Carian

Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (Selangor)

Aku masih lagi sedang menerima kenyataan yang aku dah makin tua dan anak-anak semakin membesar. Rasa macam baru dua tahun lepas aku daftar sekolah untuk Wildan darjah satu. Masuknya tahun 2021 ni, secara rasminya Wildan akan masuk darjah satu. Nanti dia masuk tingkatan satu pun maknya masih lagi tak boleh nak move on menerima hakikat yang anaknya dah besar. Hehe.

Dan dah masuk hujung tahun 2020 aku baru perasan yang aku masih pilih sekolah agama untuk Wildan. Memandangkan aku dibesarkan dengan sesi sekolah agama yang berbeza dengan sesi sekolah kebangsaan, aku rasa wajar untuk aku hantar anak pergi sekolah agama. Lagipun untuk tahap 1, sesi sekolah kebangsaan sebelah petang. Sudahnya pagi takkan aku nak bagi dia tengok TV kat rumah. Lagipula aku sekarang sibuk dengan kajian Master.

So, akhirnya dalam masa yang singkat aku berjaya daftarkan Wildan sekolah agama berdekatan. Asalnya aku ingat dah terlepas memang tak sempat. Alhamdulillah masih sempat ddan rupanya mudah sangat proses mendaftar sekolah agama.

daftar sekolah agama negeri selangor

Drama Review: Perempuan Tanpa Dosa

Aku rasa sebenarnya agak lewat aku update pasal drama kali ini memandangkan drama ni dah hampir seminggu tamat. Aku jarang nak update cerita drama Melayu melainkan aku memang puas hati dengan jalan cerita dan pengajaran yang ada dalam cerita tu. So, seperti yang tertera dekat tajuk, aku nak ceritakan pasal drama dari Astro, Perempuan Tanpa Dosa, lakonan hebat oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin.

Pada awalnya aku memang tak tahu pasal kewujudan cerita ni. Malam-malam aku mana tengok TV sebenarnya. Siang hari pun anak-anak tengok TV dalam 2 ke 3 jam sahaja. Bila aku tengok TV? Entahlah. Aku pun tak tahu. Drama Perempuan Tanpa Dosa ni jadi tertengok sebab ayah aku. Ada satu hari dia tengah tengok, dia ajak sekali kami layan. Dia kata cerita ni menarik perhatian dia. Mengenali ayah aku yang juga jarang nak layan drama, aku pun tengok. Masa tu dah masuk episod 5 ke 6 kot. Tapi masa tu tak mula layan lagi. Tak silap aku mula serius layan masa dah masuk episod 12 atau 14 kot. Dah jauh ke belakang.

Tujuan aku menulis entri kali ini bukanlah nak cerita betapa bestnya cerita drama Perempuan Tanpa Dosa tetapi lebih kepada nak ulaskan apa pengajaraan yang aku dapat dari drama ni. Drama ni memang boleh buatkan orang jadi macam bising depan TV sebab perubahan watak yang sama macam dalam realiti buatkan kita jadi geram. Yang jahat, jahat sangat. Yang jahil, memang jahil. Yang baik, kejap baik kejap tidak. Banyaklah ragam manusia dalam drama ni.

review drama perempuan tanpa dosa

#SLMCSLIFE EP5 Persidangan Antarabangsa Atas Talian

 Assalamualaikum dan hai!

Tak lama lagi tahun 2020 akan berakhir dan dalam tak sedar aku dan masuk pertengahan semester ketiga untuk pengajian master. Banyaknya benda nak kena uruskan sebelum masuk tahun 2021 ni!

Sebenarnya tahun ini sekali lagi aku menghadiri persidangan akademik. Kali ini dengan pengalaman yang baru dan suasana yang berbeza. Kalau ada ikut kisah aku sambung belajar, mesti ada terbaca tentang pengalaman pertama aku menghadiri ke persidangan akademik pada tahun 2019. 

Untuk tahun 2020, dengan adanya pandemik Covid-19 semestinya kebanyakan persidangan mula mengambil tempat dilakukan secara atas talian dan persidangan yang aku hadiri juga termasuk. Pada asalnya persidangan ini dirancang untuk dilaksanakan seperti biasa namun, gelombang kedua Covid-19 membuatkan ahli jawatankuasa persidangan membuat keputusan untuk mengadakan persidangan secara atas talian juga.

academic conference persidangan atas talian