Carian

Mukhlis Potty Train & Wean Off journey

Assalamualaikum.

InsyaAllah masuk 2019 ni, by right Mukhlis dah 3 tahun. Tapi sebab dia October Baby, aku masih anggap dia dua tahun. Hehe. Macam tak padan badan dengan umur.

Peringkat umur 2-3 tahun ni adalah peringkat anak mula ada personaliti sendiri, mula nak berdikari. Biasanya ada dua proses yang agak memenatkan: cerai susu badan (wean off) dan latihan tanpa lampin (potty train).

Percaya tak percaya, Mukhlis lalui dua proses penting ni secara serentak!
Bila difikirkan balik memang rasa tak percaya. Sebab masa Wildan, mula dengan cerai susu badan, kemudian baru proses potty train.

Nak tahu macam mana boleh jadi serentak?

cerai susu badan dan potty train


Bermula awal tahun baru 2019, Mukhlis dah mula tak nak pakai pampers. Dia memang akan buka sendiri. Stress sangat sebab bila dia dah buka, dengan tak pakai seluar dia berjalan dan bermain. Aduhai. Geram kot. So, abahnya kata start jelah terus potty train kalau budak tu memang tak nak pakai pampers. Dahlah awal tahun hari tu demam. Time abahnya tak ada, mahu penat berkejar angkut Mukhlis pergi tandas. Masa tu dia tak pandai lagi nak agak bila nak kencing. Satu hari mahu 4 pasang seluar berganti.

Dah cukup tiga minggu ni, kurang dah bocor. Kebanyakkan masa dia akan cabut seluar dan ajak teman pergi toilet. Kalau dia syok sangat main, memang kekadang dia tak sedar bocor. Haha. Taklah stress mana sebab kitorang tak ada karpet kain kat rumah. Hehe.

Sebenarnya, Mukhlis ni tak banyak bercakap. Suruh cakap pun nanti dia sengih je. Dia suka guna bahasa badan. Awalnya aku tak setuju potty train sebab rasa susah bila anak tak boleh cakap dengan jelas. Tapi, dah tiga minggu ni, memang okay. Maybe sebab dia kuat guna bahasa badan. Sekarang memang siang tak ada pampers, kecuali ke majlis-majlis tertentu dan tidur malam. Itupun ada malam dia senang terjaga dan meragam nak pergi tandas.

Berbanding Wildan, Wildan mula potty train lambat. Dalam umur 2 tahun 5 bulan. Itu pun sebab kami pujuk. Dan Wildan akhirnya fully potty trained awal tahun 2018. Alhamdulillah.

Nak baca pengalaman dan tips potty train boleh baca kat sini
>>>> Wildan Potty Train Journey <<<<

Berbalik pada Mukhlis, dia potty train awal tapi wean off lambat.

Aku mula cuba untuk cerai susu badan Mukhlis dua minggu sebelum dia masuk genap 2 tahun. Mula-mula bagitahu dia yang dia kena berhenti sebab dia dah besar. Puas macam-macam sample aku apply secara online. Puas juga offer susu botol.

Drama masa tu, macam nak tercabut anak tekak Mukhlis aku tengok. Menangis sampai habis nampak urat leher ni. Dia tak nak botol susu. Dia siap baling bila offer kot. Jenama susu kena pandai pilih. Kalau tak kena dengan tekak dia, langsung tak minum. Dia boleh mengamuk sampai hampir sejam. Sampai satu masa, memang rasa nak mengalah pujuk dia. Memang tunggu je lah dia bersedia.

Akhirnya, dalam lima ke tujuh hari lepas dia potty train, Mukhlis mula tunjuk minat susu botol. Salah satu sebabnya, dia nak tiru abang dia. Haha. Sebelum tidur dia pun nak botol susu. Dan sejak daripada tu, cuba selit sebelah pagi. Pagi waktu yang dia biasa bangun minta susu, bancuh susu dan bagi pada dia. Mulanya ingat nak latih dia wean off sebelah siang hari je. Tiba-tiba memang terus wean off 24 jam. Haha. Mudah sangat. Tak ada drama, tak ada tangisan macam didera.

Alhamdulillah, dah hampir dua minggu wean off. Yeay!

cerai susu badan dan potty train
Ini Mukhlis tanpa pampers siang hari.
So, nampak betapa berbezanya anak-anak walaupun keluar dari mak yang sama. Wildan punya pengalaman, dari satu ke satu. Mukhlis laju dan ada yang serentak.
Apa-apa pun dua-dua ada 'traits' sendiri.

Setiap anak-anak akan ada satu memori struggle yang mak-mak akan simpan.

Ada anak paling struggle masa mengandung dengan alahan macam-macam lah, takpun mengidam luar biasa ataupun kena rehat sepanjang mengandung. Ada juga anak yang masa mengandung smooth, tapi proses menyusu badan struggle dengan susu kering, anak tak nak susu formula. Dan ada juga struggle time potty train, anak tahan yakyak selagi tak ada pampers, sanggup tahan kencing sebab sayang tinggal main sampai terkucil. Tak lupa struggle masa wean off yang sampai jiran ingatkan anak kita kena dera. Haha.

Nampak tak setiap anak tu lain-lain. So, jangan pukul sama dan cakap 'eh, anak aku elok je'. Kita tak duduk dengan anak dia 24/7. Tak tahu pun macam mana nak tackle tapi memandai cakap lebih. No, no, no. Let's inspire each other, mommies.

Mommies (or daddies) yang baca ni, pengalaman fasa kehidupan mana paling struggle dengan anak-anak?
Masa mengandung ke, masa menyusu ke, masa wean off ke masa potty train?



40 ulasan

  1. Uish..risau pulak bila fikir nak potty train Ameera nanti, teringat moment2 kakak dia dulu..siapla kencing kat kedai makan. Haru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sampai kencing kat kedai makan? Tapi moment macam tulah mendidik dia juga. Hehe. InsyaAllah mommy boleh. Kakaknya dulu boleh, adik mesti boleh juga.

      Padam
  2. Setiap anak berbeza cara dan perangainya, walaupun keluar dari ibu dan ayah yang sama. kena sabar je. Tapi saya dulu, ajar yang sulung tu kencing sebelum tidur, lepastu suruh dia bagitau kalau nak kencing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh,okay juga ajar kencing sebelum tidur dulu. Kami mmg biasa ajar inform untuk kencing dulu. Hehe

      Padam
  3. OaPali susah masa anak 3 4 tahun. waktu dia dah mula start ade personaliti sendiri. Semua nak buat sendiri. Semua nak ikut kepala die. Haih geram

    BalasPadam
  4. bagusnyer dia x nak pakai pampers sendiri... i pun nak start potty training ni.. huhu

    BalasPadam
  5. Pernah melalui proses ni jugak masa anak kecik. Lega dah melepasinya hehe. Setiap ibu pasti akan mempunyai pengalaman macam ni kan?. Bila dikenang nanti tersenyum dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah masa melaluinya tu geram, stress macam-macamlah. Tapi bila dikenang, sebenarnya seronok je.

      Padam
  6. mudah yer anak wean off dan potty train serentak. Good boy sangat2. Anak huda alhamdulillah, ada fasa memang mencabar dan ada fasa Allah permudahkan. tapi both pregnancies memang teruk, sampai sekarang trauma dah nak pregnant lagi. cukuplah dua hero penyeri hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham bab pregnancy tu. Saya kes short cervix. Setiap kali pregnant kenalah terbaring tak boleh buat apa-apa. Huhu. Tak apa. Ada anak dua pun dah penyeri hidup. InsyaAllah.

      Padam
  7. sama lah pengalaman kita..ketap bibir je bila terlepas tuu...hahaha .sabo jela kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. itulah. Nak mengamuk pun kita yang penat. Budak pun tengah belajar.

      Padam
  8. Anak lelaki maybe susah or lambat wean off kot..SA komen based on pengalaman kawan-kawan...sendiri dh lama x de anak kecik..hehehe..apapun semua tu memori berharga untuk disimpan sbg kenangan kan..nanti bila-bila bleh citer balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita balik pada anak bila dia dah besar. Haha. Mesti dia akan 'eh takkanlah' Haha.

      Padam
  9. Mmg elok train ank kecik dari usia begini utk tidak guna dypers dirumah...jika all the time mmg dgn dypers je berkemungkinan sampai besar nanti bdk tido mlm pn nk kena pakaikn dypers...thanks for sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Ye betul tu. Sebab dia selesa ada pampers, dia tak pandai nak kawal. Nak tak nak kita kena bagi tunjuk ajar. Nanti dah besar, semua dia kena buat sendiri.

      Padam
  10. Itu adalah satu pengalaman berharga kepada seorang yang begelar ibu bila melihat anak membesar depan mata dan juga gembira dengan hidupnya menjadi anak yang sangat berguna. Kita nak sangat merasai saat indah ini tapi tak tahu bila hehehehe...

    BalasPadam
  11. yeayyyy good job mukhris sayang. Moga menjadi anak yang hebat dan soleh buat ibubapa mmu ya. Mudah kalau kita penyabar untuk potty train tu kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan kerjasama suami isteri. Susah kalau sorang-sorang. Alhamdulillah suami banyak tolong proses wean off dan potty train ni.

      Padam
  12. Good luck dan moga dipermudahkan segala urusan untuk potty train banyak-banyakkan bersabar.. mula2 memang banyak dugaannya :) lama-lama ok InsyaAllah

    BalasPadam
  13. Hehe dah besar ye dia..tu la nak train tu mula2 mmg sudah sikit but then lama2 dah ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dia pun sedang belajar nak kenal diri, tahu makna berdikari.

      Padam
  14. Good job, boy. Bagus sebab dah besar dah ye tak. Memudahkan parents bila dah pandai potty train dan weaned off nie. Senang nak bawa ke mana-mana ye tak. Tahniah parents

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Kurang sikit barang nak kena bawa masa keluar. Haha.

      Padam
  15. Allah sis cepatnya, anak dara i dah 4 tahun masih belom wean off masih belom released from pampers.. macam abang dia juga la.. 4 tahun pun masih belom wean off dan masa 5 tahun baru bebas pampers... huuu.. tapi memang sekarang dah start ajar semalam gak pakai seluar dalam instead of pakai pampers... hahahaha dia tak selesa awal awal... heee tapi i dah pesan banyak kali nak kencing ke berak ke pergi toilet, memang dah kena ajar la tengok gaya dia macam memahami gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dia sendiri reject pampers. Haha. Yang part wean off tu sebab I myself tak larat dia mengempeng (melekat) dengan I almost setiap masa. Sbb dia tak minum pun. Dia nak melekat je. Haha.

      Padam
  16. Nina da 5 kids. Semua berbeza perangai ! Ahamdulillah dipermudahkan segala urusan punya anak yang dengar kata dan mudah di uruskan. Sekarang paling kecik umur 2 tahun. Sedang usahakan cerai Susu. Masih Gigih berusaha. HAhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck! Bila dah masuk 2 tahun ni kadang-kadang dramanya banyak. Nak wean off pun kadang jadi kadang tak. Haha. Apa-apa pun good luck!

      Padam
  17. Potty train mmg patut dipraktiskan once anak dah mula membesar supaya dorg biasakan diri utk bagi tahu or pergi tandas utk membuang. Xdelah bergantung pada lampin pakai buang je, ye dakk. Tp malam still kena pakai lah kalau tak kesian parents nk membasuh cadar n toto. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Part basuh cadar dan toto tu dah merasa dengan abangnya. Haha. Ada hari elok bangun tgh malam. Ada hari, dia tak sedar langsung. Haruuu.

      Padam
  18. Terfikir pula masa potty train kedua-dua anak saya dulu. Masa berlalu memang dengan cepat kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Bila dikenangkan, rasa macam baru je lagi ada anak. Haha

      Padam
  19. macam2 macam ragam anak ye... yelah.. xsmua anak kita sama ragamnya kan... ada yg cepat wean off.. ada yang lambat...ade yg pandai kencing tanpa pampers... kita suka tgk tumbesaran anak2 ni sbb dah besar nnti mesti rindu suasana ni kan.. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bila anak dah mula besar, sekolah, ada hidup sendiri, ini yang dirindukan.

      Padam
  20. Potty training anak-anak pun antara pengalaman best jadi bapak ni. Rasa puas hati kl berjaya bawa anak buang air di toilt bila dia nak kencing/berak. Tapi agak mencabar kesabaran kl anak-anak terkencing, esp bila kat luar haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ye! Bila part anak nak terkencing memang mencabar. Kadang kita berlari bawak anak pergi toilet takut dia terlepas.

      Padam

Komen