Carian

Kelebihan Bermain 'Puzzle'

Siapa kat sini suka puzzle?

Aku tahu aku tak minat tapi aku sendiri ajar anak main puzzle. Hehe. 

Sebenarnya Wildan diperkenalkan kepada puzzle masa umur dia 3 tahun. Masa tu dia main Talking Ginger dalam iPad. Bagi yang pernah tahu Talking Tom, Talking Ginger ni aplikasi yang sama tapi lebih berfokus pada anak-anak. Ada timer gosok gigi, ada mandikan kucing, ada bagi makan. Dan kalau dapat siapkan 4 tugasan pertama akan dapat beberapa keping puzzle. Masa tu dah ada dalam 5 ke 6 puzzle yang dah penuh, so Wildan main cantum-cantumkan. 

Masa tu sekadar ajar dia sahaja macam mana nak buat. Malah dalam Talking Ginger tu nak susun puzzle tak susah sebab gambar asal ada di bawahnya. Kira dengan mata kasar kita nampak bahagian mana letak di mana. Bagi aku untuk peringkat pengenalan sangat bagus.


Sejak dari itu, aku perasan yang Wildan minat main puzzle. So, aku mula rajinkan diri belikan dia puzzle. Sampai ke hari ini, aku dah lost track dah puzzle puzzle yang ada. Sebab kebanyakkannya bertahan main dalam sebulan dua, kemudian satu demi satu bahagian hilang. Jenuh nak carikan semula.

Baru-baru ni, kami sekeluarga ada pergi Kaison. Dan itu adalah kali pertama aku masuk Kaison dan dapat telek satu kedai. Haha. Jakun sekejap.

Nak dijadikan cerita anak-anak jumpa wooden puzzle seakan-akan tangram. Tangram ni aku dah lama nak beli sebab puzzle tangram ni sangat unik. Nak selesaikan puzzle tangram perlukan daya berfikir secara kreatif dan kritis. Kalau tak biasa buat, boleh bingung seketika. Alang-alang dah jumpa dan harga pun sangat murah, aku pun beli terus.

Balik rumah, bila dah keluar dari bekas kami tak tahu bagaimana nak selesaikan. Kira tak boleh nak susun balik dalam bekasnya.  Haha. Sampailah satu hari aku terdetik nak buat printable. Makanya aku mencari-cari jawapan sampailah dapat selesaikan! Dan Wildan pun seronok bila dah tahu cara untuk selesaikan.

Kenapa kena galakkan bermain puzzle dengan anak-anak?

1. Meningkatkan daya fokus.

Bila nak selesaikan puzzle. Fokus dan perhatian menjadi faktor yang penting. Yalah, nak cari mana yang akan bercantum dengan yang mana. Nak telitikan mana ke mana. Bila buat puzzle aku perasan, anak-anak akan duduk dan selesaikan sampai habis, dengan syarat umminya duduk di tepi menjadi pemerhati. Hehe. Tapi dapatlah dia duduk dalam 10 ke 20 minit untuk sebuah puzzle.



2. Melatih memori anak

Aku perasan, sejak ajar Wildan buat puzzle, dia mudah ingat satu-satu benda. Sebabnya sebelum puzzle dimusnahkan, dia akan tengok dulu rupa asal puzzle. Secara tak langsung dia perlu gunakan memori untuk tahu kedudukan satu satu bahagian di mana. Dan hasilnya aku nampak bila nak ajar dia mengeja. Tunjuk perkataan baru dalam 5 -10 saat, dia terus boleh eja dengan lancar. Walaupun perkataan panjang.

3. Kemahiran koordinasi mata dan tangan

Masa buat puzzle, tangan akan bergerak, mata akan memerhati. Bila nak cantum semestinya kena tepat, baru dapat selesaikan puzzle dengan lebih cepat, kan?



4. Melatih daya fikir kreatif

Bagi aku kewujudan puzzle seperti tangram sangan mencabar akal. Sebab jawapannya subjektif. Asalkan boleh masuk semula ke dalam bekasnya. Itu matlamatnya dan ini memerlukan kekreatifan. Awal-awal Wildan buat, aku bagi hint macam mana. Kali kedua dia buat, dia main susun tapi dia mencapai objektif. Tak dapat susunan yang sama tapi solusinya sama: semuanya muat ke dalam bekas.

5. Ajar kesabaran

Aha, ini antara nilai yang sangat bagus. Maklumlah untuk selesaikan puzzle memang akan makan masa dan denganbuat puzzle anak-anak belajar untuk sabar. Bila satu bahagian tak dapat masuk, dia kena cuba lagi dan cuba lagi sampai jumpa. Proses ini memerlukan kesabaran dan anak-anak secara tak langsung belajar tentang perlunya sabar untuk mendapatkan hasil yang diingini.


Bagi aku, permainan puzzle ni sepatutnya menjadi salah satu permainan yang wajib diajar. Puzzle ni bukan sekadar main kosong, tapi ada isinya.

Aku secara peribadi, memang tak suka sangat puzzle. Yang ada 10 pieces pun aku menggagau nak selesaikan, ini kan pula yang sampai 500 ke 1000. Wildan pun lagi hebat dari aku. Puzzle 50 pieces pun dia boleh buat.

Apa kata cuba hari ni main puzzle dengan anak-anak?
Mana tahu boleh cungkil bakat-bakat terpendam. 

Selamat mencuba!


2 ulasan

  1. Ai suka main puzzle. Even kat hp pun ada game puzzle.

    BalasPadam
  2. Suka main puxzle juga. Tapi kalau dh sush, pening juga.. Hahah

    BalasPadam

Komen