Carian

The Asian Parent: Aplikasi Untuk IbuBapa Millenial

Assalamualaikum dan hai!

Dalam zaman digital ni, kalau boleh semua benda nak ada di hujung jari kan? Lagi-lagi maklumat yang berkaitan dengan keluarga. Haa, ni nak cerita pasal satu aplikasi yang boleh dimuat turun untuk semua ibubapa milenial. (Eh, siapa-siapa yang pandai guna gadget boleh tau).

Ingat lagi, masa mengandungkan Wildan (6 tahun yang lalu), aplikasi untuk ibu mengandung kebanyakkannya ada benda yang asas sahaja. Ada kick counter (pengiraan pergerakan bayi), perkembangan bayi dalam perut dan beberapa artikel asas. Masa tu, memang bergantung banyak pada satu website dari Amerika. Tapi website tu, banyak info untuk orang-orang Amerika lah kan. Pantang larang orang melayu semua tak ada pun. Kena banyak main google.

theasianparent app launch event

Luckin Kopi : Klasik dan Moden

Hari ni sebenarnya nak share dengan korang satu kedai kopi hispter. Walaupun dia hipster, ada banyak pilihan makanan klasik. Nama kedai yang aku nak cerita hari ni ialah Luckin Kopi. (sekarang namanya dah bertukar menjadi LuckBros Kopi).

Kedai ni dekat Jalan Panggong elok terletak berdekatan Petaling Street, berhadapan dengan pintu A MRT Pasar Seni. Memang keluar-keluar dari MRT Pasar Seni tu, tengok deretan kedai bertentangan pintu A akan nampak Luckin Kopi. Jalan sikit dah sampai Luckin Kopi ni. So, kalau tak nak bersesak mencari parking kereta (sebab kat situ sangat pack) boleh sangat datang dengan MRT je. Sangat dekat tau. Atau tengah syok berjalan dekat Pasar Seni, singgah je sini untuk makan.


kedai luckin kopi

Karihome: Susu Kambing dari Ladang New Zealand

Assalamualaikum dan hai!

Hari ni nak share pasal susu kambing dari Karihome.

Haaa, kalau korang nak tahu, Mukhlis ni jarang sakit. Tapi sekali dia sakit, risau teruk kitorang dibuatnya. Sebab dia akan terus tak lalu makan, merengek selalu dan paling sedih ialah badan akan mula turun berat. Mula-mula dia demam masa dia 13 bulan (1 tahun 1 bulan), dalam masa 3 hari terus hilang pipi bam bam dia.

Ingatkan masa tu je dia demam akan jadi macam tu. Rupanya setiap kali demam, setiap kali itulah dia akan lembik dan lemah longlai. Dan akan nampak ketara badannya susut. Sedih sebab ada yang kata tak bagi makan. Huhu.

Dahlah Mukhlis jenis tak suka minum susu dan agak memilih. Susah untuk pastikan dia dapat nutrient yang cukup terutamanya waktu dia sakit. Makanan sehari-harian dia pun kadang tak menentu inikan pula waktu dia sakit.

susu kambing karihome review