Carian

Kembalinya Penanggah di Taman Warisan Pertanian

 Assalamualaikum dan hai!

Apa perasaan korang kalau ada satu tempat yang membawakan kehidupan agro Malaysia dan sekaligus boleh dapatkan hampir pelbagai masakan tradisional serata Malaysia hanya di satu tempat? Best kan. Pergi satu tempat, boleh cuba pelbagai masakan tradisional dan tak perlu fikirkan tempoh perjalanan yang panjang atau pun kat mana nak tidur.

So, aku pun sebenarnya baru tahu kewujudan tempat ini. Dan dia tak jauh pun bagi mereka yang duduk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. InsyaAllah bagi mereka yang suka mencuba makanan negeri negeri lain, semestinya akan gembira dengan kewujudan tempat ini.

Mana lagi kalau bukan Taman Warisan Pertanian di Presint 16, Putrajaya!


Bagi warga Putrajaya dan sekitarnya, semestinya Taman Warisan Pertanian ini tidak lagi asing.

Taman Warisan yang mempunyai keluasan seluas 35 ekar adalah satu usaha Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi menjadikan Putrajaya satu destinasi pelancongan. Di taman ini ada satu 'living museum' atau muzium hidup bagi tanaman-tanaman komersial di Malaysia. Antaranya, pokok getah, pokok koko, pokok kelapa sawit, pokok buah-buahan tempatan dan sebagainya yang hidup di Malaysia. Kira di sini dapatlah kita melawat tanaman-tanaman komersial ini secara 'real life' dan bukan hanya di atas skrin.

Sayangnya, pada hari kami datang, cuaca tak berapa nak mengizinkan. Makanya lawatan ke 'living museum' tak dapat dijalankan. Tapi, lain kali nak datang bawa anak-anak biar mereka belajar kenal tanaman-tanaman komersial. Jangan jadi macam maknya yang tak berapa kenal dengan tanaman komersial Malaysia. 

Mana cerita makanan?

Haa, sabar. Memandangkan trip melawat tanaman tak dapat dijalankan, ada aktiviti lain boleh dibuat. Apa lagi kalau bukan makan! Bab makan memang semua orang ternanti-nantikan. Selain daripada ada 'living museum' untuk tanaman-tanaman komersial, di Taman Warisan juga ada Penanggah. 

Apa itu Penanggah?

Sinonim dengan maksud penanggah yang membawa maksud sekumpulan tukang masak dan pelayan yang membantu semasa kenduri kahwin, Penanggah di Taman Warisan ini adalah sebuah medan selera yang mempunyai pilihan makanan yang pelbagai dari hampir setiap pelusuk di Malaysia.

Wakil pengurusan Putrajaya Catering Services (PCS), En Shabir Othman, yang menguruskan operasi Penanggah memaklumkan yang Penanggah sudah mula beroperasi sejak Februari 2020. Sebelum ini Penanggah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan naik taraf. Dan disebabkan pandemik Covid-19, Penanggah yang baru sahaja nak panas dan menarik perhatian ramai orang terpaksa ditutup. Kini Penanggah sudah kembali beroperasi sejak Julai 2020 dengan mengikut SOP yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan.

Menu terlaris di Penanggah.

Kalau korang nak tahu, menu paling popular dekat Penanggah adalah Roti John Unan. Roti John Unan merupakan perintis atau 'pioneer' untuk kewujudan roti john di sekitar Putrajaya. Masa datang di Penanggah, dapat berjumpa dengan anak kepada pemilik Roti John Unan. Rupanya roti john mereka dimasak dengan cara yang agak berbeza dengan yang biasa serta mereka menggunakan sos ciptaan sendiri. Nama Unan diambil bersempena dengan nama ibu pemilik Roti John Unan kerana sos ciptaan mereka adalah resipi turun temurun dari ibunya.

roti john putrajaya roti john unan


roti john putrajaya roti john unan

roti john putrajaya roti john unan
Nampak tak meriah tak meriahnya Roti John Unan ni.

Sejujurnya, Roti John Unan ni memang luar biasa! Walaupun sudah lama terhidang, masa makan seolah-olah baru sahaja masak. Rasa rempahnya, kelembutan rotinya. Memang sedap. Biasanya roti john bila dah sejuk, roti dah menyerap sos dan sebagainya, memang dah kurang selera nak makan. Tapi Roti John Unan ni lain! 

Pekerja di Penanggah memberitahu kami yang semasa bulan puasa tempoh hari, Roti John Unan sahaja yang beroperasi dan mempunyai pelanggan sehingga beratur panjang. Rupanya ramai yang minat dengan Roti John Unan ni.

Ada apa selain Roti John?

Seperti yang aku bagitahu, di Penanggah sebenarnya ada pelbagai pilihan makanan dari hampir setiap pelusuk Malaysia. Bukan itu sahaja sebenarnya. Ada juga makanan-makan fusion yang boleh dicuba di sini.

Menu kedua yang laris di Penanggah adalah Satay Kajang Hj Samuri. Siapa tak tahu satay yang paling legend ni kan? Walaupun ada di Kajang, di Putrajaya juga mereka ada bagi memudahkan orang ramai untuk dapatkan satay lagenda disamping makanan warisan yang lain.

satay kajang di putrajaya

Ada lebih kurang 7 gerai yang ada di dalam Penanggah. Ada masakan pantai timur. Ada masakan sizzling. Ada masakan orang utara. Ada juga masakan fusion seperti Sizzling Lamb Chop. Haaa. Banyak sebenarnya menu menu menarik di sini. Sekali datang memang tak cukup. Kena datang lagi untuk rasa makanan lain.

Nah, aku belanja sikit makanan-makanan yang menarik di Penanggah ni. Semuanya menarik dan pastinya harus dicuba!

Inilah Sizzling Lamb Chop. Daging dia sangat sangat lembut. Sedap!

Ini pula nasi kerabu. Bagi aku yang agak cerewet bab nasi kerabu, boleh tahan sedap. Tapi tak boleh lawan masakan arwah nenek aku. Kuah tumis dan kerabunya memang dah sedap.

Ini bukan bakso tau. Ramai ingat bakso sebab dia ada bebola daging.

Nasi kukus daging bakar. Rempah daging dia boleh tahan sedap. Cuma aku suka kalau daging garing sikit. Ada orang suka lembut dan juicy begini.

Nasi Beriyani Gulai Kambing. Kambing dia sedaaaaaaaap! Lembut dan tak berbau.

Nasi kukus ayam goreng.

Nasi ayam dan taugeh.

Nasi putih dan ikan bakar. Yang dalam ni ada ikan cencaru dan talapia.

Nasi goreng ikan rebus. Haaa, ini pun menarik. Nasi sedap, ikan pun sedap! Lain daripada biasa. 

Tak lupa di Penanggah ada gerai Hauz Warisan yang membawakan air-air yang menarik. Dilaporkan, setiap minggu mereka akan buat promosi istimewa untuk satu jenis air. Ini antara empat air yang terlaris dan unik di Hauz Warisan. 


minuman menarik putrajaya kedai makan putrajaya
Dari kiri : HoLo (Horlick Milo),  Teh O Ais Asam Boi, Bandung Laici, Milo Dinosaur

Tak lengkap kalau makan tak ada desert kan? Kalau aku, desert ni memang wajib. Hehe. Kat sini ada Waffle Bubble. Wah, waffle dia bukan biasa-biasa tau. Sangat luar biasa. Dan rasanya sampai buat aku mengunyah tak berhenti. Haha.

waffle aiskrim putrajaya waffle sedap putrajaya
Ini namanya Unicorn. Serius terliur masa waffle aiskrim ni sampai.

waffle aiskrim putrajaya waffle sedap putrajaya

Korang yang tengah baca ni, tunggu apa lagi?

Follow dan like page Taman Warisan Penanggah untuk dapatkan update terkini promosi dan menu menu menarik di Penanggah.

Taman Warisan Penanggah

Kalau dah dekat, boleh terus waze dan pergi ke sana. Rasa sendiri keenakan hidangan hidangan di sana.




2 ulasan

  1. hehhe sedapkan roti john tu... k.azni teringat laksa goreng tu jer ...

    BalasPadam
  2. walaupun duduk selangor, 1st time tahu ada tempat ni dr blog sis :-)

    BalasPadam

Komen