Assalamualaikum dan hai!
Punyalah lama tak update blog. Draft banyak, nak edit, nak proof read lagi. Sekarang tengah sibuk sikit. Buka laptop pun sempat kejap-kejap je.
Okaylah, hari ni sebenarnya nak share dengan korang satu kedai kopi hispter. Walaupun dia hipster, ada banyak pilihan makanan klasik. Nama kedai yang aku nak cerita hari ni ialah Luckin Kopi.
Kedai ni dekat Jalan Panggong elok terletak berdekatan Petaling Street, berhadapan dengan pintu A MRT Pasar Seni. Memang keluar-keluar dari MRT Pasar Seni tu, tengok deretan kedai bertentangan pintu A akan nampak Luckin Kopi. Jalan sikit dah sampai Luckin Kopi ni. So, kalau tak nak bersesak mencari parking kereta (sebab kat situ sangat pack) boleh sangat datang dengan MRT je. Sangat dekat tau. Atau tengah syok berjalan dekat Pasar Seni, singgah je sini untuk makan.
Sebelum masuk kedai, Luckin Kopi dah sediakan satu papan besar yang memaparkan menu-menu yang ada secara ringkas. So, sebelum masuk kita dah boleh tengok dan agak jenis-jenis hidangan yang ada dalam Luckin Kopi.
Range makanan dia, dari makanan klasik sampailah western pun ada. Ada nasi lemak, ada sup, ada pasta, ada roti bakar, ada snek klasik macam rojak dan beberapa lagilah jenis makanan. Pilihan air pun, semestinya ada kopi dan teh. Jus pun ada juga tapi yang menariknya offer diorang ialah refill kopi kaw! Haaa, biasa ada refill untuk air berkarbonat atau jus je kan. Ini lain dari daripada yang lain.
Apa yang kitorang order hari tu?
1. Rojak
2. French Fries
3. Cheesy Chicken & Fries
4. ABC
5. Teh Tarik Kaw Cincau
6. Luckin Kopi Kaw
Asalnya aku nak tambah tapi suami kata nanti tak habis pulak. Haha. Oh ya, kitorang tak order nasi sebab pagi tu dah breakfast nasi lemak. Perut dah agak kenyang dengan nasi dan tekak tak nak makanan yang terlalu berat.
Daripada 6 menu yang kitorang order tu, aku paling suka air kopi ais (Luckin Kopi Kaw) dan rojak.
Kenapa?
Pertama sekali, kopi dia pekat. Kopi dia memang rasa kopi, yang ada sedikit acidity (rasa masam) dan pahit yang sangat memuaskan. Tak pasti diaorang pakai kopi apa, tapi memang sedap. Tak terlalu manis, tak terlalu pahit. Pada aku, memang nak tambah lagilah.
Keduanya, rojak dia ada sengkuang! Rasanya dah jarang jumpa rojak ada sengkuang. Kadang aku jadi tak syok makan sebab tak ada sengkuang. Kuah rojak dia sedap tapi macam aku suka kalau banyak kacang kasar. Kuah tu kira boleh lah. Pedas dia taklah menyengat teruk. Makin makan makin rasa. So makan sikit, tak rasa mana pun. Dalam rojak dia ada sengkuang, nenas, mangga, jambu dan tahu goreng garing. Semua buah yang pada aku wajib ada dalam rojak.
Menu istimewa Luckin Kopi
Antara menu istimewa Luckin Kopi ialah Cheesy Chicken, Chicken Wings (boleh pilih nak rasa original ke, rasa salted egg ke, spicy ke), Cheesy Indomee dan beberapa lagi menu yang menarik.
Kalau nasi lemak pula, ada variasi lauk termasuk sambal sotong! Ada panduan dalam buku menu macam mana nak order menu utama (main dish) ikut citarasa selera korang.
Main meal yang kitorang order ialah cheesy chicken. Serius tak sangka cheesy chicken ni dia akan hantar sekali dengan mini stove untuk panaska ayam dan cheese. Kira dapat makan panas-panas lah. Ayam dia sedap, banyak isi walapun bahagian thigh. Teruja seketika tengok cheese mencair. Kitorang terbiar api lama, sudahnya cheese hangus sikit. Tapi, cheese hangus ni boleh tahan sedap tau. Haha.
Last sekali kitorang order ABC. ABC ni Wildan yang nak. Punya lama dia tunggu ABC dia sampai. Dia nyaris mengamuk sebab lama sangat tunggu ABC. Maklumlah biasa ABC ni orang memang hidang last. ABC diorang ni lain sikit dari sudut penyusunan. Biasa kita jumpa ABC dicampurkan bahan-bahan sebelum letak ais kan? Luckin Kopi hidang ABC dengan cara yang berbeza. Bahan-bahan disusun keliling air. Kira duduk dekat luar. ABC dia kalau korang on diet, boleh kot nak try. Sebab tak semanis yang biasa aku makan. Manis ngam ngam je.
So, itu yang kami order dan serba serbi pandangan aku tentang makanan di Luckin Kopi.
Kalau dari sudut servis, pelayan bagus dan mesra. Siap suggest makanan yang disarankan oleh chef. Kalau kita nak exactly makanan tu macam mana, boleh tanya je dan pelayan akan explain macam mana makanan tu. Yang cheesy chiken tu kitorang order sebab pelayan yang suggest. Hidang makanan sebenarnya cepat, tapi hari yang kitorang datang tu, full house. Serius sangat ramai orang. Tapi order taklah lambat sangat siap.
Selain daripada makanan, Luckin Kopi ni sangat seiring dengan peredaran zaman. Aku cakap macam ni sebab Luckin Kopi ada satu kawasan khas untuk bergambar! Memang satu ruang khas dengan dekorasi dan pencahayaan yang sangat cantik. Dekorasi kedai sahaja dah cantik, dekorasi photo area laaaaagila cantik.
Nah aku share gambarnya. Cantik kan?
Okay, kalau nak pergi Luckin Kopi boleh terus waze je nama 'Luckin Kopi'. Ataupun nak senang naik je MRT ke Pasar Seni dan keluar ikut Pintu A. Keluar pintu, memang akan nampaklah kedainya.
Dalam masa yang sama korang boleh juga follow media sosial Luckin Kopi di Facebook dan Instagram ya.

![]() |
Warna kopi dia pun pada aku agak menarik perhatian. Korang kena rasa kopi ni tau! |
![]() |
Ni rojak yang berjaya buatkan aku menggamit memori. |
Menu istimewa Luckin Kopi
Antara menu istimewa Luckin Kopi ialah Cheesy Chicken, Chicken Wings (boleh pilih nak rasa original ke, rasa salted egg ke, spicy ke), Cheesy Indomee dan beberapa lagi menu yang menarik.
Kalau nasi lemak pula, ada variasi lauk termasuk sambal sotong! Ada panduan dalam buku menu macam mana nak order menu utama (main dish) ikut citarasa selera korang.
Main meal yang kitorang order ialah cheesy chicken. Serius tak sangka cheesy chicken ni dia akan hantar sekali dengan mini stove untuk panaska ayam dan cheese. Kira dapat makan panas-panas lah. Ayam dia sedap, banyak isi walapun bahagian thigh. Teruja seketika tengok cheese mencair. Kitorang terbiar api lama, sudahnya cheese hangus sikit. Tapi, cheese hangus ni boleh tahan sedap tau. Haha.
Last sekali kitorang order ABC. ABC ni Wildan yang nak. Punya lama dia tunggu ABC dia sampai. Dia nyaris mengamuk sebab lama sangat tunggu ABC. Maklumlah biasa ABC ni orang memang hidang last. ABC diorang ni lain sikit dari sudut penyusunan. Biasa kita jumpa ABC dicampurkan bahan-bahan sebelum letak ais kan? Luckin Kopi hidang ABC dengan cara yang berbeza. Bahan-bahan disusun keliling air. Kira duduk dekat luar. ABC dia kalau korang on diet, boleh kot nak try. Sebab tak semanis yang biasa aku makan. Manis ngam ngam je.
![]() |
Sos dia unik sebab tak pakai sos cili biasa. Makan dengan kentang goreng ni pun sedap. |
So, itu yang kami order dan serba serbi pandangan aku tentang makanan di Luckin Kopi.
Kalau dari sudut servis, pelayan bagus dan mesra. Siap suggest makanan yang disarankan oleh chef. Kalau kita nak exactly makanan tu macam mana, boleh tanya je dan pelayan akan explain macam mana makanan tu. Yang cheesy chiken tu kitorang order sebab pelayan yang suggest. Hidang makanan sebenarnya cepat, tapi hari yang kitorang datang tu, full house. Serius sangat ramai orang. Tapi order taklah lambat sangat siap.
Selain daripada makanan, Luckin Kopi ni sangat seiring dengan peredaran zaman. Aku cakap macam ni sebab Luckin Kopi ada satu kawasan khas untuk bergambar! Memang satu ruang khas dengan dekorasi dan pencahayaan yang sangat cantik. Dekorasi kedai sahaja dah cantik, dekorasi photo area laaaaagila cantik.
Nah aku share gambarnya. Cantik kan?
![]() |
Ambil gambar ni terus terasa macam diri photographer. Haha |
Okay, kalau nak pergi Luckin Kopi boleh terus waze je nama 'Luckin Kopi'. Ataupun nak senang naik je MRT ke Pasar Seni dan keluar ikut Pintu A. Keluar pintu, memang akan nampaklah kedainya.
Dalam masa yang sama korang boleh juga follow media sosial Luckin Kopi di Facebook dan Instagram ya.
Facebook:
Instagram:
Alamat Luckin Kopi:
No 14, Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur.
Kalau bab makan2 ni memang jarang yang tak sedap di tekak, semua sedap belaka. Hihihi.
BalasPadamBanyak menu ringan sesuai untuk santai2.
Kita kena puasa kopi lagi sebab bf anak. :(
Takpe, habis puasa nanti boleh pergi serbu. Hehe
PadamNampak menarik, terima kasih berkongsi tempat ini semoga ia mendapat tempat di hati pengunjung hehe
BalasPadamwohaaaa! menarik menu pelbagai dari asia ke western. signature dia mestilah kopi kaw kan..boleh try ni.
BalasPadamrojak sengkuang tu yang terliur tuuuu
yes, kopi dia bukan calang-calang rasa. rojak sengkuang susah nak jumpa dah sekarang ni.
Padambestnye,macam macam ada.nanti boleh pergi dekat luckin kopi dan cuba makanannya
BalasPadameh selalu sangat singgah MRT Pasar Seni tapi tak pernah nampak kedai Luckin ni! Kena singgah lah nanti sebab tergoda dengan kopi kaw dia!
BalasPadamkeluarje pintu A, deretan rumah kedai yang bertentangan tu ada. selang 2 kedai dari beryl's cafe.
PadamAlahi sedapnya awak. Dah la baca time malam-malam gini. Memang lapar la jawabnya. Haritu memang nak pergi masa dia baru bukak, tapi masa pulak clash dengan time kerja suami. Nanti nak ajak suami lepak makan kat sini la. Teringin ayam cheesy tu hehe
BalasPadamFuhh kopi ais mmg terbaik lah! Betul, warna dia lainn dari yang lain! Wajib try ni thanks for the info ya!
BalasPadammenarik.
BalasPadamlama nyer tak jejak kaki di petaling street. rinduuuuu central market!
menu nyer simple.
malaysian menu, kan :) terbaik.
suka jugak rojak yg ada sengkuang. krup krap kita makan nyer. sedap!
Menariknya tengok cheesy chicken tu. Kira macam ala ala masak sendiri la kan walaupun sebenarnya dah masak. Tapi serius nampak sedap. portion pun nampak besar
BalasPadamNampak sedap je abc tu. Fries pon nampak menarik
BalasPadamyummeh... yummylicious sungguh gambar-gambar makanan tu... teruja terus nak pergi... selalu gak dok pergi ke CM tu dulu... dulu la... dah lama sangat rasanya... zaman early 2000... ni nak pergi sana la ke Luckin Kopi ni... nak go down memory lane gitu... hehehehe...
BalasPadamaduh trliurnya tengok kopi ais dia. walaupun baru lepas breakfast. insyaAllah kalau ke sana nanti boleh singgah luckin kopi untuk cuba.
BalasPadamWahhh... menu dia nampak sedap.. kopi tu pun.. rojak ada sengkuang memang dah jarang kita jumpa.. dengan kacang tabur yg banyak tu.. perghhh.. mesti sedap..
BalasPadamOuhh, luckin coffee ni dekat dengan MRT Pasar Seni.
BalasPadamSedap pulak tengok rojak dia tu, Asma. Hehe.
Ruby pun suka kopii.
nice review..boleh buat orang terliur nak rasa.dekorasi kedai pon cantik,boleh bergambar dulu sementara tunggu makanan sampai.
BalasPadamWahh sana sini dgr Luckin kopi ni tau! Tempting sesangat. Nanti wajib try ni. Thanks for the info tho! ��
BalasPadamAaaaa sedapnya kopi dia. Teringat Kluang Rail Coffee. Sama macam Luckin Kopi. Tak manis sgt. Ada pahit2 sikit. Memang kaw rasa kopi dia. Tapi yg bestnya ada ayam cheese tu kan. Macam menyelerakan je tengok gambar
BalasPadamTak perasan pulak kedai ni, sbb selalu jugak saya dkt mrt pasar seni tu. Ha, lepas ni tau dah kt mana nk ajak member lepak. Terima kasih share ya
BalasPadamtempat ni nampak klasik sangat..suka tengok..btw mmg kopi dia nampak sedpa dan menarik ..inngat nak cuba satu hari nanti
BalasPadamAmboi syoknya enjoy makan makanan sedap & minum kopi ais kat sini. Dah la kesukaan saya kopi-kopi ni. Siapa yang naik MRT tu senang sangat la nak singgah sini kan. Thanks for sharing!!
BalasPadam