Carian

Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Jarang aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan kadang-kadang tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur (Nur 1 dan Nur 2) memang aku ikut terjebak menonton sejak musim yang pertama, Nur 1, sampailah keluar musim kedua, Nur 2.

Awalnya aku tak layan juga drama Nur. Aku memang sebelah malam mana tengok TV. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz tersebut. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Masa tu, memang nampak setiap episod ada mesej yang sangat dalam. Mulut aku jadi becok bercakap sambil tengok cerita sebab berbincang dengan suami intipati daripada drama. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2



Bila nak keluar Nur 2, aku jadi excitedlah juga sebab ternanti-nantikan mesej yang padu dan padat. Nak pula masa Nur dulu episod terakhir macam fast forward 10 episod. Tiba-tiba dah dua minggu, dah jadi itu, dah jadi ini. Dalam Nur 2 banyak babak dan dialog yang buatkan aku berfikir. Malah, ada sesetengah dialog buatkan aku bersoal jawab dengan Ummi. Jangan tak tahu setiap kali habis episod, kami sekeluarga berbincang sekitar 30 minit juga mengambil pengajaran dari episod tu.

    Ini antara mesej-mesej yang aku dapat dalam Nur 2:

    1. Hubungan suami isteri bukanlah hubungan tuan dengan hamba.

    Ini sah-sah berkenaan hubungan Hamadi dan Aisyah.

    Ramai yang bengang akan watak si Aisyah yang taat setia buta tuli pada si suami yang 'makan' luar, makan duit haram dan lebih teruk kaki pukul. Bila buka sosial media, banyaklah yang mengecam watak si Aisyah. Aku pun geram juga mulanya. Tapi aku tahu, orang macam Aisyah dalam dunia realiti ramai.

    Berdasarkan perkongsian bekas naqibah aku, seorang peguam, kes begini banyak. Setia kerana takut tak ada pengganti, mindset syurga di bawah tapak kaki suami, kalau minta cerai namanya isteri derhaka, takut akan title janda dan banyak alasan untuk tidak bertindak.

    Dalam Islam, hubungan suami isteri adalah hubungan dua hala, perlukan kerjasama. In fact, ada satu babak Ayah Haji berpesan kepada Ustaz Adam, yang untuk menjaga keharmonian rumah tangga suami kena mengalah pada isteri. Bukan semuanya kena turut tapi ada TOLERANSI. Buah fikiran si isteri perlu dipertimbangkan.

    2. Mindset yang ditanamkan kepada anak-anak perempuan dalam masyarakat Melayu

    "Tempat seorang isteri adalah dengan suaminya, tak kira siapa suaminya" Ini kata Aisyah kepada Mak Hajjah.

    Pada aku dialog ni makan dalam. Sebab majoriti dalam masyarakat kita inilah perkara yang dipupuk kepada anak-anak perempuan. Tak kira suami teruk macam mana, jangan buka mulut, tahankan sahaja. Aku ada berbalas komen, siap ada yang cakap budaya merajakan orang lelaki adalah perkara toksik. Orang lelaki langsung tak berbuat apa, habis dari mendidik anak, menjaga hal ehwal rumah semuanya isteri je. Belum lagi ada yang komen, ada suami penagih dadah pun keluarga suruh bertahan!

    Alasan paling biasa ialah 'orang lelaki dah penat bekerja'.

    Persoalannya, adakah sebagai ketua keluarga, seorang suami wajar untuk bagi komitmen 100% pada pekerjaan dan perkara di luar rumah tetapi bagi 0% komitmen pada keluarga sendiri?

    Dan, ramai wanita takut bergelar janda kerana mindset sebegini. Mereka lebih sanggup menggadai diri duduk bersama suami yang langsung tak ada hati perut, langsung tak menjalankan tanggungjawab. Tergadai maruah, tergadai emosi, tergadai mental.

    3. Semua ahli alim tetap seorang manusia yang ada nafsu

    Ini realiti yang dibawakan dalam drama Nur 2. Ada beberapa babak yang Juita menggoda Adam sampaikan Adam seolah-olah kalah. Memang ada. Ada juga aku baca komen dekat media sosial marahkan ustaz Adam. 'Ustaz Adam sama je dengan Hamadi!'

    Sejujurnya, mindset masyarakat kita ustaz atau ahli alim ni tak bernafsu. Lupa mereka juga manusia, bukan malaikat. Bezanya, mereka ada ilmu dan mujahadah melawan nafsu mungkin lagi hebat. Kita sahaja tak nampak.

    4. Jangan tengok apa yang orang lain ada

    Kalau perasan, watak Juita ni penuh hasad dengki. Bila flashback pun, nampak Juita ni tak puas hati sebab Nur asyik dapat benda-benda yang baik sahaja. Dia membandingkan dan mempersoalkan asyik Nur je dapat yang baik. Pada mata Juita, Nur tak susah. Nak keluar dari lembah hina, Nur dapat. Nak suami yang baik, rezeki suami Nur seorang ustaz. Sedangkan Juita tak tahu kesungguhan Nur berusaha mengubah hidupnya, tak pernah berhenti meminta pada Allah walaupun nampak tak dijawab, diherdik mak sendiri, dijual mak sendiri. Nur berusaha dengan menjaga maruah diri, curi-curi cari masa untuk ke masjid belajar senyap-senyap.

    Orang macam Juita sangat ramai dalam dunia realiti. Nak-nak pula sekarang semua benda kita upload dekat media sosial. Lama sikit kita spend masa, mula terdetik rasa 'senangnya hidup dia'. Sedangkan di balik tabir tu kita tak tahu langsung kesusahan orang. Yelah, siapa nak tayang hidup dia susah kan?

    5. Kita tidak nampak sisi lain seseorang dalam realiti.

    Macam mana orang ramai marahkan sangat Juita dan ke'bodoh'an Nur yang percaya Juita, orang ramai lupa akan realiti sebenar.

    Dalam drama, kita nampak semua sisi Juita. Dia bohong kata kena halau, dia bohong kata Adam nak tackle dia. Dia pura-pura baik dengan Nur pun kita nampak. Kita marahkan Nur sebab Nur buta. Memang Nur buta sebab dia tak nampak kebohongan Juita tu. Realitinya, kita dengan kawan-kawan sekeliling pun bukan kita tahu kalau dia buat tak elok pada kita kan? Kalau ada orang datang cerita, ada kita nak terus percaya?

    Ini benda realiti. Orang macam Nur sangat banyak. Percaya kawan punya pasal, perkahwinan sendiri berkecai.

    Barisan pelakon Nur
    Barisan pelakon cerita Nur


    Sepanjang tengok Nur 2, aku paling emosi saat Hamadi bagitahu Aisyah "Nanti dekat neraka isteri-isteri derhaka macam awak nilah diheret". Pandai-pandai dia nak kata Aisyah derhaka. Dia tak sedar yang dia derhaka pada Aisyah. Mengutuk Aisyah mandul, merendah-rendahkan Aisyah, tak jaga aib Aisyah depan orang (marah dengan kata cerca depan orang).

    Untuk Nur 2 ni, endingnya aku tak berapa puas hati juga dari sudut garis masa cerita. Tiba-tiba Juita kantoi, Madi dibunuh, Aisyah dalam penjara, Nur dengan Adam pindah, Datuk Tajuddin muncul. Dah siap dalam satu episod. Macam fast forward juga. Tapi taklah macam Nur dulu, memang fast forward sangat. Penamatnya bagus, cuma berkejaran masa.

    Aku lebih puas hati kalau satu episod satu masalah selesai. Bila satu episod selesai stu masalah lebih terperinci dari sudut dialog dan intisari pengajaran yang nak disampaikan. Ending ni ramai puas hati sebab Madi akhirnya lenyap dan Juita ditangkap. Ala-ala happy endinglah juga kan. Biasalah, inilah yang orang mahukan. Pengakhiran yang memuaskan hati. Hero dan heroin bangkit dan menang.

            Baca juga: Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

    So, bagi yang tak tengok Nur atau Nur 2, korang tak ketinggalan pun. Tak rugi apa-apa. Tapi pada pendapat aku secara peribadi, ini antara drama Melayu yang buatkan aku duduk terpacak dan berfikir. Dah lama tak layan drama Melayu. Siapa yang belum tengok, aku nasihatkan tengok dengan akal fikiran. Cuba fikirkan mesej yang hendak disampaikan. Kalau nak tengok sekadar hiburan, korang akan emosi sebab watak-watak semua tak macam superhero tiba-tiba berubah dan yang jahat sangat menganggu jiwa penonton. Jalan cerita pun ada yang dijangka, ada tak dijangka.

    Bagi yang dah tengok, cuba share sikit apa yang korang dapat dari cerita Nur 2 ni.

    3 ulasan

    1. Nur 1 tak pernah miss tengok. Nur 2 je memang banyak miss. Tenfok dalam tiga empat episod je

      BalasPadam
      Balasan
      1. Kalau rajin nak tengok balik secara online, boleh je tengok. Hehe. Kalau tak tengok pun it's okay je.

        Padam
    2. Nur 2 sungguh emosi dengan watak Hamadi tu... tapi tetap standby depan tv nak menonton , tak nak miss siaran dan episod

      BalasPadam

    Komen