Assalamualaikum.
Korang ingat tak masa korang umur berapa kena demam campak? Aku dulu kena masa darjah 2 (umur 8 tahun). Ingat lagi masa tu rasa seksa dengan gatal serata badan, tak selesa sana sini. Gambar dalam album pun ada tau. Haha.
Aku tak pernah terfikir pun yang Wildan akan kena demam campak seawal 5 tahun. Tapi orang kata eloklah kena masa kecik, sakitnya kurang dan pantang makan pun kurang.
Nak tahu macam mana dia boleh kena?
Kisahnya, dua hari sebelum cuti sekolah bulan Mac mula hari tu, Wildan kena demam campak!
Sebenarnya seminggu sebelum tu sekolah dia dah tutup seharian untuk buat pembersihan sebab dah sampai 6 orang budak kena demam campak. Aku ingat Wildan terlepas dari virus campak ni sebab dari hari yang parents report anak demam campak dah dua tiga minggu juga. Tapi mungkin dia terdedah sebelum pembersihan lagi, itu yang lambat sikit naiknya. Dan, hari yang dia kena tu rupanya ada sorang lagi kawan dia yang kena campak juga.
Hari Rabu (20 Mac 2019) tu ada Wildan mengadu luka kat tangan kiri. Nampak macam luka, jadinya letaklah handplast nak tenangkan dia. Balik sekolah, handplast dah tak ada. Haha. Cikgu pun kata tak ada luka serius. Ada handplast tu dia jadi manja terlebih. Sebelah malam, sebelum tidur tu nampak luka tu jadi menggelembung. Aku memang ingatkan luka kena gigit serangga. Dah terasa gatal tangan nak pecahkan, tapi sebab Wildan tak bagi pegang sampai nak menangis, aku tak pecahkan pun.
Pagi Khamis (21 Mac 2019) nak kejut Wildan macam biasa jam 7 pagi, abahnya kata badan Wildan panas sangat. Aku pelik sebab malam tu langsung tak ada batuk ke selsema ke apa. Aku terus teringatkan luka yang bertukar jadi gelembung tu. Cepat-cepat bagitahu dan suami mula check tangan Wildan. Dalam mamai-mamai tu Wildan sempat lagi bagitahu 'dekat atas pun ada'. Abahnya tanya dekat mana, dia tunjuk pada dahi. Masa tengok muka dia, memang dah tahu sah kena demam campak. Pagi tu juga terus bawa dia ke klinik kesihatan.
Standardlah, dapat ubat sapu Calamine Lotion yang putih, ubat demam dan ubat makan untuk tahan gatal.
Dia balik dari klinik terus suruh dia mandi. Siap mandi sapu ubat terus. Masa ni memang dia agak cengeng sebab calamine lotion ni sejuk. Wildan sikit-sikit kata sejuk. Aku pun duk ulang sebut ubat kena sapu supaya cepat kering dan cepat sembuh.
Hari Khamis tu dah banyak naik. Lagi-lagi dekat badan. Aku bagi dia pakai baju sleeveless. Biar panas badan keluar. Sebelah malam, bagi pakai baju tidur yang kain licin tu. Taklah panas sangat.
Masuk Jumaat, mula naik banyak pada muka dan tangan. Operasi lagi sapu. Geram sangat tengok cacar yang naik. Rasa nak curah je satu botol calamine tu sebab jenuh sapu satu-satu dan Wildan pun kejap-kejap macam mengelat dari letak ubat. Malam tu aku baru terfikir, mesti naik juga atas kepala sebab aku dulu naik atas kepala. Aku bagitahu suami, baiklah botakkan aja.
So, hari Sabtu memang terus botakkan Wildan. Sekali dengan Mukhlis kitorang botakkan. Senang sebab kalau Mukhlis berjangkit tak payah dua kali kerja membotakkan anak. Haha. Mencabar juga botakkan Wildan sebab atas kepala dia banyak! Memang buat slow melow. Takut terkena cacar. Suami aku kata kalau bawa kedai, tukang gunting bukan dia kisah sangat pun. Dia akan main tarik je shaver tu.
Sampai Isnin ke Selasa macam tu memang rutin dengan Wildan lepas mandi sapu ubat calamine. Ubat demam pun sampai Ahad tu masih makan sebab badannya masih panas. Tak lupa juga, Baba beli dengan jiran beberapa dahan daun semambu untuk buat mandi. Katanya daun ni bagus untuk hilangkan gatal.
Aku start mandikan Wildan dengan air daun semambu hari Selasa rasanya. Masa nampak cacar dah tak naik dan banyak dah kering. Sebabnya peringkat ni dah mula rasa miang kuat. Pada masa yang sama, ubat tahan gatal yang doktor bagi kitorang tetap bagi Wildan makan. Alhamdulillah, dia tak ada mengadu gatal tapi tangan dia suka kutil-kutil yang dah kering tu. Setiap kali nampak dia kutil memang aku akan bagitahu kalau dia kutil nanti berlubang. Haha.
Sepanjang Wildan demam campak ni, dia taklah nampak sakit sangat. Siang hari dia lasak macam biasa, tapi sebelah malam badan naik panas dan Wildan cranky. Alhamdulillah semua ni dalam masa seminggu macam tu je. Lepas dah seminggu nampak mula surut dan kering. Kami ambil keputusan untuk cutikan Wildan sampai 2 minggu. Nak tunggu memang dah kering dan dah gugur. Yelah, nak elakkan kawan-kawan Wildan yang lain kena.
Sejak dah mula kering, aku banyak sapu aloe vera gelly dari Forever Living. Aku guna aloe vera yang sama untuk sapu pada parut jahitan Wildan tahun lepas. Boleh baca kat link ni:
Wildan's recovery - avoiding scar.
Paling banyak aku letak dekat muka dia sebab atas muka dia macam orang naik jerawat batu. Banyak dan memang geram sangat tengok. Haha. Kawasan pertama yang kering pun memang muka. So, nampak banyak progress lepas seminggu ni.
Oh ya, kitorang pergi klinik hari ke-15 sebab Mukhlis dah mula naik juga cacarnya. Memang tanya juga doktor bila boleh hantar Wildan sekolah balik. Doktor pesan tunggu semua kudis-kudis hitam gugur. Rupanya kudis hitam ni masih ada virus yang berjangkit. Seeloknya janganlah hantar lagi. Bagi mommies dan daddies yang anak kena demam campak, tolong pastikan anak dah kering dari sebarang cacar walaupun kudis hitam. Kita rasa macam dah tak ada gelembung macam selamat, tapi sebenarnya tak.
InsyaAllah nanti dah habis semua cacar gugur, aku akan buat entri lain proses hilangkan parut dengan aloe vera gelly pula. Mak aku kata kitorang adik beradik masa kecik dulu semua memang pakat sapu aloe vera laaa untuk kurangkan parut. Yang mana dipecahkan sendiri tu tak dapat diselamatkanlah. Hehe.
Korang anak-anak dah pernah kena demam campak ke?
Atau korang sendiri belum kena lagi?
Apa-apa pun, jaga kesihatan okay.
Musim sekarang cuaca tak menentu.

Ini hari kedua, belum dibotakkan lagi. |

Ini dah masuk hari ke 9. Masa ni badan dah tak panas, cacar pun dah tak naik yang baru. |
Sampai Isnin ke Selasa macam tu memang rutin dengan Wildan lepas mandi sapu ubat calamine. Ubat demam pun sampai Ahad tu masih makan sebab badannya masih panas. Tak lupa juga, Baba beli dengan jiran beberapa dahan daun semambu untuk buat mandi. Katanya daun ni bagus untuk hilangkan gatal.
Aku start mandikan Wildan dengan air daun semambu hari Selasa rasanya. Masa nampak cacar dah tak naik dan banyak dah kering. Sebabnya peringkat ni dah mula rasa miang kuat. Pada masa yang sama, ubat tahan gatal yang doktor bagi kitorang tetap bagi Wildan makan. Alhamdulillah, dia tak ada mengadu gatal tapi tangan dia suka kutil-kutil yang dah kering tu. Setiap kali nampak dia kutil memang aku akan bagitahu kalau dia kutil nanti berlubang. Haha.
Sepanjang Wildan demam campak ni, dia taklah nampak sakit sangat. Siang hari dia lasak macam biasa, tapi sebelah malam badan naik panas dan Wildan cranky. Alhamdulillah semua ni dalam masa seminggu macam tu je. Lepas dah seminggu nampak mula surut dan kering. Kami ambil keputusan untuk cutikan Wildan sampai 2 minggu. Nak tunggu memang dah kering dan dah gugur. Yelah, nak elakkan kawan-kawan Wildan yang lain kena.
Ini hari ke-16. Muka memang dah clear, ada parutlah sikit. Badan banyak lagi kudis hitam. |
Sejak dah mula kering, aku banyak sapu aloe vera gelly dari Forever Living. Aku guna aloe vera yang sama untuk sapu pada parut jahitan Wildan tahun lepas. Boleh baca kat link ni:
Wildan's recovery - avoiding scar.
Paling banyak aku letak dekat muka dia sebab atas muka dia macam orang naik jerawat batu. Banyak dan memang geram sangat tengok. Haha. Kawasan pertama yang kering pun memang muka. So, nampak banyak progress lepas seminggu ni.
Oh ya, kitorang pergi klinik hari ke-15 sebab Mukhlis dah mula naik juga cacarnya. Memang tanya juga doktor bila boleh hantar Wildan sekolah balik. Doktor pesan tunggu semua kudis-kudis hitam gugur. Rupanya kudis hitam ni masih ada virus yang berjangkit. Seeloknya janganlah hantar lagi. Bagi mommies dan daddies yang anak kena demam campak, tolong pastikan anak dah kering dari sebarang cacar walaupun kudis hitam. Kita rasa macam dah tak ada gelembung macam selamat, tapi sebenarnya tak.
InsyaAllah nanti dah habis semua cacar gugur, aku akan buat entri lain proses hilangkan parut dengan aloe vera gelly pula. Mak aku kata kitorang adik beradik masa kecik dulu semua memang pakat sapu aloe vera laaa untuk kurangkan parut. Yang mana dipecahkan sendiri tu tak dapat diselamatkanlah. Hehe.
Korang anak-anak dah pernah kena demam campak ke?
Atau korang sendiri belum kena lagi?
Apa-apa pun, jaga kesihatan okay.
Musim sekarang cuaca tak menentu.
alahai. kesiannya dia. semoga cepat sembuh ya Wildan. memang agak payah nak jaga budak yang kena demam campak ni. lagi lagi tak nak bagi dia usik cacar tu.
BalasPadambila tak bagi usik, nak letak ubat susah. huhu. amiin, terima kasih doakan. insyaAllah skrg pun dah beransur sihat.
Padamget well soon, my son didn't have any as they have the injection for preventing it. My bro say injection is not 100% of not getting it. Both my sons had the injections at hospital.
BalasPadamas early what age can one take the injection? i thought the injection is only for bigger kids.
PadamDah pernah kena tapi tak ingat. Zaman sekolah rendah kot. Haha. Tak ingatlah dulu tapi rasanya pakai satu daun ni. Gosok-gosok lepas tu sapu satu badan. Haha. Lepas dah okay baru letak ekstrak daun aloe vera pulak untuk hilangkan parut. Berkesan lagi guna bahan semulajadi ni, ikut petua orang tua-tua kan.
BalasPadamdaun semambu kot. sebab suami kata sapu pun boleh je. tapi macam lagi selesa buat air mandi. rendam dengan air panas, koyak-koyak daunnya. lepas tu campur air biasa dan mandi. haha.
PadamAlahai.. kesiannya kena demam campak.. adoi.. kalau TB tak tau nak buat camne.. yelah .. budak kalau sakit tak reti nak gitau camne.. itu kalau babuy lagi la.. mujur masa ni anak sis dah besar sikit kan, dah reti bagi tau sakit .. nak apa.. nak minum ke makan ke.. pandai gitau..
BalasPadamalhamdulillah dia kena umur boleh bawa bincang dah tak ada tantrum. boleh haru kalau tengah fasa dia tantrum.
PadamSeksa kan kena ni. Allah.. Pernah kena masa umur 20tahun. Masa tu zaman kerja. Mula adik2 kena. Last sekali kakak dia kena. Allah. Nak bangun kepala berat macam kena hempap batu. Bila baring je rasa sakit tulang belakang. Kita tak mandi dengan daun semambu. Cuma dibagi minum air kelapa je.
BalasPadamAllahu. Selalu dengar orang cerita kalau kena umur dah dewasa lagi sakit dengan sengal badan, sakit kepala. Saya kena masa kecik. Ada lah merasa seksa sengal badan, tak selesa. Tapi tak pernah terbayang kalau lagi tua.
PadamDah kena masa darjah 2 juga. Lupa macam mana rasa masa kena demam campak. Gatal rupanya ye. Sebab dah lama sangat kan. Ingatkan kudis tu dah tak berjangkit dengan orang lain. Masa kecik kena ok juga sebab lambat laun senang hilang parutnya kan, asalkan tak kena hujan.
BalasPadamBetul. Jangan kena hujan. Memang kuarantinlah anak dari berjalan. Haha. Dua minggu bertapa dalam rumah. Nak ikut abah ke surau pun tak boleh. Ke kedai runcit ke apa memang tak bagi.
PadamSo far saya sendiri belum pernah kene demam campak tpi one of my bestfriend pernah kena. Nampak macam seksa sgt. Budak-budak kalau kena lagi kesian kan. Tak pe lah kena sekali je kan seumur hidup.heheh. Semoga cepat sembuh Mukhlis hensem.heheh
BalasPadamKalau belum kena, cepat-cepat ambil injection campak. Sekarang dah ada injection untuk campak. Tapi saya tak pasti seawal berapa boleh ambil. Masa sekolah dulu darjah 6 wajib rasanya.
PadamAlah, kesian handsome boy akak kene demam campak sampai berparut macam tu. Zul dulu kene penuh satu badan sampai takde ruang nak garu. hahaha seksa betul. Nasib ada daum semambu depan rumah atok
BalasPadamBanyaknya naik! Wildan naik sikit je. Banyak bahagian badan je. Tangan kaki tak banyak. Saya dulu pun kalau tengok album gambar macam penuh satu badan juga. Haha.
PadamAnak nina pernah kena 3 orang berderet berturut-turut. Masa tu baru berhenti keje. Sememangnya perancangan Allah yang terbaik. Kalau keje mau kena pecat. Anak berturut chicken pox total lebih 2 bulan baru settel ketiga-tiga Mana ada company bagi cuti lelama gitu kann... Syukur alhamdulillah surirumah banyak masa lebih fokus tuk anak-anak
BalasPadamYa Allah sampai tiga orang. Saya ni sedang elok abang baik, adik pula kena. Panjang jugalah kuarantin kami anak beranak dari keluar. Haha.
Padammemang scary betul kan bila kena demam campak nie. bukan scary semasa kena tu, tp kesan selepas kena tu. boleh merana hidup dibuatnya. sy kena pada usia dewasa, bayangkan scary nya macam mana. budak2 okay lagi sebab sel2 kulit dorg bagus lagi n boleh abikpulih kesan parut tu, mintak simpang lah penyakit2 mcm nie drpd terkena lg
BalasPadamBila anak kena campak memang Kita sebagai ibu risaukan. Saya ingat lagi saya kena dengan dual orang anak sekaligus. Yang bentannya saya. Anak anak rileks je masa kena tak demam .Nampak campak anak tu dah kering lega rasa kan
BalasPadamBila dah kering kita tengok lega. Pada masa yang sama risaukan parut. Haha. Lagi-lagi kalau banyak yang pecah.
Padamanak2 huda belum kena demam campak ni . mencabar juga kan nak jaga anak yang kena demam campak ni. Semoga Allah hadiahkan kesihatan dan kekuatan dan juga hindarkan penyakit
BalasPadamAmin, amin, amin. Terima kasih doakan. Huda boleh check dengan KKM atau mana-mana klinik untuk injection demam campak. Rasanya ada tapi tak pasti umur paling muda boleh ambil berapa. Demam campak ni kan sekali seumur hidup, itu yang injection pun tak wajib.
Padamalahai kesiannya deman campak. elok jugak waktu kecik kena deman jangan jadi certain orang bila dah dewasa baru kena deman campak. harap-harap rajin sapu kapur tu nak elak jadi parut deman campak.
BalasPadamMaknya bukan setakat rajin, dah rasa nak tuang atas satu badan. Haha. Geram tengok banyak yang naik. Lagi-lagi atas muka.
PadamKesiannyer..mesti sakit..murni pernah kena sebelum kahwin haritu..mjur parut tak banyak..lepas murni kena, adik2 semua jangkit..kesian mereka
BalasPadamBiasa campak memang macam tu. Sebab lepas berjangkit, ambil masa 2-3 minggu baru nampak. Huhu. Alhamdulillah parut tak banyak.
PadamSian budak kalau kena demam campak. Dahla gatal2. Mesti susahkan nak hilangkan parut demam campak tu? Iza dulu kena lama betul nak hilangkan.
BalasPadamTime dia garu-garu memang kita tak bagi. Faham je gatal-gatal, tapi kalau pecah, parutnya dalam. Huhu. Kalau surut sendiri insyaAllah parut tak lama. Itu yg saya guna Aloe Vera Gelly. Untuk bantu proses pemulihan kulit.
PadamI remember when I first got mine and the second and third time. Serious tak tipu! I kena a few times, the last one was because college mate had it, then ngam2 time tu tengah rasa lemah sebab dah 2-3 hari tak tidur and makan betul2. Habis terjangkit! Seminggu tak masuk kelas tidur dalam taburan daun-daun herba sampailah pulih. Haiz..gatalnya rasa macam nak baling pasu bunga kat orang tu yang buat yana terjangkit.
BalasPadamKesiannya sampai 3 kali kena. I've heard case yang kena 2 kali, but having third time macam seksanya.
PadamAlahai kesiannya bila anak kena demam campak. Macam2 kena berpantang makan. Diaorg kecik lg so tak faham kan..sian nya la
BalasPadamTak sempat berpantang sangat sebab semuanya tak nak makan. Nak pula ada naik dalam mulut. Kesian sangat.
PadamHopefully your children will recover asap ok. My son and daughter got it too when they were way younger...it was really a painful experience not only for them but for us parents as well. :(
BalasPadamThank you!!!
Padam