Carian

Jam Tangan Untuk Anak

 Assalamualaikum dan hai!

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar rupanya anak sulung aku bakal masuh darjah satu tahun depan. Dengan pandemik Covid-19 ni masa berlalu tersangat pantas. Aku rasa semua orang rasa benda yang sama. Seolah-olah masa dihentikan seketika. 

So, memandangkan Wildan nak masuk darjah satu, aku ada mencari jam yang sesuai untuk dia. Supaya dia jadi peka dengan waktu. Lagipun sekarang dia memang ikut jadual harian yang tetapkan. Siap nak suruh tidur ikut jadual. Kalau awal sikit ada je soalan.

Cumanya untuk usia dia, aku selesa untuk dapatkan jam jenis digital. Lebih mudah untuk dia baca sebab dia dah kenal nombor dan tahu waktu siang dan malam. Biasanya kalau beli jam yang dekat kedai-kedai bukan kedai jam, jam akan tahan selama seminggu lebih, tak kalis air dan macam-macamlah halnya.

Aku jumpa satu IGShop, namanya @belispreeshop. Mereka juga ada website. Jam kanak-kanak diorang ada tulis nama dan strap boleh pilih karakter kesukaan anak-anak. Maklumlah, anak-anak ni bila ada barang yang ada karakter kegemaran, dia akan jaga sangat-sangatlah. Hehe.

jam tangan anak belispreeshop

Bila baca ciri-ciri jam ni, feedback yang ada di website, aku terasa apa salahnya kalau aku cuba. Lagipun Wildan memang patut ada seutas jam supaya dia lebih bertanggungjawab dan peka dengan masa.


Pilih punya pilih, Wildan pilih Beyblade. Dia suka juga dengan character beyblade. Pernah sekali minta nak beli beyblade. Haha. Tapi maknya tak luluskan sebab risau rumah bertambah berkecah rumah. 

Order hari Isnin, sampai hari Khamis. Boleh tahan cepat juga sebenarnya. Buka-buka parcel, Wildan terus pakai, tekan sana-sini. Seronoklah dia dapat jam baru.

Apa yang menarik dengan jam kanak-kanak dari belispreeshop ni?

1. Jam analog rekaan klasik yang tahan lasak.

2. Boleh custom nama dekat strap.

3. Jam analog yang ada sistem 24 jam dan 12 jam

4. Ada water resistant untuk sedalam 30m. 

5. Ada lampu, boleh set jam loceng untuk anak.

6. Datang dalam bekas tin yang sangat cantik.

7. Warranty selama setahun!


Bagi aku yang paling aku suka adalah boleh custom tulis nama anak. Maklumlah, jam ni kalau beli dekat kedai mesti akan sama dengan orang lain. Kadang-kadang tertukar, dan paling sedih boleh hilang. Strap pun boleh pilih ikut karakter kesukaan anak-anak. Kemungkinan untuk ada strap yang sama dengan nama yang sama adalah rendah dengan zaman sekarang yang nama anak-anak banyak nama moden. Hehe.


Wildan semestinya sangat sukakan jam baru dia. Terkena air sikit pun dia takut sangat. Takut rosak, takut hilang gambar karakter lah. Bagus, dah nampak dia mula rasa tanggungjawab untuk jaga dengan baik. Harapnya bolehlah dia pakai lama jam tu.

So, bagi ibu ayah yang ada anak dah pandai baca jam dan perlukan jam tangan, boleh dapatkan dari ig belispreeshop ataupun boleh terus terjah website mereka. Sekarang ada offer tak masuk akal yang memang jimat sangat sangat jimat.


Website: https://belispree.com/
Instagram: @belispreeshop
Facebook: BeliSpree


Boleh juga korang jadikan hadiah hari jadi atau ganjaran besar untuk anak-anak.

Jangan lupa pergi cari kat diorang tau.

1 ulasan

  1. nak usha jugaklah..Selalu belikan mereka memang gam digital ni.Tapi beli hat murah, sekejap je dah rosak lah itulah inilah..Nak beli yang mahal kang riso hilang pulak.Nanti nak survey

    BalasPadam

Komen