Carian

Kali kedua!

Salam

Huhu. Tak dapat aq nak buat tagline “Hai kawan-kawan” sebab tengah bersedih hati ni. Huhu. T.T

Buat kali keduanya, aq kehilangan barang-barang yang penting. Hari tu sekali hilang cardholder yang dalamnya berisi kad metro yang aq baru sahaja beli, dalam tu masih ada 19 trip, kad tramvai aq yang baru sehari gunakan dan kad masuk hostel. Ok, memang masa tu dah nak patah balik tunggu tramvai tu datang balik tapi yang jadi masalah ialah aq tak tahu nombor plate tramvai tu. Silap aq sebab letak cardholder tu dalam sweater yang memang mempunyai kemungkinan untuk jatuh bila-bila masa. Sejak daripada hari itu, aq elakkan meletakkan barang di dalam poket sweater. Memang nak nangisla sangat-sangat. Harga metro dengan kad tramvai aq yang mahal itu, lesap begitu sahaja.

Hari ini……

Dompet pula yang hilang!!!!!!

Huhu. Dalamnya, konferm ade duit. Cukup-cukup untuk sampai hujung bulan ni. Duit yang aq sorok dalam bilik untuk dua bulan nanti dan untuk travel berjalan cuti nanti. Sedih sangat-sangat. Nak menangis dah aq dibuatnya hilang dompet tu. Baru tiga bulan aq pakai, dia dah pergi. Tak ada jodoh antara aq dengan dompet tu agaknya. Tak apalah, aq redha je. Terima kasih kepada dua orang kawan yang sudi menemani aq patah balik untuk at least mencari dan buat report. Sian kat depa, dahla dah nak malam, perut depa pun kelaparan. Sorry.

Lepas ni nak cuba untuk tak hilang lagi barang-barang yang penting ni…..

 

 

 

p/s: dulu yakin sangat kan….amek kaw…

Lagu dan sentimental

Salam.

Hai kawan-kawan. Sekali lagi aq menggunakan tagline ini. Ianya comel atau ape? Pada aq memang nampak childish dengan tagline ni.

Okayh. Tak habis-habis nak cerita pasal tagline. Apa yang aq dapat aq pun tak tahu. Sekadar menghiburkan hati yang sunyi kut.

Seperti mana yang tertera di ruangan tajuk, Lagu dan Sentimental. Hurmmm……… jujurla, berapa ramai antara kita yang sebenarnya mendengar lagu hanya sekadar nak dengar lagu? Aq mengaku tanpa sebarang penafian ada antara lagu-lagu yang aq suka dengar adalah disebabkan liriknya dan bukan disebabkan susunan muziknya. Ada juga sekadar susunan muzik yang menarik perhatian aq. Tapi, well, lirik lagu tu lebih bermakna (pada aq la kan) sebab actually lagu adalah sajak. Perasan tak? Sajak yang diberikan alunan muzik dan intonasi yang berbeza-beza mengikut emosi. (waa~ amacam, definisi ini hanyalah rekaan, jangan pulak ada yang pi gatai bukak kamus dewan edisi keempat nak cari betul ke tidak definisi aq ni)

Paling aq suka layan adalah lagu zaman Wings, Search dan seangkatan dengan mereka la. Fevret aq dalam banyak-banyak ialah lagu Man Bai, Kau Ilhamku dan lagu Awie (yang ni banyak aq minat….tak tahu nak pilih yang mana satu), Amy Search pun aq suke, lagi-lagi Isabella dengan Fantasia Bulan Madu. Aq jadi suka dengan lagu-lagu ni disebabkan oleh Babaku yang sangat gemar berkaraoke di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan dulu. Best giler masa tu.

Kalau korang tengok betul-betul lirik lagu zaman 90-an tu, kebanyakan susunan kata-kata dia mempunyai maksud yang tersurat. Macam lagu zaman P.Ramlee… (wah, yang ini memang aq suka). Basically lagu 90-an tu banyak yang jenis jiwang-jiwang dan lagu untk awek-awek la. Tapi zaman tu, cinta banyak cinta yang betul-betul punya cinta. Best. Banding dengan lagu sekarang, kebanyakan lirik lagu dia jenis direct speaking. Cakap terus terang je. Dah tak ada dah bahasa yang berkias-kias ni macam dulu-dulu. Well, ikut zaman la kan. Sekarang ni anak-anak muda lebih ramai yang jenis cakap terus terang dan tak bermain dengan kata-kata yang berlapik.

Berbalik pada tujuan asal aq menulis. Lagu dan sentimental. Memang layan lagu jiwang disaat mood tengah jiwang sangat-sangat best. Aq akui. Even aq pun ade juga mood jiwang. Tapikan, masa sedih, janganla pula pi layan lagu sedih. Kang dari tadi cume sedih, dandan bergenang, dah tu mengalir pula air mata tu, paling best tu yang dalam hidung pun pakat mengalir juga. Hahaha. Nasihat aq, bila sedih, lawan sedih tu. Jangan diikutkan sangat. Nanti makin rasa terseksa dan diseksa. (Pesanan terbaik untuk diri sendiri). Tapi, apa-apa pun, ingatlah pada Yang DiAtas Sana. Jangan time sedih je, perbanyakkan masa untuk Dia.

Well, nak layan lagu sentimental ke rock kapak ke R&B ke apa-apa ke. tak salah. Aq mengaku memang aq kaki layan lagu. Tapi jangan layan lagu tu sampai jadikan dia zikir kita, jangan jadikan dia sebagai makanan rohani kita. Ingat tu. Hihi. Paling penting tengok lirik lagu tu, kalau boleh amek pengajaran, kalau yang kena jadikan sempadan, jadikan sempadan. Tak lupa juga, jangan semata-mata kita rasa lagu tu ngam dengan kita, kita terus rasa macam hanyut. Oh tidak, jangan….. (haha…pesanan paling bagus untuk diri aq….). Adalah satu lagu tu memang ngam habis dengan aq, hampir setiap hari layan…suatu ketika dahulu. Sekarang tidak lagi.

 

p/s: hurm…..lupa pulak, sambil dengar lagu sambil belajar bahasa juga!

Autumn Picnic

Salam

Haih. Hari ini ada sukan untuk muslimah. Sangat-sangat best dan sangat-sangat penat. Huhu. Esok dahla ade lesson sukan. (Fizra). Larat ke tak esok, entahla. Tu la, pi gatai-gatai main tiga game, sapa suh? Well, selagi aq ni masih mampu nak bersukan ni, aq bersukan la. Nak enjoy abih-abih zaman sports ni. Sebab nanti bile dah besar sikit, susah sikit la nak main macam-macam. Lagi-lagi kalau dah kahwin (gatai lagi naa?) Haha.

Semalam, kami satu batch pergi Park Kolomenskoye. Kali ni dengan niat nak pikinik. Memang planning habih la untuk piknik ni. Pi beli barang pe sume. Hehe. Padahal dalam forrecast ade tertulis kemungkinan snow dan suhu dalam bentuk ‘minus’. Paham tak?

M-I-N-U-S……………………………..memang macam sejok giler.

Memandangkan dalam bilik aq heater tu terpasang dan tingkap bilik tetutup rapi, memang tak rasa la sejuk kat luar macam mana. Rasa gitu-gitu je. So, aq pun memakaila pakaian yang tidaklah berapa tebal. Dan yang paling penting, aq terlupa nak bawak glove aq. Nasibla tak lupa selendang aq. Haha. Memang kebas habis tangan aq semalam. Nak buat apa-apa macam tak terasa apa pun.

Terlintas di sudut fikiran aq, “Ni baru autumn yang hampir membunuh, kalau winter mungkin terbunuh dah!” Hahaha. Tak adalah. Cuma terfikir macam mana aq nak survive nanti untuk winter kalau autumn saje aq macam dah tak tahan giler dengan suhu dan angin kencang dy? Well, kenala belaja survive. Nak tak nak la kan?

Hurm, pikinik tu boleh la dikatakan jadi tapi tak ada tikar. Bentang plastik makanan tu, bukak roti ramai-ramai serbu makanan. Sandwich je pun aq buat. Bukan apa sangat. Sekadar mengisi perut untuk hilangkan sejuk. Hihi. Tapi tak bawak air panas lak. Bawak lemonade je. Hihi. Nak tak nak duit kuar gak untuk beli air teh atau kopi kat gerai-gerai kecik. Mahal lagi kat gerai-gerai tu banding dengan kat MAI. T.T

Lepas ni kalau nak pikinik, aq on aje. Sebabnya, aq suka pegi taman-taman ni. Macam romantikla plak rase. Even sorang-sorang pun boleh jadi romantik taw. Hahaha. (Ni akibatnya apabila anda menjadi seorang yang kuat berangan.) Yela, kat malaysia mana la nak dapat musim yang penuh dengan daun kaler kuning dengan pokok-pokok togel yang menawan tu. Kat sini je dapat. Even sejok giler pun, best sebab dapat tengok scenery yang menyejukkan hati. Seyesly, nak cari lagi park-park yang best. =)

 

 

p/s: Kat moscow ni katanya banyak park. Sangat-sangat!

Api, hati dan maaf.

Salam.

Masa aq kanak-kanak dulu, aq memang suka sangat main dengan api. Meaning kat sini aq suka main benda-benda yang melibatkan api. Contoh, bunga api, mercun, main bakar-bakar. Memang suka la. Dah besar panjang ni, aq hanya menyalakan api untuk memasak di dapur (kat sini pakai dapur letrik je….tak ade api), ataupun nak bakar daun kering yang bertimbun kat rumah Tok Ayah.

Orang salu kata jangan main api, nanti daripada jadi kawan jadi lawan. Analoginye sebab mase api tu tak nyala kuat, bolehla kita nak bikin kawan, tapi mahunya bila dia besar dari kita, tak ke jadi lawan? Hahaha. Inilah persamaan dengan berkawan. Hati-hati. Bukan mahu ditujukan kepada sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita berkawan dengan orang tapi sebenarnya di belakang kita tak siapa yang tahu. Hati dan perasaan orang ni, bukan sesiapa boleh duga pun. Masing-masing punya hal laa kan.

Masa zaman sekolah dulu selalu ade pesanan cikgu hati-hati dalam memilih kawan, lagi-lagi buat mereka yang senang dipengaruhi dan senang ditindas. Sebabnya adalah ini. Hati orang kita takkan pernah tahu yang sebenar-benarnya. Kita dapat teka dan agak, tapi nak sebijik dengan apa yang ada dalam hati dia tu kemungkinannya sangat rendah la kan. Hidup kita ni pentas lakonan. Terserah kepada kita dengan siapa kita berhadapan dengan, Kebiasaannya kita banyak berlakon, nak jaga hati orang, tak nak orang sakit hati, nak diterima orang. Bukan nak cakap semua orang tapi most of it macam itu lah. Lain orang kita berhadapan, lain cara kita sebab lain orang lain cara pemikiran dan penerimaan. Sebab itulah sajak si William tu life is a stage play. Sape ingat lagi sajak Life’s A Brief Candle masa form 1? (Syllabus sekarang dah lain dah)

Aq akui sekarang ni aq sedang bermain dengan ‘api’ dalam erti kata lain bermain dengan risiko yang bermacam-macam. Hahaha, Aq sedar dengan keputusan yang aq buat semua. Cuma, aq sekarang sesungguhnya dalam kebingungan dalam jiwa ni! Hahaha. Nak minta tolong pada si DIA yang DI ATAS SANA. Itu semua konflik dalaman sahaja. Bisa diatur, buk…. Hehehe.

Sinonim dengan bermain dengan api ialah aq juga nak sampaikan bermain dengan kata-kata. Nak tahu sebabnya? Aq akui banyak kata-kata aq yang telah memakan tuannya semula. Hahaha. Padan muka la kat diri sendiri. Amek kau. Sebab tu aq nak mengingatkan kat kawan-kawan kat luar sana, bersihkan hati anda sebelum jadi hitam. Hitam bukan kerana buat dosa yang terang-terang tapi hitam dek kerana hati sentiasa tak berpuas hati dan dengki kat orang. Percayalah, setiap apa yang orang lain adanya part dia yang kita tak puas hati. Tak kiralah dia baik mahupun tidak. Macam yang pernah aq katakan dulu, kalau yang baik pun masih ada mulut-mulut yang nak memburukkan empunya badan, apatah lagi yang tidak baik?

Pesan Baba dulu kat aq, hati kita ini segala-galanya. Kita takkan tahu macam mana hati kita boleh jadi hitam. Kadang-kadang kita semua amalam cukup, siap dengan sunat-sunat, tapi kalau dalam hati kita terdetik riak dan seangkatannya, macam mana? Bukan nak kata yang amalan tak cukup boleh ada hati yang bersih. Mana la kita tahu hati kita bersih ke tak. Tak ada sapa pun taw. Tapi, kita boleh usaha bersihkan, betul tak? Dengan apa? Makanan rohani la. Zikir, munajat, doa dan selawat.

(Ok…… dh jadi macam pengisian apa plak dah ni)

Haha. Dua tiga hari ni, selalu aq dok mikir tentang hati aq ni. Sejauh mana bersihnya hati aq? Aq takkan sekalipun tahu. Sedih juga sebab rasanya macam biskut hangus yang hitam legam je hati aq ni. Tak tahulah. Bersabar dan berdoa sahaja pada-Nya. Seorang kawan pernah bertanya, kenapa benda sesimple memaafkan orang sangat susah kita nak buat? Kenapa? Jawapannya, hati kita. Kenapa nak di simpan marah tu? Kenapa tak nak maafkan dia? Senang jugak jawapan tu, kita manusia biasa dan penuh dengan kecacatan zahir dan batin.

Memang susah untuk kita maafkan orang bila kita dah marah dekat dia. Jujur aq pun sama. Memang ada sesetengah orang tu susah aq nak maafkan. Cuba kita fikir baik-baik, kalau kita tak maafkan orang tu, apa kita dapat eh? Kita puas hati ke? Puas hati ke sebab dia sebenarnya dalam jiwa asyik merana tak dimaafkan? Tu kira kita menzalimi orang. Menzalimi batin orang. Sekali dalam hidup kita, kita duduk dan muhasabah diri kita balik. Pernah kita dalam satu hari buat orang tak marah kat kita? We’ll never know. Tapi sebenarnya ada. Walau sedikit. Pernah tak kita tahu bila orang kata dia maafkan kita dia sebenarnya betul-betul ikhlas atau tak? We’ll never know. Memaafkan memang susah tapi cukup-cukuplah kita menzalimi batin orang. Sekali dalam seharian kita fikirkan kenapa orang tu buat kita marah? Mungkin silap kita kat dia, atau pun silap kita dulu-dulu kat orang lain atau pun satu ujian dari si Dia. Kita takkan pernah tahu. Allah banyak merahsiakan benda-benda macam ni sebab Dia nak kita terus yakin pada Dia. Sekali kita hilang yakin pada Dia, parah dah kita.

Contengan hari ni sekadar apa yang aq fikirkan dua tiga hari ini beserta dengan apa yang diskusi dengan kawan aq tu. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. (Cliche ayat pendahuluan cerita). Buat kawan aq yang nak STAM, Sabariah Salleh, aq syg ke mung! Bwt molek deh! Buat my huny Fatimatur Rifqah Yahaya, missing u a lot! You’re never a burden but an ease! Jgn down sgt, kayh! Buat kawan baik aq yang bajet comey, Mohd Anas Hj Mohd Yusof, study leklok. Aq tunggu ko smpi German! Ingt, aq xpnh lupe pun kat ko. Paling penting sekali untuk tiga orang yang specel ni, segala silap dan salah yang pernah berlaku dulu zaman tok tonggeng ke zaman jahiliah ke zaman bila-bila, semuanya aq dah tak ingat dah pun. Aq pun mohon maaf banyak-banyak terutama kt hamba Allah yg best day dy yg makin dekat tu….=)

Buat semua yang kenal aq, dan rase macam kenal aq dan terasa pnh jadi kawan aq ataupun yang masih lagi terfikir sape aq ni, to me, korang tak penah bikin salah apa-apa pun. Even kalau ada pun, aq dah tak ingat dah pun. Buang masa nak seksa hati sendiri. Hehehe.

 

p/s: credit to kawan aq tu sebab dia sentiasa buat aq terfikir macam-macam dan dia banyak support aq. mekaseh byk deh n maap byk!

Mulut orang….

Salam

Semalam disaat aq tengah khusyuk melayari internet, jumpalah website-website menarik untuk diri aq ni. Terutama sebagai satu langkah untuk aq berubah ni. Walaupun masih di tapak-tapak kecil, tapi semangat aq kali ini kuat. Masih banyak dan bukan banyak yang banyak tapi MEMANG BANYAK SANGAT yang perlu diperbaiki. Entah macam mana, hajat aq yang pernah terkubur kembali bangkit. Daripada aq sibuk mendownload movie dengan lagu, baik aq mendownload surah dengan ceramah. Daripada aq layan movie, anime ke drama ke baik aq tengok video ceramah. Hahaha. Macam drastik sangat pulak aq rasa. Tapi jujur aq katakan kalau satu ketika dulu, aq memang taklah layan sangat nak dengar ceramah ke semua ni. Kira antara manusia yang suka main skipping ni adalah aq. Sekarang ni macam enjoy pula. Best.

Kalau secara drastik aq berubah memang menjadi masalah besar bukan setakat kat diri sendiri malah untuk keadaan sekeliling. Bukan apa, banyak contoh yang aq lihat di luar sana malah pernah suatu ketika dahulu aq lalui saat begini. Ini kira fasa kedua la kot. Aq masih lagi layan movie ke anime ke drama ke. Siapa kata aq tak layan. Layan je lagi. Cuma, yang baik tu kita contohi yang buruk kita jauhkan. Usaha. Jangan putus asa.

Well, semangat tu dah ada. Bagus dear! Keep on. (Waa~ cheer untuk diri sendiri…..)

Ok. Citer pasal mulut orang. Memang sah-sah kita tak boleh nak kata apa lah kan. Sebabnya, mulut orang tu mulut orangla. Bukan hak kita pun nak marah dengan apa yang dia cakap. Sebab itu yang dia nak cakap, itu yang dia nak luahkan. Aq selitkan kat sini sekali, facebook orang, twitter orang, hak depa la nak tulih apa. Bukan hak kita pun nak marah-marah kalau dia ada menyinggung perasaan kita. Kemungkinan dia menyinggung perasaan kita tu disebabkan daripada kesilapan kita juga. Tak kisahlah yang dah berabad lama ke yang baru lagi ke atau yang mungkin akan jadi.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan, mulut orang tu hak depa. Nak perli ke nak sindir ke nak kutuk nak ngumpat ke nak apa-apa. Kalau betul kita rasa dia salah, tegur dan cakap. Kalau dia ulang, biarkan. (Orang kata tegur at least dalam tiga kali kalau keras kepala batu, buat tak tahu je….~ eh macam kenal pulak sapa hamba ALLAH yang sebegitu ~~) Pengajaran untuk diri sendiri juga kan? Kalau dikenang sejarah memang payah aq nak maju ke hadapan, tapi kalau bergantung harap pada Yang Maha Esa, kekuatan itu sentiasa ada kerana Dialah yang memberi kekuatan.

Sekarang ni, jujur dari diri sendiri, aq malas nak ambil hati dengan apa yang orang nak cakap. Bukan aq nak jadi sombong ke apa, tapi makin aq fikirkan tentang bicara orang di belakang aq, makin susah la aq nak tenang. Baik aq fikirkan tentang-Nya sebab Dialah yang Satu. Macam dalam lirik lagu Maher Zain tu, “Will Allah satisfy?” Pesan Baba pun macam tu juga, “Berbuat baik dengan Allah, insya-Allah manusia akan mendekati kita walaupun sedikit demi sedkit” Memang kalau dikira nak menjaga hati orang dan nak menjaga diri daripada tak diperkatakan orang, sampai sudahlah tak berpenghujung. Sebab manusia yang baik pun ada orang nak dengki-dengki siap reka cerita yang macam-macam nak kasi nama buruk, ni manusia yang jahat toksah cakaplah, memang jadi hot gossip semua orang. Point dia simple. Yang utama sekarang ni YANG DI ATAS SANA.

Kita masing-masing ada hati dan ada perasaan. Itu fakta yang sememangnya kita tak dapat nak sangkal la kan. Tapi pernah tak kita fikir apa yang sebenarnya yang betul-betul buat hati kita tenang? Apa yang betul-betul membuatkan perasaan kita menjadi aman dan tenteram? Nak mencari ketenangan hati dan ketenteraman perasaan itu satu pencarian yang sukar. Sebab kita bukan berperang dengan sapa-sapa pun. Dengan diri sendiri juga. Aq tak boleh la nak cakap aq ni dah jumpa, aq sendiri masih memerlukan pelbagai perubahan. Tapi apa yang aq yakin adalah, mencari redha-Nya itu penting beserta redha ibu ayah. Ingat redha ibu ayah itu redha Allah.

Bab aq nak menggatal berkahwin tu, (hahaha…mesti ramai ingat aq dah tutup topik ni), bukan aq nak menggatal pun. Cuma, cerita pasal benda macam tu menarik. Itu je. Darah muda remaja tengah deras mengalirkan sekarang ni. (^.^)V

Korang nak cakap apa, cakaplah, Hehehe.

Repeating the history

Salam.

Semakin rajin aq mengupdatekan blog ini memandangkan musim aq nak melayan anime dengan drama semakin berkurangan. Aq bukanlah jenis yang pandai nak cari anime dan drama, kena ada orang suggest dulu baru aq tahu nak layan. Takpelah itu bukan main point aq menulis kali ini.

Point aq kali ini ialah, kemungkinan besar untuk mengulangi sejarah buat kali ketiga sangat-sangat besar. Adakah aq satu apa-apa pun tak belajar dari kesilapan? Aq sendiri tak faham. Untuk kali ini aq akan cuba dengan sedaya upaya untuk tidak menjadikan sejarah berulang kembali. C-U-B-A dan U-S-A-H-A. Seterusnya aq hanya akan bertawakal. Haisy, umoq baru 19 tahun. Pelik-pelik aje lah aq ni.

Risiko yang aq ambil kali lebih besar dari risiko yang pertama dan kedua. Waa~, aq ni memang suka amek risiko kan? Lepas tu, seorang diri lah merana. Hahaha. Kelakar jugak bila fikirkan tentang kehidupan kita ni. Macam-macam yang kita tak jangka akan jadi kan? Semuanya di tangan Illahi.

Sekarang ni aq ade semangat baru untuk berubah cuma nak berubah dengan keadaan sekarang memang penuh cabaran dan dugaan. Sangat banyak. Sebab, kita tak tahu kritikan orang, kita tak tahu tanggapan orang, kita tak tahu penerimaan orang. Pernah sekali di pesbuk aq jumpa status seorang kawan “Even if you change, people will always judge you for the past”. Well, changing really is challenging but you really need to fight against it. Step by step and don’t look back.

Kawan baik aq, Mator, memang ade pesan. “KAU JANGAN REPEAT LAGI BENDA YANG SAMA UNTUK KALI KETIGA. AQ DAH TAK SANGGUP TENGOK KAU KECEWA LAGI”

Baikkan orangnya. Sangat sayangkan aq. Walaupun pernah berlaku titik hitam dalam sejarah kami, tapi titik itulah yang menyatukan kami. Sayang aq kat dia. Secara officialnye, kepada Mator, I’m sorry. Maybe I’m repeating or maybe I’m not. Sorry, huny buny. The future is not in our hand. It is in HIS hand and we’ll never know.

Kekecewaan really is the most painful thing. Aq tak boleh tak mengaku, tetapi setiap kali berlaku kekecewaan tu aq sedar kehidupan ini macam mana dan aq serba sedikit belajar memahami kehendak diri aq. Memang kadang-kadang kita kena selfish because that’s how life treat us. Yang paling penting untuk kita adalah keyakinan kepada ALLAH. Jangan pernah putus harapan pada-Nya sebab berapa ratus juta kali kita kecewa pun, even though the pain is almost killing, but He’ll always be there and never let you down. Yakinlah pada Dia. Pesanan untuk diri sendiri dan orang ramai.

Walaupun aq kecewa-kecewa ni, tidak ada satu pun aq rasa bengang dengan sejarah-sejarah itu tapi pada aq tu sume banyak mengajar aq. Kalau aq ingat semua sejarah-sejarah silam tidak kira yang mana pahit mahupun manis, semuanya adalah susunan Yang Esa. Kalau Dia tidak temukan kita dengan keadaan itu, kalau Dia tidak temukan kita dengan orang-orang begini, kalau Dia tidak berikan kita situasi macam tu, kalau Dia tidak jadikan kita macam ni, kita sampai bila pun takkan tahu apa yang kita tahu sekarang, kita takkan jadi diri kita yang sekarang ni. Since then, aq sentiasa ingat dalam diri aq, Allah tu Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Segala susunannya ada hikmah dan akibatnya. Hanya Dia yang tahu dan takkan sesiapa pun tahu.

Sekian. Ini buat mereka-mereka yang kecewa taw! =)

Life is always a choice

Salam

Ini hanyalah pandangan semata-mata dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.

(Ok.Intro yang agak menarik.Kan?)

Aq tulis life is always a choice sebab memang itulah hakikatnya. Pada pandangan aq. Kepada yang setuju terima kasih, dan kepada yang tidak, aq tak kisah pun. Manusia sentiasa ada pendapat yang berbeza dek kerana kita masing-masing mempunyai akalfikiran. Allah pun ciptakan kita bersama akal fikiran.

Benda paling simple yang aq nak gunakan sebagai contoh adalah bangun dari tidur. Setiap hari seawal pagi nak bangun solat subuh tu kita sebenarnya ada dua pilihan. Nak bangun pergi solat ke nak sambung tidur layan mimpi yang tengah best tu. Sedar tak sedar itulah sebenarnya pilihan kita tapi memandangkan kita dah dididik dari kecik sampai la la ni untuk bangun dan beribadah kepada-Nya. Kenapa? Persoalannya adakah kita buat tu kerana kita mahu atau sekadar mengikut apa yang telah dididik sejak kecik? Kata Imam Ghazali, beramal tanpa ilmu itu sia-sia. (Ini lain kali pula kita citer, ok?)

Main point di sini adalah pilihan kita. Dengan akal yang diberi macam-macam pilihan di hadapan mata kita sebenarnya. Sedar atau tidak. Kebiasaannya kebanyakan pilihan kita lebih dipengaruhi oleh hati dan perasaan atau senang kata naluri daripada akal. Percayalah. Sebab tindak tanduk kita kebiasaannya mengikut naluri tanpa kita sedar. Contoh yang mudah, tengah syok berborak dengan kawan, tetiba dalam kepala ada satu benda yang bermain difikiran. Kekadang tu kita berpotensi untuk mengeluarkan soalan atau statement tu tanpa berfikir. Cuba kita fikirkan, antara kita cakap mengikut akal kita dengan bercakap dengan hati dalam sehari peratusan mana yang tinggi? mengikut hati atau mengikut akal? Manusia ni berbeza-beza, ada orang sensitif itu ada orang sensitif ini. Perasan ke tak?

Contoh lain, marah kat orang. Perasaan marah ni semua orang ada. Konfem. Sesape yang tak ade perasaan marah tu tipu sangat-sangat. Tapi, masing-masing ada pilihan nak marah atau tidak dan masing-masing ada pilihan sama ada untuk pendam marah atau melepaskan marah tu. Ada di antara kawan-kawan aq yang jenisnya memang seperti orang tak ada ego tapi sebenarnya mereka memilih untuk tidak marah dan hanya memaafkan orang tu. Ada juga jenis yang baran ke main, sebabnya pilihan mereka juga. Betul ke tak? Yang aq cuba nak sampaikan, kenapa ada yang pilih untuk marah dan kenapa ada yang pilih untuk tak marah. Jawapan aq simple je, kehidupan kita lebih banyak kita ikutkan hati dan perasaan berbanding akal. Setiap orang macam tu. Berbeza contoh je la.

Pernah ada suatu ketika dahulu kat MIAT masa tu ada usrah dengan Kak Azza. Berbicara tentang usaha dan tawakal serta takdir. Perjalanan hidup kita ni semuanya dah ditentukan oleh Allah sebenarnya. Macam nak exam, sebenarnya keputusan tu dah sedia ada. Tak kisahla kita usaha atau tak, kita tawakal atau tak. Memandangkan kita tak pernah tahu masa depan kita dan keyakinan kita adalah kepada Dia, makanya kita pun usaha. Betul tak? Bukan nak melemahkan semangat sesiapa yang nak exam tak lama lagi tapi fikirkanlah sejauh mana yakin kita kepada-Nya. Sebab kejayaan sekarang bukanlah untuk selama-lamanya. Jujur aq katakan. Point kat sini sebenarnya, adalah berkaitan dengan pilihan kita seharian. Adakah pilihan kita tu sebenarnya pilihan kita? Sebab akal yang diberi itu daripada-Nya. Cuba kita fikir, setiap apa yang kita buat ni sebab kita yang nak sendiri atau sebenarnya perancangan-Nya? Satu je jawapan aq, semua yang berlaku atas muka bumi ni adalah perancangan-Nya sebab Dia Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Oleh itu, yakinla dengan sepenuhnya dan jangan bersedih. (nak cilok la tahzan). Sudah tertulis pun dalam satu hadis antara lima perkara yang menjadi rahsia Illahi adalah masa depan.

Pilihan kita ada dua di depan mata sekarang ni, nak yakin kepada-Nya dan mengikut segala perancangan-Nya ataupun nak teruskan kehidupan kita yang kadang-kadang kita sendiri tak yakin kepada-Nya.

Pesanan untuk semua orang yang syok membaca, jangan pernah sekali terlintas dalam kepala tentang pilihan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu kerana Allah tu Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku pasti ada pusingnya. Kita takkan pernah tahu walaupun secebis.(tak tahu dah secebis ke sedikit ke apa-apa perkataan yang sesuai.hehe) Percayalah. Even sekarang pun kalau ada terasa macam tersalah pilih jalan, jangan rasa lemah, tapi yakinlah kepada-Nya sebabnya Dia Maha Mengetahui. Itu je aq mampu nak pesan. (Terutama kepada tukang menulis ni…. aq la tu!)

Masa depan

Salam

Rase nye, post kali ni sambungan post Kahwin???. Hehe. Kalu nak kira keinginan nak kahwin tu memang ada. Persoalannye, dengan siapa? Tidak itu sememangnya bukan persoalan yang utama kot. Persoalan utamanya adalah sudahkah aq bersedia menghadapi hari itu? Hehehe.

Tak kisahla kepada mereka-mereka yang membaca ini fikir aq ni gatal ke ape ke, tapi pada aq sometimes benda macam ni sekali sekala kena difikirkan juga. Berdasarkan atas alasan masing-masing la. Terserahla kan. Kalu aq alasannya, maybe ada satu saat tu aq rasa aq tersangat bebas. Mungkin. Mungkin ye di situ. Aq pun tak tahu. Pakat tulis je ape-ape yang terlintas di kepala otak aq yang kecik ini pada waktu ini. Sorry la.

Anyway, back to the topic. Dulu kan, masa aq dengar citer macam mana Ummi dengan Baba kahwin kat obesi aq jadi macam gile kagum. Yang jadi lagi gile kagum ialah majlis tu kengkawan depa yang tolong-tolong. Zaman tak paham apa-apa dulu bule la ade angan-angan gedik nak ikut depa tapi bile dah besar panjang ni, sendiri dah paham macam mana actually that kind of situation boleh jadi. Macam aq tengok senior aq kat sini la.

Kalu dipikir gatal, memang la nak kahwin. Bukan sebab apa-apa sebab ape erk. Tak boleh nak di describe. Bengong gak. Hehehe. Tapi macam-macam persoalan yang timbul dalam kepala aq ni. Ramai je kengkawan yang pesan, kehidupan aq panjang lagi. Jauh perjalanan lagi. Toksah membazir masa memikirkan benda-benda karut macam ni. Yes, ade kawan aq yang berkata benda ini karut. Sebabnya, jodoh maut di tangan Yang Di-Atas sana tu, Allah S.W.T je yang tahu. Sampai masanye, sampai la. Hihihi. Betul jugak sebenarnya. Tapi persoalannya, macam mana benda ni aq bule jadi terfikir erk? Kenapa aq bule terfikir? Bukanlah sepanjang masa pun aq fikir. Ade tu aq saje je sebut-sebut. Just nak bergurau tanpa apa-apa double meaning. Kalu orang lain pikir lain, pikiran masing-masing. Bukan kita boleh pun cakap kat orang tu yang dia tak boleh pikir macam tu macam ni sedangkan itu adalah pikiran dia. Ye dok?

Pernah suatu ketika dahulu aq saje bergurau dengan Baba pasal calon suami. (Niat dihati hanya mahu bertanya tanpa apa-apa maksud.Tapi kalu dah umor besaq ke main 18 tahun,bertanya tanpa makna ka? Hehe….Tapi masa tu just nak tanya je…) Jawapan Baba sangat simple. “Yang nak kahwin kaklong. Pilihla sesiapa pun atas muka bumi ni yang penting agamanya dan ingatlah bahawasanya isu kahwin ni bukan isu mudah macam petik jari.” Ade la lepas tu masuk bab jaga anak, didik anak dan seterusnya. Dari situ aq dah dapat clue orang macam mana yang patut aq cari. Tak cari pun lagi. Malas pun. Biar je la dia datang. Entah sape-sape entah ye dok nantinye.

Next ade pulak aq tanya Ummi, macam mana pulak kalu aq decide nak kahwin masa kat obesi nanti (masa tu dekat malaysia lagi). Jawapan Ummi pun simple je, “Belajar dulu jangan kahwin lagi. Sebab kahwin bukan benda yang mudah. Melibatkan tanggungjawab. Nanti nak fokus belajar lagi nak jaga rumah tangga lagi. Susah. Ummi pun ikut pesan arwah wan, kahwin lepas habis belajar” Aq sengih kambing je la kat situ. Bile aq tanye lagi, “kalau dah memang jodoh?”, Ummi memang genius dan layak dapat PhD dia, “Isu kahwin boleh dielakkan. Buat keputusan jangan ikut perasaan semata-mata. Minta petunjuk Allah. DIa Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Seelok-eloknya, sekarang ni fokus belajar je dulu.”

Sekarang ni kalau aq ajukan soalan-soalan berkaitan kahwin aq memang dah tahu dah jawapannya. Hehe. Bukan tak tahu. Yelah, tambah pulak aq ni KAKLONG. Benchmark untuk adik-adik kut. Parahla kalau buat pelik-pelik kan? Jadi benchmarker ni memang susah tapi Tuhan dah bagi tanggungjawab tu kat aq. Dia bagi sebab Dia tahu aq mampu jadi benchmarker a.k.a anak sulung. Sekarang ni aq bukanla pikir sangat pun isu kahwin ni, tapi jadi suka kalau berbicara tentangnya. Entahla kenapa. Sendiri syok kot.

Haiya. Masa depan tu takkan ade sape-sape yang taw, Hanya Allah je yang tahu. Semuanya dah ditulis di Lauh Mahfuz. Berserah sahaja pada-Nya. (Cewah… ayat tak bule belah!…. memang tak boleh belah pun). Aq tidaklah menulis atas dasar alasan aq rasa aq nak kahwin ke apa-apa yang berkaitan. Aq menulis atas sebab aq hanya nak berkongsi dan nak meluahkan kot. Luahkan apa pun aq sendiri tak tahu. Segala apa yang terbuku di hati hanya Dia sahaja yang tahu.

Keputusan aq nak kahwin ke tak kat obesi ni aq hanya mampu diam. Unless kalau aq jawab tu bermaksud tidak ade langsung unsur serious, unsur nak layan je apa yang orang nak. Kadang-kadang memang suka tengok reaksi orang tapi kadang-kadang kena juga fikir ape orang fikir. Sebab apa yang difikirkan tak sama dengan yang kita rasakan. Nak menjawab soalan secara serious memang aq tak berani, sebab aq takut aq jadi cakap tak supa bikin. Kehidupan dah banyak mengajar aq sebegitu. Nanti mulut cakap gini, buatnya lain la pulak. Yang pernah terlintas lain, yang dibuatnya lain. Susah. Nak menjawab memang laju je mulut menjawab. Tapi bila berlaku depan mata tu, hanya Allah je yang tahu apa yang bermain dalam fikiran.

Sekarang ni masih banyak benda yang aq nak perbaiki dan perbetulkan. Masih banyak urusan persendirian yang perlu aq tangani. Masih banyak tentang kehidupan yang perlu aq belajar. Bak kata mak ayah orang-orang lain, “Belajar pun tunggang langgang lagi, ni pulak nak jadi laki/bini orang?”

Lama dah tak aktif macam ni

Salam

Okie dokiey. Sebenarnya badan aq dah sengal-sengal lenguh-lenguh segala dah ni. Mana taknye kalau main volleyball dengan futsal serentak sambil berkejar-kejar dari satu dewan ke satu dewan.

Semalam ade event sukan name dia Road to Gorky Games dekat M2 (name penuh seriously aq tak taw). Perjalanan nak ke sana memakan masa hampir dua jam. Aq daftar nama untuk futsal dan volleyball. Futsal tu sebab saje suka-suka nak masuk tapi volleyball tu memang aq nak sangat main. Since form 3 lagi aq memang minat sangat dengan volleyball. Disebabkan short people, aq masuk dua-dua. Lagi best is games berselang seli. Memang syokla aq berlari ke sana ke mari.

First game aq adalah main futsal. Aq main futsal dengan family je. Dulu zaman kanak-kanak ribena pernah la sekali dua main bola sepak dengan membe-membe lelaki. Skill memang aq konfem aq tak de skill sangat. Setakat nak sepak bola, tanduk bola tu aq taw la. Tapi main dalam game tu memang aq tak taw sangat. So, aq main non-stop tanpa tuka orang pun. Seyesly, penat gila. Dah la opponent punye team sume badan besar-besar! Aq yang kecik ni aduih…… no komen. Dapat la posisi striker. Ternganga luas saat senior tu bagitaw posisi aq. Hahaha. Law adek aq T-rex tu nak jadi striker aci la. Dia memang pro la.

Elok-elok first game futsal tu abih, aq lari ke court volleyball. Sempatla rehat dalam seploh minit. Tapi itu pun mase main volleyball badan aq semata-mata menggigil sebab otot terkejut dengan keaktifan yang berlaku selepas dua tahun pasif. Kalah tu memang kalah tapi aq puas hati dengan perfomance aq semalam. (Cewah….puji diri sendiri.).  Bukan apa sejak darjah 5 aq main volleyball, first time aq main dengan tenang dan aq tak gopoh. Standard aq main memang gilo! Haha. Aq puas hati dan aq enjoy. Tu pesan cikgu aq dulu… main jangan terlalu nak stress

, enjoy agar dapat main dengan tenang.

Yang tak tahan. Dan-dan habis game volleyball tu, captain futsal panggil game kitorang lak. Second game. Haha. Aduh. Baru habis game volleyball ni! Tak pe, aq lari cepat-cepat ke game futsal. Kali ni aq main dengan tenang kut. Tapi tak sepenat game yang pertama tu. Yang pertama tu memang konfem penat giler! Compare dengan game yang pertama game yang kedua lagi ganas kut. Tapi semua orang cakap yang pertama tu ganas. Maybe sebab saiz orang nye kot. Ntahla. Aq tak leh nak agak. Tapi yang puas hatinya dapat pergi final! (Ade tiga uni je)

Lepas futsal tu, datang kat volleyball nyer court. Game dah nak start. Haha. Ok, aq just telan few chocolate and minum air seteguk dua je. Nak tambah glucose je. Nak makan nanti muntah pulak aq. Game volleyball yang kedua ni lagi mencabar sikit kut. Tapi alhamdulillah menang la jugak. At last dapat second place sebab final tak buat. Depa kira markah je. Sebab timing la lari.

Yang lagi tak tahan, elok aq abih main volleyball, futsal final pulak! Huahua…. nak menangis aq berkejaran berlari kejar game. Hahaha. Tak pe. Demi sukan yang aq suka, aq jalan je. Kali ni game ni aq main dengan sebetul-betulnya. Aq cuba. Aq dapat shoot satu goal kot. Haha. Tapi setakat goal sebab goalie dah bergolek jatuh kat depan. Hihi. Aq nampal goal kosong, bola kat kaki aq, aq pun pakat tendang je. Sekali masuk. Aq berlari hampir satu padang seronok. Tapi goal nasib je tu. Alhamdulillah futsal dapat no satu. Excited ke main sume orang sebab diaorang dah 4 tahun mencari peluang kemenangan.

Ok. Kalau setakat sukan je, memang la tak penat mana. Yang menambahkan penat adalah event di embassy malam tu! Haha. Berkejaran aq balik asrama bersiap-siap secomel mungkin untuk ke embassy. Seyesly memang memenatkan. Bangun pagi tadi, every inch of my body terasa sengal dan lenguh. Tak terdaya aq. (Terdaya pulak nak masak bubur, nak online, nak wat matan, nak basuh baju)

Haha, Yang penting at least aq dapat aktifkan balik semula impulse-impulse aq yang selama ni pasif semacam. Hahaha.

Semangat

Salam.

Semalam aq dh pok pek pasal kahwin. Aq tahu ade di antara mereka-mereka yang membaca status miang aq berfikiran macam-macam. Well, aq tak nak salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri. Yang hang pi cari pasai sape suh? Dapatla hang. Smile is the greatest thing sekarang ni. Sepedih mana pun sesakit mana pun, aq telan aje.

Cerita pasal semangat. Aq dah banyak berubah sekarang ni. Especially dalam bab semangat. Kalau dulu waktu sekolah semangat aq sangat kuat. Macam-macam mana pun aq boleh go through dengan semangat yang waja. Tapi sekarang ni, aq mudah patah semangat. Nak mencari jawapan ke mana menghilangnya semangat tu memang sampai sudahla takkan jumpa.

Tekad kali ni aq nak berubah. Tekad aq kali ni mahu berubah biarpun masih ramai menjatuhkan semangat aq. (Boleh ke?) Normal kalau kita terlintas dalam fikiran, even if we change they would still never accept us. Tapi ade teman-teman berpesan kepada aq, kalau nak fikirkan nak puaskan hati orang, sampai mati pun takkan dapat. Lumrah manusia mempunyai perasaan tak suka dan tidak berpuas hati. Paling best is statement seorang kawan, semua orang mementingkan diri. Mula-mula aq tak faham macam mana nak conclude ayat tu tapi selepas dia explain baru aq faham. Memang betul pun manusia itu semuanya mementingkan diri cuma jenisnye aje. Baik atau tak. Contoh kita tolong orang atas sebab apa? Ikhlas atau tidak kan? Tapi sebenarnya at the same time kita memuaskan diri kita. Sedar atau tidak itu la kita manusia. Jujur kita takkan sedar bahawasanya kita ni pentingkan diri in that kind of situation. Tapi itulah kita.

Kalau nak berubah memang susah dan semangat kena kuat sebab dah menjadi lumrah manusia untuk memperkecilkan orang, sama ada dalam keadaan sedar atau tak sedar. Kalau aq tengok keadaan ada masa aq terasa ada yang sedang memerli atau memperkecilkan aq dan ada masanya tidak. Adat kehidupan. Lama-lama aq dah terbiasa sehinggakan aq tak sedar perli tu cukup panas. Hehehe. Kategori lampy la jugak aq ni sebenarnya. Kekadang tu aq ni jenis satu hapa aq tak faham. Sorry.

Cakap pasal berubah, aq memang teringin sangat nak pergi ke satu tempat yang tak ada seorang manusia pun kenal aq sebab di sana aq boleh memulakan satu kehidupan baru beserta semangat baru. Tapi kan kalau macam itula, that’s totally not life. Life is full of surprises and challenges. Tanpa cabaran kita takkan belajar untuk survive. Tanpa pengalaman kita takkan dapat rasakan perasaan itu sendiri. Dengan itu aq sangat bersyukur dengan segala pengalaman yang aq ada sebab aq tahu tanpa semua tu aq takkan belajar apa-apa. Paling penting yang aq belajar is jangan suka sangat nak complaint or judge orang. Sebab suatu ketika dulu aq memang suka judge orang. Sekali dah jadi dekat diri sendiri, ha amek kaw. Rasa apa yang orang tu pernah rasa. So, aq tak letak blame kat sape-sape tapi pada diri sendiri sebab life is like a wheel.

Aq tak sure sangat kalau-kalau ada yang terasa dalam entri ni tapi aq memang hanya nak melakarkan apa yang terbuku dan aq tak ade sebarang niat pun nak aim kat sape-sape. Kalau nak kira aq kecik ati, berjuta la manusia yang aq terasa ati. Tapi aq malas nak pkir kecik ati aq sebab bukan aq bole buat apa-apa pun dan yang paling penting is kalau dah memang salah diri sendiri nak buat apa nak kecik-kecik ati ni? Lebih baik besarkan ati…hehehe

Hurm. Kita boleh nak nilai orang. Kita boleh nak judge orang tapi kena beringat jangan sampai terlintas dalam fikiran kita yang berkata, “Nasib baikla aq tak macam tu,” ataupun, “Ape la dia tu” paling tak pun, “Tak suke betul dengan perangai dia tu,” Nak tahu kenapa? Sebab Allah tu Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Sekarang bolehla nak cakap macam tu, nanti kena kat batang hidung sendiri macam mane? Aq bercakap berdasarkan pengalaman sebab suatu ketika dahulu ade saat-saatnye aq berfikir macam tu. Jujur, aq pernah walaupun aq tak menyuarakan pada sesiapa pun. Sebab tu atas segala apa yang jadi sedikit sebanyak aq bersyukur. Pernah tak silap aq tulis pasal hidayah.

Seorang cikgu yang bukanlah ustazah, yang sentiasa dikutuk-kutuk oleh pelajar lelaki sekolah aq dek kerana pakaiannya pernah bersuara, “Jangan pernah sekali pun terlintas dalam kepala kita nak cakap orang itu ini lagi-lagi kalau perangai atau mana-mana sifat dia tu tak elok sebab salah satunya dia mungkin belum mendapat hidayah. Sekarang ni bolehla kamu nak komen-komen dia, dibuatnya satu hari nanti Allah ambil hidayah dari kamu dan bagi dekat dia, macam mana? Sekarang kamu tengok dia tak pakai tudungla, bergaul bebasla, macam-macam lagi tapi entah-entah satu hari nanti kamu jumpa dia balik, dia tu jauh lebih baik dari kamu. Kita bukan tahupun hidayah tu macam mana. Hanya Allah je tahu,” Memang senang nak kata kita faham statement tu tapi betul ke kita betul-betul faham? Cuba fikir balik. Jujur saat tu aq kata aq faham. Memang faham dengan sepenuhnya tapi silapnya aq tak menghayati dengan sepenuhnya. Nak cakap pasal menghayati kita boleh cakap kita hayati tapi betul ke kita hayati? Pernah tak kita fikirkan apa yang kita fikirkan tu sebenarnya kita betul-betul hayati dan faham? Well, that’s why people tends to make mistakes. No mistakes, no learning. Betul. Macam kita belajar menulis waktu tadika. Buku sape je yang memang tak pernah dapat pen merah sebab menulis tak ikut line? Sume penah dapat. Lepas tu, dah pandai and sekarang ni tulisan pun dah cantik-cantik.

Haih. Aq dah mula membebel panjang melarut-larut entah ape benda entah. Aq menulis bukanlah sepenuhnya dengan apa yang ada dalam kepala aq ni tapi sedikit sebanyak tribute daripada kawan-kawan yang ada masa untuk meng’explain’kan benda-benda macam ni.

Jujur aq memang mengharapkan agar semua pihak memberi aq semangat tapi aq fikir-fikir balik. Biarla aq berdikari dan sesusah mana pun aq akan usahakan juga untuk mendapatkan semangat aq yang hilang tu. Doa ku dan harapan ku hanyala kepada Allah sebab Dia lah yang merancang segala-galanya.

Kahwin???

Salam.

Ok.Kelas sudah bermula.Cabaran belajar pun dah semakin meningkat. Hurm. Setakat ni semuanya masih bisa diatur. Alhamdulillah. Kekadang tu la, masih rajin buka anime dengan drama. Haih…. bila la pulak nak berhentinye? =.=

Topik yang sangat menarik. Isu panas ke? No komen. Aq keluarkan topik ni sebab aq dah berabad memikirkan tentang hal ini dan aq sememangnya memerlukan pandangan orang ramai. (rasanye la).

Cakap pasal kahwin. Acapkali seorang perempuan menyuarakan hasrat hati nak berkahwin, kawan-kawan lelaki mule la nak mengusik cakap gatal la itu la ini la, macam-macam la komennye. Maklumla cerita pasal kahwin ni memang bunyinye macam gatal je. Seronok tu memang seronok cakap pasal kahwin. Ade anak la, ada suami la, romantikla, macam-macam lagi. Iye memang seronok. Dalam tengah miang-miang tu dalam kepala asyik fikir, sebut nak kahwin sangat mudah berbanding dengan nak betul-betul laksanakan. Yes, talking about marriage is a very serious and big matter. Nak jokes around memang tak salah. Nak jokes, jokes aje la.Tapi kena beringat la. Tambah-tambah tengah belaja kat negara orang yang jauh dari mata ibu ayah.

Zaman sekolah dulu, memang aq antara manusia yang sangat malas nak layan cerita pasal kahwin ni. Yang paling aq boring adalah part preparation kahwin. Jujur pada aq itu part yang sangat memboringkan. Nak taw kenapa? Benda yang terlintas kat dalam otak ni satu je, penting ke semua tu? Sampai satu masa aq juga pernah la pikir. Sekarang ni tak dah. Malas balik.

Malas nak pikir pasal preparation kahwin, yes but malas nak pikir pasal kahwin, not yet. Acapkali kalau terlintas dalam kepala ni pasal kahwin, yang aq pikir adalah tanggungjawab aq sebagai isteri nanti. Dengan keadaan dan perangai aq sekarang ni memang sah-sah masih 100% tak sesuai untuk jadi bini orang. Tapi satu je yang ade dalam kepala aq, segala apa yang terjadi Allah dah tetapkan. Tak kirala manusia tu macam mana perangainya, kalau Yang Maha Esa dah maktubkan yang dia dah bersedia dan moleklah baginya berkahwin, kahwin juga. Sebab hanya Dia yang memahami dan mengetahui segala-galanya. (Ok, aq dah start pelik dengan diri sendiri)

Well, sekarang ni memang aq sama sekali tidak mempunyai seorang pun calon. Jujur. Kalau ada pun, bukannya aq ade ape-ape perasaan pun dekat dia. Aq dikecewakan dua kali. Hehe. Itu kisah lama dan dah lapuk dah pun. Tak perlu diungkit. =) So, buat kawan-kawan yang menengok aq ni macam miang, maafla. Cerita balik pasal kahwin. Masih banyak aq perlu ubah untuk diri aq sendiri dan kali ini aq sangat-sangat tekad. Usaha aq masih belum menghasilkan apa-apa hasil (baru berapa hari…. usaha dear!) Bukan untuk sapa-sapa pun. Untuk aq jer.

Ade pernahla aq berdiskusi tentang kahwin dengan seorang kawan. Gurau-gurau nak kahwin tu boleh, tapi kena beringatla, jangan sampai masuk ke dalam hati. Itu parah nanti. Hehe. Kalau sebut je pasal kahwin orang akan pikir pasal duit. Itu yang utama. Lagi-lagi kalau mention pasal ni kat student-student. Ayat common, “Nak bagi anak orang makan ape? Diri sendiri pun ditanggung” Ok. Itu aq tak nafikan sememangnya betul. Tak lari dari fakta. Tapi kebiasaannya, orang sebut pasal kahwin mesti pikir pasal majlis kahwin yang memakan duit entah berapa banyak. Zaman sekolah dulu aq cakap kat kawan-kawan, “Tak payahla nak bikin majlis besar-besar. Nak bersandingla bagai. Bukan jaminan sangat pun” Dan part yang paling best aq kena tibai balik, “Ko cakap je macam tu, sekali antara kita ni, majlis ko yang paling meriah pulak” Ok. Itu memang membuatkan aq terdiam. Bukan apa, kalau menjawab susah pula. Gaduh-gaduh mulut ni aq sentiasa kalah.

Haih. Cerita pasal kahwin ni, entah berapa banyak entri aq kena buat ni. (Sapa suh gatai-gatai pi tulih?) Hahaha. Memang nak tulis pun. Tangan je dah penat.

Well, kahwin. Hurm…………………………………………………………………………….. Sekarang ni aq masih lagi seorang pelajar dan aq baru je tiga bulan sampai kat Moscow ni. Agak kelakar la kot. Tapi dalam aq gelak-gelak bercerita pasal kahwin aq sentiasa pikir, apa keadaannya nanti kalau kahwin. Tambah pula kalau ada anak. Tabik springla dekat my senior dengan dua orang anaknya tu. Hebat sangat! Tribute to them!

Kahwin. Kahwin. Kahwin. Nak kahwin senangla cakap. Sangat simple, “NAK KAHWIN” Semua orang boleh cakap. Tapi boleh ke semua orang cakap benda tu dengan memaksudkannya? Ade satu lirik lagu tu, ‘A word is a word till you mean what you say’. Contoh paling simple, nak makan. Semua orang cakap dengan memaksudkannya. Apa buktinya, lepas cakap nak makan, pi kedai beli makanan. Ok, nak makan tu semua orang pikir. Tipula kalau ada orang tak pikir. Contoh lain. Nak buat homework la. Tapi mata melekap lagi kat skrin laptop tu. Macam mana tu? It’s stil only just words coming out from your mouth. (Pening kan?)

Aq dah buat bermacam-macam rujukan berkaitan dengan kahwin ni. Bukan sebab aq nak kahwin tapi sebab aq nak taw sebesar mana sebenarnya erti kahwin. Walaupun sebut dia tak susah macam nak sebut beberapa perkataan rusia tapi makna dia lebih besar daripada apa yang kita baca dalam buku Syariah tu. Nampak sangat simple dan mudah. Tapi bersediakah kita? Bagi yang dah matang, kadang-kadang tu terlintas dalam kepala. “Aq ni nak menguruskan diri sendiri pun belum tentu betul ni nak menguruskan anak orang pulak.”…. tak pun “Aq ni solat pun tak penuh kadang-kadang,” ataupun “Nak kahwin, hurm…. bilik aq tu pun macam tongkang pecah lagi.” Ok. Kalau nak pikir kita prepare for the marriage, sampai bila-bila pun kita takkan prepare. Sebab kita tak boleh betul-betul imagine keadaan tu. Semua apa yang kita imagine mesti akan sedikit lari dari kenyataan. Macam aq imagine rupe bilik aq kat sini. Imagine aq memang keadaan dia teruk tapi sebenarnya a lot better. Hanya Allah je tahu bila kita dah sedia sebab Dia pencipta kita. Dia dah create plan yang terbaik untuk kita.

Aq rasa setakat ini, itu je kot yang aq nak tulis. Walaupun ada banyak lagi yang bermain dalam kepala ni, aq kena juga tangguhkan sebab aq nak pikir betul-betul. Kahwin is not simple as what we see and we understand. Cakap macam sapa-sapa pun boleh, kan? Selagi masanya belum sampai, selagi tu susah nak memahaminya. Itula lumrah kita sebagai manusia.

 

Terima kasih la sebab sudi nak membaca ruangan yang aq rase kompom boring.

Sakit tapi best

Salam

Dah genap dua minggu puasa. Kejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak raya dah. Huhu. Rindu kat Malaysia. Nak lepas rindu punye pasal tahun ni nak buat macam-macam kuih raya. Memang tiap-tiap tahun bikin pun. Sempat ke tak mesti buatla. Asalkan dapat juga buat. Tak peduli.

Kat sini tiap-tiap minggu kami berbuka di embassy. Tiap kali jejak je kaki masuk dalam kawasan embassy tu terasa sangat rindu kat kampung. Rindu yang macam mana tu toksah cakap la. Mane taknye, kalau kat situla memang suasana macam kat Malaysia. Macam tolong-menolong, berborak-borak. Ala macam kalau kita pergi jemputan buka puasa. Raya nanti tak tahula macam mana.

Pagi tu, aq bersama 4 orang kawan lagi pergila Muzium Angkasawan. Kalau kat Rusia ni muzium dia memang sangat banyak. Especially muzium seni. Paling aq nak pergi adalah Ermitazh. Kat situ bunyi macam best sangat-sangat. Cikgu Anna dulu cakap tiga hari pun kadang-kadang tak habis explore tempat tu. Sebab dia sangat besat dan sangat kaya dengan pelbagai seni beserta bermacam-macam sejarah. Memang nak sangat pergi. Nak tengok perbezaan budaya dan fahaman. Sambil-sambil tu dapatla luaskan pengetahuan.

Okay. Back to the topic. Jalan-jalan kat muzium tu memang best. Walaupun takdela besar mana. Muzium tu memang gaya dia macam sekadar exhibition untuk beberapa hari je, tapi itu sebenarnya muzium. Macam tak percaya. Kalau kat Malaysia tu kena datang cepat-cepat nanti dia tutup. Hahaha. Macam-macam benda boleh tengok kat muzium tu. Sejarah pasal bagaimana bermulanya idea untuk meng’explore’ angkasa lepas tu sampaila sekarang ni. Tarikh semua ada. Yang bestnye, ade juga tengok kehidupan harian angkasawan dunia pertama, Yuri Gagarin tu. Tengok gambar-gambar dia. Dengan keluarga dia, dengan rakyat Rusia. Macam-macamla. Ade juga dapat tengok filem pasal kehidupan orang-orang yang bekerja kat angkasa lepas. Nampak macam senang kerja diaorang tapi kerja diaorang ni hampir sama macam askar. Membahayakan nyawa. Tengok macam mana setiap kali diorang nak balik ke bumi tu yang sangat mencabar. Ade yang tercampak kat tengah-tengah padang luas, ade yang dekat tengah-tengah laut, ade pulak tengah-tengah hutan dalam musim sejuk. Tengok macam mana diaorang survive dalam pelbagai situasi memang kagum sangat. Kat situ dapat tengok jugak makanan-makanan angkasawan. Ade tu siap bole masuk dalam part of working station. Tengok ruang kerja dan ruang tidor. Memang tak boleh nak bayangkan dalam ruang yang kecik tu bole muat hampir lima ke sepuluh orang untuk hidup.

Dah selesai explore muzium, masa untuk mengambil gambar la pulak. Hahaha. Part ni pun best juga. Nak ambil gambar mesti kena minta tolong orang tolong. Mula-mula tu ade la seorang hamba Allah, rasanaye tourist juga, tak tahu, dia sangat baik. Then, kat port lain pula nak amek gambar, nakla mintak tolong seorang mak cik ni, belum tanya habis dia dah geleng. Hahaha. Tak pela. Paham la kan keadaannya. Lepas tu kitorang pergi kat dinding yang ade gambar angkasawan. Ape lagi entah bermacam-macam gaya ade. Kelakar sangat-sangat. Time tu sakit kepala dah menyengat. Tambah pula dengan sakit lenguh kaki yang teramat. Tapi aq malas nak layan. Nak layan enjoy je. So, sebelum balik singgah ke masjid. Yang lain nak beli daging. Aq sekadar beli pin tudung je. Maklumla aq jumpa kat masjid je ada jual.

Dah sampai rumah, bajet nak tidur sekejap tapi sibuk dengan nak motong kuih agar-agar la, nak basuh periuk belanga tu la, nak gosong baju lagi. Alamatnye, tak tidur pun. Dapat tidur dalam metro. Hahaha. Dah tak kisah dah la. Aq taw nak tidur. Sampai kat embassy agak awal la. Dapat tolong macam-macam. Susun kuih itu ini. Buat air ramai-ramai. Kira kat section dapur tu meriah dengan kami kaum Hawa yang sedang sibuk dengan juadah berbuka. Memang meriah sangat. Teringat dekat rumah di Malaysia. Kalau aq ade dekat rumah, tengah rajin, memang bazar tu tak pandangla. Nak masak macam-macam. Dapur yang luas pun jadi kecik. Huhu. Rindu sangat.

Waktu berbuka hampir dekat. Masa tu tinggal lagi dua minit lepas tu, mula baca doa. Hahaha. Lawak sangat. En Suhaimi pegawai MARA sibuk cakap belum buka lagi. Ade dua minit. Lepas tu yang baca doa tu sambung je, maybe tak dengar kot En Suhaimi. Lepas tu, dipasangnya azan. Officially dah berbuka. Makan la kami dengan kegembiraan. Yang tak tahannya ada lima orang yang belum muncul-muncul lagi. En Suhaimi tanya lagi lima orang tu ke mana. Dalam lima minit Hazizi pun cakap diorang dah sampai tapi pagar tak boleh buka. Sebabnya semua orang tengah makan. Sape yang nak jaga kaunter depan tu? En. Suhaimi beria suruh cakap padan muka kat diaorang. Kami gelak je. Tak semena-mena, En. Suhaimi buke tingkap jerit PADAN MUKA kat diaorang. Memang kelakar sangat situasi tu. Lawak.

Kemudian kami solat jemaah maghrib dan makan nasi. Ade nasi kerabu, lauk ayam masak lemak, daging masak kicap, sayur goreng, ayang goreng kfc, ayam goreng berempah, sambal udang, sambal belacan, Banyak lauk. Bile nak dekat balik, hah, amek kau. Banyak sangat dapat lauk. Bukan setakat dapat untuk sahur. Bile tengok keadaan macam tu, terasa la, orang-orang embassy ni jugala keluarga kami di sini. Yang terdekat. Huhu. Rindu sangat dah ni. Memang penat sangat.

Kepala dah semakin kuat berdenyut. Badan dah lenguh teramat-amat. Tapi sebab hari yang sangat enjoy dan best, aq tabahkan diri dan keep on happy. Sebab semua orang pun tengah enjoy. Akhirnya, aq balik-balik tu selesai dua tiga perkara, kepala ku selamat di atas bantal dan nyenyak aq tidur di buai mimpi.

 

 

 

p/s: Raya nanti memang nak skype dgn family pagi raya tu. Pakai baju raya.

Azam Ramadan

Salam.

Pejam celik-pejam celik dah nak masuk ramadan. Rase macam baru je lagi aq raya puasa. Well, time is running very fast. Kali ni aq berpuasa di tanah rantau. Mencabar kot. Tengah-tengah musim panas ditambah pula dengan tempoh siang lebih lama dari malam, memang teruji sebelum diuji. Tak ape, Allah takkan bagi aq puasa kat negara orang ni kalau dia tahu aq tak mampu. Hehehe. So, kuatkan semangat!

Masa kecik-kecik dulu boleh la awal ramadan tu azam nak puasa penuh tapi memandangkan sekarang ni tengok rezeki, dapat penuh alhamdulillah tak dapat penuh pun alhamdulillah. Apa-apa pun azam ramadan kali ni nak kuat. Yelah. Duduk kat sini majoriti rakyat dia bukan islam pun. Kalau kat Malaysia, warung-warung tepi jalan tu tertutup rapat je. Waktu-waktu malam je dia buka. Pagi tak de pelanggan pun. Baiklah tutup. Kalau kat Malaysia, boleh kata ramai orang puasa. (mengikut kemajoritian).

Godaan tahun ni mesti hebat. Yela tambah pula dengan negara ni status negara western. So, memang kena sabar dengan bermacam-macam godaan. Sementara tak puasa ni godaan utama ialah teringin nak makan KFC ke McD. Tapi tak dapat pun. Haha. Nanti bulan puasa lagi hebat godaan. (Especially kepada kaum Adam. Moga anda semua dapat bertahan yerk!). Tambah pula nak naik kelas tu kena naik 6 tingkat tanpa lif. Huhu. Lif tu rasanya cuti juga sebab summer. So, kami kena sentiasa bersenam.

Tahun ni memang tahap gila punya sedih la sebab raya kat tempat orang. Raya tanpa Ummi Baba. Huhu. Alamatnya pagi raya aq skype aje. Senang. Yang tambah tak bestnye, tak de duit raya. (=P…. raya tak ikhlas!). Haha. Tak delah. itu sebenarnya adat negara Malaysia. Adat main bagi-bagi duit masa perayaan ni datang dari kaum cina. Negara majmuk, adat pun majmukla. Nasib baik aq dah kumpul lagu-lagu raya nak buat halwa telinga dan pelepas rindu nanti. Konfem mengalir deras air mata dengar lagu Sudirman- Balik Kampung dan Dari jauh kupohon ampun maaf.

Aq teringat ade seorang kawan pernah berkata sesuatu yang dikatakan oleh ayahnya.

“LAMA MANA KITA BERSAMA, LAMA LAGI SAAT KITA TERPISAH”

Well, terserah pada individual macam mana nak grab meaning ayat ni. Lagi pun lain manusia lain gaya, lain cara, lain pemikiran dan lain fahaman. Terserah pada diri masing-masing.

Orait! Set!

Bulan puasa ni aq nak bikin kuih raya jugak! Tak kesah la. Nak buat juga. Kalau kat Malaysia tiap-tiap tahun boleh buat, takkan kat sini tak boleh kot tambah dengan kelas yang tidakla padat mana. So, aq akan buat juga. Nak enjoy-enjoy masak. Seriusly, memasak tu sangat enjoy. Boleh makan tanpa makan (pada aq je lah kot)

 

p/s: Cepat masa berlalu, cepat ramadan berlalu.

Shopping and shopping

Salam.

Dah genap sebulan dah pun aq berada di negara orang ni. Kalau ikutkan hati hari-hari aq nak update blog tapi setiap kali nak update tu jugakla yang aq malas tahap gila. Bukan malas ape, tapi godaan movies dan games yang menyebabkan niat nak update blog tu terbantut. Well, nak kata internet kat sini laju, tidakla laju sangat-sangat. Bergantung pada bayaran yang aq bayar la. (Alamak, cakap pasal bayar internet, aq punya tarikh dah nak dekat). Kalau nak compare dengan Malaysia, memangla laju lagi kat sini tapi tidak seperti yang dijangka. Apa-apa pun, alhamdulillah laa. Dengan adanya kemudahan internet ni, setiap hari aq dapat skype dengan Ummi kat Malaysia tu. Sampai satu tahap Ummi siap keluar statement, “Agaknya orang sekarang ni bercinta tak terasa pun terpisah jauh walaupun duduk antara benua. Sebabnya ade internet ni, skyping lagi. Tak terasa pun jauh.”

Setiap kali skype dengan Ummi, setiap kali tu jugaklah aq terasa macam aq dekat dalam rumah. Bukan ape, bukak skype tu bukan semat-mata nak borak-borak je. Tapi just nak lepaskna rindu, Padahal masing-masing buat hal masing-masing. Kalau Ummi tengah tengok tv ke, aq tumpang dengar je. Macam aq dekat rumah jugak. Haha. Enjoyla dengan kemudahan teknologi zaman sekarang ni. Merapatkan silaturrahim.

Berpatah pada tajuk di atas. Shopping. Duduk kat sini memang aq jadi KAKI SHOPPING. Ade je yang menjadi tarikan aq. Baju ke seluar ke makanan ke aiskrim ke. Ape-ape je yang aq rasa boleh beli dan mampu, aq beli. Haha. Dah sebulan kat sini entah berapa pasang baju dah aq beli. Itupun ade lagi yang aq masih cari. Bak kata senior, shoppingla banyak-banyak sekarang ni. Sebabnya sekarang ni tengah sale memang giler hot punye sale. Memang sampai 70%. Ade juga kedai aq lalu 90%. Giler kot. Time-time macam gini la manusia-manusia Moscow nak berpesen. Nak nampak cun meletup. Musim lain nanti tutp lingkup dah. Wah~ (seronok la kaum-kaum lelaki di sini).

Mula-mula pergi beli barang, dalam kepala ni ade mesin converter. Haha. Takut nak spend duit. Tak reti nak biasakan diri dengan duit diorang. Yela duit diorang besar-besar kot nilai. 50 la 100 la 500 la. Peningla jugak mula-mula tu. Lama-lama dah ok dah. Yela 50 tu rm5, 100 tu rm10, 500 tu rm50…. dan selanjutnya. (ini mengikut kiraan secara kasar. nak lebih tepat sila semak sendiri di laman-laman web). Sekarang ni paling aq suka pergi ade satu tempat tu nama dia ASHAN. Ikutkan tu bukan kedai Rusia, Sebab ejaan betul dia A-U-C-H-A-N. German ke? Aq sendiri tak pasti. Sederet dengan kedai tu ade IKEA. Lepas tu MEGA yang dipenuhi dengan macam-macam kedai. Antara yang murah dan menjadi hala tuju aq ialah, TERRANOVA, VESHI, NEW YORKER, JENNYFER, dan banyak lagi kot. Ade je yang bukan kedai murah pun tapi pesen-pesen yang dipertontonkan sangat cun! Aq sanggup window shop je. Tapi sekarang ni bila poket fulus tengah kembung, memang bukan window shop dah. Benda lain laaaa.

Azam aq hari ni, lepas ni dah-dahla shopping nye. Duit ni pun tengah tak de. Ade je yang tukar lagi tapi currency tengah turun. Tunggu currency naik baru tukar. Untung sikit. Well, duduk negara orang kena pandai berjimat. Yang paling penting sekali tu bukan duit aq pun. Duit rakyat. Hehehe.

Malam ni tu je kot aq nak tulis. Sebabnya kerja yang submit esok aq tak siap lagi. Sentuh pun belum lagi. Lame sangat dok main game. Next time aq tulis banyak sikit kot. Kot laaa..

 

 

p/s: Puasa dah dekat, cuaca ni kejap-kejap panas membunuh!

First time exam

Salam.

Aq dah out of idea nak hilangkan bosan duduk kat sini. Bukan apa, waktu pagi panjang sangat. Tunggu waktu maghrib masuk pun sempat tidur. Hurm. Tak apelah. Nanti masa winter malam pulak panjang. Musim tu konferm tahap malas maksima punya. Bersyukurla dengan susunan Tuhan. Sekarang bosan, takde benda nak buat. Nanti ade banyak kerja, takde masa nak rehat. Semuanya ada pusing balik.

Hari ini pertama kali exam di Rusia. Exam matematik je. Kire macam exam pelepasan untuk meluluskan kelayakak kitorang untuk menjadi student kat situ. Minggu lepas dah revise dah sikit-sikit. Walaupun macam banyak je dah lupa, usahakan juga supaya ingat. Hari tu memang nak bawak dah notes dari Malaysia tapi notes sahaja dah 3 kg. Kenala kurangkan. Bawa yang betul-betul benda yang betul-betul nak bawak. So, menggunakan kemudahan internet, aq pun study la sikit-sikit sambil melayan anime yang ade. Minum air sambil menyelam. Amacam, bagus tak? (kepada mereka yang ingin betul-betul menuntut ilmu sila jangan ikuti tabiat sebigini, hanya orang-orang ‘luar’ biasa aje bole buat)

Semangat nak exam menyebabkan aq tidur awal semalam. Sebab nak bangun awal, bukan sebab nak study tapi sebab nak breakfast makanan berat. Nak revise ke ape, kalau aq paksa nota tu melekat dalam otak, bukan melekat tapi yang sedia ada pun bole jadi missing pula. Bak kata cikgu sekolah rendah aq dulu, cuba kalu nak isi air dalam baldi tu kita buka paip seluas mungkin. Banyak yang keluar dari masuk sebab air tu terpercik. Banding pulak dengan isi air dengan speed medium, air elok je mengalir masuk.

Alhamdulillah hari ni transport sangat baik. Dari rumah sampai ke MAI tu tak sampai pun 45 minit. Aq rase macam bersemangat waja nak jawab exam, walaupun berdebar memikirkan bentuk soalan. Takpe-takpe, usaha sudah, doa pun sudah, tawakal je tinggal. Pintu bilik tu 15 minit sebelum pukul 10 dah buka dah tapi tak boleh masuk lagi. Sebelum masuk kena tunjuk paspot dulu. Orang tu check macam kat imigresen. Siap tengok muka sorang-sorang. Wah~ strict betul. Time nak amek booklet jawapan pun kena tunjuk paspot gak. Tu baru amek booklet belum kertas soalan lagi. Meja takde la main susun macam kat sekolah tu. Duduk je mana-mana yang anda suka. Lepas semua orang dah dapat booklet, macam biasa dia explen la sikit pasal macam mane nak isi sampul surat dan cara menggunakan booklet dengan betul. (Booklet tu saiz buku sekolah je, tapi sampul surat besar). Akhirnya, tiba saat mendapatkan kertas soalan. Kat sini chances nak meniru memang tipisla. Sebabnya soklan dengan orang sebelah ke depan ke belakang, konfem lain-lain. Kalau ade pun selang orang. Kalau dah selang orang tu payahla nak pass info sebab exam dalam kelas yang sangat comey, ngam 20 orang. So, bermulala test selama 3 jam. For the first hour memang totally blank. Rasa macam nak break down sebab satu daripada lima soalan pun tak dapat jawab. Sekilas pandang macam petik jari je jawab. Sekali….. macam ape susah. Alhamdulillah, aq dapat la juga jawab soalan. Betul ke tak tu aq tak taw. Yang aq pasti aq dah cuba sehabis baik yang mungkin. Standard exam terus dapat markah, tapi kitorang tak pulak. Senior pun pelik gak. Tapi, takpelah. Semua lulus la tu.

Petang tadi pula ade barbeque. Best. Makan pun sedap. Nyum-nyum. Thanks banyak-banyak kepada Kak Nawwar dan husband for the meal.

Khabar dari rantau

Salam

Akhirnya aq berjaya juga mengambil masa untuk menulis blog. Haha. Bukan selama ni tak ade masa. Banyak je masa lapang tapi aq agak malas nak menaip dan bercerita tapi hari ini aq rajin. Haha. Pejam celik-pejam celik dah masuk dua minggu lebih dah aq duduk kat Moscow ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya aje.

Yang paling aq tak tahan ialah, aq berjaya menjejakkan kaki ke tanah asing ini. Masa dekat airport KLIA ari tu, berdeba-debar rasa macam tak percaya aq akan terbang bersama kawan-kawan aq sahaja tanpa ahli keluarga. Yela masa kecik-kecik dulu selalu naik kapal terbang masa nak balik Kota Bharu ke atau nak pegi jalan-jalan negara jiran. Tapi pada hari tu, segalanya berbeza. Barang yang aq bawa pun sangat banyak.

Masa sebelum berangkat tu, tak nakla touching sangat. Tak nak rase berat ati sangatla kononnye.Sekali Tok Ayah dah mula menitiskan air mata dia, aq pun terus cair. Well, aq sangat sayangkan Tok Ayah. Kadang-kadang aq suka ajak dia datang rumah makan tengah hari atau makan malam. Suka borak-borak kosong ke dengar cerita dia. Memang agak terharu la juga. Sedih sangat. Lepas tu dengan Baba dan Ummi. Yang ini memang tak boleh nak cakap apa la. Memang aq tak menyangka satu hari aq akan kena hidup betul-betul sendiri.

So, berangkatlah aq ke London untuk transit ke Moscow. (sebenarnya keadaan jadi sangat kelam kabut dek kerana berlaku pertukaran secara mengejut. Hal itu tak perlula diceritakan). Selama 13 jam dalam flight MAS tu memang memenatkan. Kali terakhir aq naik flight selama itu ialah sewaktu aq berusia 8 tahun. Pergi ke UK nak melawat Ummi yang tengah buat Master. Bertapak di airport London pula selama 5 jam. Perjalanan ke Moscow tambah la lagi 3 jam. Wah~ memenatkan sungguh. JETLAG HABIS!

Sampai hostel, aq akui memang aq tak mengharapkan yang best-best memandangkan dah pernah dapat info daripada En. Bassit. So, aq menerima keadaan bilik aq dengan seadaanya. Tak nak demand-demand. Sebab aq sentiasa ingat dalam kepala aq, aq datang nak menuntut ilmu bukan nak jalan-jalan. Cukupla dengan apa yang diberi dan memadaila. Kalu duduk dengan penuh nikmat, takut pulak hanyut dengan nikmat. Well, Tuhan tu Lebih Mengetahui apa yang sesuai dan apa yang tidak untuk makhluk-Nya. Dah dua minggu lebi haq dekat bilik ni, elok aje. Alhamdulillah.

Nasib kami sangat baik kerana kelas start pada hari jumaat, Kami ada tiga hari untuk mengadaptasikan diri dengan keadaan di Moscow dan berehat daripada jetlag. Apa lagi, senior-senior terus angkut kami pergi barang keperluan di satu tempat membeli-belah yang besar lagi penuh dengan bermacam-macam barang. Kitorang panggil MEGA. Tapi dekat situ ade IKEA, AUCHAN, OBI dan banyak kedai kecik-kecik. Acap juga pergi situ. Sabtu baru ni aq dah dapat ‘trenchcoat’.

Kalau nak bandingkan antara keadaan di Moscow dan di Kuala Lumpur, sangat banyak. Ada yang baik dan ada yang buruk. Kalu yang baiknya, orang-orang kat Moscow semuanya jalan dengan hadlaju yang agak laju. Even nenek yang pakai tongkat pun masih gagah untuk berjalan. Satu benda yang aq agak kagumla. Kalau naik transport awam tu, tengok ramai je nenek yang pakai baju cantik-cantik tak tahu ke mana hala tuju mereka. Kalau jenis nenek yang mesra, dia tegurla kami students perempuan sebab kami je kelompok pakai tudung sebegitu. Nanti macam-macamla dia puji. Cantikla, bagusla, itulah inilah. Mula-mula dulu tak kesah sangat. Tapi kalau melambung sangat puji, kita rasa tak sedap hati pulak. Tak pasal-pasal rasa bongkak ke apa ke. Ada aje muslim kat sini. Ramai je kami jumpa. tapi majority pakai selendangla.

Bab mencari makanan halal tu setakat ini kami tidak mengalami sebarang masalah yang terukla. Ayam halal, daging halal semuanya ada di jual. Even dekat pasar raya besar tu dia letak tanda tulis ayam halal dan daging halal. Packaging untuk ayam dan daging halal pun senang dibezakan. Kalau bab makanan kering tu, mestilah kena berjaga-jaga tapi kami semua dah dimaklumkan yang mana boleh dan yang mana tidak. Lagipun ada satu kedai makan tu khas makanan hala sebab tauke kedai tu pun orang Muslim. Makan kebab ke ayam panggang ke apa-apa la kat kedai tu la.

Universiti kami agak jauh la dari hostel. Sejam perjalanan. Ada macam-macam option untuk ke kelas. Nak naik bas ke metro ke tramvai ke trolleybus ke boleh tapi kena tahu route la. Kalau pakat hentam naik, entah nanti sesat kat mana-mana pulak. Memang mula-mula tu rasa malas nak gerak ke kelas awal, tapi apa boleh buat. Ikut ajelah rentak tu. Nak tak nak kena juga bangun awal. (sekarang tengah summer. malam di sini sangat pendek. kebiasaannya aq tidur lepas subuh sebab takut terlepas subuh). Lama-lama insyaAllah biasa la tu dengan sistem kat sini.

Kalau nak diceritakan pasal apa yang dah berlaku sepanjang berada di sini memang banyak. Aq ni dah boleh masuk kategori lewat mengupdate blog. So, kalau aq masih rajin atau sisa baki rajin tu ade lagi, nanti akan aq ceritakan lagi. InsyaALLAH dalam masa terdekat ini.

Blurr…

Salam.

Wah.Tak sangka cepat betul masa berlalu. Taw-taw dah dua minggu aq duduk kat rumah. Seriesly, azam terbesar aq kat rumah ialah untuk membersihkan muka aq sebabnya agak bermasalah juga la. Dan alhamdulillah berkat usaha aq selama seminggu hampir menjadi. Mungkin disebabkan tekanan yang amat besar di MIAT menyebabkan berlakunya perubahan hormon yang sangat ketara. Tok Ayah aq pun sampai naik heran tengok muka aq. Pelik. Hehehe. Apa boleh buat, mak cik aq seorang pun macam aq gak dulu (Tok Ayah kabor la). Takpe,dugaan dan cabaran aq sanggup hadapi. Kalau idok, takkan Tuhan bagi kan? Kan?

Hari ini Ummi amek cuti. Kenapa? Kerana mau shopping sama aq la. Memang macam-macam la dapat beli. Especially baju baru. Aq ni memang dah menjadi wanita sebab aq dah tak de rasa malu nak pakai baju bercorakkan kewanitaan. Yela kalau idok sebelum ini nak pakai baju t-shirt dengan jeans aje. T-shirt pulak kaler hitam atau biru gelap aje. Baju girly-girly ni aq suka tengok aje. Tak nak pakai, rasa macam perempuan sangatt (eh, bukan memang aq ni perempuan ke?). Well, sekarang baru sedar dan ada sedikit konfiden. Kalu tak mesti rasa aq ni huduh, tak sesuai nak pakai. Thanks to my friend laa kan.

Beg. Bagasi. Memang aq sangat-sangat blurr nak beli benda ni. Bile tengok tag harga dia, mengucap panjang aq. Selama aq suka membeli-belah, harga sebegitu macam agak gila. Tapi Ummi kata memang standardla. Tapi kan aq tak suka nak jadi demanding atau mintak lebih-lebih kat mak ayah aq, so consider habisla nak beli barang-barang yang mahal. Kalau boleh maw pakai duit sendiri. Teringat pulak, nanti dapat duit. So, buat masa ini pakai aje dulu duit Ummi Baba, then bayar baliklah. =)

Benda lain yang aq blurr ialah macam mana nanti kat sana? Cukup ke barang-barang yang aq bawak ni nanti? Boleh ke aq nak survive kat tempat tu? Huhuhu. Memang cukup blurr pasal benda ni. Maklumlah, tak pernah pergi luar negara sorang-sorang. Rasa pelik.

 

 

p/s: pack barang baru separuh jalan. rasa macam nak angkut je sume yang ade kat rumah ni..

TRY and ERROR

Salam.

Dah seminggu aq balik rumah. Yeah! Yeah yeah pun, ade dua minggu je lagi. Macam-macam benda nak disiapkan sebelum aq pergi. Huhu. Yela. teknik memasak aq tak terer mana. Setakat tanak nasi, goreng telur, masak sayur goreng, buat ayam goreng kunyit, ikan goreng , daging goreng, sambal-sambal simple macam sambal tempe ke sambal ikan bilis, sambal udang, boleh la… Tapi takat mana je? Huhuhu. So, peluang dua minggu ni ingin aku manfaatkan untuk upgrade aq punye level memasak. Yeayh!

Bermulalah pada hari selasa tu aq nak buat cucur ikan bilis. Resepi ke hapa-hapa ni langsung tak refer. Bajet terer giler la. Okay. Ikan bilis ade, tepung gandum ade, garam gula sume ade, air ofkosla ade. Dah agak-agak bater tu, aq pun terpikir amende lagi ke ade. Aq teringat kalu masak cekodok pisang mak aq ajar add up sikit soda bikabonat. Aq pun tahap konfident memang gile tinggi. Pakat bubuh je. Hahaha. Padan muke aq. Sekali jadi serdak kot mase masuk dalam kuali tu. Hahahaha.

Tagline aq untuk masak ialah “TRY AND ERROR”. Ala macam bikin eksperimen fizik dengan kimia la kan. Hehehe. Ok. First goreng dia jadi gitu, so, kena tambah sikit tepung supaya dia lekat sikit. Okay. Masuk lagi dalam kuali tu. Hurm. Tak cukup lagi tu. Tambah sikit lagi. Dan seterusnya sampailah dapat satu pinggan comey cucur tu.  T-rex makan sikit terus dia mau muntah. Hahaha. Yelah. Efek terlebih soda tu buatkan cucur tu lambat masak kat dalam. Hahaha. Tapi Lepas beberapa trials, dapat juga buat. Tapi yang makan Maban sorang. Aduh. Budak kecik ni memang telan je. Bile tanya sedap ke, bole pulak dia jawab sedap bile makan dengan sos pencicah la. Aq dengan T-rex dah tak bole nak hadam dah. Hahaha. Sebabnya kamila yang tukang cuba makan. Hehehe.

Well… Aq jadikan tagline “T&E” tu untuk memasak sebab aq terpikir macam mane nenek moyang kita bole cipta resepi makanan? Konpem masa zaman tu, depa dok pakat cuba je. Asal boleh makan. Alih-alih jadilah resepi turun temurun. Macam Ummi kan, resepi turun temurun dia ialah bikin agar-agar yang sedap lagi molek dengan masak laksa kelantan daripada arwah Tok Mek. Ala  dulu masa menjaga arwah pun, aq sempat menuntut belajar masak gulai. Hehehe. Tapi dah lupa kot. Hehehe. So, tiapkali masak. Aq try aje. Agak-agak boleh makan, jadilah. Kalu dulu resepi fevret aq suka buat try and error ialah nasi goreng. Entah macam-macam jenis nasi goreng aq bikin. Ade tu kaler merah, ade tu kaler putih, ade tu kaler kicap tu, ade tu sekali campur dengan sate. Tapi hamba Allah yang gemar makan nasi goreng try and error aq Maban. Paling dia suka nasi goreng lada hitam. Hahaha.

Takpe. Takpe. Aq nak kolek sebanyak mungkin resepi untuk masak di sana. Law resepi bikin kek dan kuih tu memang dah bertambun pasal tiap-tiap tahun konpem aq buat kuih rayanye. Tak kesahla walaupun satu mesti nak jugak buat. Hehe. Law form1 dulu entah berapa balang dapat dan entah berapa balang gak la yang habis ditelan Maban dan Ena. Huhu. Makin membesar aq ni, makin besar jenis juadah raya. Law dulu-dulu takat buat sekut-sekut raye je. Tapi sejak form 5 ade add up sikit buat kek coklat. Tak pun kek pelangi ke, kek span ke. Hehe. Idea Ummi gak. Dia pun dah lama tak memasak untuk raya. Law ade standard dua aje; Laksa dan nasi dagang. Sedap taw…. tak de yang lebih sedap dri Ummi punye.

So, harap-harap dapatlah aq menuntut ilmu bikin laksa. Huhu. Sebab mane-mane laksa aq telan tidak pernah ada yang sesedap my mom’s. Kena juga resepi dia. Ummi kata senang kat luar negara pakai je spaghetti tu….. Ngaa…. ternganga aq… pakai spaghetti? Tamaw…. nak gak mi specel laksa tu. Sedap taw. Well, belum ke mana-mana lagi aq  ni. Hope dapatla respi specel tu!

 

 

p/s:  Dah lama sangat tak memasak, sampai berkarat dah bakat ni… kena asah balik!

Bila teringat….

Salam

TIDAK!!!!!!

Sememangnya masa tu berlari dengan kelajuan yang tak dapat kita kejar. Huhuhu. Semalam masa tengah on the way balik ke rumah dari MIAT, aq borak-borak sikit dengan Baba. Tengah borak-borak tu bukak kalendar dalam henfon. Yelah, nak tengok tarikh dan hari. Sekali bila dok kira-kira, ade dua minggu aje lagi! Standard kalu mase zaman sekolah dulu, tengok dua minggu tu macam tak ade apa-apa pun. Tapi sekarang tengok dua minggu tu setakat dua hari je kot. Yela, bila fikir betul-betul, isnin, kelas sekian-sekian, lepas tu selasa, lepas tu, rabu pulak, lepas tu khamis dan seterusnya selama dua minggu. Memang terasa sangat-sangat padat. Terkejut dibuatnya. Huhu. T.T

Insya-ALLAH ahad ni nak menjejakkan kaki ke sekolah lama aq, SAMTEN. Memang muka tataw malu menepek datang ke REUNION. Haha. Peduli hapa guwa, sekoah guwa, membe-membe guwa jugak. Sambil-sambil tu boleh tengok adik kesayangan aq yang baru buat pertama kalinya tinggal di asrama pada sabtu dan ahad. (Manja bebenor). Terasa excited pun ade juga ni (><) Lama tak jumpa membe-membe. Tapi takut juga sebab ade beberapanye aq ingat muka aje, nama tak berapa nak ingat. Maaf banyak-banyak taw!

Hari ini tetibe pula, teringat kisah di KKJ lagi. Sebabnya, semalam tengok kalendar. Minggu depan start cuti sekolah. Yeye, nak calling dengan Sabby. Dia nak STAM tahun ni. Bila teringat dia, teringat macam-macam pasal KKJ. Paling tak boleh lupa masa demam dulu. Kena paksa dengan Sabby mandi. Aq tak nak mandi sebab air gile punye gile sejuk! TAK NAK! Tapi Sabby sayang aq, dia nak aq cepat. DIa paksa aq gak. Sekeras-kerasnya dia memaksa. Last-last, aq yang tak nak ni, dimandikan dia. Hahaha. Mase dimandikan tu, teringat pula masa kecik-kecik mandi dengan Ummi. Series, Sabby banyak manjakan aq. Memang rindu sangat kat dia. Kalu mampu, aq dah lama tempah tiket Air Asia ke MA ke Firefly ke ape-ape je kapal terbang yang available ke Terengganu khas nak pergi Kuala Berang, Kg Tajin ke rumah Pak cik Salleh. Nak jumpa Sabby, nak peluk, nangis dengan dia. Huhu. Ingat lagi ade someone masa kat KKJ dulu pernah cakap,”Asma, kau manjakan Sabby. Kau yang sibuk nak mengajar tolong dia macam-macam. Kau buat dia jadi bergantung kat kau. Nanti dah keluar macam mana dia nak hidup sendiri?” (Peringatan! Aq memang sama sekali tak ingat sape yang pernah cakap macam ni dekat aq and aq tak de niat pun nak burukkan sape-sape taw!!!!Maaf kalu ade yang terasa). Memang mase awal tahun dulu, mase Sabby mule-mule dok ngaji kat SMAZAR tu dia sokmo calling aq. Tapi selepas 3 bulan, dan sehinggalah ke hari ini, dia dah mampu berdiri dengan kaki sendiri dan yang paling aq rasa bangga kat dia, dia ghoyak la, dia dah semakin kurus dan result exam dia banyak yang GEMPAK kot!

Paling aq terharu dengan Sabby ialah, dia sangat-sangat sayangkan aq. Macam mane aq taw? Macam ni, dia boleh jadi diri dia yang sebenar depan aq dan yang paling penting dia jujur dengan sejujurnya dengan aq. Contoh paling simple, aq tengah khusyuk bercerita pasal something dekat dia dan tak suka dengan pasal something tu. Straightforward deia cakap dia tak suka dengar pasal benda tu. Bukan sebab dia tak nak jadi pendengar untuk aq, tapi dia cakap pasal benda-benda tu dia tak minat nak amek taw dan pada dia aq pun tak patut cerita, tak penting pun. (well, mase tu aq cerita pasal anas). Example lain lak, demi kebaikan aq, dia suka paksa aq. Lantaklah tahap degil aq ni macam mane pun. Memang dia akan keep on paksa. Macam dulu solat kat surau al-muqarrabin, jangan harapla aq ni rajin nak jadi ahli sof depan. Mesti nak belakang sekali, ataupun port yang sejuk. Kalu asar dengan subuh memang rajinla skip mathurat. Tapi kan, minggu demi minggu Sabby ajak aq duduk sof depan, ajar jangan skip mathurat. Mase awal-awal memang aq keras kematu la degil. Last sekali mase form 5, pelan-pelan, aq dengar cakap dia. Entah kenapa, maybe sebab aq sedar ape yang dia buat tu adalah baik. Well, paling aq terasa dia sayang aq ialah waktu aq pengsan secar mengejut di perhimpunan pagi di KKJ. Wawa cakap muka Sabby tu dah putih macam kain tengok aq tak sedar diri. Huhu. Dia sanggup tak nak masuk kelas sebab nak jaga aq. Sabby, rindu ke mung aq ni!

Kalau ade orang tanya aq nak suami yang macam mana, jawapan aq ialah aq nak yang macam Sabby (please, jangan pikir yang bukan-bukan). Bukan apa,antara benda yang aq suka pasal Sabby ialah dia sangat-sangat sabar dengan kerenah aq yang aq rasa sememangnya suka bikin hati dia panas, especially semasa aq mengajar dia. Memang aq nak aq strict, aq tak tawlah. Tapi ape yang pasti aq memang akan sentiasa ade idea nak ajar dia. Even waktu kalu aq tak sempat nak ajar dia, aq akan tinggalkan some sort of homework untuk dia buat. Mula-mula dulu memang bayak kali aq marah dia sebab tak buat. Kadang-kadang aq ni mulut cakap lepas sampai pernah la beberapa ratus kali terasa macam aq merendahkan. Tapi tu bukan niat aq. Maaf sangatla. Selain itu Sabby tu suka manja kan aq. Aq ni ade waktu-waktu memang nakla dimanjakan. Yang paling aq sayang pasal Sabby ialah, dia pandai amek hati aq. Kalu dia buat aq marah, pandai dia mintak maaf. Budak-budak dorm aq taw macam mane. Kesan yang Sabby buat tu menyebabkan bila aq marah sangat-sangat macam mane pun kat dia, aq tak sampai hati nak abaikan dia. Orang macam Sabby ni memang one in a million. Kalau dapat lelaki yang macam Sabby jadi jodoh aq, memang aq bersyukur sangat.( Kalu tak dapat pun, bersyukur juga. Rezeki Tuhan jangan nak ngade-ngade tak bersyukur!)

Sekarang ni aq jadi tak sabar sangat nak tunggu cuti sekolah. Sebab nak calling dengan Sabby. Ingat nanti kat Rusia nak hantar surat sokmo ke dia.

 

 

p/s: Aina Mardhiyah… jeles sngt2 sama kamu!!!!

Takkan mungkin ku jumpa gantinya

Salam….

Huargh! Dah lame aq tak dapat melelapkan mata di atas katil yang tak seberapa mane empuknya pada waktu tengah hari lagi terik. Nyenyak aq layan tidur selepas 5 jam bertapa dalam kelas math Dr. Rustem. Yang tak tahan, boleh pulak aq mimpi hujan lebat. Alih-alih aq celik aje mata, langit tengah bersiap sedia untuk mencurahkan air yang dikendongnya entah dari mana. Lebat gila hujan, selepas beberapa minggu merana kepanasan di MIAT ni. Alhamdulillah…. turun juga rahmat Tuhan kat bumi yang kata ustaz Wan lambat qiamatnye pasal lelaki lebih ramai. (Hahaha)

Haish, kalau dulu sebulan sebelum SPM, aq dah sebok-sebok menghadap kalendar kecik yang aq simpan dalam wallet. Nak kira berapa hari lagi nak SPM. Bukan setakat kira hari, jam, minit, dan saat juga. Sedikit sebanyak dengan berbuat macam tu, aq jadi cuak semacam. Kalu tengok minggu, dalam hati aq cakap macam ni, “alaa, lambat lagi, ade hari sekian dan sekian.” Bila tengok jam pulak, jadi macam sejuk semacam. Mana taknya, cuba tolak sikit waktu tidur… satu hari agak-agak banyak ni tidur, pastu waktu makan, waktu basuh baju, waktu kemas bilik, waktu solat, segala macam waktu yang digunakan bukan untuk belajar. Wah…. jadi dari sebulan lagi nak SPM, jadi seminggu ataupun tak sampai. Itu pada waktu tu. Sekarang ni, tengok kalendar pun aq dah macam tamaw dah. Bukan ape, bile tengok minggu je aq dah cuak semacam. Tak lama lagi nak pergi Rusia dah!!!! Aq tak percaya semua ini!!!! Huhuhu….

Sejak dua menjak ni pula, aq banyak teringat kisah-kisah lama aq dekat KKJ dulu (hrp maklum, post semalam tersilap taip… =p). Yela, waktu dekat-dekat nak SPM tu, bermacam-macam aktiviti yang memang kelakar dan sangat memorable kitorang bikin kat dalam dorm baru F30. Memang khas kitorang tempah untuk ahli E15 (orang lain tamaw masuk, takut dengan kitorang katenye…. garang sangat ke kitorang?) Alang-alang dorm tu memang elok duduk jauh dari orang ramai tapi dekat pulak dengan rumah Ustaz Lah dan Cikgu Nani. Ustaz Lah tak ade apa hal sangat. Cikgu Nani… aduhai… memang acap juga dia melawat bilik kami yang serba serbi menawan lagi penuh dekorasi (paham-paham aje ler). Rindu pula kat suara merdu Cikgu Nani. Takkan aq jumpa dah yang seunik dia. Dulu masa E34 dengan E15, dorm lain salu tegur dorm kitorang “sila susun selipar” tak pun kadang-kadang ada yang rasa bertanggungjawab siap buat tanda “Sila susun selipar” Hurm… tapi kan, sampai ke F30 jugakla masih sama. Tapi kat F30 tak ade nak tegur sebabnye, hujung sekali daa… Yang best time inspection, fulamak tersusun rapi elok cantik. Saat KP melangkah keluar dari bilik, toksah cakap. Trademark yang takkan ade pade mane-mane dorm.

Cakap pasal dorm baru kitorang bertapak kat hujung ni, memang agak meriah la kami semua ni. Yang syok sekali ialah kelas bahasa free diadakan di dalam dorm F30. Kadang-kadang dengar orang cina bercakap, kadang-kadang dengar orang arab, kadang-kadang dengar orang korea, kadang-kadang dengar mat salleh, kadang-kadang dengar suara melayu, ade pernah terselit sikit-sikit bahasa perancis. Kalu dengar dari bawah, macam duduk kat sekolah bahasa. Pelik rasa. Rasanya kat KKJ majoriti melayu. Hahahaha. Tapi kan, itu la yang best nye. Paling best bile ramai-ramai kenakan Wawa dalam bahasa cina. Jangan marah yerk KD! (ketua dorm)

Satu benda lain yang unik kat dorm kitorang ni masing-masing ade trademark yang takde dan takkan jumpa dah kat orang lain. Ala macam budak-budak kat Akedemi Fantasia la. Paling senang nak ingat trademark ni “pengotor!’ ataupun “camtu la citer die” ataupun “so-nye”… hehehe. Ade jugak bukan dengan trademark dari pertuturan tapi dari segi habit. Macam ‘bedak sejuk’ ataupun buat tanda ok (ibu jari dengan telunjuk jadi bulat, tinggal tiga jari kat belakang tu) sebagai tanda "TIDAK”. Macam-macam la yang ade, aq pun dah tak berapa nak ingat sangat. Tapi memang bestla dorm ni. The best ever. Tolak ketepi la sume masalah yang pernah kami hadapi sebabnye, bile tolak sume masalah tu, masa bergembira kami sangat enjoy. Pernah juga kitorang ngade-ngade duduk ramai-ramai kat tengah-tengah court tu pastu gi main gem budak-budak “Cap Kelicap” (entah betul entah tidak ejanya). Memang bisingla. Tapi paling bising masa main “Masabili”. Yang ini memang konfem bising. Lagu dia pakat taram je. Yang pasti mainnye sama aje. Gem yang paling unik pernah ada dalam dorm ialah, “Ops! I” Hahaha. Ingat lagi dendanya makan bubur kacang yang semangkuk penuh (bukan satu mangkuk tu telan, satu @ dua sudu je). Nak perabih makanan sebenarnya. Bukan nak buat apa-apa pun. Tapi masa tu perut dah fully loaded dah. Memang enjoy sangat-sangat.

Korang, entahla kenapa akhir-akhir ni dekat-dekat aq nak fly ni, banyak pulak aq rindu kat korang. Series kot. Rindu sangat. Huhuhu.

 

 

p/s: Sampai nangis kot aq rindu korang