Assalamualaikum.
Hari ni dah genap 7 hari kita berpuasa untuk bulan Ramadan 1440H. Macam mana momentum korang? Harapnya masih kuat dan boleh pecut sampai habis Ramadan lah.
Sempena masuk Ramadan ni, of course baaaanyak buffet Ramadan yang ada. Rezeki aku tahun ni, dapat jemputan ke buffet Ramadan yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd di Dewan Tengku Zara di Bangi.
Walaupun aku duduk Cheras, Bangi ni bunyinya tak jauh sebab antara masuk KL dengan pergi Bangi, lagi suka pergi Bangi. Hehe. Bila dapat jemputan tu terus bagitahu husband dan dia setuju. Yeay!
Buffet Ramadan ni dibuka pada setiap Rabu hingga Ahad bermula jam 6.30 petang sampai 9.30 malam. Bermula 8 Mei 2019 sampailah 2 Jun 2019 nanti. Buffet ni berkonsepkan gaya warung (stall concept buffet) yang pilihan makanan terdiri dari makanan klasik Melayu dan beberapa pilihan makanan barat. Ada lebih daripada 150 jenis juadah tau!
Dewan Tengku Zara ni tiga tingkat. Tempat makannya adalah di tingkat dua dan tingkat tiga. Dari pintu masuk, setiap tingkat semuanya ada hidangan makanan yang pelbagai. Like, rambang mata dibuatnya. Tak tahu dah nak mulakan makan apa dulu.
Tingkat bawah sekali, dari pintu masuk lagi dah banyak pilihan makanan yang ada. Dengan kambing golek arabnya, nasi arab, ikan bakar keli, kembung, pari, dan makanan bergoreng seperti pisang, keledek dan sukun goreng. Masuk dalam ada pilihan makanan barat macam 6 pilihan pasta, salad. Ada juga stall buah-buah potong, stall rojak buah (satu meja dengan salad), stall roti john, stall lemang dan ketupat.
Naik tingkat dua ada stall nasi ayam, stall me dan laksa, stall soto dan juga stall periuk besar. Stall periuk besar ni ada tiga pilihan sup, bubur lambuk dan gulai kawah. Pergh! Tengok gulai kawah paling mengancam. Bukan setakat ada periuk je, api dipasang perlahan untuk pastikan sup kekal suam. Ada sup tulang, sup daging dan sup ayam. Di tingkat dua juga ada surau. Suraunya puas hati sebab luas.
Last sekali sampailah ke tingkat tiga yang pilihan makanan laaaagi banyak. Ada nasi dengan deretan lauk yang banyak antaranya Patin Sg Tembeling Masak Tempoyak, Patin Sg Tembeling Masak Steam, 4 Jenis Kerabu, Masak Lemak Ikan Masin, Sotong Sumbat dan baaaanyak lagi jenis makanan yang tak larat nak menaipnya.
Boleh tengok pada gambar pamplet aku letak ni tau. Selain lauk pauk yang meriah ni, ada dessert macam agar-agar, puding caramel, puding roti, kuih-kuih tradisional seperti kuih talam, kek beraneka jenis, chocolate ball, stall apam balik crunchy, stall cendol, stall air minum yang pelbagai jenis.
Masa sampai tu, memang rambang mata. Makan sikit-sikit je dulu. Kononnya lah. Plan nak makan nasi last sekali. Awal-awal ambillah soto, buah, dessert sikit, lemang, puding roti, kek. Anak-anak makan nasi ayam. Suami ambil sup tulang semangkuk. Lepas tu dah sampai part ambil apam balik crunchy, ambil cendol dah. Nasi dah tak muat nak masuk perut. Haha. Acah-acah nak makan sikit je, sekali dah penuh dah masing-masing. Budak-budak ni paling banyak makan agar-agar lah. Sakannya lah makan.
Sorrylah gambar yang kitorang makan tak banyak ambil sebab budak-budak ni sampai je kat meja terus ngap. Haha. Yang sempat ambil ni semua sebab Abahnya banyak tolong.
Untuk buffet Azam Pandan Sdn Bhd dekat Dewan Tengku Zara ni harganya RM55 untuk dewasa dan RM27.50 untuk kanak-kanak. Dan, korang sebenarnya sambil makan sambil menderma sebab setiap RM1 yang dibayar akan didermakan kepada fakir miskin. InsyaAllah mudah-mudahan dalam bulan Ramadan kita dapat sikit buat amal kebajikan kan.
Untuk maklumat lanjut pasal buffet Ramadan ni boleh layari:
Website: www.azampandan.net
Facebook: AzamPandan
Instagram: AzamPandan_Catering
Hari ni dah genap 7 hari kita berpuasa untuk bulan Ramadan 1440H. Macam mana momentum korang? Harapnya masih kuat dan boleh pecut sampai habis Ramadan lah.
Sempena masuk Ramadan ni, of course baaaanyak buffet Ramadan yang ada. Rezeki aku tahun ni, dapat jemputan ke buffet Ramadan yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd di Dewan Tengku Zara di Bangi.
Walaupun aku duduk Cheras, Bangi ni bunyinya tak jauh sebab antara masuk KL dengan pergi Bangi, lagi suka pergi Bangi. Hehe. Bila dapat jemputan tu terus bagitahu husband dan dia setuju. Yeay!
Buffet Ramadan ni dibuka pada setiap Rabu hingga Ahad bermula jam 6.30 petang sampai 9.30 malam. Bermula 8 Mei 2019 sampailah 2 Jun 2019 nanti. Buffet ni berkonsepkan gaya warung (stall concept buffet) yang pilihan makanan terdiri dari makanan klasik Melayu dan beberapa pilihan makanan barat. Ada lebih daripada 150 jenis juadah tau!
Dewan Tengku Zara ni tiga tingkat. Tempat makannya adalah di tingkat dua dan tingkat tiga. Dari pintu masuk, setiap tingkat semuanya ada hidangan makanan yang pelbagai. Like, rambang mata dibuatnya. Tak tahu dah nak mulakan makan apa dulu.
Tingkat bawah sekali, dari pintu masuk lagi dah banyak pilihan makanan yang ada. Dengan kambing golek arabnya, nasi arab, ikan bakar keli, kembung, pari, dan makanan bergoreng seperti pisang, keledek dan sukun goreng. Masuk dalam ada pilihan makanan barat macam 6 pilihan pasta, salad. Ada juga stall buah-buah potong, stall rojak buah (satu meja dengan salad), stall roti john, stall lemang dan ketupat.
Roti John ni masak depan-depan macam kat pasar tau. |
Meriah gila salad dia. Warna-warna mengancam |
Demi gambar, encik suami susun baik punya. |
Naik tingkat dua ada stall nasi ayam, stall me dan laksa, stall soto dan juga stall periuk besar. Stall periuk besar ni ada tiga pilihan sup, bubur lambuk dan gulai kawah. Pergh! Tengok gulai kawah paling mengancam. Bukan setakat ada periuk je, api dipasang perlahan untuk pastikan sup kekal suam. Ada sup tulang, sup daging dan sup ayam. Di tingkat dua juga ada surau. Suraunya puas hati sebab luas.
Nampak tak periuk semua besar-besar? |
Ni soto aku ambil. Lupa letak sambal kicap. Haha |
Last sekali sampailah ke tingkat tiga yang pilihan makanan laaaagi banyak. Ada nasi dengan deretan lauk yang banyak antaranya Patin Sg Tembeling Masak Tempoyak, Patin Sg Tembeling Masak Steam, 4 Jenis Kerabu, Masak Lemak Ikan Masin, Sotong Sumbat dan baaaanyak lagi jenis makanan yang tak larat nak menaipnya.
Sepanjang-panjang meja tu semua lauk je tau. |
Cendol dengan apam balik crunchy panas-panas. |
Masa sampai tu, memang rambang mata. Makan sikit-sikit je dulu. Kononnya lah. Plan nak makan nasi last sekali. Awal-awal ambillah soto, buah, dessert sikit, lemang, puding roti, kek. Anak-anak makan nasi ayam. Suami ambil sup tulang semangkuk. Lepas tu dah sampai part ambil apam balik crunchy, ambil cendol dah. Nasi dah tak muat nak masuk perut. Haha. Acah-acah nak makan sikit je, sekali dah penuh dah masing-masing. Budak-budak ni paling banyak makan agar-agar lah. Sakannya lah makan.
Sorrylah gambar yang kitorang makan tak banyak ambil sebab budak-budak ni sampai je kat meja terus ngap. Haha. Yang sempat ambil ni semua sebab Abahnya banyak tolong.
Nah, inilah menu yang ada. Banyak tak banyak. |
Untuk buffet Azam Pandan Sdn Bhd dekat Dewan Tengku Zara ni harganya RM55 untuk dewasa dan RM27.50 untuk kanak-kanak. Dan, korang sebenarnya sambil makan sambil menderma sebab setiap RM1 yang dibayar akan didermakan kepada fakir miskin. InsyaAllah mudah-mudahan dalam bulan Ramadan kita dapat sikit buat amal kebajikan kan.
Untuk maklumat lanjut pasal buffet Ramadan ni boleh layari:
Website: www.azampandan.net
Facebook: AzamPandan
Instagram: AzamPandan_Catering
yeah nice place for gathering too, and nice meal to dine together. Shall make a date with friends to dine there too, need to ask them first when they are free to go.
BalasPadamyes. since the layout and the place is not crowded.
PadamFuh! Dahlah tengah puasa ni. Baru 12:52 tengah hari. Hahaha dok datang sini tengok makanan , memang menguji sungguh hahaha. Nampak bestnya makanan dia . Menarik sungguh! Nak tryla nanti kalau ada kesempatan.
BalasPadamSilaplah tengok makanan waktu tengahari dalam bulan puasa. Kalau sempat pergi try tau.
Padamnice food to know it here... the price is super worth . will keep in mind for my family too. next time need catring can consider this also.
BalasPadamdo consider them! the owner is sooo nice and the food are good to.
PadamDekat dengan rumah.
BalasPadamHarga murah.
Juadah banyak.
Lokasi selesa.
Makanya Rawlins kena pergi berbuka la kat situ kelak dengan rakan-rakan. Thanks sebab sharing ye
Sama-sama. Yes,dah dekat, harga murah, makanannya banyak, lokasi sangat selesa wajib pergi sekali. hehe.
PadamBanyaknya menu2 untuk buffet ramadan ni. Sangat menyelerakan. Harga buffet ni pun sangat berbaloi kalau p sana. Jauh plak nak p sana.. Apa2 pun selamat berpuasa
BalasPadamSelamat berpuasa juga!
PadamMurah betul ni. Makanan yang ada pun nampak menarik. Tempat makan dan tempat hidang makanan pun nampak kemas dan selesa je.
BalasPadamTempat makan luas, parking banyak. Makanan banyak. Harga sangat berbaloi.
PadamBeruntungnya orang Bangi. Tempat yang selesa, kemas, cantik, food plak super ohsem! Kueh mueh pun aduyai.... Nangis tengok!
BalasPadamStory akak buat Nina rasa teringin nak pegi buka puasa kat sana. Awat laaaa jauh nun sana. Huhuuu
Jangan nangis Nina. Sabar dulu. Ada tu dekat-dekat Nina tempat best macam ni. Hehe.
PadamMenarik plak tengok dihidang dalam periuk besar besar gitu. Pilihan makanan pun cukup banyak tu untuk harga gitu kira murah lah.
BalasPadamHidangan dalam periuk macam nilah ada rasa umph nya. Hehe. Yes, makanan sangat banyak. Dahla ada patin, ada kambing lagi.
PadamBangi dekat jela. Memang bolehlah i bawa family makan makan dekat sin . Makanan pun semua nampak sedap sedap dan menyelerakan .Harga pun murah dan berpatutan
BalasPadamPergi jangan tak pergi. Sebab sangat berbaloi.
PadamFirst time dengar tempat makan ni. Murah juga harga pakej berbuka puasa yang ditawarkan. And utk penduduk berdekatan blhla datang berbuka disini
BalasPadamHarga dia berbalo sangat! Ada patin, ada kambing. Choices of food pun baaaanyak.
PadamMurah jugak ya kalau berbuka kat sini. Susah nk cr yg murah2 sekarang. Hidangan pun not bad..cuma jauh sikit le kalau sis nk kesana
BalasPadamAda kelapangan boleh walk in je kat sini. Hehe. Yes, harga dia sangat berpatutan dengan hidangan yang pelbagi termasuk patin dan kambing
Padamwah ada apam balik..menarik..sup tulang lagi..wah..sedap makan sup tulang ni..hirup kuah dia..nyaman tekak..dekorasi pun cantik..
BalasPadamSup pula banyak pilihan. Dalam periuk klasik lagi.
Padamwah, makanan dihidangkan dalam periuk ek? klasiknyaa, teringin nak pergi nanti bila free, kalau dekat, dah terjah lepas balik kerja.
BalasPadamTerjah jangan tak terjah.
PadamSpecial betul buffet azam pandan ada roti John ni. Selalu kena beli kat bazar Ramadan ke kan. Kali ni dtg buffet dapat rasa.
BalasPadamBetul tu. Surprise juga masa tengok stall roti john ni tapi sangat menarik perhatian. Sebab jarang nak jumpa buffet ada roti john masa on the spot.
Padamnampak sedap semua hidangan kat sini, harga pun boleh tahan
BalasPadamTak sempat makan main dish tapi so far semuanya not bad. Harga RM55 to me sangat berbaloi sebab lauk ada ikan patin dan kambing bakar.
PadamNanti nak suggest kat kakak. Tak jauh dari rumah dia ni. Haritu katanya nak bawak family dia makan buffet as reward sebab anak dia puasa penuh so far. hehe
BalasPadamSempat lagi pergi minggu ni. Wah, menariknya offer macam tu kat anak.
PadamBanyak choices of food juga kan and their price pun kira berpatutan la, tak lebih dari RM100 per head.
BalasPadamYes! Very affordable. Dahlah ada ikan patin, ada juga kambing bakar.
PadamWah.. menarik hidangan dia.. kalau dapat berbuka bersama family kat sini best ni.. buffet ramadhan syok kalau makan ramai-ramai
BalasPadamChoices hidangan dia semua menarik. Dari tingkat satu sampai tingkat tiga. Haha
PadamSedap tu masakan dlm periuk belanga rasanya lg sedap dan aronanya sgtlah sedap
BalasPadamSupnya sedap! Konsep klasik guna periuk macam ni lah dapat bagi rasa yang umph!
PadamMurahnya berbuka kat sini! Makanan kemain banyak!!!! Hehehe. Best sungguh la sapa duk Bangi.
BalasPadamSerious tak expect makan banyak tau. Sekali sampai ketat perut. Haha.
PadamWah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu
BalasPadamUntuk buffet yang offer ikan patin dan kambing, harga ni sangat okay. Dan RM1 dari bayaran kita disedekahkan. Sangat menarik
PadamThe food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. :)
BalasPadamSo many to eat with so little gut. Haha
PadamBestnya! Kita lama gak ni tak ke Bangi, dengar kata Bangi loni jem dia memang tak boleh bawak bincangkan. Banyak gak menu yang dihidangkan tu. Wowww! :D
BalasPadamBangi sekarang maju sangat! Dah macam Shah Alam. Tapi buffet ni bukan dekat tengah-tengah Bangi pun. Hehe
Padam