Carian

Resepi Sepanjang PKP 2020

Apa khabar korang semua? Okay tak semua dekat 30 hari berkurung dalam rumah? Aku akhirnya keluar pada hari ke 25 untuk beli barang sebab lagi mudah bila aku sendiri yang pergi. Berdebar juga rupanya nak keluar. Daya imaginasi aku terbayangkan movie Zombieland. Ingatkan lenggang kat luar tapi tidaklah lenggang sangat. Over betul daya imaginasi.

Sepanjang PKP berlangsung, aku banyak habiskan masa dengan buat kerja dari rumah. Of course aku memang dah biasa buat kerja dari rumah. Sejak tahun 2016 lagi aku dah mula kerja dari rumah dengan bisnes dropship. Cuma kali ni meriah sebab semua orang kerja dari rumah. Dan Wildan pula masih lagi berada di Kerteh sebab pergerakkan antara negeri ditutup.

Untuk cerita pasal aktiviti sepanjang PKP atau pun proses pembelajaran anak-anak, insyaAllah aku akan tulis dalam satu entri lain, untuk entri kali ini, seperti yang tertulis pada tajuk, aku nak kongsikan resepi-resepi yang dicuba sepanjang PKP ini berlangsung. Tak kisahlah resepi yang viral ke tidak, boleh kata macam-macam juga kami adik beradik cuba.



So apa resepi yang aku dah cuba?

1. Air Dalgona (Dalgona Milo/Dalgona Coffee)


Minggu pertama PKP berlangsung pada 18 Mac 2020, mula viral satu resepi minuman. Namanya dalgona coffee.

Adik aku cuba buat dengan Milo. Pukul tangan. Boleh bayangkan tak ketidakmenjadian dalgona sebab konsep dalgona ni memerlukan granule coffee yang bulky bukan serbuk macam milo. Sebab granule yang bulky tu dia ada ruang udara dalamnya. Adalah penjelasan disebalik kembangnya kopi segera dengan gula tu. Mula-mula aku ingatkan sebab gula tapi sebenarnya bukan. Lama juga memukul milo dan gula. Adalah kembang malu-malu. Last sekali kami tuang je terus dalam susu. Oklah, not bad. (Padahal milo biasa je)

Selain Milo Dalgona, semestinya Dalgona Coffee juga kami cuba. Sebab dah pergi beli barang. Alang-alang tu memang belilah sebalang kecil Coffee Instant. Malam tu terus buat. Pakai hand mixer. Adalah dalam 5-10 minit lama memukul untuk dia kembang. Tapi manis dia. Aku tak suka sangat. Dan pula kami pakai nescafe. Aku tak minat rasa kopi nescafe. Kurang acidity. Untuk suka-suka oklah, boleh minum. 

P/S: Aku nasihatkan bagi yang tak minum coffee atau tak biasa, jangan cuba sebab nanti perut terkejut boleh menggigil atau jatuh sakit. Banyak aku jumpa orang kongsi pasal ni. Aku pernah jadi coffee addict. Pernah juga lalu fasa berhenti minum coffee selama 2 tahun. Sekarang aku taklah coffee addict tapi tak juga tak minum. Seminggu mesti dalam 3-4 kali jugalah.

2. Cheesekut


Dah habis bab minuman, minggu kedua aku buat cheesekut. Asalnya bahan-bahan cheesekut ni aku beli nak buat cheesekut dengan Wildan. Dah sebulan juga cream cheese berkampung dalam peti menunggu masa untuk diblend. Sudahnya aku buat cheesekut dengan Mukhlis. Resepi kecil je. Dapatlah satu bekas kecil untuk buat minum petang beramai-ramai. 

Resepi ni aku tak ingat dah aku ambil dari mana. Rasa macam dari Youtube BuatOrangLapo. Nanti korang klik je link video ni dan ikut je langkah-langkah dia.

>>>>Resepi Cheesekut<<<<

Aku ubah sikit resepi. Aku tak pakai milo untuk tabur, tapi koko sebab nak kurangkan guna milo dan koko yang ada banyak dan dah lama simpan. Selain itu, aku kurangkan sikit susu pekat susu dan gantikan sikit dengan susu sejat. Itupun masih rasa manis (bagi aku).

3. Takoyaki


Haaaaa, jangan terkejut. Sampai takoyaki pun boleh time-time PKP ni. Ummi tiba-tiba beli set takoyaki kat Shopee. Dia kata beli suka-suka. Aku bagi link shopee yang dia beli set takoyaki. Nanti bolehlah beli dan cuba ya.
Seronok juga sebenarnya buat takoyaki. Belajar skill baru; cara memasak takoyaki dengan betul dan timing untuk api. Teruja sangat masa buat takoyaki. Mana tidaknya, set takoyaki ni datang dengan periuk takoyaki, sos-sos, tepung takoyaki dan garnish-garnish pun ada. Dan paling seronok isi takoyaki tu kita boleh letak sesuka sepuas hati!

Pengalaman aku buat takoyaki buatkan aku rasa 'wow, padanlah dengan harga takoyaki yang ada di luar sana'. Susah juga tau. Lepas beberapa kali buat baru boleh tangkap cara terbaik untuk buat. So, bagi yang nak cuba, bolehlah dapatkan set takoyaki kat link  ni ya. 


4. Homemade Chocolate Spread

Idea buat spread coklat ni sebab buat waffle tapi tak ada benda nak sapu. Favourite semua semestinya dengan coklat. Tapi chocolate spread habis. Takkan nak keluar semata-mata untuk beli satu chocolate spread. So, aku buatlah carian secara google beberapa resepi chocolate spread homemade. Dan hasilnya dapatlah aku cipta sendiri resipi ni.

Paling penting untuk buat chocolate spread mesti ada chocolate cooking (seeloknya yang bentuk butang besar tu), butter dan juga susu. Nak campur gula ke taknak terserah. Aku ubah-ubah sukatan ikut selera. Aku tambah gula aising sikit supaya rasa macam kedai punya. Boleh je tak nak tambah.

Resepi penuh aku ada share di instagram dan facebook. Boleh tengok pada link ni ya!


5. Microwave Dessert

Dah masuk minggu ketiga PKP baru terlintas untuk buat makanan atau pencuci mulut dengan microwave. Sedangkan masa duduk di Moscow dulu, aku rajin buat one mug brownies/cake sebab kalau buat satu loyang lama sangat duduk dalam peti. Yang nak makan aku dengan suami je. Kadang-kadang aku sorang. So baiklah guna microwave.

Kebanyakkan resepi aku ikut resepi Gemma dari Bigger Bolder Baking. Aku mula follow dia dari YouTube sebab dia buat homemade icecream. Lepastu dia mulakan siri Microwave Meals. Dia bagi resepi untuk buat sarapan, makan tengahari, malam malam dan snek dengan microwave tau!

Nah, aku bagi link YouTube Bigger Bolder Baking untuk korang tengok video-video dia masak dan untuk resepi boleh buka blog dia.

resepi cubaan sepanjang pkp

So, untuk hampir 30 hari PKP berlangsung ini antara resepi yang dibuat. Selain daripada resepi baru, kami ada juga mengeluarkan semua board games yang kami ada untuk isi masa lapang terutamanya hujung minggu. Weekdays, kebanyakkannya bekerja. Dulu hujung minggu mesti ada aktiviti kat luar sama ada shopping ke keluar dengan kawan ke atau kerja ataupun majlis kenduri. Sekarang hujung minggu sama macam hari biasa cuma beza kami bagi cuti pada diri sendiri.

Apa-apa pun, jangan lupa jaga keselamatan diri, jaga jarak bila keluar rumah, dan tolong jangan sebarkan berita palsu. InsyaAllah kalau kita patuh dengan arahan kerajaan buat masa sekarang, kita akan nampak kesan dalam beberapa bulan.

Daaaan, selamat mencuba resepi-resepi baru sepanjang PKP ni!
Terima kasih sudi baca.

36 ulasan

  1. interesting! yes kan. it is time utk kita mencuba resepi. menghilangkan kebosanan, kan.
    aida lom try lagi dalgona tu, asma. because everyday ada je benda masak, kan.
    so, tak teringat nak buat apa lagi ha ha ha ha...
    cheesekut tu mcm menarik la. kebetulan memang ada bahan kat rumah ni. tq tq tq for sharing idea ni.
    but not today la. today dah plan nak buat cekodok bawang ptg nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cheesekut tu lepas buat tak boleh makan terus. hahaha. cucur pun dah bermacam jenis dari yang instant sampailah yang kampung style. haha. yes, hari2 fikir nak masak apa. nak delivery berapa juta kali berfikir.

      Padam
  2. Thanks share resipi macam2 utk PKP nih. Nak cuba lah cheesekut tu.. Hihi kitorg bab cheese2 ni mmg suka 1 keluarga

    BalasPadam
  3. Heheheh sejak PKP ni ramai yang jadi chef cuba-cuba tapi hasilnya perghh hebat belaka kann...kalau tak, mana ada masa nak cuba semuan ni, suka nengok kawan-kawan up menu dan resepi...kipidab!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab banyak masa semua boleh jadi chef yang power. dan hakikatnya rakyat malaysia memang power bab makanan.

      Padam
  4. Cuba cuba menjadi! Hahaha best giler! Saya cuba cuba yang saya dah buat adalah capati. Nasib baik jadi. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaaah, menariknya cuba capati. sampai hari ni masih guna capati frozen je. haha

      Padam
  5. Memang dijangka PKP ni dilanjutkan sebab PT3 dan UPSR dibatalkan terus peperiksaan ini. Apa pun untuk kebaikan kita. Saya pun dari tahu makan keropok lekor, terus boleh buat keropok lekor. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah try buat keropok lekor masa zaman study oversea. rindu nak keropok lekor kononnya, sekali jadi fishball. hahahaha. salute boleh buat homemade keropok lekor. nampak gaya pkp kita memang lama.

      Padam
  6. Wah! Bagus nyer you cuba all these recipes during MCO. Paling best skali ialah tokoyaki. Keep it up.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi mencuba sebab periuk takoyaki ada. kalau tak ada tak terfikir pun nak buat. hehe.

      Padam
  7. teringin pulak takoyaki tu. kena beli gak la nampaknya boleh buat sendiri je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli. buat sendiri serius sangat puas hati. kita yang tentukan isi dan sosnya. hehe.

      Padam
  8. sepanjang 30 hari pkp ni tak banyak yg saya habiskan masa untuk memasak atau sebagainya. cuba berjimat jugak dalam perbelanjaan. apa2pun semoga cepatlah berakhir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kena banyak berjimat masa pkp ni. moratorium dari bank adalah satu ruang untuk kita manfaatkan utk manage financial lebih baik. harapnya rakyat malaysia boleh patuh dan bantu percepatkan berakhirnya pkp.

      Padam
  9. Wahh meriahnya aktiviti kat rumah pun hehe. Takoyaki tu paling menarik. Tetiba teringin pulak, nak kena cari lah kat shopee ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau suka makan takoyaki, haruslah cari. Dapat buat sendiri memang puas hati.

      Padam
  10. Memang banyak sangat resepi viral yg mudah2 pula tu nak buat. So far belum cuba lagi. Menarik lak cheesekut dgn takoyaki tu. Boleh try esok ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, boleh cuba. Hehe. Cheesekut tu senang je. Lama menunggu dia set sejuk je.

      Padam
  11. Ok dalam list dekat atas sy dah buat dalgona coffee tu memang sedap! Yang lain fav saya ilah Takoyaki.. bahan tak ada jadi tak dapat nak buat... teringin pulak memalam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beli. Hehe. Takoyaki buat sendiri puas hati juga.

      Padam
  12. Dalam banyak-banyak resipi ni yang kita pernah cuba adalah Dalgona Coffee tu hehehe mata time viral hari tu lah kita cuba buat gigih pergi beli nescafe yer hehehehe. Yang lain tu nampak simple dan mudah nak buat kena juga cuba ni hurmmmm.... Masa duduk kat rumah ni lah nak buag wakakakaka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi nak mencuba mestilah gigih walaupun dalam PKP. Haha.

      Padam
  13. Takoyaki tu menarik.. Iena suka makan takoyaki. Rajin betul cuba cuba menu kan😁😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin tak rajin kami serumah ramai. Sambil masak-masak, ramai yang tukang rasa. Meriah.

      Padam
  14. Ya sis, PKP ni memasak dan cuba resepi orang share..setakat ni nad buat mana yang betul-betul senang jela..ehhee..Seronok juga PKP ni dari tak pernh buat, jadi buat..hehe..teruja bila jadi tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa PKP nilah, buat sampai jadi. Kalau tidak, sekali tak jadi tak ulang. Tunggu bila terasa nak ulang. Hehe.

      Padam
  15. Sis pun banyak jugak cuba resepi2 baru skrg ni. Dari kita tak tahu nk buat terus jadi pandai..hahaha..tak lah pandai sgt tapi bolehlah. Terus jadi rajin pulak nk memasak time2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa nilah nak asah skill-skill yang ada. Masak, bertukang, melukis, semua ni skill. Mula-mula kekok, lama-lama senang je.

      Padam
  16. wow pas abis PKP ni dah boleh buka cafe dah ni. Macam-macam menu dia dah pandai buat.. Hehe.. anyway, takoyaki tu memang susah eh? Susah-susah pun jadi je saya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Nak buka cafe idoklah. Takoyaki tu taklah susah tapi first time memang hancus jugalah. Sebab nak handle bancuhan lagi, isi lagi, nak pusing sikit-sikit sampai jadi bola. Jadi sebab kami semua suka beli takoyaki, selalu usha orang takoyaki tu buat. Haha

      Padam
  17. alhamdulillah jadi je kan, takpelah kalau x cantik, asal sedap di tekak kita. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Time ni lah, dah tak kisah apa rupa asalkan boleh lalu tekak. Tak ada yang menengok.

      Padam
  18. Ah... time PKP semua nak makan and ada masa untuk try out recipe baru kan. Hah hari tu jer sis baru try buat Dalgona Coffee and Dalgona Milo aduhh sedap giller, sekarang dah terjebak nak buat lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hantu kopi, boleh kata nak buat selalu. Sebab dah tahu cara. Hehe. Tapi so far, kami seminggu sekali je. Itupun satu bancuhan biasa kongsi 3-4 orang.

      Padam

Komen