Carian

Cadangan YouTube untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Siapa tak suka tengok YouTube?
Haaaa. Kat YouTube lah bermacam jenis video boleh jumpa. Dari program pendidikan sampailah kisah gossip yang macam-macam.

Rasanya untuk generasi alpha, YouTube bukanlah sesuatu yang asing. Melalui YouTubelah diorang tengok cartoon, lagu dan banyak lah lagi.

Wildan pun sama juga, ada masa nak juga tengok YouTube. Dan, dia pernah ketagih kejap. Huhu. Masa tu layan Upin Ipin dan Boboiboy banyak. Dia jadi pantang tengok telefon, mesti minta je kerja. Masa ni terasa dia ketagihkan gadget dan kena buat sesuatu. Maka bermulalah misi kurangkan gadget.


Boleh baca kat sini macam mana berjaya buatkan Wildan berhenti jadi ketagih dengan gagdet. Susah dan mencabar tapi untuk kebaikan dia juga.
Gadget Withdrawal

Kami kat rumah memang ada TV. Tapi, kami jarang sangat tengok rancangan yang ada di TV. Mostly kami akan buka iflix dan cari rancangan untuk ditonton. Malam memang sebolehnya kartun tak dibenarkan dan waktu antara Maghrib ke Isya memang tutup semua jenis gagdet, TV ke telefon ke iPad. Tiada kompromi. Menangislah merayulah macam mana, memang tak bagi.

SCREEN TIME
Ramai yang kurang jelas maksud screen time anak.
Screen time bukan bermakna kita bagi anak tengok dan tinggalkan. Screen time juga sebahagian dari bonding time. Kita tengok sama-sama dan berkomunikasi dengan anak.
Contoh tengah tengok Upin Ipin, ada babak Upin Ipin suka menjelir kat Kak Ros, bagitahu anak itu tak boleh dicontohi. Kalau kita tak tengok sekali, siapa lagi nak ajarkan anak babak mana patut dicontohi, yang mana tak patut?

Tak dinafikan kadang-kadang masa kita terbatas untuk duduk ber'screen time' dengan anak. Macam waktu kita memasak, waktu nak buat kerja-kerja rumah, waktu tengah berkumpul dengan saudara-mara dan banyaklah masa-masa tak mengizinkan kita nak duduk tepi anak dan communicate. Kalau ikut sedap hati, memang tak nak bagi anak handphone ke tab atau seangkatan dengannya, tapi kalau ramai budak lain tengah memegang dan anak kita nak join sampai boleh bergaduh?

Memang serius rasa bersalah bila anak depan screen teralu lama tanpa kawalan, lagi-lagi bila memang kita tengah tak boleh nak duduk tepi dia dan berkomunikasi. Nak marah atau tegur depan orang ramai, anak pun ada perasaan, takkan nak malukan anak. Rosak perkembangan emosi dia pula.

Ini beberapa cadangan channel atau program dalam YouTube yang boleh dipertimbangkan dan maybe kurangkan rasa bersalah. (?)

Ini antara yang Wildan suka dan alhamdulillah membantu dari segi perkembangan dia sikit-sikit secara tak langsung.

1. Super Why?
Ini rancangan dalam bahasa Inggeris. Dia bagus sebab ada adventure masuk dalam buku.
Rancangan dia macam ada step-step dari mengenal huruf, menulis, bunyi berima dan membaca.
Melalui Super Why nilah Wildan kenal huruf pertama dia.

YouTube untuk anak


2. Omar Hana
Omar dan Hana sangat terkenal dengan lagu-lagu berunsurkan Islamik. Memang bagus sebab anak-anak akan ulang sebut dan ikut lagu. Walaupun Wildan tak pandai menyanyi, dia akan ikut hujung-hujung rima lagu dan menari. Haha. Dan dengan cara itulah dia mudah faham dan ingat.

YouTube untuk anak


3. Didi and Friends
Sama macam Omar dan Hana, cuma Didi and Friends mengenengahkan lagu-lagu klasik yang diinovasikan liriknya. Contoh lagu Kalau Rasa Gembira, Ikan Kekek dan banyak lagi. Bagus untuk perbanyakkan vocabulary anak-anak juga. Dan sekarang Didi and Friends ni ada buat cerita-cerita pendek bermoral.

YouTube untuk anak




4. Alif dan Sofia
Lebih kurang sama dengan konsep Omar dan Hana, lagu berunsurkan islamik.  Kadang--kadang rasa bosan bagi anak Omar dan Hana, bagi pula Alif dan Sofia (maknya yang bosan sebenarnya. haha)

YouTube untuk anak


5. Learn Arabic with Zakaria
Ini sebab nak kenalkan Wildan dengan bahasa Arab sambil-sambil ulang kaji. Ada juga sesetengah video dari channel ni ajarkan bahasa Perancis, tapi kebanyakkan video yang ada lebih kepada mengenal bahasa Arab dan ada juga playlist AlQuran. Channel ni memang kenalkan perkataan, ulang dan sesi soal jawab. Bagus juga sebab kita pun sama-sama repeat. Hehe.

YouTUbe untuk anak, belajar bahasa



Peringatan: Seeloknya elakkan bagi anak dua tahun ke bawah terlalu banyak screen time. Boleh menjadi punca speech delay dan banyak lagi pembantutan proses tumbesaran.

Kami belajar dengan cara yang susah dengan Wildan pasal gadget ni. Bukan tak tahu, bukan tak sedia maklum, tapi dulu rasa bagi gadget mudah sebab rumah kurang sepah, anak kurang bising. Memang dengan gadget rumah tak bersepah, tapi perkembangan anak-anak terbantut sebab nature anak-anak membesar dengan explore. Tugas kita ajar dan tunjuk mana boleh buat mana tak boleh. Percaya tak Wildan yang kuat menconteng berjaya diajar untuk tidak menconteng dinding? InsyaAllah kita kupas di entri lain untuk bab ini.

Untuk Mukhlis memang ada masa-masa dia layan dengan Wildan masa screen time, tapi ada juga masa dia lebih banyak berkreativiti. Memandangkan kami nak elakkan masa screen time terlalu lama untuk Mukhlis memang ada masa waktu screen time Wildan terpaksa dikurangkan juga.

Oh ya, sebenarnya sekarang ni ada YouTube Kids, yang mengkhususkan video kanak-kanak sahaja. Carian tertapis, video pun insyaAllah tertapis. Tapi, apapun yang penting seeloknya anak tengok viedo ataupun TV biar dengan kita.

InsyaAllah semoga entri kali ini serba sedikit membantu bagi idea apa yang boleh diberi pada anak.

p/s: ini semua hanyalah cadangan.

3 ulasan

  1. youtube kids lebih baik tpi leak juga kekadang yang tak sepatutnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Memang ada guna YouTube kids. Still leak few videos. And mana-mana pun, seeloknya supervise anak. Cause sometimes saya paling tak suka bila tiba2 anak tgk review mainan. Sekarang pun anak jarang minta dan kalau dia nak buka memang akan minta izin. Dia dah aware pantang larang.

      Padam
  2. Interesting and interesting information can be found on this topic here profile worth to see it. تعليم اللغة الانجليزية

    BalasPadam

Komen