duduk rumah lepas tu (sorang habis SPM, sorang special needs). Ada diaorang kurang-kurang boleh ringankan tangan aku buat kerja rumah, biarlah buat kerja acuh tak acuh, halfway done ke. Tapi memang helpful juga ada diaorang, nak melayan anak aku yang masih ada mood swing tak pasal-pasal, tolong kerja-kerja yang berat ke, teman pergi beli grocery ke. Dan lama-lama aku cuba selami situasi yang ada dan hadam, dan ya, seronoklah; dari banyak sudut. Peduli lah orang nak kata apa. Kalau orang tanya kerja apa, aku jawab je "Tak kerja pun lagi, duduk rumah jaga anak". Dan respon dari segi riak wajah dan bahasa badan bermacam aku terima. Aku peduli apa, asalkan anak aku aku yang besarkan, aku yang jaga makan pakai dia. Apa yang dia belajar, apa yang dia nak tengok kat tv aku kawal. Nampak tak jadi suri rumah ni kena ada kreatif nya juga.

Siapa kata jadi suri rumah tak boleh buat duit? Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, orang boleh duit dari rumah. Usaha dan masa kena lebih. Letih dia luar biasa sikit dari orang biasa. Ada suri rumah buat bisnes online, jadi agentlah, stokis lah, dropshiplah. Ada suri rumah bisnes jual kuih, ambil tempahan atau hantar harian kat kedai. Ada suri rumah jadi blogger. Ada yang buat home tuition. Ini nama glemer WORK AT HOME MOM - WAHM. Haha. Nama nak glemer saja. Jadi WAHM ni nampak senang sebab masa flexible. Kita boleh cakap tak bila tak boleh. Ye ke? Aku tak rasa, dengan nak melayan kerenah anak dan masa yang sama customer lagi, boleh naik gila juga. Aku ada juga buat kecil-kecil, tak serius sangat. Sekadar nak kumpul duit untuk kepuasan diri je. Back to the point, WAHM ini perlukan wanita yang kental. Mana nak jaga rumah, anak dan layan kerenah customer yang beribu ragam. Kalau yang memang aktif tu, aku salute sangat.

As surirumah, aku tak pernah perlekeh atau pandang hina pada wanita yang bekerja. Dia ada capability dia dan itu keputusan dia. Bila kerja tak bermakna anak-anak terabai, rumah tak terurus, konon semuanya maid yang jaga.

Mak aku mampu buat. Yelah, tengok dia balik kerja, penat lagi, nak rehat lagi, kadang tak sihat, kadang sibuk dengan nak buat lecture notes, dan macam-macam. Tapi kalau dia pencen awal, dengan kehidupan dia yang dah kerja lama, mahu mati kutu dia duduk rumah. Dan kami adik beradik tidak dibesarkan oleh maid, dijaga makan pakai oleh maid dengan kawalan mak. Maid kitorang pulak, sejenis macam mak. Dulu ada kedai runcit kat Bandung (orang bisnes okay), datang cari kerja ke Malaysia sebab nak kumpul duit untuk anak dan ada isu lainlah, sangat mudah memahami mak kami. Sepuluh tahun dengan kitaorang. Masak semua mak yang ajar. Tak ada dia tokok tambah resipi tu. Biasa makan malam, memang mak akan masak sekali. Tugas dia cuma kemaskan rumah dan jaga makan pakai kitaorang masa mak kerja. Bukan pengasuh. Skop kerja dia dah dijelaskan awal-awal. Bila buat homework, nak tanya apa tak faham, semua kami refer mak. (This is when your degree is useful- regardless you SAHM or Working Mom). Mengadu masalah ke, nak bercerita ke, semua mak. Ada je masa cerita dengan maid, tapi nanti habiskan lagi air liur cerita kat mak. Haha. Padahal boleh je skip tunggu mak balik. Tapi kadang tu eksaited nak juga cerita kat sesiapa yang ada (macam aku).

Kenapa wanita-wanita ini memilih untuk bekerja? Bergantung pada diri masing-masing, ada yang sebab masalah keluarga, ada yang sebab nak puaskan diri dengan kerja, ada yang sebab minat dia, ada yang sebab nak kumpul duit untuk diri sendiri, ada yang memang jenis tak boleh duduk rumah, dan bermacam sebab. Dan pilihan untuk bekerja itu tak salah. Aku pun nak kerja. Cuma bukan sekarang. Dengan anak baru masuk dua tahun, dan perut yang sedang membesar, aku nak tunggu anak-anak besar, dah boleh bawa diri (beza baik buruk), dah masuk sekolah, baru kerja. Dan aku bukan tak ada perancangan sendiri. Perancang terbaik adalah Allah. Masa dan keadaan yang sesuai, DIA yang Maha Mengetahui. Sehebat mana timeline aku buat, kalau Allah kata bukan masanya, bukan juga.

On part being a career woman, aku tak pandai nak ulas panjang. Aku cuma menulis berdasarkan pemerhatian aku atas mak aku. Role model aku. Aku tak kata semua wanita bekerja ni kena ada maid, ada je aku tengok tak ada maid and can do well (loads of them, okay!).  Macam aku cakap itu keputusan masing-masing. Kenapa dan apa asbabnya kerja itu masing-masing yang tahu.

Terpanjang pulak post kali ini.
Aku terasa nak kongsi sebab ada komen-komen "rugi je belajar tinggi-tinggi tapi end up jadi suri rumah". Kalau ikutkan hati aku, nak aja cakap, dah kalau gitu isteri-isteri Nabi semuanya tak pandai belaka ke? Aisyah r.a adalah antara sahabiah yang sangat terkenal dengan kebijaksaan beliau. Beliau tak kerja malah ada hamba di rumah. Isteri Nabi yang manusia biasa, bukan maksum bukan istimewa tang mana-mana (istimewa sebab dia muda dari yang lain- cerdas akalnya). Kelemahan Aisyah r.a cuma tak pandai masak. Bab lain dia expert. Adakah rugi sebab dia ada ilmu? Ilmu itu bukan untuk kerja je. Kalau ilmu hanya untuk kerja, baik dari kecik amek degree, buat course tu 10 years' timeline syllabus. Bila dah start kerja nanti tak ada yang komen "kan dah belajar, tak akan tak tahu" kan? Dan kalau ilmu tu untuk kerja je, jangan belajar benda lain - even life skills pun sebab nanti tak kerja pun even ada ilmu tu.

Ini semua pandangan aku. Macam mana aku melihat kehidupan ini. Either being SAHM or Working Mom, both are a great decision that suits you. Life is not about who is the most successful HERE but who is the most successful in HEREAFTER. Perjelaskan semula matlamat dan tujuan kita hidup. Mungkin berbeza-beza setiap orang, tapi jangan sampai perlekehkan orang lain.


Audit Diri

Assalamualaikum
Nak keep up menulis macam empat tahun yang lalu tak semudah yang disangka. Apatah lagi setiap kali ingin menulis, pasti akan ditapis-tapis dan akhirnya tak ditulis. 

Kali ini, aku rasa perlu untuk tulis. Untuk tatapan sendiri dan mereka yang sudi meluangkan masa untuk membaca. 

Semenjak dua menjak ini, aku amat gemarkan frasa AUDIT DIRI atau bahasa usrahnya MUHASABAH DIRI atau bahasa mudah REFLEK DIRI. Biasa dengar bila ada kem atau pergi dengar kuliah atau menghadiri bulatan gembira. Pada aku sepatutnya menjadi satu proses yang berterusan, tak kira kat mana kita, tak kira siapa kita. Dan semua yang berlaku di depan mata kita sepatutnya menjadi asbab untuk kita audit diri, tidak kira kita terlibat secara lansung atau tidak atau pun kita cuma penonton.

Aku percaya, semua orang ada buat audit diri, tapi berapa ramai yang mengorak langkah untuk mengambil tindakan ke atas audit yang negatif? Aku sendiri pun banyak audit negatif yang belum dipositifkan. 

Suami pernah berkata, persekitaran kita akan menjadi pengaruh besar atas tindak tanduk kita dan sifat kita. Contoh, suka buat kerja last minute atau jadi cerewet sangat ataupun jadi malas untuk bergerak untuk produktiviti diri. Banyaklah contoh-contoh lain yang kita boleh fikirkan. Persekitaran memang sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita, dan kadang-kadang kita terpaksa akur pada persekitaran kerana hendak menjaga hati manusia atau kerana kita tidak mahu dianggap pelik.

Ingatlah, ketika Nabi Muhammad membawa ajaran Islam banyak tohmahan dan hinaan yang Baginda terima malah pernah dituduh mempunyai ilmu sihir. Bukan nak kata kena jadi Nabi, tetapi untuk melihat pada norma-norma yang tidak sihat, yang bukan sunnah dan perlu diubah. Antara contoh yang gemar digunakan anak muda ialah hantaran kahwin melambung-lambung mahal atau majlis perkahwinan yang besar-besaran sehingga membazir. Contoh lain ialah menyanjung atau meninggikan ustaz-ustaz atau rumah yang menjaganya perempuan (kemas dan masak) atau menunjuk-nunjuk kesenangan kita dan banyak lagi. Kadang norma ini tidak dipandang salah malah disambut hebat seperti hidup berlumba-lumba tanpa arah tuju. 

Bercerita tentang audit diri, beberapa siri kejadian dan insiden dan pengalaman orang yang aku dengar membuatkan aku merasakan audit diri ini lebih daripada kita merenungkan apakah kesilapan dan dosa kita. 

Sejak bergelar ibu, banyak perkara yang aku fikirkan. Pembesaran anak, pendidikan anak dan semestinya aku inginkan yang terbaik untuk anak aku. Menjadi ibubapa lagilah perlu banyak mengaudit diri, kerana kelak anak akan melambangkan siapa ibu bapanya. Buruk ke baik. Aku amat terkesan dengan kata-kata Dr. Harlina berhubung kes beliau menegur peniaga online tentang budi bahasa "Mungkin salah generasi kami yang mendidik generasi masa kini sehingga masalah ini dipandang remeh". Allah, luluh hati aku dengar. Kalau beliau terasa generasi beliau ter'salah' didik, apatah lagi generasi aku yang sedang membentuk generasi akan datang ini?  

Antara perkara lain yang aku terlintas tentang audit diri adalah hubungan kita dengan manusia; terutama dengan mereka yang saban hari kita jumpa atau yang bertalian darah dengan kita atau orang bawahan kita sekalipun. Kadang manusia ini, bila selesa di atas, dia lupa untuk menyelami atau memikirkan tentang mereka dibawahnya.

Pernah tak, kita terasa hati dengan tindak tanduk atau bahasa badan yang dipamerkan orang pada kita, lagi-lagi orang yang dekat? Biasa bukan? Pernah tidak kita terfikir, agaknya on the first place dia yang terasa hati dengan kita dan secara tidak sengaja dia menyakiti hati kita kerana dia tidak mahu tersinggung untuk kali kedua? Jarang. Aku sendiri jarang memikirkan hal sebegini. Selalu akan aku rasa aku yang betul dan dia yang salah. EGO memakan diri. Helah si syaitan berjaya. 

Penyakit hati hanya dapat disembuhkan oleh kita sendiri; dengan solat, amalan-amalan sunat dan muhasabah diri. Kadang-kadang kita rasa sudah cukup dengan amalan. Tapi kita lupa muhasabah diri banyak membantu dari segi membuang ego yang tidak bertempat dan memperbaiki segala yang negatif. 

Ramai yang mahu mengikut sunnah nabi dari segi amalan, tetapi tak ramai yang mahu ikut sunnah nabi dari segi pergaulan dengan ahli rumah, masyarakat dan kerajaan. Ini hakikatnya manusia sekarang. Maka tidak hairan kalau wujud golongan yang benci akan golongan yang mengikuti usrah, atau wujud golongan yang hebat agama skeptikal pada mereka yang biasa-biasa. Aku juga tergolong. Aku memang orang yang skeptikal. Sangat skeptikal. Pada suatu ketika dahulu sebelum aku jatuh teruk untuk bangkit dan membuang sikap skeptikal yang masih lagi bersisa. 

Imam Ghazali pernah berpesan:


"Apabila berjumpa kanak-kanak
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, 
anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa orang alim
anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

Apabila melihat orang jahil, 
anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan 
sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa orang jahat, 
jangan anggap kita mulia
Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, 
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu orang kafir katakan, 
belum tentu dia akan kafir selama-lamanya."


Pesanan yang sangat mendalam dan penuh makna. Cukuplah memandang negatif pada orang lain, cari dan galilah negatif yang ada pada diri, yang mana tidak berlandaskan syariat dan sunnah. Cukuplah merasakan kita yang terbaik, malah rasakan masih banyak lagi yang perlu kita perbetulkan. 

SPM bukan titik pengakhiran

Assalamualaikum

Pertama-tamanya, nak ucapkan tahniah berbanyak tahniah kepada adik-adik batch '98 yang sudahpun mendapat keputusan SPM anda semalam (3 Mac 2016). Tak kira apa pun keputusan anda, akak nak ucapkan tahniah kerana anda semua sudah melangkah ke alam baru selepas alam persekolahan. Tetapi, menuntut ilmu tidak berakhir apabila slip keputusan SPM itu diterima ya.

Saya pun ada adik dan adik ipar yang baru dapat keputusan SPM semalam. Alhamdulillah, they got the result with flying colours (to us all). Expectation family berbeza-beza. So berjaya itu sangat subjektif. Yang penting kami bersyukur atas rezeki Allah. Dan keputusan SPM itu pun tak membawa makna yang besar mana sangat selepas lima enam tahun.

Nak pesan kat adik-adik yang rasa keputusan SPM mereka tak hebat, jangan rasa lemah sangat. Adik hidup baru 17 tahun. Perjalanan hidup masih panjang. Kalau direzekikan adik dapat hidup 63 tahun, ada 46 tahun lagi perjalanan hidup yang nak dilalui. Bukan nak kata SPM ini tidak ada apa-apa nilai, cuma tak perlu bersedih sehingga berputus asa dengan kehidupan. Keputusan yang kita dapat itu semua rezeki Allah bagi. Dan keputusan itu menjadi satu titik tolak untuk adik-adik tentukan masa depan adik-adik. Tak boleh nak score masa SPM, cuba lagi untuk masa di Matrik ke Poli ke. Peluang mencari ilmu itu banyak dik. Ilmu Tuhan di dunia ini luas, trust me. So, don't lose hope.

Dulu, lepas habis SPM cita-cita pun masih tukar-tukar. Kejap nak jadi itu, kejap nak jadi ini. Masa tu masih berkira-kira nak ambil jurusan apa. Sudah tentu mak ayah ada perancangan mereka untuk kita. Kalau kita rasa kita boleh bawa dan tak akan menyesal di kemudian hari, dipersilakan. Kalau rasa tak boleh dan berkemungkinan besar kita akan menyesal dan menyalahkan mak ayah kita sebab suruh kita ikut kehendak mereka, lebih baik buat keputusan sendiri. Ya, apa yang mak ayah kita hendakkan itu ada berkatnya dan redhanya. Tapi kalau hati jauh dari minat dan cita, takut kelak di kemudian hari, takdir pula yang disalahkan. Ajaklah berbincang dan terangkan kepada mereka, kemudian istikharah pada Allah. Rancangan sesiapa pun yang nampak hebat, Allah punya adalah the best!

Akhirnya, jurusan kejuruteraan yang dipilih dan mendapat biasiswa MARA. Hurm. Topik ini kena buka topik lain. Panjang alkisahnya.

Kenapa pilih kejuruteraan? Mungkin sebab rasa ada peluang kerja atau rasa hebat kot kalau jadi jurutera. Minat memang minat, biarpun bukanlah hebat. Belajar pun seronok walaupun ada semput-semput. (Ambillah jurusan mana pun, semuanya ada susah senang) Dan bila dah graduate taklah rasa rugi walaupun akhirnya duduk rumah jaga anak. Sebabnya ada ilmu dan pengetahuan. Bila orang cerita apa-apa kita tak mudah diperbodohkan. Terutama untuk kaum wanita, jangan rasa rugi kalau dah belajar tinggi, bila dah kahwin tak boleh nak kerja atau suami tak bagi kerja, sebab kita wanita berpelajaran yang ada misi dan visi untuk keluarga kita. Pada yang bekerja, pun jangan rasa rugi sebab tak boleh jadi surirumah sepenuh masa (lagi-lagi bila ada anak) sebab kita menjadi superwoman yang boleh uruskan rumah dan keluarga serta bekerja membantu suami. Hebat, bukan? (Both have their own benefits)  

Lagi pun menuntut ilmu sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Carilah ruang dan peluang untuk menuntut ilmu. Tambah dengan dunia sekarang maklumat hanya dihujung jari je. Cari tempat yang betul, sumber yang sahih dan ilmu yang benar. Rajin mencari ilmu itu tidak akan pernah rugi. Malah lebih baik dan mendapat pahala.

Untuk adik-adik batch '98, menuntut ilmu itu dari buaian sehingga ke liang lahad. Jangan pernah mengeluh bila gagal, sebab gagal itu yang akan menambahkan lagi ilmu kita, pengalaman kita. Gagal itu bukan satu kerugian. Rugi itu bila kita berputus asa dengan kehidupan dan hanya berserah tanpa sebarang usaha. So, keep it up and don't give up.

Akhir sekali, selamat memilih jalan masa hadapan untuk semua!


Permulaan Kisah


Assalamualaikum, Oh mai.... lama sangat tak menulis. Idea yang selalu mencurah-curah pun dah kering. Bukan tak rindu, bukan tak ada masa, buah fikiran dah habis (?). Kekeringan idea untuk menulis dan mencoret. Kalau sekalipun ada, pen dicapai, buku diambil dan tangan mula menulis.


Tiga tahun lamanya tak menulis. Tipu kalau tak rindu zaman rajin menulis dulu. Mungkin usia dan masa membuatkan aku berfikir lebih baik berdiam dari menyuarakan pendapat. Kata-kata yang dikeluarkan dan yang dituliskan itu menjadi saksi untuk aku di akhirat kelak. Nak tak nak, adalah sangat menakutkan bagi aku untuk menyuarakan pendapat. Nak pula sekarang bestfriend (Le Hubb) rajin melayan bebelan dan omongan makcik ini. Bila berborak, dah macam makcik-makcik, dari satu topik ke satu topik lain (biasanya makcik ni yang bawa topik lain).


Sebenarnya, dulu mula berblog sebab masa tu tengah trend buat blog. Dan masa tu social network yang ada Myspace dan Friendster. Facebook belum nak naik lagi. Twitter apatah lagi. Kononnya ada blog ni kira hebatlah juga kan..... Kalau dulu dalam satu dorm siap bertukar alamat laman blog masing-masing. Kira follower dalam blog tu pun kawan-kawan kita juga. Siapa yang aktif, rajin dan memang hebat dalam menulis, memang akan pergi jauh. Sama ada dalam bidang penulisan ke, bidang perniagaan ke, dan bermacam-macam lagi lah. Bila dah lama buat blog, rajin menulis, seronok juga. Biarlah follower ciput sangat. Blog masa tu lebih kepada diari alam maya. Sekarang orang semua pakat meluahkan perasaan, curhat semua ikut wall di Facebook. Facebook kadang-kadang public sangat, twitter pun boleh walaupun ada had huruf.


Personally, blog juga tempat untuk menyuarakan pendapat yang susah untuk diluahkan melalui mulut. Siapa yang jenis payah yang nak cakap ikut mulut dan suka menulis di atas kertas untuk meluahkan perasaan atau pendapat, kita geng. Nampak macam budak-budak sangat, tapi itu memang hakikatnya. Jenis manusia yang berbagai. Ada yang memang outspoken, ada yang tidak, ada yang jenis talkative, ada yang tidak. Kalau nak kata aku jenis pendiam, pemalu, perasaan sendiri je rasa macam tu. Orang sekeliling kata tak pun.


Semenjak dah habis belajar ni (buat masa sekarang), memang berkira-kira juga nak sambung menulis blog. Sokongan orang sekeliling pun ada. Sokongan kiri kanan, depan belakang, atas bawah pun tak cukup kalau diri sendiri tak gerak. Bukan tak nak menulis, nak lagi, cuma masih mencari idea untuk dicurahkan. Kalau dulu, memang banyaklah.... idea kebudak-budakkan. Idea yang tidak informatif. Idea yang hanya semborono menulis. Harapnya dengan permulaan menulis semula selepas hampir tiga tahun, blog ini kembali aktif dan berwajah baru (dengan berkat kerajinan tuan rumahlah).


Untuk entri kali ini, itu saja kot nak disampaikan. Sekadar memberi sapa setelah sekian lama menyepi. 

Baru nak update ni haa!

Salam.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah sebulan lebih dah bergelar isteri.

First of all, terima kasih yang tak berpenghujung kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis kami sama ada di KL mahupun di Kerteh. Alhamdulillah, segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah.

 

Lama tak update bukan sibuk mana pun, tak tahu nak tulis apa. Tu je. InsyaAllah in the future I’ll to be as active as I was before.

Dan berbanyak minta maaf kepada semua kawan-kawan sebab tak upload sangat gambar. Bukan apa, malas nak upload. InsyaAllah, kat belog ini akan ditempel sikit gambar-gambar. This is especially to those yang asyik minta gambar. Sorry for the delay. For those I’ve promised to email the pictures, I’ll try to find a way to make it.

So, enjoy the treats guys!

DSC_0136

Encik Baba saya, a.k.a wali. En. Nazarudin Che Salleh. The most funny thing is that, he treat me as a dearly queen. Tak boleh bawak barang langsung. Even handphone is not allowed. Even a piece of a tissue must be hold by my bff. Buka pintu kereta sendiri pun, dia tak bagi. Comel je Baba ni. Serius.

DSC_0164

The husband. Nothing to say.

DSC_0186

Me! Ok. Sangat tekun mendengar khutbah.

DSC_0232

The father in-law. This is the Encik Abah. Sangat peramah. Dan unik.

DSC_0242

A tearful speech from heart given by Madame Ummi. Baba kata, sangat perlu untuk seorang ibu berkata pada hari pernikahan anak perempuannya sebagai tanda dia merelakan anaknya di bawah tanggungan seorang lelaki asing. Based on Baba’s story, kat Johor, kampung Madame Ibu, si ibu akan membacakan teks atau ucapan yang mengatakan bahawasanya dia merelakan melepaskan anak perempuan kepada seorang lelaki asing yang bergelar suami. Jujur, once Ummi buka mulut, baru sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya, sayu sangat hati ini. Nak jadi tabah konon pun tak boleh dah.

DSC_0266

Kena minum susu. Haha. Masa tiba-tiba le husband pegang cawan ada susu, serius terkejut. Katanya sunnah Nabi. Biar perkahwinan sentiasa sesuci warna susu.

DSC_0294

The moms. Madame Ummi and Madame Ibu. Ni Madame Ibu Kerteh. Bukan yang Johor.

DSC_0297

 

DSC_0503

Haaa. Ini namanya mengada-ngada letak gambar ni. Tapi hope gambar ni menjawab soalan kawan-kawan tentang terjemputnya kami keluar tv. Ustaz hanyalah kawan kepada Baba. Tu aje. Dan kami hanya repay visit mereka di studio. Terima kasih atas kehadiran ustaz dan ustazah serta anak-anak.

DSC_0551

Inilah, my cousin yang jadi makeup artist. Memang kami tak nak panggil makeup artist betul-betul sebab if it had been a professional makeup artist memang sangat tebal. Kak Amiey ni memang pandai bersolek tapi bukan berbisnes pun. Just for fun.

DSC_0601

My two favourite teachers. Cikgu Suhaimi, si suami adalah cikgu kaunselling masa di sekolah rendah and Madam Haslina, the wife was my English teacher for my PMR at that school. Majlis kat dewan sekolah je.

DSC_0643

Man behind the scene. Yang kecik tu tumpang feymes je. This is my cousin, Syibri Samsuddin, who has his own photography company for side living. Walaupun penat mengikut kami ke sana ke mari untuk mengambil gambar, komitmen pada kerja dan hasil kerja dia sangat bagus. Thumbs up!

DSC_0673

Si baby Insyirah yang sangat baik dan tak takut orang langsung. Ni anak sepupu. Orang belakang tabir juga Insyirah ni. Hehehe

DSC_0687

Lastly, crew bekerja yang suka berposing. My cousins yang sangat bersemangat dalam bekerja. Givng the doorgifts to the guests.

 

Yes, I owed them much. All of them. My aunts, my uncles, my cousins, even Tok Ayah dan Tok Noni. And tak lupa Mak Cik Idar yang sudahpun selamat pulang ke Indonesia, insyaAllah for good after 9 years of working with us.

Long time no see!

Salam.

Ehem. Seperti semua sedia maklum, insyaAllah hujung minggu ini, aku akan berkahwin. Plan memang dah lama sebenarnya, tetapi antara yang Allah susun dengan yang kita sendiri susun, lebih baik susunan Allah. Kalau diikutkan perancangan kami, memang lainlah… tapi Allah bagi yang lebih baik dari apa yang pernah dirancang dulu. Alhamdulillah.

Memang, aku balik ke Malaysia kali ini, tak menyempat untuk duduk diam mahupun berehat dengan aman. Yalah, madame Ummi tu kadang-kadang katanya terjaga malamlah, terbawa mimpilah, dan macam-macam. Itu baru madame Ummi punya part, belum part tuan Baba kita ni. Memang dia pun turut sama sibuk malah kalah YB rasanya. Mana tidaknya, dengan sifat peramahnya itu, kawan memang sangat ramai dan jemputan konfirm sangat ramai. Sampai ke hari ini isu makanan cukup atau tidak masih berlanjutan. Selagi tak belangsung selagi itu akan susah hati ye!

Tujuan menaip secara tiba-tiba dalam kesibukan yang gila ini, hanyalah untuk membersihkan sawang-sawang belog dek kerana terlalu lama ianya diabaikan. InsyaAllah, lepas ni akan ada update-update terbaru ye. Harap masa akan terluang.

 

Kepada yang ada masa-masa lapang, jemputla ye datang. 17 Ogos ini, bersamaan 10 Syawal. Dekat Hulu Langat, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Tak tahu, google. Tak jumpa tanyalah tuan badan, yakni saya.

 

Sekian.

www.tudungnur.com:Ceritaku dan tudung bidang 60

Assalamualamualakum w.b.t

Pemenang_Jun_Asma'-Amirah

Aku bercerita agar ceritaku ini memberi harapan kepada mereka semua yang ingin berubah. Terutama buat mereka yang sudah putus harapan. Jangan risau, selagi masih ada peluang kita untuk berubah, ambillah peluang itu. Aku juga dahulu hanya budak hingusan yang tidak tahu apa-apa. Aku juga seperti orang lain.

 

Aku mula mengenali tudung labuh sejak aku melangkah ke usia 13 tahun. Usia yang sangat muda, usia yang masih lagi mentah. Pada ketika itu, aku memilih untuk mendaftar di salah sebuah sekolah agama berhampiran dengan rumahku. Aku memilih untuk mendaftar di sana kerana aku tidak memiliki pilihan yang banyak.

Namun, belajar di sekolah agama tak bermakna kita akan baik. Mungkin ramai yang fikir, kalau dihantar ke sekolah agama, akan berubah menjadi baik. Bukan aku ingin katakan tidak akan menjadi baik jika dihantar ke sekolah agama, tetapi mencari agama itu bukan semata-mata di sekolah agama kerana sekolah hanya mampu menyediakan suasana yang solehah dan pilihan adalah pilihan masing-masing untuk memanfaatkannya atau tidak.

Di sekolah aku memang memakai tudung bulat yang labuh kerana peraturan di dalam buku peraturan sekolah begitu. Di luar sekolah aku masih lagi mengenakan tudung bawal 45. Tahun pertama aku rasa kekok untuk keluar rumah dengan memakai bawal 45. Tahun kedua aku rasakan perkara itu perkara yang biasa. Bukan aku sahaja begitu, ramai lagi kawan-kawanku sebegitu dan sehinggalah aku mencecah ke usia 16 tahun. Aku berpindah ke sebuah sekolah agama lain. Sekolah agama yang jauh lebih ketat peraturannya. Namun, aku masih seperti dulu, keluar rumah dengan bawal 45. Apa yang berbeza, aku akan pastikan tudungku melepasi paras dadaku. Itu prinsip aku pada ketika itu. Dek kerana aku memiliki tubuh yang kecil, aku merasakan tiada masalah jika aku mengenakan tudung bawal 45.

Tahun berlalu dan melangkah ke usia 18 tahun. Aku mendapat tawaran biasiswa tajaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara, di Rusia. Pada ketika itu aku tidak terfikir tentang apa yang bakal berlaku pada aku. Aku mendaftar seperti orang lain. Penampilanku juga tiada beza dengan orang lain. Sama sahaja. Namun semua kawan-kawan baruku tahu latar belakang aku. Sekolahku di mana, SPM aku bagaimana. Cuma padaku, semuanya dalam buku teks dan hanya di dalam dewan peperiksaan. Pada ketika itu, aku masih dapat berhubung dengan kawan-kawan sekolahku dan ramai yang berubah secara perlahan-lahan. Namun, aku masih seperti dahulu, malah semakin liar. Aku mula berjinak dengan selendang yang kecil. Mungkin aku masih tidak selesa jika tudungku tidak menutupi dada, aku sentiasa memastikan tudung aku menutupi dada. Pakaian aku pun mula mengecil. Sehinggalah aku menjejakkan kaki di tanah asing ini, Bumi Soviet ini. 

Semester yang pertama aku masih sama seperti dulu. Tidak ada beza langsung. Sehinggalah aku diajak untuk menyertai usrah.

Di Bumi Soviet inilah aku belajar menghargai tarbiyyah. Di zaman sekolah dahulu aku rajin menghadiri usrah tetapi bukan kerana aku suka, tetapi aku rasakan semua orang juga menyertainya. Aku tidak merasakan zuq-nya.

Semenjak aku menyertai usrah, aku semakin memahami segala yang pernah aku pelajari dulu. Memahami dengan hati. Itulah penjelasan yang paling ringkas dan tepat. Aku semakin memahami maksud ‘menutup aurat’. Aku semakin memahami maksud ‘labuhkan kain ke paras dada’. Ayat itu aku ketahui semenjak aku berusia 14 tahun lagi. Surah An-Nur, ayat 31. Bukan lagi satu ayat yang asing buatku.

552291_410824872279375_100000555980212_1503135_885715022_n

Aku memasang niat untuk memakai tudung labuh, tetapi aku tidak ada keberanian. Iyalah, semua orang mengenali aku seperti mana aku ketika itu. Berubah merupakan satu perkara yang sangat menyeramkan. Aku kuatkan semangat. Aku menelefon jauh ke Malaysia dan meminta tolong Ummi untuk mengepos tudung-tudung labuhku. Tak banyak yang aku miliki. Kebanyakannya tudung bulat yang dipakai masa di sekolah dahulu. Inisiatif lain yang aku ambil ialah membeli tudung secara ‘online’ di internet. Memang memakan kos yang tinggi, tetapi aku rasakan kerana Allah, aku tak rugi apa-apa. Sebelum aku membeli, aku mencari saiz apakah yang bersesuaian dengan aku. Mungkin aku kecil dari segi saiz tubuh badan, namun ketinggian aku tidak boleh aku abaikan. Aku terjumpa tudungnur ini dan mereka memberi garis panduan mengikut ketinggian untuk memilih saiz tudung. Nah, aku temui saiz tudungku. Tudung bidang 60 yang bersesuaian denganku. Kekok. Itulah perasaan aku apabila tudung yang ditempah tiba di hadapanku. Namun, untuk berubah ke arah kebaikan, aku tak akan rugi apa-apa.

Bulan berganti bulan. Sampailah saatnya aku pulang bercuti ke Malaysia. Kekok. Itulah gambaran aku. Mana tidaknya, aku pergi menuntut ilmu di Bumi Soviet, tetapi pulang seperti pergi belajar ke Mesir. Mungkinkah itu yang terlintas di fikiran orang tuaku? Namun, ayahku, Baba, tidak berkata apa apabila dia melihat penampilanku, malah dia sangat berbangga melihat aku. Sudah mula bertudung labuh, berstokin, berpakaian longgar. Katanya, “Ilmu Allah ada dimana-mana, tidak kiralah Kaklong belajar di Mesir atau di Rusia, jangan pernah tinggal untuk cari ilmu Allah. Ilmu duniawi itu tak salah untuk dicari tetapi ilmu Allah jangan kita lupakan”

hijabis_by_facetheworlddude-d5miduq

Semasa bercuti aku berjumpa sahabat karibku. Penampilannya juga sudah berubah. Aku juga takut untuk berjumpa dengannya. Risau dia merasa pelik. Namun, ikatan kasih sayang kami kerana Allah. Saat Allah memberi hidayah kepada aku untuk berubah, saat itulah Dia memberi hidayah kepada sahabat karibku. Benarlah orang kata, kalau kita berubah kerana Allah, Dia akan datangkan orang-orang baik dan soleh kepada kita. Ibu kepada kawanku mempunyai bisnes tempahan untuk menjahit baju dan tudung. Aku gunakan peluang ini untuk meminta tolong kawanku menjahitkan beberapa tudung labuh untukku secara berbayar. Pertama kali aku ingin keluar rumah dengan memakai tudung labuh berjahit di tengah, aku rasa kekok. Namun, aku rasakan biarlah apa pun pandangan orang, yang penting apa yang aku lakukan adalah kerana Allah. Aku tidak rugi. Dan lama-kelamaan aku semakin selesa.

Kini aku hanya selesa untuk memakai tudung bidang 60.

C360_2012-08-19 14-04-05_org

“Berubah itu sangat sukar. Memakan masa yang sangat lama. Namun kuatkan hati kerana Allah. Percaya dengan Dia. InsyaAllah kita tak akan rasa apa-apa kerugian pun”

Home soon!

 

26 June 2013

till

5 September 2013

 

 

 

The basic idea is there. Next week I’ll be on flight home!

 

So, orang kampung semua, bersedia lah!

 

 

p/s: homesick yang teramat. foirst toime mokcik betul-betul homesick.

Akiramenai! Ganbaru!!!!

Salam.

Lama sesangatnya tak menulis, mahu dua ke tiga bulan.

Dan tak lama dah, aku akan berangkat pulang bercuti ke Malaysia. Yeay!

Secara jujurnya, semenjak masuk tahun kedua mencari ilmu di Bumi Soviet ini, tekanan jiwa dan mental semakin menggila. Faham pun macam tak faham. Sibuk memang semakin sibuk. Sehinggakan pernah suatu ketika Ummi cakap begini “Hari Ahad awak sibuk selalu, susah nak skype” . Hahahaha. Ye, masa itu sibuk dengan sukan, dengan kelas, dengan usghah dah bermacam-macam lagi. Spesies aku ni memang suka libatkan diri dengan bermacam-macam benda, sampai aku sendiri yang akhirnya rasa tertekan. Mengada. Itulah gelaran terbaik untuk diri sendiri.

Sebenarnya, tujuan entri ini ditulis adalah khas aku tujukan kepada T-rex yang baru je melangkah masuk ke alam universiti. Jujur aku katakan, sebagai kakak, dia ini memang adik yang rajin sesangat dan memang pandai. Aku sayang kat dia.

Aku suka gunakan satu analogi paling mudah. Hidup kita ini macam roda. (ofkos merata-rata orang dengar ayat se‘cliche’ ini) Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Jangan pernah sekali pun, kita berputus asa dengan kehidupan kita. Sekali kita berputus asa, itulah kegagalan kita yang terbesar.

Sejak duduk di sini, aku merasakan apa yang penting adalah usaha aku untuk menuntut ilmu. Ya, bukan keputusan hasil usaha aku. Keputusan yang baik adalah satu bonus untuk aku, dan keputusan yang tak baik adalah satu pengajaran buat aku. Mungkin bila aku dapat keputusan yang baik, kelak aku akan leka, malas belajar. Mungkin bila aku dapat keputusan yang baik, aku akan bertambah bersemangat untuk belajar. Mana-mana pun boleh menjadi tindakan aku selepas mendapat keputusan.

Dan hari ini, aku berusghah dengan adik-adik comelku. Teringin sangat aku kongsikan ayat yang sangat menarik ini.

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. (Al-An’aam:16)

Allah sedikit pun tidak memandang keputusan kita. Di akhirat kelak sedikit pun Dia tidak memandang pangkat yang kita miliki, kejayaan yang kita kecapi, tetapi Dia melihat pada amal kita, niat kita, dan usaha yang telah kita kerjakan demi agamaNya. Menuntut ilmu ini juga satu jihad. Apatah lagi satu jihad yang wajib bagi kita yang hidup dalam keadaan harmoni tanpa sebarang ancaman.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Apakah usaha kita dalam jihad kita? Mujahadah untuk bangkit dari tidur yang sangat enak, mujahadah untuk pergi ke kelas yang jauh, mujahadah untuk ke kelas selain daripada bersuka ria dan bermacam mujahadah kita demi menuntut ilmu. Jika setiap kali kita ke kelas berbekalkan niat kerana mencari redha dan ilmu Allah, insyaAllah, Allah akan mengambil kira niat kita itu. Jangan pernah sesekali sangsi padaNya.

Memang, aku tak nafikan. Proses pembelajaran sangat tertekan. Aku sendiri pun rasa macam nak naik gila. Tapi kan, kalau kita kembali pada Allah, letakkan keyakinan kita pada Dia, insyaAllah, Dia akan tolong kita. Setiap keputusan dan hasil yang kita dapat bukan bermakna Allah menjawab doa dan bukan juga bermakna Allah tidak menjawab doa tetapi Allah berlaku adil kepada kita. Dia memberikan apa yang selayaknya dan yang semampunya bagi kita.

Mungkin, dengan hasil yang baik, aku akan lupa Allah.

Mungkin, dengan hasil yang baik, aku akan ingat Allah.

Mungkin dengan hasil yang tidak baik, aku akan lupa Allah.

Dan…..

Mungkin, dengan hasil yang tidak baik, aku akan ingat Allah.

Allah itu Maha Mengetahui. KeadilanNya bukan terletak atas usah kita yang lalu sahaja malah atas apa yang bakal berlaku pada kita. Pesan aku buat adik-adik usghah aku yang comel-comel, bersabar dan bersyukur. Dan jadilah orang yang beruntung.

Ujian Allah itu sekadar menguji iman kita.

Ujian Allah itu tanda keampunan Dia buat kita.

Ujian Allah itu tanda rindu Dia mendengar rintihan kita.

Ujian Allah itu kayu ukur kesabaran kita.

Ujian Allah itu tanda ingatan Dia pada kita.

Ujian Allah itu satu rahmat.

Memandangkan semua yang membaca ini pun macam dah dekat-dekat dengan exam. Banyakkanlah bersabar. Jangan terlalu sedih, dan jangan terlalu gembira.Perjalan hidup masih jauh, insyaAllah. Jangan kerana satu kegagalan kita terus jatuh dan tak bangun-bangun, itu sifat orang yang gagal. Orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah berputus asa biar berkali-kali dia jatuh.

Lihat bayi yang baru mendapat kaki (dapat jalan), berkali-kali jatuh pun, dia akan tetap bangun hendak menuju ke destinasi yang di tuju. Sampai menangis-nangis nih~ Nak jugak jalan. Sampailah dia mampu berlari. Itulah kita semua masa kecik-kecik. Kenapa bila dah besar, dah mampu berfikir, kita tidak lagi sebegitu kuat? Malulah kita pada bayi yang masih belum mengenal kehidupan yang kuat semangatnya. Kembalikan semangat itu! Yeah~

Memandangkan proses menaip ini berlaku pada jam 2 pagi sementara menunggu subuh yang semakin cepat, kemerapuan semakin kerap berlaku. Haraf dimaafi.

Sekian. Moga terhibur.

 

 

p/s: Buat T-rex, awak jangan sedih sangat. Tak sampai suku pun lagi perjalanan yang awak lalui. Ingat Allah. Baca Qur’an. Banyak ayat romantis pujukanNya buat kita-kita ni. Lagi-lagi Surah Al-Insyirah. Amalkan, insyaAllah, Allah mendengar awak.

Tak menang tangan nih!

Salam.

Semakin lama semakin sibuk dan semakin itulah kekeringan idea untuk mencatat di belog ini. Aku mengaku memang tak menang tangan aku dibuatnya dengan jadual yang penuh, akiviti yang padat, dan bermacam-macam lagi.

Ok. Oficially, sekarang aku tinggal seorang diri. Ye, aku memaklumkan kepada satu dunia. Tak ada kerja. Kakak-kakak senior bilik aku semuanya dah selamat pulang ke tanah air bersama segulung sijil di tangan mereka. Uwaaaaaaaaa~ Melihat kesibukkan mereka, kesusahan yang mereka lalui, dan kerajinan serta ketekunan yang mereka ada, aku terfikir, mampu ke aku nak jadi macam diaorang? Aku tak tipu, senior-senior bilik aku ni sangat hebat dan kental. Kenapa? Sebab mereka mampu untuk survive hidup selama lima tahun dan enam bulan di Bumi Soviet ini. Macam aku, aku dikira tak seberapa payah sebab satu kelas aku adalah orang luar. Bukan orang Bumi Soviet. Macam diaorang, ada bercampur dengan orang-orang sini. Sangat hebat!

Sekarang ni tengah panas pasal sukan yang akan diadakan di Volgograd dalam bulan April nanti. So, memang sangat sibuk. Memandangkan asrama kami jauh dari bangunan MAI, kami terpaksa menggunakan dewan sukan yang berdekatan. Dalam erti kata lain, kami perlu keluarkan duit dari poket kami untuk berlatih. Setiap minggu, aku telefon pakcik zal (dewan sukan) untuk bertanya kekosongan. Dari mula-mula kekok, sampailah pakcik tu sendiri kenal suara aku. Haha. Lawak. Bila telefon je dia akan tanya aku, nak zal ke?

Sibuk-sibuk lain yang aku tengah sibuk adalah, sibuk hal-hal di Malaysia. Ehem. Adalah sikit benda-benda yang perlu aku uruskan dari jauh ni. Wajib untuk diuruskan. Itupun berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Ummi dan Baba. Hehe. Memang kadang-kadang tu aduh, mahu pecah aja kepala ini. Tapi kan, sibuk-sibuk macam nilah buat aku rasa aku ni dah besar! Dah tua! Huhu. Memang. Secara sahnya, 7 mac yang lalu aku telah mencecah usia 21 tahun. Wah! Masih, aku rasa semalam baru aku masuk universiti. Semalam je habis SPM.

Ok. Tutup cerita tua.

Sekarang ni. Tengah hangat rindu kat baby kecik kat rumah. Kenal ke tidak kakak dia ni, aku pun tak tahu. Kalau video call, sikit pun tak pandang~ Huhu. Dik, kaklong ni dik. Hope you know me! Seyes, adik aku yang comel seorang ni, kalau ambil gambar dari pelbagai view, memang, dia ada iras semua orang dalam rumah tu! Cuma versi NADIA AMANDA lah. Haha.

Oooookaaaay~~~~ Me, idea, ran out already. Homework all are waiting, stuffs are tonnes to be done!

 

 

p/s: Sibuk-sibuk pun, jangan lupa tepon mak ayah ye~

I just love these number!

 

 

260613

 

 

 

 

 

Surprise, surprise! Officially, it is a date, but a date for what? Keep in touch for another update!

 

 

 

p/s: Lately have been such busy life and nothing came across my mind on what to write. Sorry. Just telling this great date! Can' wait for it!

Not yet Teachers’ Day

Salam.

Well, sem baru sudah pun bermula dan aku pun dah mula menyibukkan diri dalam pelbagai perkara. Seronok seronok juga. Yeay~

Actually, aku secara tiba-tiba teringat kat cikgu netball aku. Last time jumpa masa aku form four. Rezeki terjumpa dia kat kedai makan dekat dengan sekolah rendah aku. Yelah, masa tu nak borak panjang pun tak sempat. Dia pun tengah bawak student nak pergi perlawanan persahabatan. Oh, rindu sangat-sangat yang teramat zaman sekolah rendah bila banyak-banyak perlawanan persahabatan. Walaupun aku ni tak hebat mana main netball, tapi aku sangat suka sukan masa kecik-kecik dulu. Selagi berdaya untuk aku bermain, aku hentam. Hebat tak hebat belakang kira.

Senang kata, tengah rindu zaman sekolah rendah.

Sekarang ni pun, Tok Ayah duduk tak jauh dengan sekolah rendah. Setiap kali lalu depan sekolah tu mesti teringat macam-macam. Dan setiap kali lalu jugaklah aku tengok bermacam-macam perubahan yang berlaku pada sekolah tu. Walaupun aku mula sekolah kat situ darjah 4, tapi kawan-kawan, cikgu-cikgu yang best semuanya buat aku rasa aku sekolah kat situ dari darjah satu.

That’s all folk. The end.

p/s: Ucapan “Terima kasih cikgu”  bukanlah semata-mata pada Hari Guru, 16 Mei, tapi bila-bila kita rasa berterima kasih pada cikgu-cikgu yang dah banyak mengajar kita.

Walking on the rope while juggling balls

 

 

 

 

Start of the new semester, with a whole loads of things in the head!

 

 

 

 

 

 

 

1724813

the new Morse code.the end

 

 

p/s: may all be happy! =)

Cinta ke Syurga

Salam.

Hanya satu entri yang sanga pendek dan maybe agak cliche. Sebab semua orang tahu apa maksud cinta ke syurga ni dan secara jujur yang menulis bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya. Cuma untuk mengingatkan kawan-kawan yang sedang membaca entri ini untuk lafazkan kata cinta pada yang tersayang.

Cinta ke syurga memang sesuatu yang cliche sekarang ni tapi, pernah terfikir tak yang mak ayah kita yang kita sayang akan sama-sama duduk dengan kita ke masa kat akhirat nanti? Adik-adik kita? Kawan-kawan kita? Perasaan sayang sesama makhluk, tak kira sama jantina atau berlainan, adalah satu benda normal. Bukan benda pelik.

Ingat tak masa kecik-kecik bila mak ayah marah kita, the most common sentence yang diaorang akan cakap ialah, “Marah sebab sayang”. Jujur, masa kecik-kecik akan terlintas rasa, kalau sayang kenapa nak marah-marah sampai kita tak suka? Bila dah besar, dan jadi kakak ni, memang aku akui, marah sebab sayang bukan satu cliche tapi satu fakta. TETAPI, marah di sini bukan bermaksud marah yang secara tiba-tiba. Marah yang bermaksud tegas. Marah yang bermaksud peringatan. Marah yang bermaksud mendidik. Bukan semata-mata marah.

Sedar tak sedar bila kita sayang seseorang, kita ada tendency untuk tak nak dia terlibat dengan benda-benda tak elok, kita nak dia jadi baik. Itu secara duniawinya. Secara ukhrawinya, kita nak orang yang kita sayang tu bersama dengan kita kat syurga. Macam mana? Kita ajak dia buat semua perintah Allah dan halang dia dari buat benda yang Allah tak suka. Percaya atau tidak, bila kita sayang dan cinta seseorang tu kerana Allah, kita akan sentiasa doakan dia, sebut nama dia satu dalam doa kita. Sebab kita nak dia bersama dengan kita, kalau tak di dunia, di akhirat, di syurga.

Bila kita sayang, kita akan berusaha untuk tolong atau ayat jiwang, berkorban demi yang tercinta. Korban apa untuk di syurga bersama keluarga, bersama yang tersayang di syurga kelak? Ego kita. Korbankan ego kita yang tak ada nilai itu, untuk memohon kepada Allah, untuk merayu dan berserah kepada Allah. Korbankan ego itu dengan buang perasaan benci bila bergaduh. Korbankan ego itu dengan ucapkan kata maaf. Tak rugi. Apa salahnya, kita korbankan masa kita untuk duduk dengan keluarga kita, dengan yang tersayang untuk kongsi apa yang kita tahu? Cinta biar sampai ke syurga.

Pernah terfikirkan tak yang bila kita tak redha dengan orang yang kita sayang, susah nak maafkan dia, kemungkinan besar untuk dia bersama dengan kita kat syurga tu sangat tipis? Sabar dan terus sabar. Itu yang diajar Allah. Jangan kerana ego, hilang semuanya di akhirat kelak.

Letakkan satu mind set, kita sayang, kita cinta, kerana Allah, kerana nak dia rasa nikmat iman dan islam, nak dia masuk syurga. Bukan sebab kita sayang or bak kata mat salleh, “because i say so”.

Siapa dengan kita di akhirat kelak, kita tak kan tahu, yang penting biar kita sayang sampai ke syurga.

 

 

p/s: Say I Love You to your beloved ones!