Carian

Apa kita nak 'expect' masa hari perjumpaan dengan guru?

Assalamualaikum dan hai!

Dah nak masuk bulan Ogos dah kita semua. Alhamdulillah dah lepas fasa 7 bulan yang pertama.

Masa sekolah dulu, antara hari yang aku suka ialah Hari Perjumpaan dengan guru kelas. Sebabnya, habis perjumpaan dengan guru kelas boleh baaaaaalik!

Sejak dari darjah satu memang Ummi akan datang paling awal. Jadi antara lima orang pertama biasanya. Maklumlah dia bekerja. Nak tak nak dia boleh luangkan masa sebelah pagi sahaja. Last hari perjumpaan dengan guru semestinya masa aku tingkatan 5. Dah 10 tahun yang lalu dah. Sekarang aku pula datang tadika anak untuk jumpa cikgu anak sendiri. Ya Allah tuanya laaa.

Siapa yang follow blog aku, memang tahu ini adalah tahun pertama Wildan masuk tadika. Dan aku sebenarnya tak ada expectation yang tinggi sangat memandangkan dia pun baru 5 tahun. Hehe. Tak sangka pula tadika dia ada buat Parents' Teacher Meeting (hari perjumpaan ibu bapa). Kalau ikut takwim asalnya, sepatutnya sebelum cuti raya bulan Mei hari tu. Tapi masing-masing cikgu dan ibu bapa sibuk, makanya ditangguh sampai tengah bulan Julai.

hari perjumpaan guru


Sejujurnya, aku tak ada meletakkan expectation yang tinggi pada Wildan. Aku cuma nak tahu macam mana dia menyesuaikan diri dengan masyarakat dan bersosial. Yelah, 4 tahun sebelum ni dia duduk rumah sahaja. Ummi dialah mak, Ummi dialah cikgu, Ummi dialah garang, Ummi dialah tukang pujuk, Ummi dialah melayan soalan-soalan dia, Ummi dialah bestfriend nak main masak-masak. Senang kata siapa sangatlah dalam dunia dia.

Tahun lepas (2018) aku daftarkan dia masuk playgroup. Playgroup ni kira macam persediaan jugalah untuk anak sesuaikan diri dengan tadika tapi masih ada mak atau ayah yang duduk bersama dalam kelas dan join belajar dengan anak. Tujuan playgroup adalah untuk anak-anak sesuaikan diri dengan suasana tadika. Nanti dia masuk tadika betul-betul, taklah dia terkejut sangat tak ada mak ayah.

Boleh baca entri Persediaan Anak Sebelum Tadika untuk tahu apa sebenarnya program playgroup dan boleh dapatkan senarai semak untuk persiapan anak masuk tadika.

So, hasil dari perjumpaan dengan cikgu Wildan, bab akademik Wildan okay. Malah cikgu dia sendiri tahu yang Wildan ni aku buat homeschool (kadang-kadang). Konklusi cikgu, Wildan ni kira agak ke depan berbanding orang lain. Isunya, bila dia tahu, cikgu tanya kawan sebelah pun dia nak juga jawab. Bila cikgu tak bagi jawab dia merajuk. Haha. Aduhai. Aku cakap juga kat cikgu, toksah layankan sangat. Kitorang pun jarang nak pujuk sebab merajuk dia lebih kepada dia nakkan dia yang diberi perhatian penuh.

hari perjumpaan guru
Nampak tak keseriusan yang berlaku?

Isu lain ialah sikap 'perfectionist' Wildan. Aku mula buat homeschool, walaupun tak konsisten, memang aku perasan yang dia sangat teliti. Tahap teliti dia tu memang boleh buat kita picit kepala juga. Yelah, bila buat aktiviti tracing (menekap), dia boleh mengamuk kalau dia tulis terkeluar dari garis tracing tu. Dia suruh padam, nanti dia buat balik dan dia marah lagi. Ulanglah sampai dia puas hati. Tapi, alhamdulillah selama 6 bulan, cikgu kata sikap teliti yang over tu dah berkurangan sikit. Masih ada, tapi nampak dia dah mula faham yang tak boleh terus perfect.

Walaupun Mukhlis baru masuk (genap dua bulan masuk tadika ni), aku jumpa juga dengan cikgu dia yang selaku pengusaha tadika. Biarpun Mukhlis ada masalah speech delay, sepanjang dua bulan, cikgu-cikgu tak ada masalah untuk handle Mukhlis. Dengar arahan pun dengar, buat aktiviti pun dia buat. Alhamdulillah, serius lega bila tahu. Risau sangat sebab dengan keadaan Mukhlis yang speech delay ni, aku risau dia jadi tantrum sebab dia tak boleh nak suarakan kehendak dia. Tapi cikgu kata dia okay sangat.

Nak tahu kenapa aku homeschol walaupun bukan sepenuh masa, boleh baca pandangan aku pasal homeschool pada entri yang ini ya >>> Homeschool adalah tak sekolah? <<<

Sambil cerita, aku nak kongsikan sikit pandangan aku sebagai mak ayah apa yang kita nak tanya cikgu masa hari perjumpaan atau 'report card day'.

1. Tanyakan tentang sikap dan tingkah laku anak di sekolah
Kalau perasan, anak-anak dia akan ada dua personaliti. Kat rumah lain, kat sekolah lain. Tak sangka pada usia 5 tahun, Wildan dah pandai tunjuk dua personaliti. Aku risau dia bawa perangai manja dan malas main-main dia kat sekolah. Yelah kat rumah liat nak baca buku, malas main-main bila minta tolong. Sekali cikgu dia cerita yang dia rajin tolong, lancar baca buku. Terkejut sekejap. Haha.

2. Dengar dengan teliti apa yang nak diceritakan oleh cikgu
Pada masa aku sampai je, aku tunggu cikgu Wildan buka semua buku kerja, buku bacaan dan ceritakan progress Wildan. Oh ya, buku dia semua kat tadika. Dia memang tak ada bawa balik homework, melainkan homework mingguan yang melibatkan aktiviti keluarga. Semua luahan pasal perangai ke apa yang Wildan buat semua aku dengar je. Tak mencelah. Kadang kita dengar cerita sebelah anak je, tak pernah dengar cerita sebelah pihak cikgu.

hari perjumpaan guru
Sampai bertongkat-tongkat dagu dengar cikgu Wildan bercerita


3. Bincang dengan cikgu untuk bantu cikgu bantu anak kita
Pada aku, hari perjumpaan dengan gurulah hari paling sesuai untuk bincang dengan cikgu apa kita sama-sama, sebagai orang yang lebih dewasa dan matang boleh bantu anak-anak yang kecil ni. Cikgu bagitahu concern dia pasal anak kita, dan kita pun bagitahu concern kita. Kemudian kita bincang apa kita sama-sama boleh buat. Ini bukan masa nak tunding, 'awak cikgu, awaklah patut buat' atau sebaliknya. Kalau macam tu sampai sudah anak-anak ni tak terbantu.

4. Suarakan kebimbangan kita tentang anak
Cikgu ibarat ibu bapa kedua anak-anak bila dia di sekolah atau tadika sebab cikgu-cikgu nilah diorang pandang tinggi dan bagi hormat. Kita sebagai mak ayah minta je tolong cikgu. Bagi tahu kebimbangan kita dan minta pendapat. Macam aku, memang bagitahu yang aku risau pasal habit 'perfectionist' Wildan. Dan cikgu dia memang banyak bagi pendapat dan pandangan.

5. Elakkan mendesak cikgu-cikgu
Setiap ibu bapa mesti nak anak-anak pandai kan? Tapi, sebagai ibu bapa juga kita kena peka dengan keadaan cikgu-cikgu yang diorang ada ramai anak-anak yang perlu dijaga. Bukan anak kita seorang je. So, berhati perutlah sikit. Jangan hari perjumpaan ni kita sibuk desak cikgu fokus anak kita seorang je. Kita kenal anak kita, tahu kapasiti dan minat anak kita. Laporan dari cikgu kita terima dan nilai dengan kapasiti anak.

hari perjumpaan guru
Sambil menunggu umminya siap bercerita, abah tengokkan anak-anak yang sakan bermain.

Point-point ni semua pendapat aku semata-mata. Bergantunglah kalau korang rasa sesuai, sesuai. Kalau rasa tak sesuai, biasalah kita manusia sentiasa ada pendapat yang berbeza, kan? Lagipun kita semua ada matlamat dan objektif yang berbeza.

Sebagai mak yang masih muda (sebab anak baru 5 tahun), masih jauh lagi perjalanan dalam dunia keibubapaan ni. Anak-anak pun kecil lagi. Tak tahu apa yang akan ada tahun-tahun mendatang.

Terima kasih sudi baca.
Korang-korang yang parents veteran, apa pengalaman sepanjang datang hari perjumpaan cikgu?
Ada tak yang kelakar atau yang paling tak boleh dilupakan?

26 ulasan

  1. it's great to meet up with teacher... teacher-parents communication is great for the best in the kids... :)

    BalasPadam
  2. adeh, paling takot bila cikgu call and kata nak jumpa. tapi hari parent teacher meeting ni kalu buat regular memang best sebab nanti boleh tahu perkembangan anak kat sekolah dan sikap dier baik atau buruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, berderbar je hati. haha. but then its good bila ada perjumpaan macam ni. at least kita parents dan teachers boleh bekerjasama untuk bantu anak-anak.

      Padam
  3. Bila baca posting akak buatkan saya teringat bila setiap kali perjumpaan dengan guru anak saya. Biasanya saya yang akan hadir ke perjumpaan tu sebab wife masih dalam pantang awal tahun ni. So, setiap kali saya p, pasti saya seorang jak wakil ayah...yang lain semuanya ibu pelajar yang mai :) haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. tapi baguslah involvement dari pihak ayah.

      Padam
  4. tamat sudah sessi aida berjumpa dgn cikgu tadika.
    kini, gabra jumpa cikgu sekolah plak.
    time anak di peringkat tadika, bila jumpa cikgu, aida suka dgr dulu apa cikgu nak ckp / citer.
    bcoz anak akan different dari dia di rumah. so, mengetahui apa dia buat dan siapakah dia dari kaca mata cikgu nyer, amat penting bagi aida.
    then, aida akan tanya, camne aida boleh bantu jika ada masalah.
    aida memang homeschool tanpa henti sejak anak sulung umur 4 thn.
    tadika, sekolah rendah hingga now dia dah pun sekolah menengah.
    tetap maintain homeschool. penting. aida kena tahu tahap diorang ikut penilaian aida sendiri.
    then, baru kita boleh matching bila cikgu komen plak pasal diorang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat sangat. homeschool tak boleh stop. kena bagi anak tahu learning is lifetime dan tak tertakluk di sekolah atau kelas sahaja. bagusnya boleh maintain. doakan saya boleh maintain macam akak.

      Padam
  5. terima kasih atas tips yang diberikan, akan dipraktikkan bil asay dah berkeluarga dan mempunyai anak nanti. :) sangat bagus. terima kasih share ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang tua kata masa bujang-bujangan nilah waktu menggali ilmu rumahtangga dan keibubapaan. keep up!

      Padam
  6. Semoga ia menjadi anak yang soleh kepada ibubapa. Kena banyak berdoa semoga mereka menjadi anak yang taat kepada kita dan taat kepada Allah dan Rasul,

    BalasPadam
  7. haritu dah jumpa i bagitahu dekat teacher i sebagai parent jadi stress bila anak bawa kerja sekolah sebab kadang kadang kita tak tahu macam mana teacher mengajar di sekolah.. nak ajar pada anak kita... anak kita ni bila kita mengajar dia buat macam macam tak tahu je all the timess.... huhuhuh nak nanges tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya ni dilemma cikgu-cikgu. ada parents tak suka homework banyak, ada parents complaint tak ada homework. huhu. itu yang pada saya penting kita berkomunikasi dgn guru. komunikasi dgn cara yang betul. memang betul bila kita ajar anak buat macam tak tahu, tapi saya rasa kat rumah cara kita kena pandai tackle. saya dan adik-adik dulu mcm tu juga, balik rumah, semua homework tanya mak. mak saya simple, dia minta nota/rujukan supaya dia tahu apa yang cikgu ajar dan method yang cikgu kenalkan.

      Padam
  8. Sis pun dari anak sekolah tadika hinggalah dah form 3 ni, memang bila hari perjumpaan aje memang sis tak ketinggalan ke sekolah untuk jumpa cikgu. Memang nak tahu macam mana perkembangan, pelajarn dan macam2 lagi le..hehehe. Mak2 memang cam ginilah kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, semua mak nakkan yang terbaik untuk anak-anak, bantu anak-anak.

      Padam
  9. Wahh. Rindu nya zaman sain report card ni. Betullah best dulu sebab boleh balik awal. Tapi takut jugak, kalau kita nakal. Habis terbongkar cikgu cerita dekat parent. Balik awal pun tak best, kena bebel 🤣🤣. Ok la tu zaman tadika pon dh ada perjumpaan, kena sentiasa update pasal anak jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebabkan ada report card day ni laaaa saya membesar jadi berhati-hati. haha. takut tindak tanduk direport pada mak ayah.

      Padam
  10. Bagus Wildan.. Kadang memang anak lain karektor kat rumah dan sekolah. Normal jer..
    Expectations nina tak tinggi mana untuk anak-anak. Just happy apa derang buat dan tahu menilaikan baik buruk sesuatu perkara Alhamdulillah.
    Nanti satu ketika anak remaja, kita laaa bff dia. Pentingnya terapkan family first sejak kecik. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Tak mudah ibubapa sekarang dan akan datang.

    BalasPadam
  11. bagus ada sesi yg mcm gini... sbbnya tugas didik anak utk jadi makin pandai ni bukan hanya boleh lepas kat cikgu semata.. then tugas cikgu kat sekolah pun tak leh nk ckp anak tak di bentuk mak ayah jika si anak tunjuk sikap yg bukan2.... bila bincang mcm gini barulah boleh tahu keadaan perkembangan anak dan bincang juga apa patut di buat utk bantu anak tu..

    BalasPadam
  12. Anak and pun tahun depandah start sekolah..dia pun jenis kalau tulis salah, terus meragaam..hahaa..ak tau la nanti macam mana

    BalasPadam
  13. Serinok sebenarnya dapat jumpa dengan cikgu. Kita boleh bincang tentang perkembangan anak2. Perbincangan dua hala antara guru dan ibubapa adalah penting

    BalasPadam
  14. setuju dengan semua pendapat diatas ..suka jadi org yang terkahir jumpa cikgu sebab boleh bincang lama sikit ...paling bagus time jumpa cikgu bawalah buah tangan sedikit ...tak salah pun beli jiwa cikgu yang didik anak kita

    BalasPadam
  15. Emi pun dulu2 suka kalau hari perjumpaan guru dan ibubapa. Sebab boleh terus balik lepas tu, heheheh

    BalasPadam
  16. Thanks atas tips dan info yg dikongsikan ni. Boleh praktikkan jika sudah ada anak nanti.. Sebelum ini wawa jd baby sitter iaitu anak2 buah.. So dapatlah tau serba sedikit.. Apa2 makbapak mmg perlu tau & pantau apa anak2 buat disekolah start dr taska & tadika lagi terutamanya

    BalasPadam
  17. Wow.. Perfectionist nya wildan.. Ank kita yg sulung tu jnis suka art.. Dia suka melukis.. N coloring apa yg dia lukis tu... Suka tgk naive art dia

    BalasPadam
  18. Bagus perkongsian macam ni. untuk persediaan awal bila ada anak nanti hehe. Untung budak2 zaman sekarangkan.

    BalasPadam

Komen