Carian

Isu agama….di bumi soviet union ini.

Salam.

Amboi. Tajuk ke main ganas. Tapi, memang ini yang aku nak tuliskan. Hehe. Setelah setengah tahun bertapak di bumi soviet union, banyak benda-benda pasal isu agama ini yang timbul sebenarnya. Cuma, alhamdulillah tak adalah sampai tahap teruk sangat. Erk, setakat selama yang aku berada di sini, tak teruk la.

Begini. Dua hari lepas.

Aku dan kawan-kawan baru habis kelas. Aku nak pergi balik kelas kena naik transport awam Metro. Macam subway la. (Bukan subway makanan tu~) Tempoh perjalanan biasanya memakan masa selama 45 minit kurang lebih. Aku habis kelas dah la lewat. Jam 4.15 petang. Mestilah penat kan? Kami balik kekadang tu jalan tak adalah seiringan atau sekolompok sangat. Siapa jalan cepat, cepatlah, siapa jalan lambat, lambatlah. Tapi biasanya tidak sampai terpisah jauh. Cuma dalam kesesakkan manusia pada petang hari tu., kemungkinan terpisah agak tinggi. Kena catch up la dengan kawan.

Ok. Cukup dengan briefing yang panjang.

Kiranya, dah sampai stesen berhampiran hostel aku. So, turun lah dan naik eskalator untuk keluar dari metro. Nak dijadikan cerita. Tetiba pulak, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40-an (aku rasa la). Dia tolak aku dari nak naik eskalator. Ok. Aku tenang lagi. Aku diam je. Mungkin dia nak cepat. Sebab tu dia macam tolak aku. Yela, naik eskalator tu kena beratur. Memang agak pelik sebab lepas dia macam tolak tu dia tak naik pun tapi dia tunggu. Ok. Kawan dia datang. Aku tak cakap apa-apa lagi. Sekali dia naik juga. Aku yang belakang dia ni pun naik jugala macam biasa. Belakang aku yang aku ingat maybe seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Tak pasti. Sekali tak sampai lima saat dia macam cakap sesuatu dengan aku. Aku dengan pemikiran yang positif, ingatkan dia nak tanya aku dari mana. Almaklumlah, standard sangat manusia-manusia soviet union ni bertanya kami yang bertudung ni datang dari mana. Kalau yang bertanya golongan emas, pujian akan melambung-lambung. Cantiklah, comel la, entah banyak sangat. Aku tak berapa dengar soalan lelaki tu so, aku angkat muka nak tanya balik. Kuang ajar sangat kalau orang bertanya kita ignore gitu. Sekali dia tarik tudung aku.

Haish!

Aku dahla memang bermasalah dengan tudung tu. Lagi ditariknya. Nasib baik tudung aku tudung bidang besar dan melekat kat anak tudung. Dia tarik tak efek mana la. Cumanya….. penat taw aku bega tudung tu sebelum pegi kelas. Sesedap dia pulak nak tarik gitu? Aku rasa adrenalin ketakutan aku melonjak sebabnya aku ada dengar dia macam mengejek aku pakai tudung. Aku bagi scary stare kat dia. Tak tahula scary ke tidak. Aku bukan pandai bab staring ni. Aku diam je. Dalam hati aku terlintas satu je, agaknya dia tak paham kut kenapa perlunya aku pakai tudung. Tak apalah. Aku tak nak lawan ke cakap apa-apa. Lagipun aku duduk negara dia. So, aku diam je.

The whole balik sampai kat asrama, aku teringat kisah-kisah yang aku pernah dengar sepanjang aku berada di sini.

1. Macam kawan-kawan perempuan aku. Masa tu kami masih baru lagi sampai di sini. Kesian kat diaorang. Lagi teruk dari aku. Diaorang tengah jalan ramai-ramai kat satu shopping mall ni, sekali ada lelaki jerit “TERRORIST” sambil tunjuk jari tengah. Ya Allah, malu diaorang. Aku yang dengar cerita pun jadi macam takut sekejap nak keluar rumah. Memang kesian sangat. Tapi, diaorang tabah dan hebat. Takkan Allah nak uji diaorang dengan hinaan dari bangsa lain sebegitu kalau diaorang tak boleh nak handle kan? Banding dengan apa yang aku kena, memang teruk lagi diaorang.

2. Kisah lain yang aku dengar, masa malam convention azam russia ari tu. Awal bulan januari. Program tu habis dalam pukul 11 malam. Aku tak balik asrama sebab aku menumpang rumah aunty. Tiba-tiba classmate aku. (Perempuan) Ceritalah, masa malam tu budak-budak medik ada yang kena spray dengan chemical spray. Muka jadi merah gatal-gatal. Budak medik perempuan. Balik dengan kelompok diaorang je. Tak ada lelaki. Yang budak engineering ni, balik dengan budak laki.

3. Yang senior aku pulak, malam esoknya. Ceritanya begini. Diaorang pun balik malam. Tapi dengan seorang budak laki. Diaorang berdua. Senior aku kata ada makcik rusia macam raba-raba dia sambil tanya, ‘awak bawa bom ke?’ Ok. Seriusly, seram~ Classmate aku akhirnya decide kalu kami pegi memana jangan balik lewat lagi. Sebab beberapa hari sebelum tu, kami ada pergi shopping dari pagi sampai lepas maghrib. Berdua je. Huhu.

Banyak sangatla sebenarnya benda-benda lain yang aku dengar. Tapi yang paling teruk aku kena yang tarik tudung tu je la. Nasib baik juga dia tarik bahagian atas tudung aku. Mau dia tarik kat bahagian brooch aku tu, tak ke koyak tudung aku? Oish. Aku bersyukur sangat. Bersyukur pada Allah sebab Dia hantar situasi macam tu kat aku supaya aku beringat. Jangan suka sangat pergi mana-mana seorang diri walaupun seyakin mana aku ni. Taekwando aku pun setakat tali putih yang tak berganjak sebab patah kaki. Hehe. Aku memang suka sangat pergi memana sensorang. Macam pergi beli grocery dulu, first time pergi sorang, ex-ketua batch pre-russian marah aku. Hihi. Dia memang seorang kawan yang sangat baik. Sangat-sangat baik!

Setakat selama 6 bulan di bumi soviet union ni, sampaikan perjalanan yang memakan masa dua jam pun aku pernah pergi seorang diri. Uwaa~ Berani terlampau masa tu. Bukan apa. Kekadang tu rasa menyusahkan orang kalau ajak orang. Contoh, aku nak pergi tapi orang lain tak nak. Aku pun, tak nak bila aku tanya, sebabkan kesian kat aku dia jawab nak ikut. So, baiklah pergi seorang. Hehe. Oish. Tak apa. Insya Allah, aku yakin Allah ada dengan aku, kan? Dia peneman terbaik dan terbaik of all. Hehe.

Ni, kan. Mau dibaca Ummi Baba. Mesti risau kan? Sorry. Kaklong tak nak risaukan sesiapa. Don’t worry. InsyaAllah kaklong tahu jaga diri. Peace be, please!~ V(^_^)V~

 

 

p/s: Dengan ada Allah dalam hati kita takkan takut kepada sesiapa melainkan Dia dan insyaAllah kita terjaga dari buat benda tak elok. Tapi cakap macam senang je. Nak buat susah. Ma fi qolbi ghairullah. Tiada dihatiku melainkan Allah.

Hati ini...

Salam.

Sejak dua tiga hari ni, aku macam rasa tak berapa nak relaks. Bukan sebab nak buka sem baru. Ada sebab-sebab yang melibatkan hati. Ada terasa macam ada yang bengan dan marah dan sakit hati dan mungkin meluat dan tak suka dengan aku. Aku tahu hakikatnya, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dan yang paling penting atas apa semua yang orang buat kat kita mungkin sebabnya datang dari kita. Mungkin aku ada buat salah, yang aku tak sedar sebenarnya membuatkan sesetangah pihak tak berapa nak berpuas hati.

Kawan aku ada berpesan, memaafkan memang mudah di mulut tetapi tak mudah di hati. Aku tak boleh tak setuju dengan benda tu. Dia pun ada cakap yang mungkin lepas kita ada konflik dengan seseorang, kita tak boleh nak terima dia secara sepenuhnya semula melainkan hati dan minda kita boleh terima sepenuhnya. Kalau hati kita tak boleh, tetapi akal kita boleh, kita mungkin bijak sebab menggunakan rasional dan akal fikiran kita. Kalau hati boleh terima tetapi akal tak boleh nak terima, kemungkinan besar kita jadi dalam status trauma nak berkawan dengan orang tu. Aku ada seorang kawan, yang dulu aku rapat sampai aku ada konflik dengan dia. Sekarang situasi aku sangat mudah. Hati aku dah boleh terima sebagai kawan, malah aku nak kami balik macam dulu, boleh borak-borak, berkongsi kisah,tapi kan, akal aku bercakap yang aku dan dia tak boleh baik macam dulu. Lain pula kisah kawan aku, dia pun ada konflik dengan kawan dia. Senang kata, dia terbalik pulak. Secara akalnya dia boleh menerima kawan dia tu. Tapi, dalam hati tu kekadang tu ada la kan sikit-sikit. Bukan maksudnya emosinal ke apa, tapi kekadang tu parut kat hati tu dalam sikit.

Aku dengan kawan baik aku, Mator. Dua bulan kami pernah berperang. Bukan kami ada clan ke gang ke apa-apa. Tapi dalam hati kami. Dua bulan tu, bukan kami tak bertegur sapa ke bercakap. Ada je. Tapi kat dalam hati ada simpan tak puas hati. (Ok. Rasanya dah pernah cerita) Aku memang suka nak bagi tahu satu semesta alam pasal Mator. One day, entah tiba-tiba kami duduk berborak dan meluahkan isi hati masing-masing. Benda memang agak tegang dalam dua bulan tu. At the end, sampai ke hari ini, aku masih bangga nak cakap Mator kawan baik aku. Rahsia sangat simple, maafkan dari hati dan minda. Just forget about all the past. People can change and we just need to be patient waiting for the changes and we need to support them. Mator dia banyak support aku dalam sense membantu aku mengawal sifat marah. Jangan cakaplah tahap panas baran aku macam mana dulu. Memang kekadang tu macam perit dan susah sangat, tapi Mator sabar giler dengan aku. Dia boleh cool dan relax bile aku meletup. At the end, aku tak baran. (Tapi akhirnya jadi kaki kuat membebel~haha). Kurang-kurang aku dah tak ada dah nak baling meja kelas ke penyapu kelas ke, mencarut ke hentak kerusi ke apa-apa.

Selain daripada aku nak memberi kredit kepada Mator yang banyak support aku dalam pelbagai perubahan, tak lupa juga kat kawan-kawan satu dorm aku kat KKJ. Aku tak tipu. Hidup dalam satu dorm seramai 20 orang. Menipu sangat kalau tak ada masalah. Memang kami ada turun naik musim tu. Tapi, satu benda yang aku rasa sangat seronok ialah, kami tak pernah tak buat aktiviti beramai-ramai secara berasingan ataupun secara tak ikhlas. Contoh, kemas bilik untuk inspection. Mungkin ada yang buat sebab tak nak dorm kena denda dan sebagainya, tapi akhir sekali niat kemas tu ialah, at least dalam seminggu loker tu kemas la juga kan? Hehe. Baca Al-Mulk sebelum tidur dan bagi tazkirah. Mungkin ada juga yang sekadar ikut je sebab tu dah jadi macam amalan tapi akhirnya, nasihatditerima dan amalan diamalkan. Genap dua tahun kami bersama, alhamdulillah, semua benda yang dah jadi dulu-dulu kami lepaskan dan kami move on. Kami tahu masih banyak perubahan dan cabaran dunia yang kami kena lalui. It may takes time, but the time soon comes. Kurang-kurang kalau dulu aku rasa macam semua orang ada marah dekat aku, sekarang aku rasa, kami dah sehati.

Entri kali ni, basically, aku cuma terlalu rindukan kawan-kawan aku. Dengan aku yang sedang melalui proses perubahan, mungkin sedikit sukar dengan mata-mata dan hati-hati yang lain. Tapi, setiap kali aku teringatkan kawan-kawan aku dan sokongan diaorang dari jauh, dan tak lupa kat kawan aku yang siap bagi aku dengar lagu Maher Zain, (bukan tak pernah dengar, but first time betul-betul rasa), aku tahu, yang aku ada ialah Allah. Tak kiralah, Allah ada dengan aku dan Dia akan memberi pertolongan.

Ada satu ayat yang digunakan untuk soklan paper English masa UPSR (bukan periksa betul, ujian tak silap), put others before yourself. Being selfish is when you put yourself before others. Aku selalu letakkan pemikiran, yang apa-apa pun yang berlaku, bukan silap sesiapa dan salah sesiapa, mungkin aku dan mungkin Allah nak uji aku. Paling susah kita nak buat ialah, bila seseorang sakitkan hati kita, mencari silapnya kita dan bukan silap dia. Well, kekadang manusia boleh bersifat memendam dan balas dendam. Hehe. Bukan apa, mungkin ada orang tu sakitkan hati kita sebab kita ada sakitkan hati dia. Seksa jugak nak buat macam ni sebab kita tak perasan pun apa yang kita buat salah, dan dia tak cakap apa-apa terus macam hentam. Hehe. Tapikan, benda paling mudah ialah, tadah tangan minta dengan Allah tenangkan hati kita dan hati dia. Mungkin itu berkesan. Ustazah aku ada cakap kadang-kadang ada benda kita boleh pakai telepathy tapi kena dengan keyakinan kepada Allah, ye~ Apa-apa pun berbalik pada asas kita. Allah ada untuk membatu kita. Hehe.

 

So marilah kita bersihkan hati kita dan satukan hati kita.

 

p/s; Pemegang hati itu Allah. Pemberi hidayah dan petunuj pun Allah. Kita hanya manusia, dengan kelebihan akal dan kewarasan untuk berfikir.