Carian

Mukhlis masuk tadika dah?

Assalamualaikum dan hai!

Kalau ada yang follow aku dari instagram mesti ada yang perasan aku dah start kerja sejak tengah bulan April yang lalu. Sekarang dah jarang nak update feed dan story. Bila ada kelapangan barulah update. Jangan risau, aku akan sentiasa update blog.

Memang dalam perancangan hidup nak bekerja. Cumanya, tak secepat ini. Sebab rancangan asal nak tunggu Mukhlis masuk 3 atau 4 tahun. Kira dalam tahun depan(?) macam tu. Walaupun sebenarnya masa Mukhlis nak masuk dua tahun dulu dah mula cari kerja, tapi hati masih berat rasa nak kerja dan nak tinggalkan dia dekat orang lain.

Alhamdulillah rezeki dapat kerja yang agak fleksibel. Jadi Pembantu Penyelidik atau Research Assistant. InsyaAllah ada rezeki dalam masa terdekat nak sambung master (doakan aku kuat dan boleh bersabar dengan cabaran!) Pada masa yang sama, dapat juga jadi tutor part time. Dan, tak lupa bisnes aku kat Calligenia Market masih berjalan lagi tau. Nampak macam orang gila duit dah. Haha. Aku buat semua serentak, kejar cita-cita dan untuk anak-anak hidup juga. Ini baru aku, belum tengok suami aku kerja. Lagi gila.

3 tahun dah tadika, hantar anak tadika umur 3 tahun

Buat masa sekarang, skop kerja aku tak memerlukan aku ke pejabat setiap hari. Kebanyakkannya aku buat dari rumah sebab projek programming. Rezeki dapat tajuk yang menarik perhatian bersesuaian dengan bidang. Kira rutin harian tak berubah sangat, cuma tambah slot masa untuk buat kerja. Awal-awal mohon kerja jadi RA dah siap cari taska untuk Mukhlis dan buat kira-kira untuk komitmen bulanan kami. Bila dapat tahu kerja fleksibel, bersyukur sangat-sangat. Masa dapat jadi part time tutor tu yang baru mula cari balik taska sebab aku kena keluar rumah beberapa hari seminggu.

Bagi yang memang kenal aku, aku tak berapa minat nak hantar anak tadika awal-awal. Malah, aku siap buat checklist untuk anak masuk tadika. Boleh refer pada entri yang ini
>>>Checklist untuk anak masuk tadika<<<

Target awal-awal cari taska yang boleh ambil Mukhlis dua atau tiga kali seminggu sebab bukan masuk pejabat setiap hari. Semuanya tak ambil. Last sekali baru aku tanya pada pengusaha tadika Wildan sebab memang tadika Wildan ada daycare sebelah petang. Alhamdulillah, diorang terima. Pengusaha pernah cuba untuk buat program kelas 3 kali seminggu untuk budak 3 tahun tapi tak dapat sambutan. Untuk kondisi Mukhlis yang 'speech delay' (nanti kita cerita dalam entri lain) pun aku terangkan dan pengusaha kata tak ada masalah. Dalam kelas 3 tahun ni banyak buat aktiviti untuk perkembangan stimulasi dan kemahiran serta benda-benda asas.

So, 8 Mei 2019 haritu bermulalah Mukhlis di hantar ke preschool. Aku hantar seminggu sebelum start masuk kerja supaya boleh dia biasakan dan selesakan diri. Hari pertama tu, aku hantar sampai masuk kelaslah. Tunggu dekat 15 minit juga walaupun sesi dah mula. Dia punya takut tu, muka muram suram. Wildan pujuk pun tak layan. Jebek je dia. Wildan pula dah jumpa kawan-kawan, fahamlah kan budak-budak. Pujuk acuh tak acuh. Haha. Masa dia dah start leka, nyorok-nyorok aku balik.

Masuk hari kedua, meraung dia, ya Allah boleh terbatal niat nak tinggalkan dia kat situ. Serius berbeza dengan apa yang kitorang suami isteri expect. Sebelum dia mula masuk sekolah, setiap hari dia teman aku ambil Wildan. Dan setiap hari tu gayanya macam selesa dengan cikgu-cikgu sekolah Wildan. Aku expect hari pertama je dia takut dan tak selesa.

Nak dijadikan cerita sepanjang bulan Mei tu, tiap-tiap kali hantar tu dia menangis. Walaupun hantar seminggu dua kali, pagi-pagi tu memang menangislah. Menangis, meraung, meronta. Aduhai. Tapi.......... ada tapi......... Menangis dia memang akan mula dari naik tangga, tapi dia tetap naik, tetap buka selipar, tetap susun selipar. Mata menangis, badan melangkah masuk. Dan, setiap kali aku datang ambil, nampak nan helok je mukanya berseri siap. Haha. Pening juga sebenarnya.

Sebenarnya aku dah mula ragu-ragu apa masalah dia asyik menangis je setiap kali hantar. Runsing takut dia ada tak selesa atau tak suka apa-apa kat sekolah. Dan, kebetulan aku pernah dengar Live Dr Putri Afzan, founder Kinderkaizen, yang fasa penyesuaian (adaptation phase) setiap budak berbeza mengikut personaliti dan karakter budak. Pengalaman Dr Putri, ada sampai 6 bulan baru budak tu adapt. Serius aku dah prepare untuk hadap Mukhlis menangis meraung macam kena dera setiap kali hantar. Sebab aku perasan Mukhlis ni berani bila ada orang yang dia kenal. Kalau tak ada orang yang dia kenal, terus kecut perut menangis meraung. Dan kat sekolah Wildan, diorang sangat tekankan emosi dan perkembangan skill anak-anak. Lagipun Mukhlis setiap kali balik, senyum lebar bukan main. Haha. So, sah proses penyesuaian berpisah pagi-pagi lah masalahnya.

hantar anak tadika umur 3 tahun
Saja selit gambar ni. Ni aktiviti kat rumah je. Tapi untuk level dia boleh mula bagi gunting, bawah pemerhatian.

Kebetulan pula, salah seorang cikgu adalah kawan sekolah aku. Boleh tahan baik jugalah masa sekolah dulu. Rezeki sangat dia tolong tengokkan Mukhlis. Dia selalu juga cerita perkembangan Mukhlis. Dia siap cerita, yang Mukhlis ni menangis masa aku hantar je. Lepas tu, dia buat tadika tu macam rumah dah. Lari bilik sana, lari bilik sini. Main tu main ni. Memang tepuk dahilah aku dibuatnya. Saje menduga maknya.

Masuk cuti sekolah hujung bulan Mei, memang tak hantarlah sebab untuk Wildan dan Mukhlis ni aku daftar sepenuhnya untuk tadika dan bukan untuk daycare. Kalau nak letak time cuti sekolah, ada caj tambahanlah sebab bukan dalam pakej masa daftar dulu. So, dua minggulah Mukhlis tak pergi sekolah. Terbantut sekejap proses penyesuaian dia.

Habis cuti sekolah, hantar lagi. Dua hari pertama selepas cuti raya, dia menangis macam biasa. Meraung kuatlah. Masa pick up, kawan aku cakap bukan main seronok si kecik tu kat sekolah. Menangis pagi tu cuma drama agaknya. Masuk minggu berikutnya, hari pertama nak hantar, dia muram juga, tapi tak menangis. Aku tengah tunggu dia menangis, jiwa dah kental nak tengok dia meraung menangis. Sampai masuk pintu, salam cikgu semua tak ada pun dia menangis! Muka dia tetap muram, tapi kaki tetap masuk pintu dengan perlahan-lahan. Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Dia dah okay pergi sekolah walaupun bagi muka jebek pagi-pagi.

Pada aku, nak hantar anak tadika umur berapa sekali pun, ikutlah masing-masing tapi fahamilah jiwa anak-anak. Kenal pasti tempat kita nak hantar. Macam Mukhlis ni, untuk 3 tahun memang diorang tak ada push apa-apa. Lebih pada buat aktiviti stimulasi sahaja. Ada je hari Mukhlis tidur. Setiap kali balik, dua beradik ni mesti happy. Tak pernah balik-balik moody. Moody time pagi je sebab mengantuk.

Mukhlis pun sebenarnya dan sepenuhnya potty train. Boleh baca kat sini macam mana dia boleh awal potty trained.
>>>Mukhlis dah potty train<<<

Cuma, untuk masuk tadika aku pakaikan sebab masalah speech dia. Buat dia stress sebab susah nak bagitahu dan susahkan cikgu sebab bukan Mukhlis je dia nak layan. Pampers lebih pun aku prepare dalam beg Mukhlis. So far, tak pernah lagi berganti melainkan ada sekali minggu lepas (hujung bulan Jun). Yelah, sesi 4 jam je. Waktu Mukhlis membuang biasanya tengahari atau malam. Kadang-kadang je lari timing.

Alhamdulillah, cikgu-cikgu bagi feedback yang baik. Mukhlis boleh faham arahan, cuma tak boleh express sahaja. Pengusaha ada juga share dengan aku tips untuk masalah speech delay ni. Kawan aku pun bagi support yang Mukhlis insyaAllah akan bercakap punyalah.

So, itulah dia sedikit sebanyak cerita kenapa dan macam mana aku hantar anak umur 3 tahun masuk tadika. Kalau korang berminat nak tahu apa perlu prepare untuk anak masuk tadika, especially budak umur 5-6 tahun, boleh download checklist yang aku buat berdasarkan buku Adlil Rajiah kat entri Checklist Anak Masuk Tadika. 

Doakanlah kitorang boleh maintain harmoni hantar anak-anak ke sekolah sampai bila-bila.

Thank you sudi singgah dah baca.
Kalau ada cadangan untuk kurangkan kemuraman anak pagi-pagi, boleh bagi tau.
Mana tahu sangat membantu.

34 ulasan

  1. Ohh baru masuk keje balik? Jadi RA kat mana skrg? Semoga yg baik-baik utk Mukhlis. Hantar tadika awal tapi tak push membaca ke apa takpe. Asalkan dia seronok dgn persekitaran dia kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah kerja sejak grad. Haha. RA dekat UKM. InsyaAllah, so far diorang memang fokus pada perkembangan skill dan sensori anak2.

      Padam
  2. Anak yang masuk Tadika ni kalau masuk sekolah rendah dah takde la takut lagi nak pergi sekolah. Lagipun mereka boleh belajar macam2 seperti skill berinteraksi dengan rakan sebaya, cara nak kongsi barang dan banyak lagi ilmu kan...

    BalasPadam
  3. Seronok baca cerita sis. Bertambah seronok sbb nur pun pernah ada riki2 juga nk RA masa mengandung 2 thn lps & sambung master. Tp terkubur dah. Tp o ni lps baca story anak sis masuk tadika, membuak2 balik perasaan tu. In shaa Allah. Mana tahu ada rezeki. Btw, thanks sis, byk info terselit dlm story sis. Salam kenal dari Nur ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Nur. Jangan putus asa. Saya dulu pun sebelum mengandung ada plan nak sambung juga sekali mengandung. So, saya peram dulu cita-cita untuk anak-anak membesar. By plan, nak start next year tapi Allah bagi lagi baik. Saya dpt sekarang dgn masa yang flexible dan slowly akan busy sbb dah masuk master akan sibuk. Kira sekarang ni training phase untuk saya adapt semula dengan student life. Dah lama jadi mak sepenuh masa. Sekarang jadi mak sepenuh masa dan pelajar dan wanita bekerjaya. Hehe. InsyaAllah Nur boleh. Buat plan, dan execute. Jalan tak jalan, serah pada Allah. InsyaAllah dia bagi plan paling cantik untuk Nur.

      Padam
  4. wah bagusnya! awal-awal dah masuk tadika sebagai pendedahan;. bukannya apa kanak-kanak ni anxiety dia semacam bila dah terbiasa takde la dia rasa kekok ke apa kelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abangnya dulu langsung tak bermasalah. Haha. Mungkin jenis personaliti dua orang ni berbeza agaknya. Tapi betul, lama-lama dia akan biasa. InsyaAllah

      Padam
  5. Tahniah Mukhlis kerana boleh bertahan lagi di taska. Mama pun kena bersabar jugak ya. Demi masa depan anak. Nanti boleh puan share macam mana bekerja dari rumah tu? Nak jugak tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Demi anak.

      Saya buat banyak benda dari rumah.
      Saya start dengan jawab survey secara online. Boleh tengok di post saya pasal jana income dengan survey.
      Lepas tu saya join dropship. Masa saya start dulu, dropship ni tak macam sekarang, merata-rata jumpa. Dan masa saya dulu susah nak gain trust pelanggan sebab kita tak pegang barang, harapkan HQ punya info sahaja. Tapi bila dah lama bertapak, orang akan kenal. InsyaAllah.
      Dan start tahun lepas saya join satu jenama pakaian sebagai online customer service. Tak perlu masuk office, handle customer, order semuanya dari rumah sahaja. Macam virtual assistant tapi dengan jobscope yang kecil dan commision based income.

      So far inilah yang saya buat sebelum saya dapat jadi RA dan part time tutor.

      InsyaAllah kalau ada masa, saya nak cerita juga pasal menjana income dan kerja-kerja yang boleh buat dari rumah.

      Padam

  6. Bagus juga pendekatan awal hantar anak ke tadika ni kan..selalunya anak akan lebih berdikari and lebih bijak menyesuaikan diri dengan orang lain.. drama pagi2 memang terpaksa la hadap sedangkan anak dah darjah satu pon drama nak bangun pagi.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ye tak ye kan. InsyaAllah harapnya lebih berdikari dan boleh adaptlah.

      Padam
  7. Bestnya dpt kerja dr rumah..dpt masa yg fleksibel utk anak2 dan kerja..selalunya budak2 bila hantar ke sekolah mmg depa suka buat hal..tp bila nak ambil balik eh eh elok plak...so mak2 jgn sedih2 ok..mmg gitulah pagai anak2..manja bila nak pisahkan sekejap bila dh dpt kawan n apa yg dia suka..ok dah

    BalasPadam
  8. Interestin story. Pengalaman yang sememangnya sangat bermanfaat utuk mereka yang masih lagi tertanya2 tentang anak mereka. Untuk saya, mungkin belum lagi. In shaa Allah akan saya jadikan panduan untuk future. :) Terima kasih share

    BalasPadam
  9. Tahniah Mukhlis, nampak seronok jer main gunting-gunting tu, moga rajin-rajin belajar nanti yea... good boy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guntinglah aktiviti paling best. Haha. Amiin. Thank you.

      Padam
  10. Tahniah Mukhlis moga jadi anak yang berguna dan juga berjasa untuk kedua ibubapa dan juga bangsa dan negara belajar rajin-rajin ok jangan nak main jer hehehehe wakakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.Budak biasalah nak maaaain je. Amiiin. Terima kasih atas doa.

      Padam
  11. Waaaa, baca ni kita pulak risau anak kita macam mana la nanti..tahund epan dia dah nak sekolah dah...huhu..risau juga ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah okay. Memang jiwa sedikit kacau tengok anak menangis meraung tapi bila kita tengok anak punya behaviour okay, tak ada perubahan drastik, saya rasa tak ada masalah. Yg jadi masalah bila anak pun berubah sikap. Huhu. Ini yang bahaya.

      Padam
  12. Comelnya bila dia buat muka jebek tu - mesti pelakon terbaik nie. Haha
    InsyaAllah dia akan bercakap gak nanti - takut masa tu nanti parents plak tak larat sebab dia bercakap non stop hahaha
    Congrats in landing great jobs.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dia jebek, it's hard not to pity him. Haha. Amin, hopefully kami tabahlah melayan dia bercakap. Thanks for the wishes.

      Padam
  13. Ini pengorbanan seorang ibu eh. Punya banyak tenaga nak kena handle banyak benda kan. I respect you kak. Nad yang baru kawin ni pun terpaksa berhenti kerja nak ikut suami. Bila lah nak datang mood bekerja tu semula. Harap dapat semangat dah kekuatan yang sama macam akak untuk cari duit :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Masa sekolah tak pernah terlintas nak jadi surirumah. Plan cantik kononnya nak kerja habis degree. Sekali habis degree ada anak. Tapi cita2 masih ada. Kita plan je. Execute dan tawakal. InsyaAllah. Akak doakan semangat Nad tetap kuat.

      Padam
  14. Anyway congrats dapat kerja tu. Memang susah mula2 nak hantar anak ke tadika sebab dah biasa dengan dia setiap hari. itulah dugaan kan, lama2 dia akan biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Susah sebab dia menangis teruk. Huhu. Tapi nampak dia okay, improvement pun ada. Tenang sikitlah. Hehe

      Padam
  15. Nak bagi cadangan kurangkan kemuraman anak waktu pagi tu, susah jugak. Sebab anak saya saya hantar dekat kinderkaizen. Hari hari nak pergi sekolah. Even masa awal awal hantar dulu, die tak faham lagi konsep nya pergi sekolah isnin sampai jumaat je, sabtu ahad pun gigih nak pergi sekolah jugak. Tapi tak ape, just sebelum tinggal anak dekat sekolah, peluk cium kata i love you, jumpa tengah hari nanti macma tu je lah. Sampai dia sendiri ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nice tips. Pagi2 kadang saya kelam kabut, anak pun mamai, tak cakap pun i love you, jumpa tengahari. Boleh lah lepas ni buat walaupun dia mamai. Hehe. Thanks.

      Padam
  16. anak sy empat bulan tiap2 pagi nangis.. tapi keep hantar juga, and kalu hari x nngis bagi reward.. lama2 dia ok.. boleh main dgn kawn.. semoga Mukhlis happy pegi school..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaa. 4 bulan? Kuatnya mama. Kita sebulan pun dah runtun jiwa. Walaupun sebelah pagi je time hantar tu je dia macam tu. Bagi rewards seems a good idea. Boleh cuba lepas ni. Terima kasih share.

      Padam
  17. I think since he is young it is ok to let him have fun. And perhaps like you have mentioned rewarding him is a good idea as well to encourage him.

    BalasPadam
  18. Kalau mukhlis baru tiga tahun meragam macam tu, anak kita ni tadika 5tahun.
    Allah.. Setiap hari pagi pagi mesti bergado dengan dia. Dia malas nak bangun. Katanya penat, mngantuk. Tido awal. Bila balik tengok elok je. Alahai.. Bertabah betul rasanya..

    BalasPadam

Komen