Carian

Smile.Smile.Smile

Salam.

Sekarang memang tengah dalam tempoh tak-lama-lagi nak exam dah cik kak oi! Memang agak stress juga la. Sampai aku ade niat nak gali kubur tokoh-tokoh matematik ke fizik sebab jumpa benda-benda yang pelik. Memang stress kot. Tapi disaat aku berjaya memahami konsep yang diaorang jumpa, aku rasa masa aku stress memang aku dah tak betul dah. Hahaha.

Ok. Kali ni bukan lagi pasal kahwin. Tak ada perbincangan lanjut lagi. Tengah sibuk nak exam ni. Fizik tu masih dalam blur lagi tu. Huhu. Ok. Tamat di sini mukadimah.

Tajuk hari ni smile. Jom sama-sama kita amalkan senyum. Senyum itu kan sedekah. Senyum itu kan penawar duka. Senyum itu kan satu senaman. Cerita pasal senyum ni, aku teringat pesanan seorang pakar motivasi waktu sekolah dulu. Dia cakaplah, sebelum tidur kita senyum dan bangun dari tidur pun senyum. Selain dapat jadi senaman untuk otot-otot pipi kita, dapat juga bantu hati kita. Memanglah senyuman sangat banyak maknanya, senyum sebelum tidur tanda syukur pada Allah bagi kita peluang untuk hidup dan lalui pengalaman-pengalaman yang kita lalui sampai sebelum tidur. Senyum bangun dari tidur tanda kita bersyukur Allah masih memberikan kita nyawa untuk terus hidup mengabdikan diri kepada-Nya. Kesimpulan yang mudah, senyumlah eh?

Hari ni aku tersenyum je. Dapat tengok salji kot! Salji tebal….Senior kata ni baru takat buku lali. Apa kesah, kan? Tunggu sampai takat lutut ke pinggang ke, baru syok. Tak kesahla kan. Pagi-pagi masa pergi kelas je, salji tengah turun. Sempat aku amik salji nak buat bebola salji, tapi tak boleh. Dia macam pasir sikit. Tak berjaya membuat bebola salji. Tapi tak apa, aku masih senyum. Seronok sangat Allah bagi peluang untuk aku rasa salah satu musim ciptaan Dia. Best kut. Main snow fight macam best. Beku kot!

Semalam, aku buka la grup dorm aku masa kat KKJ dulu. Tetiba ada yang post pasal bekas ketua rumah aku yang bertunang dengan junior kami. Umur 19 dengan 18 tahun. Memang hot news laaaaa. Almaklumlah, kalau kat KKJ tu nak mengenali junior tu memang agak payah melainkan anda itu ketua pelajar ke ketua rumah ke ketua umum ke pengerusi badar ke pengerusi hawa ke atau mana-mana jawatan tertinggi la. Hehe. Tersenyum je la aku depan skrin laptop ni. Berita lain pulak, kawan aku yang tengah belajar kat Jordan tu pregnant. Waaa~ ok. Tak adalah hot mana kan. Yela dah kahwin, memanglah kan? Rezeki Allah jangan di tolak ye……Moga-moga KR (ketua rumah) aku dengan tunangnya sampai ke jenjang pelamin dan bahagia sehingga ke syurga dan buat kawanku yang di Jordan tu, harap dapat bersabar. (Ok. Dah macam buat ucapan rasmi ape je).

Ada kisah lagi pasal senyum. Haha. Pasal persoalan kawan-kawan kat aku. Pasal kahwin. Nak kahwin dah ke aku? Almaklumlah, kat blog ni rajin aku dok cerita pasal kahwin dan kahwin dan kahwin. Hehe. Agaknya kawan-kawan aku mesti sedih kalau sebenarnya aku nak kahwin tapi tak inform diaorang. Senang kata gini lah. Buat kawan-kawan yang ku sayang, saya ni mak ayah pun belum tentu lagi nak bagi saya kahwin. Saya tak ada pakwe ke apa-apa. Insya-Allah, kawan-kawan, kalau jodoh saya sampai dulu nanti, saya akan maklumlah. (Kita tengok sape antara kita ramai-ramai ni nikah dulu…..) Hehehe. Ok dah tak? Aku tak nak la ada yang pikir aku nak kahwin. Yela, setakat aku je yang nak, tapi apa-apa pun tak ada, nak buat apa je. Baik aku layan fizik tu~ huhu. Ok eh kawan-kawan? Masa depan tu di tangan Allah. So, kalau ada pape, aku kasi taw la kat grup kita. Jangan risau. Kamu kawan-kawan saya.

Senang kata, entri hari ni nak clarify kat kawan-kawan yang aku belum lagi nak kahwin. Ecet….kepada kawan-kawan baik aku yang sangat sayangi, terima kasih ye sebab sudi berada di samping aku walaupun kita jauh. Aku minta kamu bagi senyuman sahaja. Ok? Only SMILES are allowed. Only your smiles give the strength to stand up alone in the foreign land. No words needed, okay?

 

 

p/s: Semuanya di tangan Allah. Segala-galanya aku serahkan pada Allah. There’re reasons in everything I did. Ngee~

Zaman bujang

Salam.

Ok. Asalnya, nak tulis tajuk “Bila bercinta'”, tapi tak pernah tahu apa yang syoknya bercinta. So, alang-alang lately aku suka post pasal kahwin, cerita pasal zaman bujang la eh? Aku rasa post kali ini pun akan jadi panjang. Erk. Maaf ye.

Ok. Ini adalah dialog antara dua orang kawan. A dan B. A meluahkan perasaan, dia ada berkenan dengan seorang hamba Allah. Sudah diselidik latar belakang calonnya itu. Sebagai kawan, B sangat bersyukur kawannya tak ada nak kapel-kapel dulu, lovey dovey ke apa-apa dan paling penting nak menjaga hatinya. Bagus la tu, tapi……..ada tapi taw…..ada dua tiga soalan yang B ajukan kepada A……agar A sedar tentang keputusannya.

B: Kau dah istikharah ke? Kau tak berat sebelah? Bila berat sebelah, istikharah tak ada makna.

A: InsyaAllah tidak. Aku istikharah bukan untuk pilih jodoh tapi untuk minta jalan yang patut aku pilih sekarang.

B: Kau dah sedia nak pikul tanggungjawab yang lebih berat dari sekarang? Lepas ni kau kena fikir pasangan kau dalam apa-apa jua keputusan.

A: Kalau kira sedia tu, memang sampai bila-bila aku tak bersedia, Allah lebih tahu bila aku bersedia. Dia takkan membebankan hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menanggung bebanan itu. Sekarang pun, aku buat keputusan bukan untuk aku seorang. Untuk mak ayah aku juga.

B: Kau tak rasa rugi ke kahwin awal ni? Nanti bila kau grad, kau dah ada anak bini, tapi orang lain bujang lagi, boleh keluar enjoy, celebrate. Kau juga yang miss semua tu. Bila kau dah kahwin, apa-apa kau buat kena fikir isteri kau juga. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan selalu tak boleh dah, ada isteri kat rumah. Nanti kawan-kawan kau enjoy, kau dekat rumah dengan bini je. Ngadap orang yang sama. Tak ke nanti kau juga yang rasa rugi? Dah berbini kau dah tak bebas nak enjoy. Kau ada tanggungjawab. Kena pikir hal rumah tangga lah itulah inilah. Dah berbini nanti tanggungan kau makin besar. Mana nak cekup duit lagi, nak belajar lagi, nak exam lagi. Senang lagi bujang.

A: Aku tak rasa rugi. Kalau grad nanti, aku ada isteri yang sama-sama dengan aku berjuang dan menyokong. Nak celebrate, celebrate aje lah dengan kawan-kawan, dekat rumah aku, majlis doa selamat. Daripada aku ikut kawan-kawan aku celebrate entah kat shopping kompleks mana, lupa Allah, baik celebrate dengan isteri. Dapat pahala. Nak lepak dengan kawan-kawan, aku masih boleh lepak dengan kawan-kawan, macamlah isteri aku nanti tak ada kawan. Dia pun ada masa juga nak dengan kawan-kawan dia. Masing-masing perlu masa untuk diri masing-masing juga. Best sangat ke bebas? Apa guna kalau bebas macam layang-layang putus tali? Nak enjoy apa nye bujang-bujang ni? Bila bebaslah, mudah lupa pada Allah. Bila diikat, mudah untuk kita sedar diri kita. Bukan aku nak cakap membujang tu maksudnya tak soleh. Ramai aje, yang soleh, tapi fitrah manusia Allah jadikan nafsu. Dan dah ternyata dalam al-Quran sendiri umat Islam semakin lama semakin lemah sehinggalah tiba Kiamat. Setakat mana seorang lelaki boleh mengawal nafsunya? Nabi Yusuf a.s juga untuk sesaat tergoda dengan Zulaikha, ni pula kita yang bukan maksom macam nabi. Zaman sekarang ni, semua orang hanya mampu mencegah kemungkaran dalam hati. Siapa sangat yang mampu nak mencegah dengan tangan dan mulut? Ada pula kalau jenis yang fikir kubur lain-lain. Lagipun ajal kita tak tahu bila. Nak enjoy yang macam mana dengan zaman bujang sebenarnya? Aku tak nafikan tanggungan aku makin besar. Pasal isu duit, Allah dah janji untuk beri bantuan kepada yang bernikah. Lagipun, lebih elok belajar berjimat. Tahu pengurusan duit. Daripada dok membelanja tanpa tujuan. Nak belajar, lagi tenang. Kalau teringat kat isteri dapat pahala. Kalau sekarang, mahu dapat dosa. Aku dan dia sama-sama belajar. Sama-sama menghadapi situasi yang sama, takkan lah tak boleh nak memahami situasinya? Itulah gunanya Rasulullah menyuruh kita utamakan agama dalam memilih calon.

B mengangguk faham. Yakinlah dia dengan kawannya. Dia tahu kawannya sudah sehabis baik memikirkan hal ini. Senang kata, Allah dah tetapkan jalan setiap orang. Definisi bujang itu sendiri bergantung kepada individu. Kalau nak buka kamus dewan edisi ke-4, dipersilakan tetapi, tanya diri sendiri tentang definisi bujang itu. Adakah sekadar dengan maksud untuk bebas tanpa terikat atau maksud lain? Tak dapat dinafikan, lain orang lain pemikiran dan lain juga definisi bujang itu. Kan?

Sekali lagi ingin aku jelaskan di sini,ye, aku bukan menggalakkan. Tak. Sama sekali tak. Senang cerita macam ni, kalu tiba-tiba dalam hati tu terbit rasa sayang ke cinta kat hamba Allah yang ajnabi, pertama-tamanya, istikharah dan doa kepada Allah. Kalau Dia kata terbaik adalah sekian-sekian, pilih jalan tu. Ok? Ada je kes orang tu berkenan tapi Allah bagi jalan untuk tak bernikah dulu sebab Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Ye dok? Apa-apa urusan kita sekarang dan di masa depan, Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap yang Dia susun ada sebab dan musabab. Ok?

Simply said, put Allah first. Anything happen in your heart ask Allah’s guidance. Be dependent on Him.

Kali ini aku sertakan dengan link ustazah Fatimah Syahra.(errr.sape dah tengok video dia pasal bercinta lepas kahwin? sentap seyh~ )

Pesanan ustazah dalam video tu. azab Allah yang paling seksa ialah saat Dia abaikan kita sebab cemburu kita melebihkan orang lain (kekasih hati la kan). Saat Allah abaikan kita itu…..huhuhu…tak terbayang. So, kawan-kawan, dekatkan diri dengan Allah. Kita tak nampak Dia tapi Dia dihati kita kan?

 

 

p/s: Saya mestilah Islam dari segi akidah dengan saya mestilah mempercayai dan meyakini bahawa setiap yang Allah jadikan bukanlah sia-sia kerana ianya adalah sifat yang mustahil bagi Allah. – Ma za Yakni : Fathi Yakan -