Carian

VIP Pass: Pass percutian yang di idamkan

Apa benda pertama korang nak buat sebaik sahaja pandemik dah reda dan rentas negeri dibenarkan?Aku nak pergi bercuti. Kalau boleh nak pusing pusing satu Malaysia. Banyak lagi sebenarnya tempat dalam Malaysia ni aku sendiri tak pernah sampai. Hatta Kuala Lumpur sendiri aku masih tak biasa. Padahal Kuala Lumpur ni 20 km sahaja dari rumah aku.

Lamanyalah tak pergi hotel. Sebenarnya aku kadang-kadang suka duduk hotel walaupun satu malam. Macam terapi gitu. Rehatkan otak sekejap, rehatkan badan jauh dari kesibukan realiti. Kita rasa hidup eksklusif kejap. Kejap pun jadilah.

Rindunyaaa...

Cuma, dengan keadaan sekarang, ekonomi sekarang, memang akan fikir bajet juga untuk keluarkan duit nak pergi hotel atau berjalan-jalan. Kena buat pengasingan duit dulu, rancang betul-betul. Nak nak dengan keadaan pandemik, banyak SOP yang nak perlu dipatuhi.

pass vip getpassvip hotel travel malaysia