Carian

PdPR 2.0 : Kali Ini Lebih Bersedia

Assalamualaikum dan hai.

Tengok tak jumlah kes baru dan jumlah kematian akibat Covid-19 yang terbaru? Sangat membimbangkan. Sebenarnya aku tidaklah berharap sangat yang rentas negeri untuk Raya Aidilfitri tempoh hari dibenarkan memandangkan tahun ini sahaja kita dah kena PKP 2.0 dan lebih awal berbanding tahun 2020. Itupun semakin ramai yang mula abaikan SOP. Ramai yang culas dan tak ambil endah lagi. Eee.. geram pula rasa.

Nak kata aku dah boleh agak yang kementerian akan laksanakan PdPR, tak juga. Tapi kalau diperhatikan sejak sekolah dibuka, sepanjang bulan Mac sehingga Mei tempoh hari, berapa banyak sekolah yang dilaporkan ada kes? Hatta sekolah tempat anak aku sendiri ada kes. Merasa jugalah anak aku 'dipontengkan' sebab aku risaukan keadaan dia. Dan merasa juga sekolah terpaksa ditutup sebab kes.

Ketika dapat mesej dalam group yang selepas cuti Raya anak-anak akan menjalani sesi PdPR selama dua minggu, aku tak rasa akan jadi selama dua minggu. Melihatkan keadaan rakyat dan bilangan kes masa tu, aku dah risau nak hantar semula anak ke sekolah tapi pada masa yang sama, aku masih mahukan anak aku ada cikgu untuk mengajar.

pdpr 2.0 pembelajaran dan pengajaran di rumah online distance learning malaysia
Dalam banyak perkara yang berlaku, yang membuatkan aku jadi geram dan kelam kabut adalah arahan yang di minit terakhir atau orang sebut last minute. Sepatutnya cuti sekolah bermula 11 Mei. Kebanyakkan cikgu dah mula bagi kerja-kerja untuk selepas cuti raya. Tup tup, tiba-tiba kerajaan umumkan 7 Mei kena mula PKP 3.0. Kelam kabut cikgu cikgu sediakan bahan untuk beberapa hari sebelum cuti sekolah. Walaupun aku bekerja dari rumah, aku pun ikut jadi kelam kabut sebab nak kena susun tempat untuk anak aku PdPR. Serius haru biru!

Alhamdulillah raya tempoh hari masih meriah walaupun sekadar antara kami yang ada di rumah.

Naik sahaja minggu sekolah, bermula 17 Mei, cikgu-cikgu dah mula hantar tugasan: video dan arahan. Untuk kali ini, Wildan lebih bersedia sebab awal tahun tempoh hari dia sempat merasa PdPR sebelum sekolah dibuka. Cumanya cukup sampai hari Jumaat, aku dah mula pening kepala dengan kerja-kerja yang cikgu-cikgu bagi.

Bayangkan sesi 30 minit yang biasa di kelas, dibuat secara atas talian di rumah tanpa segerak

Maksud tanpa segerak adalah cikgu bagi video rujukan beserta arahan. Terserah pada anak murid bila boleh tonton dan buat kerja yang diberikan. 

Memang cikgu ada bagi cadangan masa mengikut jadual kelas supaya murid boleh buat pada waktunya, tapi untuk anak berumur 7 tahun, rasanya nak fokus satu kerja selama 30 - 60 minit adalah susah. Kebanyakkan masanya kan tersasar. Lagi-lagi bila video yang cikgu bagi adalah dari YouTube, selesai sahaja video yang cikgu bagi, tiba-tiba dia tukar pula video lain. Ayoooo. Mak pening.

Untuk PdPR 2.0 kali ini, aku dah mula susun dan wujudkan sistem penyusunan jadual dan kerja rumah supaya aku boleh monitor dan Wildan sendiri peka dengan kerja sekolah yang cikgu bagi.


pdpr 2.0 pembelajaran dan pengajaran di rumah online learning malaysia


Kenapa PdPR 2.0 aku katakan lebih bersedia?


1. Bukan setakat anak murid, malah guru dan ibu bapa juga sudah bersedia dengan PdPR.

Tahun lepas adalah tahun transisi buat semua warga pendidik dan juga anak murid dalam perlaksanaan pembelajaran secara atas talian. Walaupun tahun lepas Wildan cumalah seorang budak tadika, pengalaman hadir kelas secara atas talian sudah membiasakan dia untuk urus sendiri sesi live sendiri dengan guru.

Bagi pihak pihak aku pula, sebagai ibubapa, sebenarnya kami sudah siap belikan satu tablet memandangkan kami tidak cukup peranti. Maklumlah, aku sendiri bekerja dengan laptop. Mana aku nak siapkan marketing, mana aku nak siapkan entri blog, boleh kata kerja aku memang dengan laptop. Kewujudan tablet memudahkan Wildan untuk ikut serta dalam pembelajaran atas talian terutamanya bila ada sesi online secara segerak (GoogleMeet).

Tablet yang kami beli bukan tablet yang canggih mana. Cukup spesifikasinya sekadar untuk menyimpan kerja sekolah dan juga untuk Wildan hadir sesi pembelajaran. 

Aku ada pasang cita-cita nak beli iPad, untuk diri sendiri laaaa. Hehe

2. Susun waktu kelas sama seperti waktu sekolah

Dalam group whatsapp, guru kelas Wildan terus berikan jadual PdPR. So, apa yang aku buat ialah aku susun cantik-cantik dan print. Memandangkan Wildan adalah jenis visual, yang mana dia perlukan bantuan arahan dalam bentuk visual, bila aku print jadual kelas, lebih mudah untuk dia berdisiplin dalam buat kerja.

Sesi online secara segerak ataupun sesi live bersama guru bukanlah setiap hari. Malah, cikgu akan maklumkan beberapa jam awal supaya anak murid lebih bersedia. Budak budak sekolah bukan macam kita orang dewasa. Boleh nak hadap sesi secara segerak setiap hari. Ada hari, memang cikgu dah bagi lembaran kerja sekali dengan arahan. So, perlukan pembahagian masa di rumah untuk anak fokus buat kerja.

Duduk rumah tak sama dengan pergi sekolah. Itupun pergi sekolah, anak-anak peringkat umur 7 -9 tahun lebih kepada nak berkawan, bermain dengan kawan. Kalau duduk rumah pula, dah macam cuti sekolah. Nak tak nak kena ada jadual. 

3. Jadual harian untuk aktiviti harian dan sesi PdPR

Aku memang biasa sediakan jadual harian untuk Wildan. Seperti yang aku kata, Wildan jenis visual. Bila dia nampak ada jadual, dia akan peka dengan masa dan rutin yang sepatutnya dia buat. Malah bila dia tahu yang lepas Raya dia kena PdPR, dia awal-awal minta aku susunkan jadual harian yang sesuai dengan waktu PdPR dia.

Biasanya aku guna PowerPoint. Tapi untuk kali ini aku guna Canva. Sebabnya sekarang aku banyak guna Canva untuk edit poster blog, poster instagram dan juga marketing. So, aku gunalah Canva dan hasilnya sangat memuaskan. Seronok Wildan tengok jadual dia.

4. Senarai kerja sekolah sepanjang PdPR

PdPR 2.0 baru seminggu dua berlangsung dan sekarang tengah cuti sekolah.

Pengalaman dah mengajar aku untuk tidak ulang kesilapan yang sama. Masa PdPR sesi awal tahun (20 Januari - 28 Februari), Wildan hanya gunakan buku Modul Transisi. Maknanya sepanjang 5 hari, guru akan bagi arahan untuk lengkapkan aktiviti dalam buku Modul Transisi. Itupun aku dah naik pening muka surat mana nak kena siapkan. Nak pula Wildan ni jenis kalau boleh satu buku aktiviti tu disiapkan dalam masa sehari. (Kadang-kadang dia buat kerja melebihi daripada apa yang cikgu arahkan terutama subjek yang dia suka)

Tapi, dalam sesi PdPR awal tahun, sekolah agama gunakan Modul Transisi selama 2 minggu sahaja. Masuk minggu ketiga dah terus sesi pembelajaran. Dan masa inilah yang aku mula pening. Nak kena kenal pasti mana satu kerja untuk mata pelajaran yang mana.

So, untuk PdPR kali ini, aku siapkan dalam Canva (Canva lagi. Hehe) senarai kerja sekolah mengikut tarikh arahan dikeluarkan. Aku ikut tarikh sebab cikgu minta anak-anak untuk tuliskan tarikh pada buku. So, bila aku susun ikut tarikh, senang Wildan nak tulis tarikh. 

5. Peraturan hari sekolah termaktub seperti biasa

Sejak dah mula sekolah, aku berjaya menjalankan peraturan NO TV ON SCHOOL DAYS. Sebab Wildan dari pagi akan pergi sekolah, balik rumah, makan tengahari, pergi sekolah, balik rumah, makan malam dan tidur. Kira aku sangat berpuas hati dapat kekalkan hanya hujung minggu untuk sesi menonton TV. 

Tapi bila kena PdPR ni, dengan ramai orang lain di rumah, kadang kadang peraturan ni tak boleh dilaksanakan. Namun, aku tetap berkeras dengan Wildan yang hari ada sesi sekolah tak dibenarkan untuk menonton TV. Sebenarnya aku nak dia fokus siapkan kerja sekolah dan seterusnya dapatlah rehat hujung minggu dengan sebetul-betulnya rehat. Tak seronok bila hujung minggu dihabiskan dengan sibuk buat kerja sekolah. 

pdpr 2.0 pembelajaran dan pengajaran di rumah online learning malaysia

So, inilah persedian dan persiapan kami untuk PdPR 2.0. Sejujurnya aku tak tahu berapa lama lagi kita akan kena PKP dan bila akan reda situasi pandemik Covid-19 di negara kita. Sampai ke tarikh hari ini, kes masih banyak mencecah 4 angka dan setiap hari meningkat. Bukan itu sahaja, kes kematian kerana Covid-19 juga dah mencecah 90+ orang sehari. Lagi sedih dalam group whatsapp ada yang sebarkan fitnah bermacam-macam dan masyarakat makin leka dan tak ambil kisah untuk berjaga-jaga. Risau. Sangat merisaukan.

Namun, aku taknak disebabkan Covid-19 ni pendidikan terjejas. Sebab pendidikan sebenarnya penting untuk membentuk peribadi dan cara berfikir. Tanpa ilmu, susah tau nak hidup. 

Walaupun sekarang tengah cuti sekolah, nampak gaya kita akan sambung sekolah nanti dalam sesi PdPR lagi sebab kes masih lagi meningkat. Harap entri kali ini memberi manfaat kepada mereka yang tengah dalam PdPR.

Terima kasih sudi baca!


7 ulasan

  1. pdpr kali ni kitorang pun siap sedia mcm pdpr sebelumnya.
    tapi yg best, kali ni tiada google meet.

    BalasPadam
  2. moga dipermudahkan semua urusan pdpr dan smua yg terlibat ..aminn

    BalasPadam
  3. Payah juga nak handle pdpr ni. Macam marina bekerja. Kalau ada google meet agak susah nak join

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. pengalaman lepas buat kita jadi lebih bersedia.. semoga dipermudahkan urusan ..

    BalasPadam
  5. sekarang ni mmg cuak nak bagi anak ke sekolah. Iman aritu positif sbb dpt kat sekolah lah

    BalasPadam
  6. Memang mental ibu kene kuat bila pdpr ni

    BalasPadam
  7. Yang ada anak kecik memang memeningkan...especially anak- sekolah rendah...macam akak anak akak dah umur 17 tahun..nak amik SPM so takde la rasa pening..dia pandai urus sendiri

    BalasPadam

Komen