Carian

Apa nak buat bila anak kemalangan di rumah?

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum, sejak hujung bulan Mac lagi Wildan demam campak. Dan sejak itu memang Wildan kami cutikan dari sekolah. Sepanjang Wildan demam campak, kami memang berjaga-jaga risaukan Mukhlis berjangkit. Maklumlah dua beradik ni mana boleh berpisah. Bila datang mood nak main bersama tu, memang tak ingat dah kalau sorang tengah sakit atau sebenarnya nak pergi tandas. Haha.
Boleh baca selanjutnya kat sini: Wildan demam campak

Wildan pula masa demam campak, untuk 4-5 hari pertama, siang hari gayanya sihat (boleh berlari ke sana ke mari, main masak-masak) tetapi sebelah malam badan akan panas, dia kuat merengek dan semua tak kena. Jadi mencabar sebab sebelah malam kita nak rehat. Yelah, kadang terjaga tengah malam merengek. Dari dia baby mana ada dia bangun malam. Time demam campak ni yang kerap sikit bangun malam.

Jangan terkejut, walaupun Wildan demam campak, dia masih boleh bermain dengan Mukhlis dengan girangnya dan akhirnya kemalangan berlaku.

apa nak buat bila ada kemalangan


Nak dijadikan cerita, genap seminggu Wildan demam campak, dia main kejar-kejar dengan Mukhlis. Entah kenapa sambil dia kejar Mukhlis dia tolaknya si adik. Dan jatuhlah Mukhlis kena bucu meja kopi ruang tamu rumah. Mulanya Mukhlis tak menangis. Tapi sebab nampak macam ada luka di dahi, cepat-cepat bawa dia pergi sinki nak basuh luka.

Ini antara momen yang sangat mendebarkan sebab bila mula basuh, darah keluar banyak. Tak berhenti. Jantung dah mula berdegup laju. Tangan terketar menggigil. Cuak, takut, sedih, marah semua ada masa tu. Mukhlis pula baru mula menangis. Akhirnya bawa dia masuk bilik air. Buka baju, basuh dahi dia dan basuh semua darah pada baju. Akhir sekali, baju yang basah tu aku perah dan gumpal untuk tahan dari darah terus keluar.

Kebetulan Baba ada di rumah. Cepat-cepat panggil dia dan terus cerita. Dengan tak fikir panjang, aku sauk je cardigan mak dan tudung entah mana-mana yang ada. Masa ni tangan aku kemas tekup baju basah pada dahi Mukhlis sambil dukung dia. Mukhlis pun dah berhenti menangis, dia elok diam dalam dukungan. Mukhlis pakai je baju apa yang ada dekat sofa. Baju Wildan pun baju Wildanlah. Yang penting nak bergerak pantas.

kemalangan di dalam rumah
Kalau ingat balik, masa dekat klinik pertama ni nak menangis dah rasa. Bercampur perasaan.


Pada awalnya kami terus ke klinik yang memang biasa pergi untuk dapatkan rawatan. Doktor yang bertugas tak berani nak jahit dan katanya peralatan yang ada tak sesuai untuk Mukhlis (jarum yang ada untuk orang dewasa). Doktor sarankan terus ke hospital yang berdekatan, pergi bahagian kecemasan. Nak pula rupanya ada dua tempat yang luka. Doktor cuci sikit dan letak kapas proper. Tiba-tiba dia teringatkan kawannya dekat klinik yang berdekatan ada buat rawatan gam untuk luka. So, doktor terus buat reference ke klinik satu lagi (Klinik An-Nur)

Sampai Klinik An-Nur, memang terus serah surat rujukan pada nurse bertugas. Tak sampai 10 minit menunggu, doktor panggil. Doktor check dan check. Sampai dua orang juga tengok luka Mukhlis ni. Katanya kalau gam tak boleh sebab lukanya dalam. Kemungkinan terbuka semula tinggi. Nak tak nak kena jahit juga. Satu jahit dan satu lagi gam. Maka dapatlah Mukhlis tiga jahitan. Sama macam Wildan tahun lepas. (Wildan's recovery)

Paling aku kagum ialah ketahanan Mukhlis sepanjang proses doktor jahit luka. Masa dicucuk ubat bius pun sikit dia tak menangis. Dia cuma ketap gigi menahan sakit. Masa jarum dicucuk jahit pun dia terkenyit sikit. Kejap-kejap dia tengok doktor, kejap-kejap matanya kuyu nak tidur. Ada juga dia tengok benang yang lalu depan mata sambil berfikir apalah yang tengah berlaku. Haha. Ingatkan dia nak tidur tapi tak tidur langsung sepanjang doktor menjahit.

proses jahit luka
Gambar ni Baba ambil. Memang Mukhlis tak marah, tak nangis, tak merengek langsung. Diam je. 
Malam yang sama pada hari kejadian, dengan dahi berjahit, bertampal, dia masih lasak macam biasa. Melompat sana, melompat sini. Aksi berguling dari kepala pun dia buat! Cuma dia buat atas katil je. Kita yang seriau tengok dia lasak. Kejap-kejap berdegup laju je jantung tengok dia yang masih lasak. Bukan sebab ubat bius masih ada, tapi memang daya tahan dia tinggi.

kemalangan di rumah
Punya dia tak heran dengan kepala yang berjahit tu, boleh posing lagi.

Selepas 5 hari, datang ke klinik balik untuk doktor check dan sapu antibiotik. Bila jumpa doktor, Mukhlis memang tenang. Sikit pun tak marah doktor pegang dahi. Nangis memang tak ada langsung. Habis sapu antibiotik pun dia masih tenang. Dan hari ketujuh jahitan dibuka. Alhamdulillah nampak okay walaupun jelas akan berparut. Haha.

Berdasarkan dua pengalaman handle kemalangan berjahit dahi anak-anak, aku nak share sikit tips atau cara untuk mommies dan daddies untuk handle bila berlaku kemalangan macam ni.

1. Jangan terus react atau beri respon negatif.
Masa Wildan dulu, dahlah masa raya, benda pertama kitorang suami isteri buat ialah bersihkan darah dari luka dan cuba hentikan pendarahan. Buat masa tu fokus pada kecederaan dan solusi. Jangan sibuk nak marah anak atau nak bising apa punca berlaku kemalangan. Kita bising-bising tak selesaikan masalah.
Masa Mukhlis ni, aku react juga. Silapnya aku terus marah Wildan. Walhal, dia bukan niat nak cederakan adiknya. Aku sorang-sorang, aku gagal untuk kawal emosi. Tapi aku minta maaf dengan Wildan. Nasihat aku, kalau termarah anak untuk momen macam ni, minta maaf dan explain kenapa kita marah.

2. Tekup tempat luka dengan kain.
Walaupun ini benda normal kita buat untuk tahan darah keluar atau menitik, aku sarankan guna kain basah. Tempat luka biasanya suhunya panas sikit, bila pakai kain basah kita seimbangkan suhu dan insyaAllah boleh kurangkan lagi darah keluar. Nak-nak kalau cuaca tengah panas, nanti suhu badan naik, lagi susah darah nak berhenti. Ini ilmu yang aku tahu dari pengalaman sahaja. Kalau salah, mohon maaf. Lagipun basic aku dari biologi spm sahaja.

3. Jumpa doktor.
Tak kisahlah korang pergi klinik swasta ke kerajaan ke, yang penting pergi klinik. Memang ada orang dulu-dulu cerita, alah si pulan tak jahit pun elok je. Kalau pergi emergency hospital memang bawah zon hijau, unless ada penyakit or anything. Memang duduk lama, tapi pergilah dapatkan rawatan.
Ada dua sebab kita jumpa doktor, untuk pastikan tak ada kuman atau bakteria ke atau apa-apa yang merbahaya masuk dalam darah sebab luka besar ni 'fragile'. Yang kedua sebab nak minimakan rupa parut. Kalau besar gedabak rupa parut atas dahi, cepat kena judge tau. Haha.

4. Dengar nasihat doktor.
Apa-apa yang doktor nasihatkan untuk proses penjagaan tempat berjahit tolong dengar. Macam Wildan dulu, doktor tak tutup dan bagi iodine untuk kami sapu di rumah selepas setiap kali mandi dan ubat demam sebagai ubat tahan sakit. Masa Mukhlis ni pula, doktor tutup dan tak bagi buka selama 5 hari. Ubat pun doktor bagi ubat antibiotik. Doktor tak bagi buka sebab nak elakkan parut yang tak berapa cantik sebab proses pemulihan kulit makan masa dan perlukan extra care. Budak-budak mana tahu nak duduk diam.

Itu sedikit perkongsian dari aku. Aku tahu benda banyak benda basic. Tapi kadang kita lupa. Nak-nak bila berlaku kemalangan tu, kita punya reaction over dan semua teori memang kelaut. Dalam bab aplikasi teori keibubapaan ni, suami lebih pandai. Dia jarang nak react lebih-lebih.

Mukhlis pun elok lepas buka jahitan terus demam campak. So kitorang pun tak tahu apa rupa dahi dia sebab cacar penuh atas dahi. Tunggulah lepas dia dah sihat nanti.

Thank you sudi baca!


38 ulasan

  1. memang panik kalau jadi kemalangan macam ni kat anak2..yang penting kena bertenang dan cepat bertindak..mukhlis mmg anak yang kuat..sakit2 pun boleh main melompat sana sini..good boy

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan sakit luka, demam pun selagi boleh gerak, dia gerak.

      Padam
  2. Yang penting adalah jangan panic dan kalau boleh, ada seorang yang direct nak buat apa. Kalau semua kalut, memang sampai ke sudah tak selesai masalah kan. Tapi kalau Rawlins, mau neves yang teramat nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, kena ada orang lain tolong. Kalau sorang-sorang haru biru jadinya. Huhu.

      Padam
  3. terima kasih atas perkongsian ini. satu artikel yg berguna utk parents di luar sana! bukan senang nak kawal situasi cmtu . apa pun keselamtan harus diutamkan

    BalasPadam
  4. OMG! Nasib tak serious sangat. Benda nak jadi memang if kita berhati hati pun akan jadi jugak. Good tips! at least tak de la ibu bapa lain nervous or panic if things happen.

    BalasPadam
  5. Budak-budak yang baru meningkat umur memang lasak sikit. Bagus tips ni sebab mudah untuk ibu bapa diluar sana yang tak pernah hadapi lagi situasi sebegini. hehehe

    BalasPadam
  6. Bagus perkongsian ni. Memang kalau ada kemalangan membabitkan anak, sure kita akan rasa gelabah n tak tentu arah..itu yg buatkan anak pun sama takut. Seeloknya tenangkan diri dan terus bawa ke doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kadang-kadang kita blur tak tahu nak buat apa. Lagi-lagi kalau tinggal sorang dengan anak-anak. Huhu.

      Padam
  7. Kalau anak kemalangan sama ada di dalam rumah, luar atau sekolah memang kita akan jadi panik dan tak tentu arah .Tapi bila kita panik takut safu apa tak jadi kan .Jadi bila hadapi situasi macam ni kita memang kena tenang supaya boleh berfikir dengan waras tindakan yang perlu kita ambil .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, jadi haru biru dalam kepala. Nak terus tenang tu yang perlukan banyak practice dan ilmu. Suami saya memang jenis macam tu. Tak cepat panik.

      Padam
  8. Allahu, kuatnya adik Mukhlis. tak nangis pun sepanjang proses doktor jahit luka. Kalau auntie la, kena inject pun dah rasa macam nak menjerit dah. Apapun moga adik Mukhlis cepat sembuh ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak dia pun takut masa doktor kata nak jahit. Pegang kemas dah takut meronta. Tapi dia tenang je. Amiin, insyaAllah.

      Padam
  9. Alahai memang risau bila berlaku macam ni. Memang kadang amin diaornag main je, tak tau benda nak jadi macam ni..kita mak pun melulu marah..seriau kalau bab kene jahit semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, itulah kita lupa nak letakkan kita di tempat anak-anak. Cepat nak bagi reaksi. Lupa nak berfikir. Huhu.

      Padam
  10. Alamak.. Kesian ya big boy.. Semoga cepat sembuh.. And thanks for the mother for sharing a good things like this

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for the doa. And welcome. Harap bermanfaat.

      Padam
  11. Takut kan bila apa apa jadi dekat anak. Kadang-kadang boleh jadi panik mak ayah pun jadi blur nak buat apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila blur tu yang kita react bukan-bukan. Huhu. InsyaAllah sama-samalah kita keep on belajar untuk jadi parents yang terbaik untuk anak-anak kita.

      Padam
  12. Aduhai. Kalau ena pon mesti emosi tak stabil tengok darah banyak. Panic pon ye tak tahu nak buat apa. Tq sharing tips berguna ni. Anak laki memang lasak kan.. panjang akal. Bila kejadian tak diingini berlaku, parents kena bijak take action.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, harap dapat beri manfaat. Sbb kadang bila berlaku, memang kita cepat nak react.

      Padam
  13. Allahu.. Moga anak cepat baik, bagus tips yang dikongsikan moga bermanfaat kepada parent yang lain.

    BalasPadam
  14. Allahu.. baiknya dia tak meragam masa kena jahit. Good boy. Sementara nak besar macam tu la budak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Nak pula budak lelaki. Menguji keimanan kadang-kadang.

      Padam
  15. Rumah tempat paling selamat untuk anak² tapi dalam berjaga tuu kadang malang tak berbau. Kunfayakun. Seriau kannn... Tak mampu nak elak.
    Bagusnya Mukhlis, berani. Kagum aunty!
    Moga cepat sembuh. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. InsyaAllah. Yes, kemalangan kalau Allah kata jadi, jadi juga.

      Padam
  16. Semoga cepat sembuh Mukhlis. Jangan lasak sangat. Penat mama Mukjlis nak pantau. Bertabah la awak. Budak baya Mukhlis memang gitulah sikapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Doakan kuat sebab kadang boleh hilang sabar. huhu

      Padam
  17. Kesiannya. Insyallah akan pulih cepat. Dulu masa Yana kena demam campak mak Yana suruh Yana baring dalam daun-daun (lupa pulak daun apa). Kemudian minum banyak air kelapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, air kelapa supaya badan cepat sejuk sebab time demam campak badan panas. Daun semambu biasanya orang guna. Hehe

      Padam
  18. Pengalaman yg mengerikan, kak pun pernah alaminya masa anak2 kecil, bdk lelaki mmg nakal tp kak jenis cool,klu hubby mmg gabra sbb jenis xblh tgk darah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira okaylah boleh handle. Tapi mmg kena masa kecik lagi bagus. InsyaAllah lepas ni tak ada dah kena.

      Padam
  19. Omg... semoga Wildan cepat sembuh and semua dipermudahkan. Memang akan panic and risau sekiranya anak sakit ke or accident so hopefully sis is ok now.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, dah makin sihat dan lasak dah sekarang. Haha

      Padam

Komen