Carian

Buku Skincare Untuk Semua

Wah, dah lama rupanya aku tak bercerita pasal skincare. Siri #FirstImpression juga sudah lama tak ada update. Maklumlah aku dah lama tak beli produk baru. Yang aku ada semuanya aku ulang beli sebab puas hati. InsyaAllah ada satu product yang aku akan kongsikan sebab betul betul suka dah dengan produk sampai beli 2 botol dan dah nak masuk botol ketiga ni!

Bercakap pasal skincare, aku sebenarnya memang suka bab penjagaan kulit. Aku mula diperkenalkan tentang skincare dari Ummi. Dia lah yang tolong belikan pencuci muka, toner dan pelembap. Sejak aku masuk umur 12 tahun lagi dia memang dah suruh aku jaga kulit. Sebab apa? Sebab perubahan hormon akan membawa kepada perubahan yang pelbagai termasuklah pada kulit wajah. Tapi aku betul-betul jaga kulit elok elok bila dah habis sekolah menengah. Cuma pada masa itu, sumber pengetahuan aku adalah daripada majalah. Majalah Rapi yang dikeluarkan dua bulan sekali oleh Karangkraf. Siapa rajin beli tu tahu lah.

Zaman sekarang dah maju. Maklumat di hujung cari. Buka sahaja Google dan kau akan jumpa beribu capaian. Sampai nak pening dah nak percaya yang mana satu. Haaa, sampai macam tu sekali maklumat yang ada sekarang. Aku sendiri pun, sejak dah pandai baca research paper, aku jarang nak bergantung pada artikel di web-web. Tapi aku tahu tak semua orang nak pergi baca research paper. Susah juga sebenarnya nak faham sebab bahasa sangat kompleks dan target pembaca adalah mereka yang dalam bidang kajian, bukan orang biasa macam kita.

Memandangkan kepelbagaian sumber untuk mendapat ilmu tentang skincare, tak lupa juga  platform media sosial digunakan oleh influencer untuk memerikan ilmu tentang skincare. Malah akhir akhir ni aku tengok banyak juga pakar dah mula terjun bagi menyampaikan ilmu. Namun, hanya berbekalkan info yang kita dapat di media sosial tak cukup. Sebab tempoh fokus dan penyampaian maklumat adalah terhad. Sangat terhad. Nak tanya, kita kena cari yang mahir juga.

Habis tu, macam mana kita nak mula jaga kulit? 

Baru baru ini, aku berjumpa dengan  satu buku yang bakal dikeluarkan tak lama lagi yang menjawab 100 soalan tentang skincare. Buku ini ditulis oleh seorang perunding imej yang tersohor di Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Aku kira beliau tersohor kerana beliau memang ramai followers dan sejak tahun 2015 memang aku dah mula follow di Facebook. Namanya Puan Mary. Walaupun bergelar seorang perunding imej, itu tak menjadi alasan bagi beliau untuk tidak mendalami ilmu tentang penjagaan kulit. Ilmu penjagaan kulit yang asas yang sepatutnya kita sebagai pengguna tahu.

Dalam buku ini, beliau mengumpulkan 100 soalan lazim yang sering ditanyakan sama ada di Facebook, Instagram malah di YouTube beliau. Ya, korang boleh jumpa Puan Mary di tiga platform media sosial, Facebook, Instagram dan YouTube. 


buku skincare

Masa beliau lancarkan buku ini PreOrder bersama hadiah yang sangat menarik, memang aku terus grab. Sebab apa? Sebab aku dah ikut serta kelas Skincare Mastery beliau sejak Disember 2020 dan aku dapat banyak sangat info tentang skincare yang sangat berguna. Aku yakin dalam buku beliau lagi banyak benda yang dikupas dalam bahasa yang mudah difahami supaya kita semua boleh menjadi pengguna yang bijak. Dan itu adalah matlamat mengapa beliau menerbitkan buku berkisar sekitar soal jawab tentang produk dan penjagaan kulit. Supaya kita menjadi pengguna yang bijak.

Ada contoh isi dalam bukunya?

buku skincare

Ini adalah sedikit 'sneak peek' dalam buku beliau. Kalau nak tahu apa lagi soalan-soalan yang ada, jangan lupa join preorder sekarang sebelum slot ini habis.

Untuk makluman, buku ini adalah bentuk hardcover dan mempunyai 250 muka surat. Bukan dalam bentuk e-book tau. Ianya sebuah buku fizikal.

buku skincare

buku skincare

Berapa harga buku ni?

Harga asal buku ini sebenarnya RM139.

Tapi...

Untuk preorder pelancaran kali pertama ni, tak sampai RM100 pun perlu dibayar.

Hanya RM89.90 sahaja dan disertakan bersama free gift juga!

Nak tahu lebih lanjut pasal buku ni, boleh terus klik pada pautan dibawah supaya korang boleh terus checkout. 


buku skincare

buku skincare

https://bit.ly/BukuSkincare
https://bit.ly/BukuSkincare
https://bit.ly/BukuSkincare


Nanti insyaAllah buku dah siap, aku buat ulasan pula tentang buku ni.






14 ulasan

  1. Nak masuk 30 ni memang banyak kene tahu pasal skincare. Haa nak tunggu awak ulas dulu la buku ni

    BalasPadam
  2. Menarik , sesuai untuk dijadikan hadiah buat anak-anak gadis yang baru nak kenal dengan penjagaan wajah yang betul.

    BalasPadam
  3. Wow. Tak tersangka ada buku sebegini.
    Kalau la zaman Rawlins membesar dulu ada buku sebegini, insyaAllah lebih indah kejadiannya. Haha.
    Bebudak muda kena beli nie agar dapat cara betul penjagaan kulit.

    BalasPadam
  4. Ehh bagusnya buku macam ni. Lengkap info semua kan. Akak ingat Puan Mary ni dari Mary Kay. Tapi bukan eh? Hehehe. Nanti nak beli. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. bagus untuk rujukan mengenai kulit. tengah promo ni rugi sapa tak grab

    BalasPadam
  6. wahhh skincare pun ada buku juga. first time dengar ni. harga pre order pun murah gak. berbaloi-baloi.

    BalasPadam
  7. Wah menarik juga buku tntang kecantikan ni. Murah betul kalau pre-order siap free gift. Sbnrnya kos mahal nak buat buku ni tmbah yg ada gambar.nanti nak usha la buku puan Mary ni.

    BalasPadam
  8. Macam menarik pulak tengok buku ni, baru tau ada buku khas untuk skincare.. elok juga, so kita tau dan faham, macam mana nak beli skincare kita kan.. boleh beli ni buku..

    BalasPadam
  9. Wahhhh baguslah banyak manfaat dan diboleh bawa kemana-mana. Lagi pun senang mudah dirujuk. Anak sulung nina mesti suka

    BalasPadam
  10. oh, can read this book at home during the holiday. So nice it comes with many free gifts hehe

    BalasPadam
  11. Wahh ada buku skincare la. Rasanya dengan ada buku ni, remaja dan semua golongan akan lebih mudah dan aware dengan kulit mereka.

    BalasPadam
  12. This is indeed an interesting book with so many useful tips about skincare. i think beginners are very suited for it!

    BalasPadam
  13. Wah thanks for introducing me to this book, i think i would like to check out coz i m into skincare.

    BalasPadam
  14. Menarik la ada buku petua skincare macam ni.. segala persoalan kita pasti terjawab dengan adanya buku ni... cara penjagaan kulit kita pun jadi lebih efektif dan guna teknik penjagaan yang betul serta sesuai dengan kulit kita kan..

    BalasPadam

Komen