Carian

Tiada lagi ujian untuk Tahun 1, 2 dan 3. Ini pendapat aku.

Assalamualaikum.

Awal November hari tu, timeline Facebook aku pernuh dengan screenshot tentang kenyataan Dr. Maszlee yang akan memansuhkan peperiksaan bagi pelajar tahun 1, 2 dan 3. Wow!

Apa pendapat aku?
Happy dan excited. Happy dengan perubahan yang cuba dibawa oleh Dr. Maszlee dan excited nak tengok bagaimana cara perlaksanaan memandangkan kita dah lama hidup dengan berpandukan pada ujian dan peperiksaan.

kenyataan media pentaksiran alternatif murid tahap satu




Secara peribadi, untuk anak-anak aku tak ada perancangan sangat untuk hantar sekolah kebangsaan. Sebab sistem 'exam-oriented' membuatkan aku tak memilih sekolah kebangsaan sebagai pilihan pertama. Bukan aku tak suka sekolah kebangsaan tetapi sistem pendidikan yang menekan anak-anak dan mengkelaskan mengikut pada gred semata-mata buatkan aku rasa tak adil pada anak-anak. Lepas tu dengan budaya terkejar-kejar nak tayang kat semua orang anak dapat berapa A macam anak tu trofi. Kalau tak dapat A, memalukan keluarga sangatlah. Aduhai.

Aku sendiri membesar dengan sekolah kebangsaan. Tipu kalau zaman sekolah dulu aku tak berlumba nak dapatkan A. Tipu kalau aku kata aku tak frust bila tak dapat A. Dan disebabkan A juga pernah beberapa kali terfikir nak bunuh diri sebab susah nak score sesetengah subjek. Gila tak gila? Sebab aku dibesarkan dengan suasana macam inilah aku tak nak anak-anak pun dibesarkan dengan suasana yang sama hanya kerana ini normal.

Semakin aku membesar, semakin aku perhatikan manusia, semakin banyak yang aku sedar yang manusia berbeza dan setiap satu antara kita ni ada bakat dan kelebihan masing-masing. Pada aku untuk menilai seseorang itu pandai dengan bilangan A atau sijil tak cukup. Banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.

Sejak ada anak, aku tahu pasal Multiple Intelligence dan cara pembelajaran setiap orang berbeza. Setiap manusia ada kepakaran masing-masing. Ada yang pakar dalam linguistik, ada yang pakar dalam matematik, ada yang pakar dalam keseniaan, ada yang pakar dalam bidang agama dan banyak lagi bidang-bidang lain yang kita boleh teroka. Dan, setiap orang cara belajar tak sama. Dalam satu kelas ada 20 orang, tak boleh pukul rata semua orang serap benda yang sama.

tiada lagi ujian untuk tahap satu


Pada aku, SANGAT SANGAT penting kita titik beratkan pada perkembangan peribadi, sikap dan kemahiran-kemahiran hidup anak-anak sepanjang membesarkan diorang daripada berlumba dan meletakkan nombor siapa pandai dan siapa tak hanya berdasarkan ujian sahaja. Sebab pada aku tak adil. Benda macam ni pun boleh buat stress tau. Stress kita mak ayah sibuk berlumba, stress anak-anak sebab mak ayah asyik banggakan anak orang lain.

Aku harap dengan perubahan yang Dr. Maszlee bawa ni boleh membuka mata ibu bapa dan turut sama bekerjasama dalam membesarkan anak-anak bukan sekadar dalam aspek akademik sahaja. Akademik memang penting, tapi benda-benda lain pun penting dan proses pembelajaran perlu sentiasa berlangsung. Bukan sekadar di bilik darjah dan dewan peperiksaan.

Ini pendapat aku.
Korang macam mana? Komen sikit.

4 ulasan

  1. Mrs. A pun berpendapat yang sama sekolah pada usia yang begitu muda sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan tidak perlu dibebani dengan exam yang kadang-kadang buatkan ibubapa pun sama tertekan bila mana masing-masing lebih ambil berat berapa A yang anak-anak dapat. Semoga sistem baru ini berjaya direalisasikan seperti m ana yang diinginkan oleh KPM untuk pembinaan karakter, mempelajari skil-skil bahasa dan menjadikan mereka insan yang berjaya dalam falsafah pendidikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul. Harapnya sistem baru ni membuka mata banyak pihak dan sekaligus dapat dikekalkan.

      Padam
  2. Saya menyambut baik perubahan ini. Memang sudah lama inginkan kaedah ini. Melihat ketidaklancarannya PPSMI, saya ada bimbang akan kaedah perlaksanaan alternatif ini. Untuk membuat penilaian tanpa peperiksaan, kaedah dan pengalaman guru amat penting. Apa yang istilah muda mudi sebut sekarang, ‘judging’ akan menimbulkan cabaran baru juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya banyak implementasi sistem pendidikan sebelum ini bagus. In fact sangat bagus. Cuma perlaksanaanya tak berapa lancar dan terkejar-kejar. Tak lupa juga membebankan cikgu-cikgu sampai cikgu tersepit.

      Pada saya sistem pentaksiran dan pembentukan peribadi memerlukan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Sangat diperlukan.

      Padam

Komen