Salah satu perkara yang membimbangkan pada saat generasi sekarang yang sedang membesar adalah kepupusan semangat patriotik dalam diri mereka. Semangat cintakan tanah air adalah satu bentuk jati diri dalam individu yang perlu ada untuk menjadi seorang manusia yang berprinsip dan berjaya. Aku tengok sendiri konten-konten di media sosial menguji pengetahuan anak-anak muda tentang tanah air tetapi ramai yang tidak cakna atau tidak menganggap perkara itu penting. Ada juga yang siap bergelak dan merasakan tidak tahu itu kelakar.
Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, memang sejak mereka tadika lagi aku dah mulakan untuk mendidik anak-anak cintakan tanah air dan ambil berat perkara-perkara penting tentang tanah air. Salah satu caranya adalah dengan membuat set cetak sendiri atau printable yang mempunyai elemen-elemen berkaitan kemerdekaan. Aku nak anak-anak biasa melihat logo, lambang dan perkara-perkara yang signifikan dengan Malaysia dan Hari Kemerdekaan. Aku pernah kongsikan set aktiviti ini secara percuma beberapa tahun yang lalu. Boleh tengok pada link ini: Pupuk semangat patriotisme anak-anak
Mengapa kita perlu menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak?
Jawapannya mudah: kita nak membentuk asas untuk melahirkan generasi yang cintakan negara, mempunyai rasa tanggungjawab, dan bersedia untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Anak-anak yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi cenderung untuk menghargai kepelbagaian budaya, menghormati warisan negara, dan mempunyai keinginan untuk menjaga keharmonian masyarakat.
Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia ini terdiri daripada tiga kaum utama, Melayu, India dan Cina beserta beberapa etnik lain. Jika diperhatikan, sejak Malaysia ditubuhkan, segala perbezaan dari sudut budaya, adat dan agama dapat diterima dengan baik dan kita semua hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Ini sebenarnya salah satu daya tarikan Malaysia yang membuatkan ramai pelancong datang. Bukan hanya kerana kita berada di garisan Khatulistiwa tetapi kerana keharmonian dan kesepakatan yang berjaya capai puluhan tahun selepas kemerdekaan.
Bagaimana nak menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak?
1. Berkongsi cerita sejarah atau menonton filem bertemakan sejarah.
2. Melawat tempat bersejarah
3. Melakukan aktiviti bertemakan sejarah
Selain daripada memupuk semangat patriotik, aktiviti tematik juga memberikan manfaat kepada perkembangan menyeluruh anak-anak. Aktiviti ini merangsang perkembangan kognitif mereka melalui penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif. Kemahiran motor halus dan kasar juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti seperti melipat kertas, menggunting, dan menampal. Selain itu, aktiviti ini juga membantu meningkatkan fokus dan ketekunan anak-anak.
Seperti yang aku dah beritahu pada awal-awal tadi, memang aku buat set cetak sendiri atau printable activities untuk anak-anak aku. Dan pada tahun ini aku bukan sekadar buat set aktiviti, sempat juga aku siapkan satu buku cetak sendiri yang mengandungi sejarah ringkas kemerdekaan, fakta-fakta penting seperti maklumat tentang Jalur Gemilang, Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, mercu-mercu tanda Malaysia dan beberapa fakta yang sesuai untuk anak-anak ambil tahu dari kecil. Buku ini aku akan bagi percuma sahaja kepada mereka yang sudi mendapatkan set aktiviti cetak sendiri. Untuk set cetak pula, aku ada sediakan dua tahap. Satu untuk anak-anak kecil berusia 4-7 tahun dan satu lagi untuk anak-anak berusia sekitar 8-10 tahun. Ada dua sebab yang lama aku ubah sedikit dan tambah aktiviti dan yang baru ini aku buat untuk bagi anak aku sendiri boleh buat. Maklumlah anak dah besar.
Bagi yang nak dapatkan set aktiviti cetak sendiri bertemakan Hari Kemerdekaan, boleh tekan link di bawah:
>>>Aktiviti Hari Kemerdekaan (4-7 tahun)<<<
>>>Aktiviti Hari Kemerdekaan (8-10 tahun)<<<
Aku harap set ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa dalam menyemai semangat patriotik anak-anak. Sama-sama kita besarkan dan lahirkan generasi yang lebih baik dan caknakan tentang Malaysia.
Tiada ulasan
Komen