Carian

Kampung People 2 : Memeriahkan Kampung Sinaran Baru

Akhirnya, aku berjaya tamatkan drama siri Kampung People 2. Habiskan seminggu selepas tamat bersiaran di TV. Sekarang aku kerja dari rumah, malam kadang tak buka TV. So, sudahnya aku tengok Kampung People 2 secara atas talian di IQiyi. Secara keseluruhannya aku masih lagi kagum dengan karya Wan Hasliza dalam cerita Kampung People 2. Sama macam aku terpikat dengan Keluarga Iskandar 1 dan Keluarga Iskandar 2. Oh tak lupa Keluarga Iskandar The Movie!

Apa yang berbeza sebenarnya Kampung People 2 kali ni?

Aku perasan, Kampung People 2 kali ini tidak semeriah Kampung People. Masa Kampung People siap trending di twitter. Rasanya ada beberapa faktor yang aku rasakan menyebabkan Kampung People 2 tidak se'hype' siri yang pertama.

Tapi dalam Kampung People 2, mesej tetap banyak dan makan dalam. Itu yang menariknya. Secara ringkasnya, kisah Kampung People 2 ni sebenarnya keluarga Razif balik semula ke Kampung Sinaran Baru. Kenapa diorang balik semula ke Kampung Sinaran Baru? Ini korang kena tengok sendiri. Sebab berlaku juga plot twist yang menarik.

Apa yang aku dapat dari Kampung People 2?

Sebenarnya ada beberapa babak dalam Kampung People 2 yang buatkan aku pause dan sempat tweet beberapa bait kata. Sebab makan dalam juga moral yang disampaikan.

1. Kebahagiaan bukan bergantung pada orang

Ayat ini dikeluarkan oleh Yummy aka Imran, adik kepada Laila. Masa ni Laila ada masalah kepercayaan dan sangat bergantung kepada Jaafar. Setiap saat dia nak call Jaafar. Aku sendiri meluat tengok Laila call sampai beratus kali. Bila Imran cakap macam tu, aku ambil point ini sangat penting. Sebab kebanyakan manusia, meletakkan kebahagian itu bergantung pada material atau manusia. Contohnya, kalau ada kereta mewah baru bahagia. Tak salah nakkan sesuatu tetapi jangan sampai kita meletak penanda aras kebahagian sebegitu. Lama-lama kita yang terseksa.

2. Kewujudan Adibah Noor yang sangat signifikan dengan budaya setempat.

Ini korang kena tengok sendiri siapa dan kenapa watak Adibah Noor wujud. Secara ringkasnya aku boleh katakan, kewujudan Adibah Noor ini signifikan dengan memberi nasihat dan peringatan kepada para ibu bapa dan ada menyentuh sedikit hal-hal berkaitan parenting, terutama kesan jangka masa panjang terhadap anak. Tengok tau untuk tahu apa makna disebalik kewujudan Adibah Noor.

3. Betulkan niat yang betul

Ada satu babak di mana orang-orang surau sedang berusaha untuk meningkatkan kehadiran jemaah. Salah satu cara yang mereka buat ialah menggunakan media sosial. Entah macam mana, tiba-tiba kewujudan media social surau tu bertukar kepada stalking Jaafar sebabnya, jumlah likes banyak pada gambar Jaafar. Melihat benda ni berlaku, Jaafar terus tegur ahli surau untuk memperbetulkan balik niat mereka buat media sosial. Benda ni sangat signifikan dengan realiti kita sekarang sebab kita sekarang hidup macam bergantung pada likes dan followers. Pada aku agak menyeramkan. Sebab orang sanggup buat benda di luar kebiasaan demi likes dan followers, sampai tergadai agama. 

So far aku nampak tiga ini antara mesej terbesar yang ada. Banyak lagi sebenarnya. Malah setiap episod memang ada satu mesej yang kita boleh ambil iktibar. Ending kali ini dijangka ada sambungan. Tapi masih membuatkan orang terasa nak tunggu lagi. Harapannya adalah season ketiga. 

Personally, Kampung People 2 ni, ada benda-benda yang macam expected dan hambar sikit. Tapi bagi aku mesej sangat deep. Banyak kalau kau orang tengok untuk fahamkan mesej. Kalau tengok sekadar nak berhibur, memang tak perasan sangat mesej mesej yang ada. 

Dari segi teknikal dan filming, ada benda yang aku rasa off. Macam iklan kejap kejap ada. Dah lah scene iklan terlalu obvious. Satu lagi watak Mona tu menjadi-jadi pula. Mungkin itu character growth dia. Tapi cakap pasal character growth, aku suka tengok watak Jaafar dengan Bad. Banyak dia punya perkembangan.

So, bagi yang belum tengok, silalah tengok. Banyak juga pengajaran yang ada.


Baca juga: Nasi Kandar

17 ulasan

  1. kelakar tgk kampung people ni dari siri 1 lagi..betul tu. bila baca posting baru terfikir banyak sebenarnya dan nasihat dan pengajaran dlm citer ni.

    BalasPadam
  2. Dah masuk Kampung People 2 dah kan sekarang, nampaknya kena marathon jugak ni tengok dari Season 1 sebab tak tengok2 lagi, adoi jauh ketinggalan tertinggal train nii haha

    BalasPadam
  3. I never heard of this drama. But the storyline sounds cute. Thank you for sharing your review with me.

    BalasPadam
  4. Selalu jugak ternampak Kampung People ni bila tgh tukar2 channel, tapi tak pernah tengok, sebab saya tak berapa minat komedi. Oh rupanya dia ada mesej yg deep, ya. Kalau mcm tu nnti sy try tgk 1 episod.

    BalasPadam
  5. Sis belum nengok satu episod pun yang siri 2 ni, belum sempat lagi, hanya baca review aje sana sini, nanti nak marathin juga nengok...

    BalasPadam
  6. Ada lagi yang dia masa laila cakap dekat hibiscus tu. Yang pasal cari cari lelaki yang boleh terima seadanya, baik buruk kita. Tu pun satu mesej juga

    BalasPadam
  7. Aduiii.. walaupun tercetus fenomena luar biasa dan dapat sambutan, saya masih tak kesempatan nak tonton both series of the Kampung People lagi.. Okay nak save the link untuk tengok drama ni la..

    BalasPadam
  8. Dari kampung people n sampai kampung people 2 Marina tak tengok ceritanya. Ntah.tak kne dengan jiwa. Hihi

    BalasPadam
  9. Memang viral cte ni tapi saya memang tak pernah tengok walau 1 episod pun dr episod pertama lagi hehe..bukan jiwa agaknya

    BalasPadam
  10. suka tonton cerita banyak ini sebab inya meriah dan boleh kurangkan kekusutan fikiran..dan best seperti jalan cerita santai dan menghiburkan

    BalasPadam
  11. Kak paling tgk pada skiri pertama kampung people yg mula2 nng happening sgt dan lawak habis tp bila tgk siri 2 kurang sikit minat nak tgk sbb mcm jln cerita dan lakonan over skt

    BalasPadam
  12. nice! thanks for the detailed review, now rasa mcm nk watch the show too pulak haha.

    BalasPadam
  13. Ya, Kampung People 2 tak semeriah Sir sebelum ini. Tak ramai update di FB.

    BalasPadam
  14. Wait wait... Alamak mdm sebenarnya tak sempat layan KP2 apatah lagi KP. Tapi bila dah baca review ni tetiber rasa 'termakan'gak nak tgk. Byk mesej bagus rupanya drama ni.PS.Mdm kenal watak Laila dan Jaafar je.

    BalasPadam
  15. TB pun baru tengok kampung people 1 sebab tak sempat nak tengok hari tu.. ramai giler viral kata best tapi TB tak sempat nak tengok.. hehehe.. tiba2 dah keluar no. 2.. wahhh


    -tengkubutang

    BalasPadam
  16. Tak tengok sangat pon kampung people 2. Mungkin bosan kot plot cerita dia masih kisah sama je. Suka watak jakfar n laila je.

    BalasPadam
  17. Seriuslah cerita mmg kelakar gila tapo yg buat kelakar tu watak kak pompom muna tu haaaa.. Pandai betul org yg buay skrip ni.

    BalasPadam

Komen