Carian

[REVIEW] Aloe Scrub dari Forever Living

Assalamualaikum.

Bagi orang perempuan, rasanya perkataan 'scrub' tak lagi asing, betul tak? Sebab sebahagian daripada skincare routine, penggunaan scrub ni memainkan peranan yang besar walapun bukan pakai setiap hari.

Selain daripada pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembab (moisturizer), penggunaan scrub secara mingguan dalam dua ke tiga kali seminggu memainkan peranan penting untuk menyerikan kulit. Yelah, scrub ni fungsinya untuk menanggalkan kulit mati, lagi-lagi kulit kusam. Biasanya tekstur scrub ni kasar atau berbiji-biji.

forever living aloe scrub



Aku mula kena scrub masa sekolah menengah. Pakai brand Safi. Lepas tu macam tak faham apa fungsi dia, aku skip sampailah masuk universiti. Masa tu perlahan-perlahan faham, tapi tak pakai sangat. Beli scrub pun, beli scrub badan je. Yelah, masa kat Moscow dulu asal musim winter habis kulit kering lagi-lagi kat bahagian kaki. Masa tu memang rajin guna scrub seminggu sekali ke dua kali dan body butter setiap hari. Haha.

Dah nak kahwin baru start pakai scrub muka. Maklumlah nak berseri time kahwin. Tapi lebih kepada kesedaran pasal scrub muka ni dah ada.

Tapi, masalah aku dengan scrub dari dulu ada satu je. Puas hati hanya pada penggunaan pertama dan kedua. Bila penggunaan seterusnya macam tak sama. 'Wow' effect macam tak ada. Biasanya sebab sayang nak buang, aku gunalah sampai habis. Banyak dah brand cuba. Dari product homemade (bukan timbang kilo!) sampailah yang ada dekat kedai-kedai Watson, Guardian etc ni.

Bila mak kenalkan product Forever Living, antara section catalog yang aku nak sangat tengok ialah skincare. Haha. Dari dulu, bagilah catalog apa-apa, bahagian skincare memang tumpuan utama. Nampaklah aloe scrub ni. Tapi................tak beli sebab takut tak ngam. Lepas dua tahun gitu, mak beli scrub ni. So, aku pun tumpang cuba.

Surprisingly, aku puas hati! Sampai cakap dekat mak, nanti nak orderlah scrub satu tiub.

Apa yang buatkan aku suka Aloe Scrub?

1. Tekstur halus.
Dalam banyak-banyak scrub ini antara scrub yang halus. Hampir sama macam tekstur scrub St Ives yang warna pink, tapi macam halus sikit kot.  Dalam scrub ni dia tak pakai microbeads yang membahayakan alam sekitar tau. Dalam scrub ni dia ada microsphere of jojoba oil. Macam bebola minyak, kot. Microsphere ni halus je dan tak irritate kulit.

forever living aloe scrub


2. Tak mengeringkan
Kebanyakan scrub aku pernah cuba, lepas pakai kulit terasa kering. Walaupun tak ada rasa kulit tarik, tapi kalau tak pakai moisturizer akan terasa kulit kering, dan untuk kulit aku, memang kadang sampai kulit mengelupas kalau silap sikit. Bila pakai Aloe Scrub ni alhamdulillah tak mengeringkan pun kulit. Lepas dah bilas muka, sedang elok lembut dan melembapkan. Boleh procees pada step yang seterusnya.

3. Tak berminyak
Walaupun scrub ni ada minyak jojoba, dia tak ada kesan minyak pun. Ada juga jenis scrub aku cuba, product homemade, yang agak berminyak yang buatkan aku rasa kulit makin tak bersih. In the end, aku buat step scrub ni sebelum cuci muka. Sebab tak nak bagi muka berminyak. Tak selesa.

4. Kulit terasa mulus.
Ini benda yang buatkan aku puas hati sangat. Scrub lain yang aku pernah cuba biasanya first dan second pakai je rasa kemulusan kulit atau rasa berkesannya scrub ni. Dengan Aloe Scrub ni, pada awalnya aku agak skeptik sebab tak ada rasa hasil. Tapi selepas aku rajinkan diri cuba dalam tiga empat kali, memang ada hasil. Dan sekarang setiap kali pakai, memang macam immediate effect pada kulit.

forever living aloe scrub


Sepanjang aku dok pakai, memang puas hatilah. Dan memang dah order satu tiub pun!

Kalau korang, scrub macam mana pilihan korang?

38 ulasan

  1. oh wow.. the texture nampak sangat halus.. looks quite gentle to the skin jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang gentle. mula-mula pakai rasa tak confident sebab it's so soft on the skin.

      Padam
  2. Kita sebagai wanita ni memang banyak nak dijaga. Ermmm.. LeYa lebih suka scrub yg mengandungi bahan-bahan organik dan diyakini.. Hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah try yang homemade, tapi tak sesuai. hehe. itu yang lebih selesa yang diformulasi khas untuk kulit.

      Padam
  3. scrub aloe vera ni macam best, boleh la try nanti..info terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh try! mak saya pakai, adik saya pun pakai. hehe.

      Padam
  4. Best dapat scrub muka sesekali. Terasa bersih je. Kita dulu sebelum kawen rajin juga pakai scrub. Dah kawen ni pakai juga. Tapi scrub tu cousin buat dari bahan bahan semulajadi.. Belum lagi beli di pasaran luar. Sebab tak sure apa yang sesuai dengan kulit muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab kesihatan, kecantikan kena rajin membaca, kalau rajin nak melabur attend kelas-kelas khas lagi bagus.

      Saya pun sebab pengalaman involve dengan bisnes penjagaan kulit (sekarang tak buat dah) yang buat saya mencari gali ilmu.

      Saya secara personal tak sesuai dengan yang semulajadi. Pernah cuba. Bukan setahun, dua tahun tahan sabar. Hehe. Tapi ramai je yg okay, dgn saya mungkin ada allergik dan kulit sensitif.

      Padam
  5. scrub ni kena pilih yg sesuai dgn skin..cth mcm scrub muka ..kalo tk sesuai dgn skin bole naik jerawat...biasa guna scrub utk bdn je...lps pakai lembut je rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul! sebab silap kandungan bahan akan buatkan jerawat makin banyak naik.

      saya dulu kat Malaysia tak pernah scrub badan. haha. sampailah belajar luar negara baru tahu badan pun kena.

      Padam
  6. Kita mmg sejenis malas nak cuci muka dgn cleanser la ape semua tu. Tp 3-4 hari skali mmg wajib scrub muka bila dah x selesa bemrinyak & rasa kulit kotor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaaan. Selang 3 4 hari mula dah terasa tak sedap kulit. Time tu lah scrub pe semua yang perlu. Baru rasa segar!

      Padam
  7. Wahh boleh cuba juga produk ni...susah nk cari yg sesuai dgn kulit wajah...thanks for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Nak cari produk yang sesuai nak tak nak kena try and error dan jangan pernah give up. Good luck!

      Padam
  8. bagusnya aloe scrub ni, zul selalu pakai scrub St Ives tapi kasar. Maybe patut cuba Forever Living Aloe Scrub ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. I used yang Apricot. Beza sangat! Pernah juga guna yang pink. Almost sama dengan Aloe Scrub ni, but hasil dari Aloe Scrub tu lebih memuaskan.

      Padam
  9. Macam best jer aloe scrub ni..x pernah dengar lagi brand ni tapi nampak agak menarik. Kena cuba satu hari nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini brand Forever Living. Tak jumpa kat kedai, kena cari agentnya. Cuba jangan tak cuba.

      Padam
  10. Sis pun memang rajin scrub muka utk hilangkan segala kotoran degil kat muka ni terutama yg susah nk tanggal macam whitehade n blackhead tu. Lepas scrub mmg rasa licin je muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Saya pun suka scrub sebab dua benda degil tu. Dan selama berkecimpung dengan scrub baru yang ini puas hati sungguh sungguh.

      Padam
  11. Belum lagi try scrub aloe vera. Should try this and see.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You should try! Aloe vera is one of the main ingredient. Hence the name. Hehe.

      Padam
  12. nampak elok sgt tekstur nyer tu.
    aloe vera memang elok kan utk kulit.
    scrub ni perlu 1-2 kali seminggu.
    kasik buat semua kulit mati ke kulit tak sihat ke.
    so, memang kena pilih scrub yg bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kena pandai pilih scrub. Tak semua orang kulit sama, so kena rajin buat try and error dan jangan pernah serik. Hehe.

      Padam
  13. this look really good and will definitely give this a try! thanks for the info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! If you are still in search, should give it a try.

      Padam
  14. Wah bestnya scrub ni. Nampk texture die pun soft jer. Boleh try nnti nie. Muka mmg kene scrub sbb byk kotoran degil.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Texture dia memang lembut. Tak kasar langsung. Tapi tak expect boleh memberikan kepuasan lepas scrub muka.

      Padam
  15. scrub mmg wajib pakai tak kira utk muka atau badan.. utk buang sel kulit mati dan utk melembut. lepas pakai rasa segar je.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia macam ada satu feeling sangat sangat best lepas guna scrub tu kan?

      Padam
  16. Aah betul tu. Scrub memang tak asing lagi untuk kaum hawa. Kadang2 bukan satu, tapi banyak jenis scrub yang berbeza ada. Guna secara rotation.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Betul! Ada scrub dua tiga jenis. Sebab berbeza fungsi dan target untuk apa. Saya suka scrub lebih sebab nak buang sel kulit mati.

      Padam
  17. Rawlins pun sama - tak gigih nak menggunakan scrub selalu. Ada la buat sekali sebulan haha. Tu pun kalau teringat.

    BalasPadam
  18. Saya memang peminat scurb. Tengok review sis macam best pulak. Ok, nanti nak pergi cari scrub ni.

    BalasPadam
  19. Wow.. I suka la tenhok scrub texture tu nampak macam lembut je di kulit.. nanti ada masa I'll go check out sebab rasa macam banyak produk nak habiskan currently

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. I dulu pun, tertangguh sebab banyak produck nak habiskan dulu. Itu yang jadi dah hampir setahun lebih baru try. If you are really interested, should go and check it out.

      Padam

Komen