Carian

Rindu……..

Salam

Sejak dua menjak ni, aku kembali addicted pada anime yang dah lama aku tak tengok sejak aku datang Moscow ni. Detective Conan. Ngee~ Aku siap sanggup bangun pagi pada hari sabtu sebab nak tengok anime kat tv3 online. Teringat masa PMR dulu. Semangat utama aku untuk dapat stret adalah conan ni lah. Haha. Masa tu tak kumpul lagi komik tu. Baca dari kawan je. Kalau beli pun, hasil kumpul duit je. Almaklumlah, masa tu pergi sekolah, duit belanja sehari RM4 je. Itu pun kira kaya. Hehe. Beli nasi ikan dah 2hinggit, campur air sirap limaposen, tinggal duit ngam-ngam untuk beli makanan masa habis sekolah. Aku suka beli roti sosej gulung. Hanya ada di SAMHUL sahaja. Resepi mok dek. Hehe.

Masa PMR tu, kalau kantoi baca komik dan baca novel macam ni ha….. OWH TIDAK! Ummi tak suka kami baca komik sebab bahasa komik tu lintang pukang. Translated punye komik. Memangla tak berapa betul kan. Kalau novel sebab mostly masa zaman aku novel cintan cintun yang tahap romantik macam cite-cite korea yang tengah hot. Err…. ye ke? Haha. Dah lama tak baca novel. Tapi kalau dulu, dalam novel, macam biasa, watak laki mesti romantikla, memahami la, itu la, ini la….. sedangkan hakikatnya……….tafsir sendiri.

Habis PMR, senghonok kemain la, dapat beli komik conan tu. Walaupun sekadar dua buah. Alhamdulillah~ Best sangat baca conan. Secara tak langsung aku pun jadi suka novel Sherlock Holmes sebab ada jalan cerita dalam komik tu berdasarkan jalan cerita Sherlock Holmes. Masa tu, otak aku memang tak fokusla kat benda-benda yang aku fikirkan sekarang ni. Masa tu, yang aku tahu, nak jadi dokter. Nak jadi dokter. Tak dapat dokter, nak detektif la pulak. Tapi masa tu memang muda lagi remaja. Tumpuan pada kartun lebih hebat dari tumpuan kepada benda-benda yang aku rasa remeh.

Masa masuk KKJ, bertambah aku tumpu kat conan. Asalkan keluar outing, jumpa je komik conan, aku angkut. Dulu standard beli sebuah. Nanti dengan T-rex kat rumah, siap koling-koling nak tahu dah beli ke yang latest apa semua. Masa tu, beli sorok-sorokla. Mana bole bawa komik masuk sekolah kan? Haha. Tapi at the end of tingkatan empat, aku ingat ada seorang kawan tu dia macam bawak satu beg komik. Memang kelakar sesangat. Yela, dah habis exam, dengan tak ada apa yang nak dibuat, semua pulun baca komik. At the same time, hangat juga novel HLovate, Fatima Syahra. Siap ada kawan aku tu nak kami panggil dia dengan nama heroin novel Fatima Syahra. Geng-geng yang baca HLovate, sikit-sikit cerita pasal Benz dengan Deen. Sampai naik form five, kucing yang dorm aku jumpa, kami namakan dia “BENJI”. Sebabnya tu kucing jantan. (Apa khabar agaknye Benji?) Oh, mak aih~ Aku tengok je. Saat itu lah, aku tinggalkan dunia novel. Sampai sekarang, aku tak boleh nak baca novel. Baca sepuluh muka je, dah mengambil masa yang lama~ Oih!

Bila aku imbas balik zaman aku kat sekolah, kan, waaaaaaaaaa~ aku nak patah balik boleh tak? Tak maw membesar!

Wahai mereka-mereka yang merasakan kami yang membesar atau semakin mendewasa ini hidup seronok dari kamu. Sungguh, zaman sekolah itu jauh lebih seronok dari zaman selepas zaman sekolah. Sebabnya, dapat kawan-kawan yang akan bersama dengan kita selalu. Belajar subjek yang sama. Nyanyi lagu sesama lah, makan sesama kat kantin. Walaupun hidup terkongkong dengan adanya peraturan, tapi itulah yang seghonoknye~ Tak ada fon, komputer ke. Hanya ada kawan kita. Tak macam sekarang ni, semua orang hadap fon masing-masing, laptop masing-masing. (Aku pun sama je…..tak terkecuali. Err….+.+”)

Aku teringat hari terakhir aku SPM dengan paper Syariah Islamiah yang MCQ je. Satu-satunya paper yang aku jawab dengan pantas dan yakin. Habis paper masa tu pukul 2.30 petang. Aku ingat lagi. Aku spend most of time menulis sajak kenangan. Nak menangis sangat-sangat. Dalam sajak kenangan aku tu, aku tahu satu hari nanti aku akan berjauhan dengan kawan-kawan yang aku kenal masa tu. Aku takkan dapat dah kawan-kawan yang ada masa tu. Aku dah tak ada dah kawan-kawan yang rajin tegur-tegur aku dalam kertas muhasabah diri. Aku dah tak ada dah cikgu nak denda berdiri sebab tertidur. Aku dah tak ada dah cikgu yang datang tegur bila aku murung. Aku dah tak ada dah surrounding seceria itu. Rindu weyh~ RINDU~~~~~~~~

 

Kesimpulan paling mudah. Aku manusia biasa. Hakikat manusia, bila dia replay memory card dalam otak dia, barulah dia rasa seronok dan merindui. Masa peristiwa-peristiwa itu berlaku, ada kemungkinan dia sedih atau tak suka. Even aku cakap ulang-ulang kat adik-adik untuk jangan sampai jadi macam aku, semua orang melalui kehidupan dan keadaan sekeliling yang berbeza~ So, bersederhanalah dalam emosi kamu. InsyaAllah, kalau kita bersederhana dalam emosi kita, tidak menyesal mahupun rasa rugi. Cuma rindu.

 

 

p/s: Hari tu pergi daurah. Orang yang ada roh Islam dalam hatinya, dia sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan. Emosi dan pemikiran. Hehe. So, adakan roh islam dalam diri kita!

Isu agama….di bumi soviet union ini.

Salam.

Amboi. Tajuk ke main ganas. Tapi, memang ini yang aku nak tuliskan. Hehe. Setelah setengah tahun bertapak di bumi soviet union, banyak benda-benda pasal isu agama ini yang timbul sebenarnya. Cuma, alhamdulillah tak adalah sampai tahap teruk sangat. Erk, setakat selama yang aku berada di sini, tak teruk la.

Begini. Dua hari lepas.

Aku dan kawan-kawan baru habis kelas. Aku nak pergi balik kelas kena naik transport awam Metro. Macam subway la. (Bukan subway makanan tu~) Tempoh perjalanan biasanya memakan masa selama 45 minit kurang lebih. Aku habis kelas dah la lewat. Jam 4.15 petang. Mestilah penat kan? Kami balik kekadang tu jalan tak adalah seiringan atau sekolompok sangat. Siapa jalan cepat, cepatlah, siapa jalan lambat, lambatlah. Tapi biasanya tidak sampai terpisah jauh. Cuma dalam kesesakkan manusia pada petang hari tu., kemungkinan terpisah agak tinggi. Kena catch up la dengan kawan.

Ok. Cukup dengan briefing yang panjang.

Kiranya, dah sampai stesen berhampiran hostel aku. So, turun lah dan naik eskalator untuk keluar dari metro. Nak dijadikan cerita. Tetiba pulak, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40-an (aku rasa la). Dia tolak aku dari nak naik eskalator. Ok. Aku tenang lagi. Aku diam je. Mungkin dia nak cepat. Sebab tu dia macam tolak aku. Yela, naik eskalator tu kena beratur. Memang agak pelik sebab lepas dia macam tolak tu dia tak naik pun tapi dia tunggu. Ok. Kawan dia datang. Aku tak cakap apa-apa lagi. Sekali dia naik juga. Aku yang belakang dia ni pun naik jugala macam biasa. Belakang aku yang aku ingat maybe seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Tak pasti. Sekali tak sampai lima saat dia macam cakap sesuatu dengan aku. Aku dengan pemikiran yang positif, ingatkan dia nak tanya aku dari mana. Almaklumlah, standard sangat manusia-manusia soviet union ni bertanya kami yang bertudung ni datang dari mana. Kalau yang bertanya golongan emas, pujian akan melambung-lambung. Cantiklah, comel la, entah banyak sangat. Aku tak berapa dengar soalan lelaki tu so, aku angkat muka nak tanya balik. Kuang ajar sangat kalau orang bertanya kita ignore gitu. Sekali dia tarik tudung aku.

Haish!

Aku dahla memang bermasalah dengan tudung tu. Lagi ditariknya. Nasib baik tudung aku tudung bidang besar dan melekat kat anak tudung. Dia tarik tak efek mana la. Cumanya….. penat taw aku bega tudung tu sebelum pegi kelas. Sesedap dia pulak nak tarik gitu? Aku rasa adrenalin ketakutan aku melonjak sebabnya aku ada dengar dia macam mengejek aku pakai tudung. Aku bagi scary stare kat dia. Tak tahula scary ke tidak. Aku bukan pandai bab staring ni. Aku diam je. Dalam hati aku terlintas satu je, agaknya dia tak paham kut kenapa perlunya aku pakai tudung. Tak apalah. Aku tak nak lawan ke cakap apa-apa. Lagipun aku duduk negara dia. So, aku diam je.

The whole balik sampai kat asrama, aku teringat kisah-kisah yang aku pernah dengar sepanjang aku berada di sini.

1. Macam kawan-kawan perempuan aku. Masa tu kami masih baru lagi sampai di sini. Kesian kat diaorang. Lagi teruk dari aku. Diaorang tengah jalan ramai-ramai kat satu shopping mall ni, sekali ada lelaki jerit “TERRORIST” sambil tunjuk jari tengah. Ya Allah, malu diaorang. Aku yang dengar cerita pun jadi macam takut sekejap nak keluar rumah. Memang kesian sangat. Tapi, diaorang tabah dan hebat. Takkan Allah nak uji diaorang dengan hinaan dari bangsa lain sebegitu kalau diaorang tak boleh nak handle kan? Banding dengan apa yang aku kena, memang teruk lagi diaorang.

2. Kisah lain yang aku dengar, masa malam convention azam russia ari tu. Awal bulan januari. Program tu habis dalam pukul 11 malam. Aku tak balik asrama sebab aku menumpang rumah aunty. Tiba-tiba classmate aku. (Perempuan) Ceritalah, masa malam tu budak-budak medik ada yang kena spray dengan chemical spray. Muka jadi merah gatal-gatal. Budak medik perempuan. Balik dengan kelompok diaorang je. Tak ada lelaki. Yang budak engineering ni, balik dengan budak laki.

3. Yang senior aku pulak, malam esoknya. Ceritanya begini. Diaorang pun balik malam. Tapi dengan seorang budak laki. Diaorang berdua. Senior aku kata ada makcik rusia macam raba-raba dia sambil tanya, ‘awak bawa bom ke?’ Ok. Seriusly, seram~ Classmate aku akhirnya decide kalu kami pegi memana jangan balik lewat lagi. Sebab beberapa hari sebelum tu, kami ada pergi shopping dari pagi sampai lepas maghrib. Berdua je. Huhu.

Banyak sangatla sebenarnya benda-benda lain yang aku dengar. Tapi yang paling teruk aku kena yang tarik tudung tu je la. Nasib baik juga dia tarik bahagian atas tudung aku. Mau dia tarik kat bahagian brooch aku tu, tak ke koyak tudung aku? Oish. Aku bersyukur sangat. Bersyukur pada Allah sebab Dia hantar situasi macam tu kat aku supaya aku beringat. Jangan suka sangat pergi mana-mana seorang diri walaupun seyakin mana aku ni. Taekwando aku pun setakat tali putih yang tak berganjak sebab patah kaki. Hehe. Aku memang suka sangat pergi memana sensorang. Macam pergi beli grocery dulu, first time pergi sorang, ex-ketua batch pre-russian marah aku. Hihi. Dia memang seorang kawan yang sangat baik. Sangat-sangat baik!

Setakat selama 6 bulan di bumi soviet union ni, sampaikan perjalanan yang memakan masa dua jam pun aku pernah pergi seorang diri. Uwaa~ Berani terlampau masa tu. Bukan apa. Kekadang tu rasa menyusahkan orang kalau ajak orang. Contoh, aku nak pergi tapi orang lain tak nak. Aku pun, tak nak bila aku tanya, sebabkan kesian kat aku dia jawab nak ikut. So, baiklah pergi seorang. Hehe. Oish. Tak apa. Insya Allah, aku yakin Allah ada dengan aku, kan? Dia peneman terbaik dan terbaik of all. Hehe.

Ni, kan. Mau dibaca Ummi Baba. Mesti risau kan? Sorry. Kaklong tak nak risaukan sesiapa. Don’t worry. InsyaAllah kaklong tahu jaga diri. Peace be, please!~ V(^_^)V~

 

 

p/s: Dengan ada Allah dalam hati kita takkan takut kepada sesiapa melainkan Dia dan insyaAllah kita terjaga dari buat benda tak elok. Tapi cakap macam senang je. Nak buat susah. Ma fi qolbi ghairullah. Tiada dihatiku melainkan Allah.