Carian

Jumpa barang baru di kedai preloved Jalan Jalan Japan!

Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk datang ke majlis pra-pembukaan sebuah kedai preloved di KipMall Bangi. Dulu aku kenal KipMall ni sebagai Warta. Sekarang nama dah lain. So, kedai preloved ni sebenarnya sangat unik tau. Bukan macam kedai preloved yang biasa kita jumpa. Kedai ni namanya Jalan Jalan Japan. Haaa, dengar nama pun dah boleh agak kan barang macam mana yang korang boleh jumpa dekat sini. Semestinya barang dari Jepun! Dah nama pun kedai preloved, barang semuanya adalah preloved.


Cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi adalah cawangan yang kelima selepas cawangan keempat di M3 Mall, Gombak. Jalan Jalan Japan mula buka cawangan pertama di One City Sky Park, Subang pada November 2016. Kemudian di 1 Shamelin Mall pada 2017 dan seterusnya cawangan ketiga di CentrePoint, Seremban pada tahun lepas.


Kewujudan syarikat Bookoff Corporation

Jalan Jalan Japan dapat barang-barang jualan mereka dari sebuah syarikat yang dinamakan Bookoff Corporation. Bookoff ni mula ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan syarikat perintis untuk pasaran barangan terpakai. Mengikut statistik di Jepun, separuh daripada populasi di Jepun dah menjual barangan terpakai kepada Bookoff Corporation.

Perkataan BookOff sebenarnya membawa maksud kedai yang membeli segalanya.

Sebenarnya kalau korang nak tahu budaya orang Jepun, diorang jarang nak simpan barang banyak-banyak. Siapa yang layan manga, anime ataupun JDrama, mesti perasan rata-rata orang Jepun ruang tempat tinggal memang kecil. So, bila satu-satu barang tak lagi digunakan tapi masih boleh berfungsi dengan baik, diaorang akan jual kepada syarikat yang membeli barang preloved atau terpakai seperti Bookoff Corporation.

Barang yang mereka jual itu diharapkan dapat berjumpa dengan tuan baru yang akan menyayangi barang tersebut seperti mana mereka menyayanginya.

Menarik kan?

Proses 'hot steam' barang-barang preloved

Ini satu fakta menarik yang aku nak kongsikan dengan korang pasal barang-barang di Jalan Jalan Japan. Sebelum mereka hantar barang ke kedai-kedai, semua barang akan melalui proses 'hot steam' ibarat kita sterile barang-barang ni supaya dia bersih dan tak berbau. Maklumlah biasa barang preloved ni barang lama atau pernah digunakan walaupun sekali. Untuk baju, diaorang akan ironkan sikit supaya nampak kemas.

So, dah tahu pasal proses 'hot steam' ni kita rasa sangat selamat nak membeli di Jalan Jalan Japan.



Di Jalan Jalan Japan, korang boleh jumpa barang dari serendah RM1 sehingga RM200. Paling tinggi yang aku jumpa adalah RM200. Yang harga cecah ratus biasanya barang besar dan sangat functional. Walaupun preloved, memang semua yang aku jumpa nampak boleh berfungsi dengan baik.

Masa hari pra-pembukaan, aku memang bantai membeli sampai RM100. Dapat 20 item dengan RM100. Banyak yang sangat-sangat bagus. Ada baju, handbag, barang daput, aksesori untuk journaling. Serius aku rasa puas hati sangat sebab semuanya barang masih elok. Tak nampak pun macam preloved.

Memandangkan barang di Jalan Jalan Japan adalah barang preloved, aku galakkan korang untuk ambil masa dan shopping dengan tenang. Telek barang dengan baik. Tengok dan periksa sampai puas hati. Macam aku, aku rasa aku lalu kawasan barang dapur mahu 10 kali. Tengok barang yang sama je. Tangan dah geram nak ambil, tapi hati rasa tak guna sangat. Lama sikit datang balik, check lagi barang. Agak-agak rasa tak elok, tak perlu ambil.




Sebabnya lepas dah bayar memang tak boleh dipulangkan dan tak boleh nak komplain. Sebagai pembeli ini satu perkara yang kita perlu jelas. Konsep kedai Jalan Jalan Japan begini. Bila korang membeli maksudnya korang bersetuju dengan sebarang keadaan dan harga dari pihak Jalan Jalan Japan. Jadilah pengguna yang bijak, yang jelas tentang polisi kedai.

Promosi-promosi menarik Jalan Jalan Japan


1. TaPauSab

Untuk tiga cawangan pertama Jalan Jalan Japan, (One City Sky Park, 1 Shamelin, Centrepoint Seremban), setiap Sabtu yang terakhir dalam satu bulan, mereka ada buat promosi TaPauSab, Promosi ni khas untuk para wanita, membeli pakaian wanita. Beli satu bag dengan harga RM5 dan boleh isi beg sampai penuh. Beli 3 beg cuma dengan harga RM10 dan boleh isi semuanya dengan penuh!

Syaratnya mudah, beli beg dan isikan sampai beg boleh tutup dan tak pecah. Hehe.

Best kan?

2. Diskaun 5% untuk Selfie.

Tahu tak, korang boleh dapat diskaun sebanyak 5% hanya dengan korang post gambar selfie dengan hasgtag #hargagiler dan #jalanjalanjapan.my di media sosial? Pastikan muka selfie penuh tau. Masa nak bayar tunjuk media sosial yang korang letakkan gambar selfie dengan hashtag tadi. Senang sangat.
Bersama Puan Afzan selaku Pengurus Cawangan di KipMall Bangi

Alang-alang aku dah cerita panjang pasal Jalan Jalan Japan, aku nak ajak korang semua datang ke hari pembukaan cawangan kelima Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi pada 28 DIsember 2019. Jom datang ramai-ramai untuk meriahkan lagi suasana dan semestinya untuk dapatkan barang-barang berguna dengan harga yang sangat sangat murah!

Jangan lupa block tarikh  28 Disember 2019 tau!

10 ulasan

  1. Nak pergi cari juga la Jalan Jalan Makan ni nampak menarik untung2 ada brg baru kan. Tapi soalnya bila la boleh pergi sbb out of the way la pulak dari rumah di KL

    BalasPadam
  2. Memang puas hati datang sini. Bella suka sangat style pakaian dan kena sangat dengan citarasai. Pasti akan datang 28hb ni nanti.

    BalasPadam
  3. Meriah sungguh kan barangan kat JJJ ni. Sis lama betoi x masuk. Masa nk ke India hari tu ada gak masuk..tapi sayang baju winter saiz sis tak ado..besar sgt sis ni kisahnya..hahaha

    BalasPadam
  4. Tahniah Jalan-Jalan Japan diatas pembukan cawangan baharu, kipmall bangi tu lebih dekat dengan saya tak sabar nak datang,,,

    BalasPadam
  5. saya pun suka juga shopping sini, cuma kena pastikan kita shop dalam keadaan tenang

    BalasPadam
  6. Tak dapat pergi jepon, dpt beli barang dkt sini dulu pon jadi lah kan. Pilihan tgk banyak je

    BalasPadam
  7. Selalu sgt nmpak org cerita pasal jalan jalan japan ni. Teringin giler nk pergi sbb tgk sekarang lg byk barang n kemas. Iza pernah pergi dekat one city sky park tp mcm xmenarik. Nnti nk try outlet lain la.

    BalasPadam
  8. Kalau ke JJJ ni, boleh lebih berjam jam tau. Tapi kena fikir dari rumah nak beli apa. Sebab banyak sangat barang nak dibelinya. Selalu ruby ruby sangkut dekat handbag tu. Ayoyo. Hahaha

    BalasPadam
  9. kalau pergi jalan-jalan japan ni memang xsedar yang bakul tu dh penuh....mmg berhantu jgk laaa kedai ni....

    BalasPadam
  10. Kebetulan semalam pergi ke M3 Mall dan nampak ada kedi Jalan Jalan japan tu so bila teringat pos dari bloggers kita pun masuk lah tengok. Memang bnyk brgnya sampai tak tau apa nak beli. Beli barang mainan kanak2 je.

    BalasPadam

Komen