Salah satu perkara yang membimbangkan pada saat generasi sekarang yang sedang membesar adalah kepupusan semangat patriotik dalam diri mereka. Semangat cintakan tanah air adalah satu bentuk jati diri dalam individu yang perlu ada untuk menjadi seorang manusia yang berprinsip dan berjaya. Aku tengok sendiri konten-konten di media sosial menguji pengetahuan anak-anak muda tentang tanah air tetapi ramai yang tidak cakna atau tidak menganggap perkara itu penting. Ada juga yang siap bergelak dan merasakan tidak tahu itu kelakar.
Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, memang sejak mereka tadika lagi aku dah mulakan untuk mendidik anak-anak cintakan tanah air dan ambil berat perkara-perkara penting tentang tanah air. Salah satu caranya adalah dengan membuat set cetak sendiri atau printable yang mempunyai elemen-elemen berkaitan kemerdekaan. Aku nak anak-anak biasa melihat logo, lambang dan perkara-perkara yang signifikan dengan Malaysia dan Hari Kemerdekaan. Aku pernah kongsikan set aktiviti ini secara percuma beberapa tahun yang lalu. Boleh tengok pada link ini: Pupuk semangat patriotisme anak-anak