Assalamualaikum,
Minggu lepas, aku join satu '7 Days Positive Parenting Challenge' yang dikelolakan oleh seorang instagrammer international: muslim.parenting. Follow instagram ni, banyak ilmu korang boleh dapat.
Sebelum-sebelum ni banyak je aktiviti yang aku nak join. Contohnya quranic parenting journalling. Tapi sebab tak rasa konfiden nak buat Quran Journaling, aku tak join. Just everyday akan check IG untuk baca teladan dan pengajaran dari ayat-ayat yang dijurnalkan.
Dan, kali ini, dia ajak follower dia untuk buat Positive Parenting Challenge ni dan update everyday apa yang kita belajar dan apa yang kita dapat daripada challenge hari tu. Setiap hari akan berbeza dan akan dapat kita belajar sesuatu serta perbaiki mana yang kurang. InsyaAllah.
Bagi yang follow aku di Instagram memang akan nampak aku update setiap hari mengenai positive parenting challenge ni. Of course aku menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan penganjurnya orang international kan. Hehe.
Untuk yang tak follow ataupun nak juga tahu apa cabaran 7 hari positive parenting ni, aku bagi gambar rajah (kat bawah) dalam bentuk yang mudah untuk difahami ya.
Kalau korang rajin, boleh cabar diri untuk cuba. Positive parenting ni bukan untuk diri kita sahaja, malah membantu dari segi hubungan kita dengan anak-anak dan mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak. InsyaAllah.
Kalau rajin, cubalah buat selama seminggu dan tengok hasilnya sendiri.
Pada aku, cabaran macam ni sangat membantu diri aku dari segi dalaman dan juga membantu komunikasi dengan anak-anak. Sebab bila jadi parents kadang-kadang kita terlepas pandang yang anak-anak pun manusia yang perlu diberikan perhatian dan disantuni seperti manusia.
Aku pun taklah perfect mana, tapi aku takkan pernah berhenti belajar untuk jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak.
So, selamat mencuba cabaran ni dan semoga korang dapat jadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak korang.
Copyright SlumberLady. Designed by BestForBlogger
parenting is not easy, glad you sharing the positive parenting here. We need lot patience being parent as kids today will often ask alot questions etc and also delay their work when ask them to do esp homework lol.
BalasPadamyup patience is needed and of course knowledge.
Padamkadang-kadang kita kena sahut cabaran atau cabar diri kita untuk kita tau setakat mana kemampuan kita dalam mengasuh anak2...SA pernah buat dan sebenarsebenarnya xde la susah mana cuma pokok pangkal kena kuat mental dan hati...kalau x sure x jadi
BalasPadambetul, kena kuat mental dan hati. kadang kita terbawa2 dgn suasana dan cepat sangat nak react. itu yg tak terkawal.
PadamBaguslah good tips untuk keluarga yang baru dan merancang keluarga menjadi keluarga yang lebih positif. Bagus share ini pada semau orang kita pun yang tak pernah ada keluaga juga boleh belajar sesuatu..
BalasPadamIlmu parenting tak semestinya kena tunggu jadi parents. Preparation sebelum pun bagus dah.
Padamsetuju tu..tambah lagi nak handle karenah anak-anak sekarang mesti pening parents dibuatnya. at least join program macam ni dapat tambah ilmu bermanfaat mana tahu berguna untuk praktise dalam aktiviti seharian kan. done follow ig muslim.parenting walaupun masih bujang hehe
BalasPadamBujang tak bujang, bagus kalau dah mula cari ilmu2 ni. Boleh apply kat anak2 buah ke kan. Ataupun share dekat saudara mara yang lain.
PadamBagusnya challenge macam ni.bagi feedback positif untuk parent dan anak.nanti anak airah dah besar sikit memang kena praktikkan
BalasPadamYup, untuk positifkan hubungan kita dengan anak-anak. InsyaAllah.
PadamPositive parenting to myself je la.huhuhuh...no kids around me. uwaaaa...I will do this challenge to stay positive and allow only good things happen to me. For parent..Good luck and it is a good way to teach our children.
BalasPadamGood luck to you too! It's good to practice positive for yourself. Boleh ajar diri untuk kekal positive dalam apa jenis keadaan.
PadamMenjerit dan memarahi kerana emosi tu susah juga nak kawal. Aduiiiiii....kekadang menyirap darah kita kan?. Tips yang bagus juga untuk apply ni. Tq sebab kongsi.
BalasPadamSama-sama. Faham sangat parents yang struggle sambil membesarkan anak-anak. Good luck!
PadamMenarik betul sebab ada cabaran macam ni. Qiss yang jarang-jarang dengan budak pun boleh cuba. Betul kita kena banyak belajar sebagai ibu bapa. Kat mana-mana pun anak-anak boleh belajar kan.
BalasPadamBetul. Bagi anak-anak semua benda adalah satu benda yang baru. Kita pun sebenarnya banyak belajar dari anak-anak.
PadamBagus ni. All the best semoga dapat melaksanakannya dengan jayanya. Patut semua parent kena buat ni hehe
BalasPadamBetul. Kalau ada buat ganjaran mungkin ramai nak buat. Hehe.
PadamNak mendidik anak ni bukannya mudah..kena penuh kesabaran dalam diri. Kadang2 teremosi juga kalau nak marah anak2 ni..tu yg berbirat peha ke cubit tu..hehehe
BalasPadamBetul sangat. Kadang kita terlebih emosi, kadang kita tak terkawal. Adudududu.
PadamMenarik. Tapi nak buat pada anak anak sekarang mereka tiada pula. Mak ambik tolong jagakan. Tunggu dorang balik nanti boleh la cuba praktikkan macam ni.
BalasPadamThnk you share info ni. 🤗
InsyaAllah. Good luck ya!
PadamGood tips to raise the kids. Rather than scolding them for their mistakes, maybe should try the positive approach.
BalasPadamPositive approach are better. Since kids are pure. We need to nurture them with positivity.
PadamWow. hanks for sharing. I'm so gonna need this! Penat gak duk marah2 anak je keje. Huhu. Nak try jd positif parent but it takes lot of courage. huhu
BalasPadamGood luck! Yup it takes a lot of courage, patience but it is never impossible.
PadamSurely something I can learn from when I am a parent myself. at the moment, I am going to take as much knowledge I can and learn from other's experiences.
BalasPadamGood thing you are learning. Parenting knowledge is not always after you became a parent.
PadamHehehe bukan senang nak jadi parents ni hehe jd bila ada challenge cam ni atleast dpt memotivasikan diri
BalasPadamBetul-betul. Kurang-kurang kita terasa bersemangat.
PadamBanyak jugak yg kita boleh pelajari dari challenge macam ni.
BalasPadamSetidak tidaknya kita as parent belajar sabar dan kawal emosi bila berdepan denga kerenah anak. I pun nak try lah jugak. I ss your picture yang ada list 7 cabaran ni ye.
Dipersilakan. As parents kadang kita terlepas pandang pada perkembangan diri kita. Sibuk pada anak je. Good luck!
PadamGood idea gak ni. At least ada destinasi yg ingin dicapai kan. Nak praktikkan jugalah nanti
BalasPadamYup. Kita nak perbaiki diri as parents. Good luck
PadamNak Cuba gak tips nm& challenge ni bila berkeluarga nanti . Bukan senangkan jadi parent tapi boleh Cuba Yang terbaik untuk mereka.
BalasPadamjadi parents tak bermakna kita 100% betul. still banyak nak belajar. good thing you start belajar sekarang.
PadamAnak2 kak dah besar, dulu nk mendidik anak eloklah sama2 berganding bahu, nknya yg ramai anak mcm kak, mmg mental kena kuat sbb mcm2 ragam.
BalasPadamSetuju kak. Mak ayah sentiasa bagi kerjasama. Jelas matlamat dalam membesarkan anak-anak. Tulah, saya anak dua ni pun kadang haru. Kalau ramai lagi tak terbayang.
Padam