Carian

Permainan Klasik Komputer Zaman 90-an

 Assalamualaikum dan hai!

Ramai ke yang follow blog ni anak-anak zaman 90-an? Ehem aku salah seorang mereka yang lahir tahun 90-an. Hehe

Zaman aku membesar berbeza dengan zaman anak-anak aku membesar. Pertama kali aku guna komputer adalah ketika aku berumur 7 tahun. Itupun masa tu mak aku nak sambung belajar (ijazah sarjana - master degree) di United Kingdom selama setahun dan terpaksa tinggalkan kami 4 beradik bersama ayah. Sekitar tahun 1999-2000. Internet masa tu masih baru-baru lagi.

Pssst... masa tu nak sambung talian internet kena cabut wayar telefon dan kena 'dial up' di komputer baru boleh dapat internet. Ye, aku belajar seawal 7 tahun macam mana nak sambungkan wayar telefon rumah ke CPU untuk dapatkan talian internet. 

Bukan itu sahaja, aku belajar cara nak guna desktop dan karang email untuk hantar email kepada mak yang berada di UK. Masa tu semua mak ajar sebelum dia berangkat.

computer games in 90s permainan komputer 90-an

Ingat lagi, ada hari aku tak buka internet, aku hanya buka komputer semata-mata untuk main game. Haaa, masa tu bukan banyak game macam sekarang. Masa tu cuma ada solitaire, free cell, chess, dan minesweeper. Itu je sebenarnya tapi boleh spend masa berjam juga menghadap komputer. Hahaha.

Tengok kita sekarang, 20 tahun selepas itu, internet semudah on sahaja wifi dan masukkan password. Game tak perlu cari dalam desktop, boleh cari online sahaja! Senang kan?

Ada masa aku rindu juga nak main game dulu-dulu, antaranya Solitaire. Sebab dalam banyak banyak game yang ada dulu, game Solitaire adalah game aku boleh score gila-gila. Walaupun mana ada leaderboard atau pertandingan secara online, satu kepuasan kot main dan kalahkan markah sendiri. Haha.

Sebenarnya aku nak cerita pada korang, terutamanya yang 90s babies, aku terjumpa satu website nama Solitaire.Org


Aku trylah main game solitaire kat sini. Fuh, berpeluh peluh dahi aku. Dah lama aku tak main Solitaire. Susah juga eh sebenarnya Solitaire ni. Berkali-kali aku kena main semula. Nampak sangat otak dah berkarat main game.

Dekat website Solitaire.Org ni semua game adalah FREE. Tak perlu daftar atau subscribe ke apa. Klik sahaja link dan terus boleh main. Yes, senang kan?

In case korang ragu-ragu sebab Solitaire ni game daun terup, aku bagitahu awal-awal yang website ni langsung tak perlukan korang bayar atau terima apa-apa bentuk wang. Semua permainan yang ada hanyalah untuk bermain secara percuma. Pada aku, walaupun guna daun terup, tak melibatkan sebarang cagaran mahupun kerugian atau keuntungan yang nyata, boleh nak main.

Kenapa aku cerita pasal game Solitaire?

Sebab Solitaire adalah antara computer game yang awal-awal aku kenal masa aku mula belajar guna komputer. Solitaire ni boleh kata sebahagian daripada zaman kanak-kanak aku. Kalau korang tak pernah main, boleh try main. Menguji kesabaran dan logik akal juga tau.

free solitaire online computer games in 90s
Ni websitenya. Memang buka-buka je website terus dah ready untuk main. Hehe

Tahu tak, bermain Solitaire ni bagus untuk menajamkan pemikiran?

Solitaire ni sejenis permainan yang menggunakan daun terup. Kita tahu daun terup ada 4 set: diaman (diamond), lekuk (heart), kelawar (clubs) dan sped (spade). 

Dengan guna daun terup yang bernombor dan bercorak, pemain Solitaire kena fikir cara untuk susun semula daun yang berterabur susunanya mengikut susunan menaik dan mengikut corak yang sama. Untuk susun set daun terup tu ada beberapa syarat yang kena dipatuhi.

Hah! Di sinilah yang datang bahagian yang mencabar. Kena ikut arahan dan syarat yang ditetapkan. Sepanjang bermain, otak kita aku selesaikan masalah yang kritikal dan logikal pada masa yang sama.
Dan markah terkumpul adalah berdasarkan masa juga ya. Lagi cepat kita boleh selesaikan, lagi tinggi markah.

 

free solitaire online computer games in 90s

Sebenarnya melalui website ni juga, aku baru tahu yang rupanya Solitaire ada banyak jenis. Yang selama ni aku asyik masa aku kecil dulu adalah Solitaire peringkat paling senang. Mudah kata level beginner sebab hanya tarik satu daun terup berbanding Solitaire sebenar yang kena tarik tiga daun serentak dan tak boleh ubah kedudukan daun terup yang bertutup. 

Dalam banyak-banyak jenis Solitaire, Klondike Solitaire adalah antara game yang aku selalu main dan senang nak selesaikan.

Sebenarnya Solitaire ada banyak jenis. Yang paling terkenal adalah Klondike Solitaire. 

Solitaire yang laine adalah:
1. Free Cell
2. Pyramid
3. Spider
4. Tripeaks
5. Golf
6. Mahjong (guna Mahjong tiles)

So, semua jenis solitaire ni ada dalam website Solitaire.Org. Sejarah setiap satu jenis solitaire pun ada diceritakan yang mana bagi aku sangat menarik sebab kadang-kadang kita terfikir juga macam manalah permainan-permainan yang ada ni boleh wujud.

 Kalau korang tak pernah tahu apa itu game Solitaire atau apa-apa sahaja game yang ada di website Soliatire.Org, arahan dan cara bermain ada dijelaskan secara bertulis dan juga secara video. Cara-cara sangat jelas dan terperinci supaya boleh main dengan seronok tau. 

klondike solitaire online

Sesuai tak nak kenalkan pada anak-anak permainan Solitaire?

Bagi aku tiada masalah. Kena pantau. Bermain game atas talian ni kena berhati-hati, terutama untuk anak-anak. Kalau aku, aku cuba untuk perhatikan permainan yang anak-anak main sama ada secara offline mahupun online. Lagipula macam aku kata Solitaire.Org ni cumalah website yang ada game secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Sejak jumpa website ni, sekali sekali memang aku akan buka Solitaire.Org dan mula main. Salah satu sebab adalah untuk kurangkan tekanan yang ada. Aku juga memang kenalkan Solitaire pada anak-anak.

So, siapa 90s babies yang rindu nak main Solitaire, jangan lupa klik sahaja pada link website untuk mengimbau kembali zaman mula-mula komputer tengah naik.

Kalau yang nak isi masa lapang pun boleh je main, dapat asah pemikiran juga!

Selamat mencuba!


1 ulasan

  1. Best game dalam solitare.org ni. Memang layan kalau main 😁.

    BalasPadam

Komen