Assalamualaikum dan hai!
Wah, semalam dah keluar berita yang PKP akan bersambung sehingga 18 Februari. Tiba-tiba terngiang-ngiang pula lagu PKP baru tu.
"Dimulakan dengan dua minggu, disudahi dengan berminggu-minggu"
Siapa yang menyanyi secara tak sedar bila baca lirik kat atas tadi. Baik mengaku.Ok, alang-alang PKP dah sambung, rasanya rata-rata yang kena bekerja dari rumah nampak gaya akan bersambunglah bekerja dari rumah. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku hampir setiap pagi aku akan buat satu minuman panas sebagai pemula hari untuk buat kerja. Walapun bekerja dari rumah. (ehem, aku kerja dari rumah dah lama) Kalau setiap hari buat Milo, Nescafe, Coffee 3-in-1 boleh jadi muak juga. Sesekali ada juga nak merasa kopi premium.
Baru-baru ni aku berkenalan dengan satu kedai kopi premium. Kopi yang dibru dengan begitu enak. Kopi beraroma yang membangkitkan semangat. Gitu.
Nama kedai kopi ni Krave Koffee.
Bagi peminat kopi seperti aku, aku memang suka bab mencuba kopi baru. Seronok dapat teroka rasa kopi yang berbeza mengikut asal usul dan cara kopi dibru. Uniknya Krave Koffee ni menyediakan kopi dibru dihantar sehingga ke pintu rumah! Dan kopi yang sampai masih panas.
Dia hantar memang betul betul sampai ke pintu tau. |
Ini adalah kopi-kopi yang sampai di rumah
- Cold Brew White
- Cold Brew Black
- Superblack
- Superlatte
- Premium Mocha
- Premium Latte
- 2 botol Elixir
Sejujurnya aku tak pernah minum kopi yang dibru sejuk. Sebenarnya aku tak minat sangat kopi sejuk sebab tu tak pernah minum kopi bru sejuk. Tapi yang ini tengok botol dia cantik, elegan, terus jadi tak sabar nak try. Aku tak minum semua ni dalam masa sehari tau. Pengsan tak tidur semalaman aku jadinya nanti.
Sedap tak Krave Koffee ni?
So, secara keseluruhannya, bagi aku harus cuba!
Selain daripada bau dan rasa kopi, yang paling menarik sekali sebenarnya Elixir. Elixir ni botolnya kecil, mengandungi double shot of expresso. Double shot tau. Bukan one shot. Dengan adanya Elixir ni, kita boleh buat latte, ke cappucino ke atau apa-apa lah yang kita boleh fikirkan mengikut citarasa dan selera sendiri.
Untuk pengetahuan korang, Krave Koffee memang buat penghantaran sampai depan pintu rumah. Kopi yang dihantar adalah kopi yang dibru selepas menerima tempahan. Bukan calang-calang ya servis mereka. Dan, cawan setiap bancuhan kopi mereka adalah double shot expresso! Aku pun baru tahu sedangkan dalam cawan pahitnya tak terasa terlalu kuat mahupun sampai perit tekak.
Kalau korang peminat kopi dan suka nak mencuba kopi-kopi, apa kata cuba rasa Krave Koffee punya pilihan. Mana tahu terjatuh cinta.
Macam mana nak dapatkan Krave Koffee ni?
Oh ya, Krave Koffee boleh ditempah melalui Grab, Food Panda mahupun dari Online Store mereka sendiri. Pilih sahaja cara menempah yang korang suka.
Ini senarai link untuk korang mula membeli:
Grab:
https://bit.ly/grab_kravekoffee
FoodPanda:
https://bit.ly/foodpanda_kravekoffee
Online store:
https://www.kravekoffee.com/gift
Daaaan, jangan lupa follow Krave Koffee ni dekat media sosial:
Instagram : @kravekoffeeco
Facebook: Krave Koffee
Ok, nanti dah cuba jangan lupa share supaya orang lain dapat tahu yang kopi premium sebenarnya mampu milik.
Selamat berkopi!
Sampai sekarang LH tak tau apa tu double shot dalam minuman 😂. Tapi botol dia memang menarik. LH akan beli sebab botol 😂
BalasPadamwow, i love coffee and the concept behind the brand is amazing! they make it so convenient by bottling them!
BalasPadamHahahhaha.. Lawak part.. Dimulakan dengan dua minggu.. Disudahi berminggu2 tu... Nampak macam best kopi kravve ni.. Adudu
BalasPadamWah, bestnya. Packaging dia cantik. Saya tak minat kopi, tapi rasa macam nak orderkan utk seseorang. Sbb nk jumpa tak boleh, kita belanja minum macam ni je la. Haha.
BalasPadamWaduh kopi ni mmg nampak sedap. Esp kalau dapat minum sejuk2.. mmg asyik sangat heheh
BalasPadamRawlins suka betul tengok botol dia. Comel dan menjadikan kopinya lebih menarik. Ada home delivery ye?Nak check it out la
BalasPadamOk kita nak cuba! Sebab awak rekemen to try. Kita coffee lover dan setiap hari mesti nak secawan. Sesekali memang nak pekena yang premium baru syiokkk rasai kenikmatannya kannn?
BalasPadamNampak sedap dan pior betul kopinya.. Sis kalau dapat minum kopi gini, mau berulang weii hahahaha.. memang tak cukup secawan.. cuma sekarang tengah cut sugar, so kena sabo je laa nengoknya ni..
BalasPadamAkak suka kopi, memang hantu kopi. hahaha. nanti nak cuba KRAVE KOFFEE ni. Botol dia cantik. Senang nak consume dan recycle botol pun boleh. hehe
BalasPadamAdui nie kali keberapa ntah nampak coffee nie lalu timeline. Nak kena cuba nie sbb ramai kata sedap n kaw.
BalasPadamMouse mommy suka coffee jagak, nnt boleh lah cuba ni. Terima kasih.
BalasPadam