Carian

'Facial' sendiri di rumah

Aku merupakan antara orang yang berkeinginan nak pergi facial tapi tak pernah berani. Sebab apa? Sebab aku takut reaksi kulit aku. Lagi-lagi kebanyakkan produk yang orang bagi testimoni baik, bila sampai aku mesti tak jadi. Maka, aku pun lama buat facial sendiri di rumah. Lebih mudah dan aku tak ragu-ragu sangat.

Macam mana nak mulakan buat facial sendiri tu?

home spa home facial malaysia with mary kay

Langkah Pertama: Kulit

1. Kenal jenis kulit. 

Secara asasnya ada 5 jenis kulit: kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Sebelum apa-apa ini langkah pertama yang wajib korang buat. Jangan skip langsung. Kalau pilih produk yang tak bersesuaian dengan jenis kulit, susah kemudian hari. Untuk bab ini, aku akan cerita dalam entri yang lain. Boleh stay tune.

2. Kenal pasti masalah kulit. 

Lepas dah tahu jenis kulit, kita pergi pada bab nak kenal pasti masalah kulit. Masalah kulit ni, apa yang menganggu korang bila tengok cermin atau pegang kulit sendiri. Contohnya pori kelihatan besar, garis halus, parut hitam ataupun lingkaran mata hitam. Ada banyak lagi masalah-masalah lain tapi ini antara masalah yang kebanyakkan orang ada. Pastikan korang tahu apa masalah kulit korang yang nak diselesaikan.

Langkah Kedua: Produk

1. Kesesuaian produk untuk jenis kulit. 

Memandangkan jenis kulit berbeza-beza, pastikan korang tahu produk yang diguna itu sesuai dengan jenis kulit korang. Jenis kulit dan masalah kulit adalah dua perkara yang berbeza. Untuk pilih produk, pastikan korang beli ikut kesesuaian dengan jenis kulit dulu.  Contoh masker yang berbagai jenis yang ada di pasaran, ada jenis clay mask, ada jenis charcoal mask, ada jenis gel mask, ada jenis cream mask, ada jenis peel off mask. Belum cerita lagi sheet mask yang pelbagai jenis dan jenama. Fuh! Tak semua jenis kulit boleh pakai semua jenis masker.

2. Bahan produk untuk masalah kulit. 

Lepas tengok produk tu sesuai dengan jenis kulit, baru tengok pula sama ada produk itu ada bahan-bahan yang mampu selesaikan masalah korang. Tengok 'claim' produk pada packaging macam mana. Kalau rajin, cari review-review orang lain macam mana. 

Langkah Ketiga: Cara Pemakaian

1. Faham susunan penggunaan produk. 

Kalau korang nak tahu, setiap produk ada turutan yang sepatutnya digunakan. Jangan main hentam pakai tak ikut turutan. Silap haribulan boleh bagi kesan yang tidak diingini. Cara ini dipanggil 'layering products' atau melapiskan pemakaian produk. Contohnya, selepas pencuci muka, pakai pelempap kemudian pakai sunscreen (rutin asas siang) Kalau untuk spa, biasanya kita ada beli masker dan eye patch kan? Ini pun kena tahu turutan yang betul.

2. Teliti dengan cara penggunaan dan tempoh masa yang dicadangkan. 

Biasanya untuk masker, dekat packaging memang akan tulis tempoh pemakaian. Contoh mudah, sheet mask biasanya dicadangkan untuk letak atas muka dalam masa 15 - 20 minit sahaja. Jangan derhaka tau! Ada sebab kenapa produk tersebut dicadangkan dengan tempoh masa yang diberikan. So, jangan derhaka.

2. Sabar dan jangan mengharapkan hasil sekelip mata. 

Bila aku tulis pasal buat 'facial' sendiri di rumah, fokus utama aku nak bagitahu, rutin buat 'facial' sendiri adalah satu rutin yang berkala. Kena ada disiplin untuk buat secara minggu atau bulanan. Rutin berkala ni, kita akan nampak hasil dia selepas 8 ke 12 minggu juga. So, sabar ya.

Cara-Cara Buat Facial di Rumah

1. Waktu. 

Aku suka buat siang hari. Ada orang prefer malam sebab boleh terus tidur. Tapi, rutin malam harian sahaja dah panjang. Haha. So, selalu pagi Sabtu atau Ahad aku akan guna dalam sejam ke dua jam untuk buat facial sendiri.

2. Fokus mingguan. 

Aku dah buat facial ni hampir 4 - 5 bulan kot. Sejak PKP berlangsung lagi. So, setiap minggu fokus aku berbeza. Ada minggu aku fokus pada deep cleansing, ada minggu aku fokus pada hydration. Ikut keadaan kulit aku ketika itu. (yang ini kena buka topik lain, sebab panjang ceritanya)

3. Produk. 

In case korang tak tahu, aku pengguna tegar Mary Kay. Dan memang aku buat facial gunakan produk Mary Kay. Setiap hujung minggu memang aku guna masker dari Mary Kay. Ada charcoal mask yang sesuai untuk deep cleansing pori-pori. Ini bagus untuk mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan berminyak. Ada juga gel mask untuk melembapkan kulit kering.

Dua-dua produk ini aku dah ceritakan first impression aku. Boleh baca di sini tau.
Deep Cleansing Charcoal Mask Mary Kay
Renewing Gel Mask Mary Kay

Alang-alang cakap pasal mask, Mary Kay ada keluarkan satu masker baru yang sangat terhad dan istimewa untuk mereka yang ada masalah 'maskne'.

    Baca juga : Bio Essence Rose Gold Water

4. Tempoh masa. 

Setiap mask aku akan pakai dalam masa yang dinyatakan. Kebiasaannya dalam 10 - 20 minit sahaja. Jangan lebih-lebih. Dalam penjagaan kulit, lebih banyak adalah bahaya. So, jangan tamak haloba sangat.

5. Penjagaan kulit selepas 'facial'. 

Lepas dah guna masker dan cuci, aku akan sambung rutin penjagaan kulit yang seperti biasa. Iaitu pelempab dan sunscreen. Walaupun hujung minggu lepak di rumah sahaja, sunscreen aku tak tinggal sebab rumah banyak tingkap dan kadang kala aku ada buat aktiviti di luar rumah, macam siram pokok, jemur kain angkat kain, buang sampah.

Ini muka aku sekarang selepas rajin buat facial almost setiap minggu.

So, begitulah cara aku buat facial sendiri di rumah. Sangat ringkas dan tak perlukan alat-alat yang luar biasa. Percaya tak percaya, aku buat sambil uruskan anak-anak.

Perlu aku ingatkan sekali lagi rutin sebegini hasilnya akan nampak selepas dua ke tiga bulan kita amalkan. Kiranya kalau setiap minggu kita buat rutin ini, kita akan nampak hasilnya. Kalau sekali buat dan lepas tu tinggal, memang tak nampaklah hasilnya. Kuncinya rajin ok.

Harap korang-korang yang teringin nak facial, boleh buat sendiri lepas ni.

PERINGATAN! Aku nak ingatkan aku buat home facial semua ni gunakan produk. Aku sangat tidak menggalakkan untuk buat facial atau masker dengan menggunakan bahan-bahan di dapur. Sangat membahayakan kulit walaupun korang rasa macam tak ada effect teruk. Tapi isu kebersihan, ketidakstabilan bahan (unstable substance) mahupun ketidakstabilan campuran (unstable mixture) menjadi satu masalah jangka masa panjang. So, minta tolong jangan buat guna barang dapur mahupun makanan. Ok?

Sekian sahaja perkongsian hari ini.

Semoga bermanfaat!

23 ulasan

  1. Bagus sharing ini. Un pun sejak pkp, mula buat sendiri..rajin la.simit..kalau waktu kerja langsung.tak ada mood...semoga istiqamah la nak facial sendiri ni.

    BalasPadam
  2. memang best kalau dapat facial sendiri..

    BalasPadam
  3. Ye nak pergi spa kdg kene ad eduit, so kita buat facial kat rumah jela. Nad suka buat facial semua waktu malam.. Waktu panjang

    BalasPadam
  4. Senang bila dapat buat facial sendiri kat rumah.. jimat masa dan belanja jugakkan

    BalasPadam
  5. Kita pun tak ada masa nak buat facial kat rumah menggunakan bahan semulajadi hehehehe sekarang senang kan macam-macam tips ada...

    BalasPadam
  6. Oh how I miss my facial at the salon. but its good to DIY at home since the pandemic still here. Thx for info

    BalasPadam
  7. Lamanya tak buat facial sejak PKP, memang buat sendiri aje di rumah, cuma tak puas... dan rajin tak rajin laa kan kalau buat sendiri ni...

    BalasPadam
  8. Bagus la. Ya kita perlu ada masa untuk diri sendiri. Jika tidak di salon di rumah pun harus.

    BalasPadam
  9. Bagus kalau rajin buat facial sendiri kat rumah, i pun biasa practice this during my weekend.

    BalasPadam
  10. Sis pun tak pernah pergi facial..sama lah takut reaksi pada kulit. Last facial sendiri je lah. Pakai produk yang kita dah mmg pakai..mudah.Hihi

    BalasPadam
  11. Good info espesheli for women like us. Sure madam b will trydis athome. Thanks ha.

    BalasPadam
  12. Wahh thanks for sharing your tips untuk penjagaan muka ni.. Okay, nak try juga buat facial at home jer lah :)

    BalasPadam
  13. Suka pegi facial tapi dah lama tak buat. Thank you share tips ni

    BalasPadam
  14. Thanks sharing cara nak spa muka sendiri. Senang je kan nak pastikan kulit sihat

    BalasPadam
  15. Nak kulit cantik kena rajin. Even daily routine pun kena bersihkan sisa kotoran dari habuk, minyak muka dan mekap. Facial mingguan selalunya akak guna fm botanical type 2 tu. Sedap betul rasa muka. Hehe

    BalasPadam
  16. kalau pakai facial mask memang letak lepastu tidur hahaha mungkin sebab tu jerawat naik sebab muka jadi kering lepas pakai. Kena ubaah habit lepas ni

    BalasPadam
  17. Bestnya buat facial sendiri dkt rumah. Kak ana nk tggu baby besar sikit baru nk start facial semula. Skrg pakai je apa yg sempat.

    BalasPadam
  18. Kita pun selalu facial sendiri jer kat rumah. Lagi puashati dengan produk sendiri. Kalau produk spa ni risau jugak sebab pernah jadi alahan

    BalasPadam
  19. Sis pengguna marykay dah 2tahun lebih so mmg ikut aturannya. Alhamdulillah mmg in love hehe. Tapi sis suka sleeping masker sbb malas nak cuci cepat. Hahahah.

    BalasPadam
  20. Dah lama tak buat facial muka, mudahnya kalu buat kat rumah. senang sikit. boleh la pakai tips ni.. macam mudah je

    BalasPadam
  21. Memang routine facial sendiri kat umah, mmg pun kita kena tau produk yg sesuai dgn kulit muka kita

    BalasPadam
  22. Yana setiap hari ahad mesti facial muka sendiri . Sebab tu hari Ahad Yana tak suka orang kacau Yana . Sebab nak berehat

    BalasPadam
  23. Ai pun sekarang buat facial sendiri je kat rumah. But of cos lah g spa jauh lagi best. Tapi xpe, jimat.

    BalasPadam

Komen