Awal November 2018 hari tu, timeline Facebook aku pernuh dengan screenshot tentang kenyataan Dr. Maszlee yang akan memansuhkan peperiksaan bagi pelajar tahap satu sekolah rendah. Wah, memang jadi perbualan hebat warganet di Facebook dan Twitter. Mana tidaknya, satu perubahan yang agak drastik dan lain daripada norma sejak kemerdekaan di Tanah Melayu. Kita semua sudah dibiasakan dengan sistem peperiksaan atau ujianlah cara untuk menilai dan menaksir kepandaian seorang pelajar. Pemansuhan ujian ini mungkin boleh jadi satu perkara yang dan boleh jadi juga satu perkara yang tidak baik.
Secara peribadi, untuk anak-anak aku agak ralat atau ragu-ragu untuk hantar sekolah kebangsaan. Sebab sistem 'exam-oriented' di sekolah kebangsaan membuatkan aku jadi sedikit was-was untuk jadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan pertama. Bukan aku tak suka sekolah kebangsaan tetapi sistem pendidikan yang menekan anak-anak dan mengkelaskan mengikut pada gred semata-mata buatkan aku rasa tak adil pada anak-anak. Lepas tu dengan budaya terkejar-kejar nak tayang kat semua orang anak dapat berapa A macam anak tu trofi. Kalau tak dapat A, memalukan keluarga sangatlah. Tapi tengoklah dengan pemansuhan ujian untuk tahap 1 ni, mungkin aku berubah fikiran?
Aku sendiri sebenarnya memang membesar dengan sekolah kebangsaan. Dari darjah satu sehinggalah darjah enam sebelum masuk sekolah agama menengah dan akhirnya rezeki masuk ke SBP. Tipu kalau aku kata kalau zaman sekolah dulu aku tak berlumba nak dapatkan A. Tipu juga kalau aku kata aku tak frust bila tak dapat A. Dan disebabkan A juga pernah beberapa kali terfikir nak bunuh diri sebab susah nak score sesetengah subjek. Gila tak gila? Sebab aku dibesarkan dengan suasana macam inilah aku tak nak anak-anak pun dibesarkan dengan suasana yang sama hanya kerana ini normal.
Semakin aku membesar, semakin aku perhatikan manusia, semakin banyak yang aku sedar yang manusia berbeza dan setiap satu antara kita ni ada bakat dan kelebihan masing-masing. Pada aku untuk menilai seseorang itu pandai dengan bilangan A atau sijil tak cukup. Banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.
Sejak ada anak, aku dapat tahu pasal Multiple Intelligence dan cara pembelajaran setiap orang berbeza. Aku mula membaca tentang Multiple Intelligence dengan lebih mendalam. Melalui Multiple Intelligence ni aku dapat tahu yang setiap manusia ada kepakaran masing-masing. Ada yang pakar dalam linguistik, ada yang pakar dalam matematik, ada yang pakar dalam keseniaan, ada yang pakar dalam bidang agama dan banyak lagi bidang-bidang lain yang kita boleh teroka. Dan, setiap orang cara belajar tak sama. Dalam erti kata lain, dalam satu kelas yang ada 20 orang, tak boleh pukul rata semua orang serap benda yang sama.
Pada aku, SANGATLAH penting kita sebagai generasi yang lebih matang dan berusia untuk titik beratkan pada perkembangan peribadi, sikap dan kemahiran-kemahiran hidup anak-anak sepanjang membesarkan diorang daripada berlumba dan meletakkan nombor siapa pandai dan siapa tak hanya berdasarkan ujian sahaja. Sebab pada aku penilaian satu cara sebegini adalah tidak adil. Benda macam ni pun boleh buat stress tau. Stress kita mak ayah sibuk berlumba, stress anak-anak sebab mak ayah asyik banggakan anak orang lain. Nak dapatkan A atau cemerlang dalam peperiksaan itu tak salah tetapi kalau sampai stress dan hilang kemanusiaan, apa guna sebenarnya markah yang tinggi-tinggi tu?
Aku harap dengan perubahan yang Dr. Maszlee bawa ni boleh membuka mata ibu bapa dan turut sama bekerjasama dalam membesarkan anak-anak bukan sekadar dalam aspek akademik sahaja. Akademik memang penting, tapi benda-benda lain pun penting dan proses pembelajaran perlu sentiasa berlangsung. Bukan sekadar di bilik darjah dan dewan peperiksaan.
Ini pendapat aku.
Korang macam mana? Cuba komen sikit.
Apa pendapat aku?
Sejujurnya aku bagitau, aku rasa happy dan excited. Aku happy dengan perubahan yang cuba dibawa oleh Dr. Maszlee dan pada masa yang sama aku excited nak tengok bagaimana cara perlaksanaan yang akan dibawakan dengan pemansuhan ini memandangkan kita dah lama hidup dengan berpandukan pada ujian dan peperiksaan.Secara peribadi, untuk anak-anak aku agak ralat atau ragu-ragu untuk hantar sekolah kebangsaan. Sebab sistem 'exam-oriented' di sekolah kebangsaan membuatkan aku jadi sedikit was-was untuk jadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan pertama. Bukan aku tak suka sekolah kebangsaan tetapi sistem pendidikan yang menekan anak-anak dan mengkelaskan mengikut pada gred semata-mata buatkan aku rasa tak adil pada anak-anak. Lepas tu dengan budaya terkejar-kejar nak tayang kat semua orang anak dapat berapa A macam anak tu trofi. Kalau tak dapat A, memalukan keluarga sangatlah. Tapi tengoklah dengan pemansuhan ujian untuk tahap 1 ni, mungkin aku berubah fikiran?
Aku sendiri sebenarnya memang membesar dengan sekolah kebangsaan. Dari darjah satu sehinggalah darjah enam sebelum masuk sekolah agama menengah dan akhirnya rezeki masuk ke SBP. Tipu kalau aku kata kalau zaman sekolah dulu aku tak berlumba nak dapatkan A. Tipu juga kalau aku kata aku tak frust bila tak dapat A. Dan disebabkan A juga pernah beberapa kali terfikir nak bunuh diri sebab susah nak score sesetengah subjek. Gila tak gila? Sebab aku dibesarkan dengan suasana macam inilah aku tak nak anak-anak pun dibesarkan dengan suasana yang sama hanya kerana ini normal.
Semakin aku membesar, semakin aku perhatikan manusia, semakin banyak yang aku sedar yang manusia berbeza dan setiap satu antara kita ni ada bakat dan kelebihan masing-masing. Pada aku untuk menilai seseorang itu pandai dengan bilangan A atau sijil tak cukup. Banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.
Sejak ada anak, aku dapat tahu pasal Multiple Intelligence dan cara pembelajaran setiap orang berbeza. Aku mula membaca tentang Multiple Intelligence dengan lebih mendalam. Melalui Multiple Intelligence ni aku dapat tahu yang setiap manusia ada kepakaran masing-masing. Ada yang pakar dalam linguistik, ada yang pakar dalam matematik, ada yang pakar dalam keseniaan, ada yang pakar dalam bidang agama dan banyak lagi bidang-bidang lain yang kita boleh teroka. Dan, setiap orang cara belajar tak sama. Dalam erti kata lain, dalam satu kelas yang ada 20 orang, tak boleh pukul rata semua orang serap benda yang sama.
Pada aku, SANGATLAH penting kita sebagai generasi yang lebih matang dan berusia untuk titik beratkan pada perkembangan peribadi, sikap dan kemahiran-kemahiran hidup anak-anak sepanjang membesarkan diorang daripada berlumba dan meletakkan nombor siapa pandai dan siapa tak hanya berdasarkan ujian sahaja. Sebab pada aku penilaian satu cara sebegini adalah tidak adil. Benda macam ni pun boleh buat stress tau. Stress kita mak ayah sibuk berlumba, stress anak-anak sebab mak ayah asyik banggakan anak orang lain. Nak dapatkan A atau cemerlang dalam peperiksaan itu tak salah tetapi kalau sampai stress dan hilang kemanusiaan, apa guna sebenarnya markah yang tinggi-tinggi tu?
Aku harap dengan perubahan yang Dr. Maszlee bawa ni boleh membuka mata ibu bapa dan turut sama bekerjasama dalam membesarkan anak-anak bukan sekadar dalam aspek akademik sahaja. Akademik memang penting, tapi benda-benda lain pun penting dan proses pembelajaran perlu sentiasa berlangsung. Bukan sekadar di bilik darjah dan dewan peperiksaan.
Ini pendapat aku.
Korang macam mana? Cuba komen sikit.
Mrs. A pun berpendapat yang sama sekolah pada usia yang begitu muda sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan tidak perlu dibebani dengan exam yang kadang-kadang buatkan ibubapa pun sama tertekan bila mana masing-masing lebih ambil berat berapa A yang anak-anak dapat. Semoga sistem baru ini berjaya direalisasikan seperti m ana yang diinginkan oleh KPM untuk pembinaan karakter, mempelajari skil-skil bahasa dan menjadikan mereka insan yang berjaya dalam falsafah pendidikan.
BalasPadamBetul-betul. Harapnya sistem baru ni membuka mata banyak pihak dan sekaligus dapat dikekalkan.
PadamSaya menyambut baik perubahan ini. Memang sudah lama inginkan kaedah ini. Melihat ketidaklancarannya PPSMI, saya ada bimbang akan kaedah perlaksanaan alternatif ini. Untuk membuat penilaian tanpa peperiksaan, kaedah dan pengalaman guru amat penting. Apa yang istilah muda mudi sebut sekarang, ‘judging’ akan menimbulkan cabaran baru juga.
BalasPadamSebenarnya banyak implementasi sistem pendidikan sebelum ini bagus. In fact sangat bagus. Cuma perlaksanaanya tak berapa lancar dan terkejar-kejar. Tak lupa juga membebankan cikgu-cikgu sampai cikgu tersepit.
PadamPada saya sistem pentaksiran dan pembentukan peribadi memerlukan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Sangat diperlukan.