Carian

Tesco Scan And Shop

 Assalamualaikum dan hai!

Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco adalah tempat shopping kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dekat kawasan perumahan kami sahaja ada 3 kedai borong dalam sekitar 3-5 kilometer dari rumah, so memang kebiasaanya membeli belah di kedai yang terdekat.

Aku sukakan Tesco sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan  Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.

Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.

Kenapa?

Sebab ada Tesco Scan and Shop.

tesco scan and shop

Apa benda Scan and Shop ni?

Aplikasi khas untuk pembeli membeli belah di Tesco dengan lebih pantas dan mudah tanpa perlu beratur panjang. Haa, aplikasi ni sebenarnya dah setahun wujud. Bermula Jun 2019 lagi rupanya. Aku je jarang membeli di Tesco, itu yang tak tahu. Hehe.

So, pengalaman membeli belah dengan menggunakan Scan And Shop adalah berbeza dengan pengalaman Self-CheckOut Counter. Aku boleh katakan kewujudan aplikasi Scan And Shop ada satu inovasi yang sangat sangat bernas! Nanti nak bagi 5 bintang kat Play Store. Hehe.

Macam mana nak guna Scan and Shop ni?

Pertama sekali, mesilah kena download dulu aplikasi Scan and Shop di Play Store (bagi Android) ataupun App Store (bagi Apple). 

Lepas dah download boleh terus buka aplikasi. Kalau ada kad keahlian Tesco, boleh scan terus kad. Kalau tak ada, boleh pilih 'Shop without Clubcard'. 

Kemudian, masa nak masuk je Tesco akan ada QR code di pintu masuk. Scan dulu dan dah boleh mula shopping. Caranya mudah, setiap barang yang kita dah ambil dan memang confirm nak beli, boleh terus scan dari telefon.

Dah habis membeli belah, sampai sahaja di kaunter, boleh klik Finish Shopping dan bagi QR Code yang keluar di skrin telefon pada cashier. Terus boleh buat bayaran!

Nak infografik cara gunakan Scan and Shop Tesco. Sangat mudah. 

tesco scan and shop

Senang tak kalau urusan beli belah macam ni?

Habis sahaja shopping, sampai kat kaunter terus bayar tanpa perlu tunggu barang discan dan disusun dalam plastik. Jimat masa dan mengurangkan kontak. Sesuai dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita untuk jaga penjarakan sosial dan mengurangkan bersentuhan.

Dengan menggunakan teknologi terkini, Tesco benar-benar membawa satu inovasi bernas bagi memudahkan pelanggan dan juga pekerja. Win-win situation jugalah. Lepas ni, mungkin aku akan lebih banyak bershopping di Tesco. Hehe.

Siapa yang suka pergi Tesco atau memang tempat dia membeli barang dapur di Tesco, aku sangat sangat galakkan korang untuk ada aplikasi ni dan tengoklah sendiri betapa bagusnya aplikasi begini. Dan paling penting aplikasi ni FREE je. Tak perlu bayar sesen pun.

So, sempena PKPB di negeri tertentu, harapnya kita semua boleh bertenang dan sama-sama jaga diri.

Sekian, terima kasih sudi membaca!

6 ulasan

  1. Tapi bukan semua barang ada scan and shop kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah. tapi sampai kat kaunter, staff juga yang akan scankan kalau tak ada code. macam roti2 biasanya tak ada. tapi jimatlah masa berbanding staff nak scan satu persatu.

      Padam
  2. Memang midah guna cara ni. Nad belum try lagi.. Tak tau la kenp walaupun tau bnda ni sennag.. Ahhahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe sebab jarang pergi tesco kot. sbb saya pun baru guna sbb barisan panjang sangat. tak larat tunggu lama-lama.

      Padam
  3. mudah kan dengan scan and pay tu...selalu kalau ke Aeon..akak guna scan and pay...jimat masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aeon mana kak Fuzy? Baru tahu aeon pun ada. Hehe.

      Padam

Komen