Dalam kesibukan aku nak menyiapkan tesis, aku tak sedar rupa-rupanya musim cuti sekolah sudah pun tiba. Terkejut sebab memang sudah beberapa bulan aku tak terkejar nak perhatikan anak-anak punya tarikh sekolah atau pun cuti. Mujur aku tahu sebab mak mertua aku guru besar sekolah. Kalau tak, memang tak perasan langsung.
Lepas tu, beberapa minggu lepas tular dalam group Whatsapp ibu bapa yang Kementerian Pelajaran Malaysia umumkan tarikh baru untuk sesi 2023/2024. Rupanya lebih lewat daripada tarikh asal takwim. Sesi persekolahan untuk tahun 2023/2024 jatuh pada 19 Mac 2023 (untuk kumpulan A) dan 20 Mac 2023 (untuk kumpulan B). Bila telek-telek kalendar, tak lama lepas tu masuk pula bulan Ramadan. Bila tiba Ramadan, maknanya akan tiba musim Raya Puasa. Eh?!
Berderet tak berderet tarikh penting untuk tahun 2023 nanti! Bukan tu je, tarikh-tarikh penting itu melibatkan belanja yang banyak biasanya. Masa bulan Ramadan biasa tak banyak belanja tapi masa nak Raya nanti. Mana nak keluar balik kampung, beli persiapan raya, sediakan duit untuk duit raya... Banyak juga belanja sebenarnya.
Untuk sesi 2023/2024 pula, anak kedua kami, Mukhlis, bakal masuk darjah satu. Kena belikan set baju sekolah dan barang sekolah yang baru. Untuk Wildan juga mungkin kena tambah sikit sebab kali terakhir beli baju sekolah adalah tahun 2021. Nak tak nak kena bijak susun kewangan dan belanjawan untuk pastikan semua serba lengkap dan kurang tekanan.
Memandangkan Disember ini Pusat Pakaian Hari-Hari ada buat promosi Kembali Ke Sekolah, kami ambil kesempatan untuk singgah di Pusat Pakaian Hari-Hari di Balakong. Inilah cawangan yang terdekat dan cawangan paling kerap kami datang untuk membeli keperluan pakaian. Cawangan ni juga besar dan banyak pilihan.
Ini keperluan untuk Mukhlis yang bakal masuk darjah satu:
- Baju kemeja putih
- Seluar biru
- Seluar sukan
- Baju Melayu putih
- Sampin
- Stokin hitam
- Kasut sekolah hitam
- Beg sekolah
- Alat tulis
Mukhlis sedang cuba kasut sekolah hitam dan seluar sekolah. Tak sangka ada saiz untuk dia yang kecil. |
Kenapa beli di Pusat Pakaian Hari-Hari?
- Pilihan saiz yang banyak dan material mengikut citarasa
- Staf kedai yang sangat membantu
- Harga mampu milik dengan kualiti terbaik
- Semua kelengkapan sekolah ada
Nampak tak wajah kegembiraan Mukhlis membeli baju sekolah? |
Banyak tak banyak pilihan kasut dan baju sekolah. |
Biasalah nak beli beg untuk adik, abang pun nak tumpang beli. Nah, pilihan set alat tulis pun banyak! |
Kalau nak tahu Pa&Ma telah memberi anugerah Pusat Membeli Belah Keluarga Pilihan Pa&Ma kepada Pusat Pakaian Hari-Hari sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022!
Satu lagi, setiap belian RM30 dan ke atas akan dapat KALENDAR 2023 PERCUMA! IYA, PERCUMA SAHAJA.
Tunggu apa lagi, masih sempat untuk singgah cawangan terdekat untuk buat pembelian kelengkapan sekolah sama ada untuk anak yang sedang sekolah ataupun yang baru nak masuk sekolah.
Beli awal supaya tak kelam kabut bila nak buka sesi baru nanti.
Kalau tiada cawangan terdekat boleh buat pembelian atas talian di www.ehari.com dan masih dapat harga promosi.
Marilah Pergi Hari-Hari!
95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Tiada ulasan
Komen