Carian

Melawat Kuala Lumpur tanpa kenderaan

Jom jalan-jalan dalam Kuala Lumpur tanpa perlu ada kereta. Percaya tak percaya sepanjang membesar di Cheras yang merupakan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, aku jarang masuk KL sebab rasa KL tu jauh walaupun cuma jarak 15-20 km sahaja. Pergi Bangi yang jarak 20 - 25 km itu lebih dekat pada aku. Nak-nak sekarang dah jadi student UKM. Mana tidaknya, masuk bandar Kuala Lumpur tu selalu sesak dan makan masa kot.

Ingat lagi, masa kecil dulu, mak memang akan bawa kami adik-beradik naik pengangkutan awam untuk pergi Sogo, Jalan TAR pada musim perayaan untuk cari baju raya atau semata-mata nak pergi KLCC. Ummilah bawa kami empat beradik masuk KL dengan menaiki LRT. Baba pula bawa kereta dari pejabat atau dari mana-mana. Taklah susah bila bawa dua kereta dengan nak parking lagi, dengan menghadap trafik lagi.

mudahnya berjalan di kuala lumpur


Sebenarnya, sekarang ni nak masuk bandar Kuala Lumpur ni tak perlu sangat ada kenderaan persendirian sebab sekarang sudah ada banyak kemudahan pengangkutan awam yang sangat efektif. Pada aku, banyak dah perubahan dan perkembangan bandar Kuala Lumpur.  So, aku nak kongsikan sikit apa yang mudah bila berjalan di Kuala Lumpur tanpa kenderaan persendirian. Nanti kalau korang-korang yang dari negeri lain dah boleh buat persiapan bergerak dari tempat ke tempat bila berjalan di Kuala Lumpur nanti.

KLIA Transit terus dari lapangan terbang ke destinasi pilihan

KLIA Transit dan KLIA Express adalah dua jenis pengangkutan yang berbeza tau. Tengok nama pun ada beza. Yang Express maksudnya terus sampai ke KL Sentral tanpa ada perhentian. Kalau Transit pula, ada beberapa perhentian pilihan yang boleh dipilih. Aku pernah naik KLIA Transit masa tahun 2012, balik dari Kuala Terengganu. Senang sebab Baba tak perlu datang lapangan terbang dan boleh ke stesen yang ada KLIA Transit berdekatan rumah. Masa dulu, tak ada beli online. Sampai situ barulah terhegeh tengok harga dan beli tiket. Sekarang ni mudah, beli sahaja secara online di 'KLIA Transit Online Booking' di Traveloka siap-siap sebelum sampai. Taklah buang masa sangat kan?

Servis taxi lapangan terbang (airport taxi)

Malas nak naik KLIA Transit yang kejap kejap ada perhentian, boleh terus ambil taxi yang ada di airport. Kami sekeluarga kalau naik kapal terbang, pergi balik airport memang pakai taxi. Nak bawa kereta pergi airport dan bayar harga parking sampai 3-4 hari memang taklah. Berbaloi lagi ambil taxi. Orang bawakan, kita balik pun boleh relax sikit. Kalau korang nak tahu, biasa dekat balai ketibaan memang berderet lah orang yang offer taxi pada kita. Kalau kita ambil masa dan pilih satu-satu untuk dapatkan tambang yang murah dan berbaloi memang akan ambil masa. So, dengan kemajuan teknologi sekarang, boleh terus cari 'cheap airport taxi' di Traveloka. Sampai je di balaik ketibaan boleh terus bagitahu orang yang kerumun korang yang korang dah ada taxi. Selesai.

Kemajuan teknologi LRT dan MRT

LRT antara kemudahan pengangkutan awam yang lama. Dan masih lagi menjadi pilihan orang ramai termasuklah orang yang bekerja di bandar Kuala Lumpur sendiri. MRT pula dah hampir 3 tahun juga rasanya. Dua-dua ni sangat mudah untuk digunakan. Boleh download peta LRT dan MRT secara online sebagai rujukan. Bulan September hari tu pergi event theAsianparents naik MRT je tau. Walaupun Bukit Bintang tu cuma 15km dari rumah, tapi keadaan trafik di sana memang tak boleh bawa bincang. Lebih efektif kalau pergi dengan MRT. Kami pernah pergi IKEA Cheras dengan MRT je, sebab malas nak redah kesesakan lalu lintas. Naik MRT tak sampai 30 minit pun kot dari rumah. Sekarang ni, banyak je hotel dan pusat beli belah yang terletak elok sebelah stesen LRT dan MRT. Sangat mudah nak berjalan. Dari bawa kereta, cari parking lagi, nanti nak keluar trafik sesak. Betul tak?

MRT mudahnya berjalan di kuala lumpur
Ini yang masa pergi Ikea Cheras dengan MRT (2018)

MRT mudahnya berjalan di kuala lumpur
Ini pula perjalanan balik ke rumah selepas suami drop kami dua beranak di MRT berdekaran HKL (2019)

Komuter Tanah Melayu (KTM)

Dalam banyak-banyak pengangkutan awam, KTM memang aku paling elak. Sebab jarak antara satu komuter ke komuter lain agak lama. Boleh memakan masa 30 minit ke sejam. Lama tak lama. Tapi, dulu masa zaman sekolah dan zaman universiti dengan KTM lah banyak berjalan, dengan KTM jugalah balik rumah dengan tenang. Haha. Ada sesetengah tempat memang terletak elok sebelah stesen KTM seperti Mid Valley dan Sunway Pyramid. Tak pelik kalau KTM masih lagi menjadi pilihan walaupun boleh jadi agak bosan menunggu. Ada juga sesetengah stesen berhubung antara MRT dan LRT. So, tak ada masalah pun kalau nak guna KTM. Lagipula sekarang boleh check peta online je. Boleh agak tempoh perjalanan sekali. Guna Google pun boleh je.

peta mrt lrt ktm mudahnya berjalan di kuala lumpur
Nah, peta yang ada semua yang aku ceritakan di atas KLIA Transit, KLIA Express, LRT, MRT dan KTM. Credit gambar Google ya.

Bas

Bagi yang tak biasa masuk Kuala Lumpur, aku sangat sangat tak sarankan guna bas. Pertama sebab route bas tu ke mana kita tak mahir. Kedua, bas gunakan jalan yang sama dengan kereta yang mana akan makan masa memandangkan keadaan trafik di bandar Kuala Lumpur biasanya sesak. Aku sendiri cuma pernah naik bas yang berdekatan dengan rumah sahaja sebab dah tahu bas mana pergi mana. Lagipun LRT, MRT dan KTM memang ada satu peta lengkap yang membolehkan kita rancang perjalanan. Kalau memang perlu gunakan bas, pastikan naik bas yang betul. Jangan tersesat pula nanti.

Grab/MyCar

Aku boleh cerita pasal Grab. MyCar ni rasanya konsep sama je. Sejak balik Malaysia, kami suami isteri memang tak kekok sangat nak guna Grab sebab dekat Moscow dulu hampir setahun gunakan servis taxi seperti Grab. Dalam Kuala Lumpur, biasanya gunakan servis Grab ni bila nak ke stesen MRT/LRT/KTM yang jauh atau nak ke destinasi yang bukan berdekatan dengan LRT/MRT/KTM. Macam aplikasi Grab ni, boleh kumpul points setiap kali gunakan servis. Points yang ada boleh tebus voucher untuk dapatkan diskaun untuk penggunaan akan datang. Sepanjang pengalaman aku guna Grab aku memang puas hati. Anak-anak pun faham bila kami guna Grab terutama kalau ke lapangan terbang atau ke stesen MRT.

mudahnya berjalan di kuala lumpur gunakan grab
Sangat senang gunakan Grab, taipkan sahaja dari mana dan ke mana.

Macam mana? Dah dapat idea nak pergi mana bila datang Kuala Lumpur? Kalau dah ada, korang boleh rancang perjalanan dengan Traveloka baik di laman web mahupun di aplikasi. Semua ada. Nak beli tiket kapal terbang ada, nak beli hotel, nak beli tiket KLIA Transit, nak cari taxi dari airport. Senang bila buat semua sekali gus. Teratur perjalanan dan taklah mudah sesat serta buang masa sepanjang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Setakat itu sahaja nak kongsi pasal berjalan di Kuala Lumpur dengan mudah tanpa peningkan kepala. Kalau-kalau ada nak datang Kuala Lumpur, plan elok-elok. Banyak je tempat menarik. Aku yang duduk hampir 25 tahun pun baaaanyak lagi tak tengok. Haha.

Terima kasih sudi baca! Harap bermanfaat.

16 ulasan

  1. Ya kat kuala lumpur sebenarnya boleh pergi tanpa kenderaan kan kerana sistem pengangkutan kat sana tu memang baik dan komprehensif :)

    BalasPadam
  2. Saya suka juga melawat KL tanpa kenderaan. Naik komuter atau ERL ajer. Nak drive lecel la sebab jalan sesak sangat.

    BalasPadam
  3. Bagusnya post ni. Boleh tolong orang yg luar KL plan transportation bila nak visit KL. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Interesting read. Public transport Di Kuala Lumpur memang bagus. Thank you for sharing this information. Have a good day.

    BalasPadam
  5. Memang terbaik guna pengangkutan awam bila kr Kuala Lumpur. Tak perlu bawa kereta dan sangkut dengan jam.. segalanya mudah sekarang...

    BalasPadam
  6. Banyak betul
    Kemudahan pengangkutan disediakan di Kuala Lumpur. Memandangkan ianya bandar yg sesak sebab tu perlu ada kemudahan seperti ini. Bagus sebenarnya kan

    BalasPadam
  7. Dah mudah nak ke Kuala Lumpur sekarang. Kalau naik kereta memang sesak jalan. Tak sanggup hadap jem tu. Jadi memang akan pilih pengangkutan awam aje. Best juga jalan-jalan pusing KL

    BalasPadam
  8. Heee UKM paling dekat KTM UKM Bangi kan?

    Ha sekarang ni paling best banyak apps utk public transport kat Malaysia. Boleh adjust masa nak naik supaya tak tertunggu. Jimat and memudahkan.

    Bas boleh try shuttle bas, free smart selangor & feeder bas. Reliable sikit dari bas rapid biasa. Boleh usha apps Moovit, SITS and Rapid(xsilap nama dia) 😊 But tak sure area UKM ada tidak.

    BalasPadam
  9. Wahh kita tak duduk KL jadi memang pergi naik kete persendirian je. Tak pon naik grab je tahu. Tq taw sharing info. At least banyak belajar berkaitan transportation

    BalasPadam
  10. Kl lengkap dengan Public transport.. So should be no problem to explore n commute around kl without our own transport

    BalasPadam
  11. Saya selalu jugak pergi KL, ulang alik dari Kajang. Sebab ke kelas, annd kadang2 ada event dn sebagainya, selalu naik motor tapi kadang2 malas, naik mrt je. KTM dulu okaylah, sekarang ni time macam makin tak teratur.

    BalasPadam
  12. Banyak dah servis pengangkutan sekarang. Hanya rajin or malas je haha. Dan nak pakai duit banyak mana. Paling senang tentulah Grab car kan.

    BalasPadam
  13. Airah dari dulu teringin nak naik LRT MRT tu tapi tak berkesempatan sampai sekaranghahaha

    BalasPadam
  14. memang kalau nak pergi area KLCC, SOgo ke, lebih selesa atau mudah naik public transport. sambil exercise jalan kaki.hehe. Tak payah jenuh nak fikir bayar parking mahal/susah parking sebab kawasan sesak..

    BalasPadam
  15. ya boleh je tanpa kenderaan kan KL ni, cuma kena tahulah dan plan nak gunakan pengangkutan yang mana

    BalasPadam
  16. Teringin nak jalan kuala lumpur lagi ni

    BalasPadam

Komen