Assalamualaikum dan hai!
Pernah dengar tak istilah 'Affiliate Marketing'?
Ke terlalu asing perkataan ni. Rasanya dah masuk tahun 2022 ni ramai dah mula kenal apa itu Affiliate Marketing.
Affiliate Marketing ni adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan secara atas talian. Bukan buat bisnes macam dropship atau jadi agent tau. Hanya perlu ada blog atau akaun media sosial sahaja sudah cukup. Semua orang paling kurang ada satu akaun media sosial, kan? Buat affiliate marketing ni tak perlu 1000 followers atau kenalan pun masih boleh jana pendapatan!
Tak percaya?
Mari aku terangkan apa sebenaranya AFFILIATE MARKETING.
Affiliate Marketing adalah satu model pemasaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat dengan membayar pihak ketiga untuk menjana trafik atau 'lead' kepada produk atau servis syarikat. Pihak ketiga ni namanya affiliate marketer.
Sebagai seorang affiliate marketer, tugasnya adalah untuk mempromosikan produk atau servis dengan menggunakan pautan istimewa ataupun kod diskaun khas. Bila ada orang tekan link tersebut dan membuat pembelian, affiliate markerter akan mendapat upah berdasarkan persetujuan semasa mendaftar. Segala urusan adalah antara pembeli dan penjual. Affiliate marketer adalah pihak ketiga yang memperkenalkan penjual kepada pembeli.
Macam mana nak jadi affiliate marketer?
Sangat mudah. Daftar sahaja dengan syarikat-syarikat yang ada buka tawaran untuk jadi affiliate.Salah satunya adalah ACCESSTRADE.MY.
ACCESSTRADE.MY adalah satu platform affiliate marketing yang memberi ruang kepada affiliate marketer untuk memilih jenama dan produk untuk dipromosikan. Dalam platform ACCESSTRADE.MY, mereka akan hubungkan affiliate dengan beberapa syarikat dalam satu masa. Dengan itu, bolehlah jana pendapatan daripada pelbagai sumber.
Soalan-soalan lazim tentang affiliate marketing:
1. Apa kelebihan jadi affiliate marketer?
2. Apa kekurangan jadi affiliate marketer?
3. Bebaloi ke jadi affiliate marketer?
Ini bukanlah soalan yang pelik malah memang selalu menjadi persoalan mereka yang pertama kali mendengar tentang affiliate marketing.
So di sini aku senaraikan kelebihan dan kekurangan dengan affiliate marketing.
KELEBIHAN
1. Dapat bekerjasama dengan pelbagai jenama dan pelbagai kempen.
Bila jadi affiliate marketer, tiada masalah untuk mendaftar dengan banyak syarikat. Dengan ACCESSTRADE.MY, bukan hanya satu jenama yang ada. Ada banyak jenama-jenama terkenal seperti Lazada, Shopee, Watsons, Zalora dan banyak lagi. Pilih sahaja jenama mana untuk dipromosikan dan boleh sahaja serentak semuanya. Dengan itu, dapatlah menjana pendapatan dari pelbagai sumber.
2. Percuma dan mudah
Pendaftaran affiliate adalah percuma sahaja di ACCESSTRADE.MY. Selepas pendaftara boleh terus mulakan perjalanan sebagai affiliate marketer dengan hanya 7 langkah yang sangat mudah. Nak tahu apa 7 langkah yang mudah tu? Terus daftar di sini dan selamat menjana pendapatan.
3. Tidak perlu runsing tentang pengurusan kempen
Melalui ACCESSTRADE.MY, tak perlu risau bahan bahan untuk marketing seperti banner, link ataupun penulisan. Kebanyakan media kreatif akan disediakan oleh peniaga. Jika sekiranya bekerja dengan platform yang hebat, media kreatif boleh dapat extra untuk menggalakan lagi penjanaan pendapatan. Sebagai contoh, ACCESSTRADE.MY menyediakan artikel penulisan tajaan secara percuma untuk digunakan oleh affiliate marketer.
KEKURANGAN
1. Saingan tinggi antara affiliate marketer
Dunia affiliate marketing semakin berkembang terutama sejak Covid-19 melanda. Dengan perkembangan affiliate marketing, saingan antara affiliate marketer semakin sengit. Untuk kekalkan momentum, pastikan sentiasa sediakan diri untuk belajar dan cakna dengan pengetahun tentang digital marketing.
Macam mana nak atasi kekurangan ini:
Apabila mendaftar dengan ACCESSTRADE.MY, affiliate marketers akan dapat capaian tanpa had ke Accesstrade Academy. Di sini boleh cari pelajaran, video dan juga tutorial berkaitan dengan digital markteing. Sambil itu juga dapat belajar secara percuma tentang teknik affiliate marketing dan strategi untuk tingkatkan prestasi link link affiliate.
2. Bergantung pada satu atau dua kempen sahaja
Adalah satu langkah yang bijak untuk mempromosikan pelbagai jenama dan kempen supaya penjanaan pendapatan dipelbagaikan. Jika hanya bergantung pada satu atau dua kempen, ianya berisiko. Kalau kempen itu dihentikan, sudah tentu penjanaan pendapatan terkesan.
Macam mana nak atasi kekurangan ini:
Pilih platform affiliate marketing yang menawarkan pilihan pengiklan dan kempen yang banyak untuk pelbagaikan sumber penjanaan pendapatan. Kalau ada satu kempen terhenti, ada kempen lain boleh dibuat pula. Salah satu platform yang menawarjan pilihan yang pelbagai adalah ACCESSTRADE.MY.
Sekarang dah nampak cara untuk menjana pendapatan melalui affiliate marketing? Nak mula jadi affiliate marketer boleh daftar terus di link bawah. Klik dan terus daftar tanpa sebarang bayaran. Percuma sahaja mendaftar dan boleh terus mula menjana pendapatan. Tunggu apa lagi, klik link di bawah sekarang!
AFFILIATE MARKETER ACCESSTRADE.MY
Sumber Artikel : https://accesstrade.global/my/blog/2020/09/10/pros-and-cons-of-affiliate-marketing-in-malaysia-and-how-you-can-beat-the-cons/
Tiada ulasan
Komen