Carian

#SLMCSLIFE EP5 Persidangan Antarabangsa Atas Talian

 Assalamualaikum dan hai!

Tak lama lagi tahun 2020 akan berakhir dan dalam tak sedar aku dan masuk pertengahan semester ketiga untuk pengajian master. Banyaknya benda nak kena uruskan sebelum masuk tahun 2021 ni!

Sebenarnya tahun ini sekali lagi aku menghadiri persidangan akademik. Kali ini dengan pengalaman yang baru dan suasana yang berbeza. Kalau ada ikut kisah aku sambung belajar, mesti ada terbaca tentang pengalaman pertama aku menghadiri ke persidangan akademik pada tahun 2019. 

Untuk tahun 2020, dengan adanya pandemik Covid-19 semestinya kebanyakan persidangan mula mengambil tempat dilakukan secara atas talian dan persidangan yang aku hadiri juga termasuk. Pada asalnya persidangan ini dirancang untuk dilaksanakan seperti biasa namun, gelombang kedua Covid-19 membuatkan ahli jawatankuasa persidangan membuat keputusan untuk mengadakan persidangan secara atas talian juga.

academic conference persidangan atas talian

Apa yang berbeza persidangan kali ini?

1. Tidak berpeluang pergi bercuti. Semuanya dari rumah sahaja.

Memandangkan persidangan kali ini diadakan secara atas talian, makanya tiadalah berjalan atau menginap di hotel untuk menghadiri persidangan. Lagipun untuk kali ini persidangan sepatutnya berlangsung di Hotel Kuala Lumpur. Tapi apakan daya, semuanya berubah dan terpaksa dilakukan secara atas talian. Macam tahun lepas, aku pergi persidangan di Langkawi. Alang-alang tu bawa sekali sekeluarga berjalan ke sana dan dapatlah berjalan walaupun sehari sahaja.

>>>First Academic Conference<<<

2. Menyediakan pra-rakaman untuk pihak persidangan

Dengan norma baru ini, pihak persidangan meminta pembentang untuk menghantar video pra-rakaman pembentangan dengan menggunakan PowerPoint. Dan secara tak langsung aku dapat ilmu baru untuk kegunaan Power Point. Tak semena-mena, aku akhirnya update Micrososft Office untuk dapatkan feature yang diperlukan untuk membuat video pra-rakaman. Banyak juga ilmu-ilmu baru yang dapat sepanjang Master study mengenai Power Point. InsyaAllah ada masa aku buat sikit-sikit kepelbagaian penggunaan Power Point.

online conference
Pembukaan. Masa ni jam 7.47 pagi. Memang aku masuk awal pagi.


3. Seharian duduk di hadapan laptop.

Pihak persidangan mengadakan persidangan secara atas talian terus meringkaskan persidangan yang biasa berlangsung selama dua hari kepada satu hari. Bayangkan aku mula duduk depan laptop dari jam 7.30 pagi (untuk pembukaan) sehingga jam 9.00 malam (untuk penutupan). Berbeza dengan persidangan tahun lepas, aku di rumah. Maka ada masa-masa nya aku lari dari laptop untuk uruskan hal rumah. Tetapi rasanya hampir 80% masa aku hanya duduk di hadapan laptop sambil melihat pembetangan orang lain. So, secara teknikalnya, hampir seharian aku menghadap laptop menimba pengalaman. 

4. Bercakap sendiri di hadapan laptop.

Setiap kali ada pembentangan, mesti akan ada gemuruhnya. Dan untuk persidangan kali ini sebenarnya aku adalah pembentang yang terakhir. Pada jam 8.30 malam. Hehe. Dari pagi menunggu dan dari pagi jugalah asyik rasa nervous sahaja. Bila dah masa bentang, aku pun bercakap tanpa henti supaya dapat habiskan semua isi penting dalam masa yang diperuntukkan.

Apa fungsi pra-rakaman yang aku susah-susah buat dan hantar sebelum hari persidangan? Sebagai 'back-up' jika sekiranya pembentangan aku terlalu terganggu oleh internet. Alhamdulillah, pembentangan aku berjalan lancar. Internet bagi kerjasama walaupun dari pagi ada kejap-kejap terputus.

online conference
Ini aku sempat screenshot sejurus selepas bentang. Masa ni sesi soal jawab dah bermula.

Itu sahaja yang aku nak kongsikan dari pengalaman menghadiri persidangan secara atas talian. Yang seronoknya tentang persidangan atas talian ialah, kita tahu semua yang hadir adalah dari merata-rata pelusuk dunia dan tak terbayang bagaimana mereka berusaha untuk membolehkan diri mereka hadir ke persidangan yang berbeza zon masa. Oh ya, persidangan ini mengikut waktu Malaysia memandangkan disusun oleh universiti tempatan.

Doakan, aku boleh habiskan semester tiga dengan jayanya sebab nak kena buat laporan kemajuan. Kadang rasa nak menangis sebab kemajuan apa sangat dengan keadaan sekarang ni. Doakan aku boleh kuat dan diberikan ilham oleh Allah untuk membuat kajian sampai habis. 

Terima kasih sudi baca!

12 ulasan

  1. Lamanya persidangan...ye lah kan macam mana lah ye kalau ada negara kena attend persidangan tengah malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terbayang tapi itulah dengan pandemik ni semua orang tiba-tiba mampu buat macam-macam sehingga peringkat antarabangsa walaupun berbeza zon masa.

      Padam
  2. semoga Allah permudahkan urusan sis, seharian menghadap laptop memang lenguh kan, apapun kena jalani norma baharu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit pinggang, bahu pedih. haha. selesai persidangan memang minta suami urutkan terus. ye, norma baru beginilah. dari anak tadika sampai mak yang sambung belajar kena menghadap laptop.

      Padam
  3. All the best on your study! Sayangnya tahun ni online je ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you! semua kena buat online, lagi susah tak masuk U untuk pergi lab. nak tak nak kena buat juga progress walaupun dari rumah.

      Padam
  4. Norma baharu semua kenapatuhi, saya sendiri pun masih belajar untuk online mesyuarat hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. meeting online pun penat juga tu bonde. walaupun hanya dari rumah tapi penat sama macam pergi meeting biasa.

      Padam
  5. Bukan sennag teengoknya ye online2 ni.. Kadangvterganggu.. Tapi alhamdulillah semua nya ok

    BalasPadam
  6. Nasib baik internet okay waktu & ketikanya. All the best slumber lady

    BalasPadam
  7. Betul jugak yer, kalau waktu malaysia, memang tgh malam ke, awal pagi waktu sedap tidur pun dorg kne hadirkan diri.. semoga berjaya abiskan semester di zaman yg mencabar nie

    BalasPadam
  8. Best of luck ya. Semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam

Komen