Assalamualaikum dan hai.
Kita sudahpun masuk ke minggu terakhir bulan Ogos. Dah 31 Ogos tahun ini genaplah negara Malaysia menjadi sebuah negara yang merdeka. Setiap tahun, pastinya kita sebagai rakyat Malaysia menantikan untuk menyambut ulangtahu kemerdekaan negara kita. Mana tidaknya, negara kita sudah 426 tahun dijajah sejak tahun 1511. Dan akhirnya pada tahun 1957 negara Malaysia diisytiharkan merdeka.
Sejak aku ada anak-anak, aku tak pandai sangat nak memupuk semangat patriotisme. Cuma tahun lepas, masa tengok anak sendiri buat perarakan dan menyayikan lagu Negaraku sambil mengibarkan bendera Malaysia, aku terasa sebagai ibu bapa sangat penting untuk kita memupuk semangat cintakan tanah air kepada anak-anak.
Untuk tahun ini, aku tanamkan azam untuk buat koleksi 'printable' atau 'cetak-sendiri' yang mengenengahkan tentang kemerdekaan dan negara Malaysia.
Contohnya, aku pernah jumpa printable yang membawa tema '4th of July'. Tarikh '4th of July' adalah antara tarikh yang sangat penting bagi rakyat Amerika. Banyak lagilah peristiwa dan festival pentimg yang mereka gunakan sebagai tema dalam set printable.
Oleh sebab itu, aku terlintas untuk buatkan satu printable yang berkaitan dengan kemerdekaan negara. Printable yang aku buat ni sesuai untuk anak-anak berusia 3 hingga 6 tahun. Sebab aku bukan berlatar belakangkan pendidikan dan aku hanya buat berdasaarkan kemampuan anak-anak.
Di dalam printable ni ada mewarna, menyurih, mengira matematik asas dan juga cari kata ringkas. Sangat asas dan santai-santai sahaja untuk anak-anak.
Boleh dapatkan printable ni, kat bawah ni je. Klik dan boleh download.
alhamdulillah..terima kasih berkongsi...bolehlah print untuk anak-anak nanti
BalasPadamBetul, kalau kita rajin ajar kids buat activities.. boleh pupuk minat diorg kan.. instead of bg phone suruh tgk movie or cartoon :)
BalasPadamMacam seronok aje. LH pun nak buatlah untuk diri sendiri. Hahah
BalasPadambest buat aktiviti macam ni di samping nak semai semangat patiotisme dalam jiwa mereka. nice sharing :)
BalasPadamMemang baik aktiviti sebegini kan. :) Terima kasih kerana berkongsi.
BalasPadamAgreed! Patriotism is important and must teach our kids about it. Hope you had a good Merdeka celebration last Monday.
BalasPadamYess ini yang ibu bapa muda sekarang kena terapkan pada anak-anak diperingkat usia muda supa cinta dan sayang negara dengan aktiviti macam ni. Nasib kita tak ada anak lagi anak sedara adalah wakakakakaka..
BalasPadamMemang best memupuk semangat kemerdekaan dengan cara aktiviti art. Anak saya pun suka. Cikgu sekolah dia buat. Lagi dia suka. Hehe
BalasPadamSis dah share gan adik, mesti anak sedara seronoknya kalau dapat buat aktiviti macam ni dengan anak-anaknya...thanks ya share..
BalasPadamwah bagus sangat ni. thanks for sharing nak download dan print untuk aktiviti anak2 di rumah
BalasPadambagus aktiviti seperti ini..mengingatkan anak2 tentang erti kemerdekaan..mmg antara aktiviti yg sangat bermanfaat
BalasPadammacam best je set ni. Bukan setakat untuk kanak-kanak je tapi adults pun patut cuba sebab dah ramai yang lupa dan tak cakna tentang sejarah negara
BalasPadamRawlins pun buat gini kat anak-anak saudara time diorang membesar (tak silap 5 tahun kot). Senang sebab boleh print bebanyak dan diorang busy mewarna dan macam-macam. Hehe
BalasPadamSetuju, semangat patriotik memang harus dipupuk sejak kecil.
BalasPadamBagus aktiviti ni, nak try jugak laaa
Bagus aktiviti yang sis lakukan bersama anak-anak tu... masa saya masih bekerja di central, memang itulah aktiviti mingguan kami... tapi, since dah bekerja outstation ni, jarang-jarang dapat melakukan aktiviti sebegini bersama-sama anak-anak... anyhow, saya setuju yang kita memang perlu memupuk semangat patriotik sedari kecil... it is nurtured kan...
BalasPadam