Assalamualaikum,
Untuk yang selalu follow blog ni memang sedia maklum, anak sulung kitorang, Wildan, insyaAllah tahun depan masuk 5 tahun.
Pada aku, masuk tadika 5 tahun ni sedang elok. Sebab umur 5 tahun banyak benda dah boleh buat, in fact boleh berdikari sikit-sikit.
Boleh juga buka entri Checklist Anak Masuk Tadika. Ada free printable checklist untuk assess and monitor sama ada anak kita sesuai atau tak untuk start masuk tadika. Ada budak seawal 4 tahun dan boleh, ada budak lambat sikit. Pastikan anak tu suka dan gembira pergi sekolah ye.
Okay, berbalik pada tujuan utama entri kali ini.
Kita nak cerita pasal survey tadika.
Minggu lepas (29 September 2018), kitorang pergi open day tadika playgroup Wildan. Dan masa sesi perbincangan dengan pengurus tadika, somehow aku dapat beberapa point penting dalam pencarian tadika untuk Wildan.
Sebenarnya penting untuk kita ada mindset ataupun satu matlamat bila cari tadika untuk anak-anak. Sebab kita nak pastikan anak kita seronok belajar dan tak rasa dipaksa-paksa. Kita nak pupuk minat belajar tu. Lagipun setiap budak berbeza. Dan tadika-tadika kat luar ada misi, visi dan kaedah yang berbeza-beza.
So, apa cara nak survey tadika anak?
1. Letak target atau matlamat yang kita nak anak kita capai bila dia habis tadika.
The first thing yang pengurus tadika tanya ialah "What do you expect from us?"
Pada aku, apa yang expect untuk Wildan achieve dalam masa dia 2 tahun di tadika ialah untuk asah kemahiran komunikasi, kemahiran bersosial dan pupuk minat belajar. Sejujurnya, aku memang tak letak expectation dia pandai membaca ke pandai menulis cantik ke atau hafal juz 30 ke. Pada aku, yang penting dia boleh jadi manusia yang baik dengan perangai dan sikap yang baik. Aku nak tanam kemanusiaan dulu, akademik tu insyaAllah boleh je sambil-sambil tu.
Kenapa penting 'expectation from parents'?
Supaya seiring dan selari apa yang cikgu akan buat dan apa yang parents expect anak akan capai. Sesetengah parents ada yang nak anak by 6 tahun dah pandai membaca dengan lancar. Ada juga yang nak anak dah boleh converse in English, dan ada juga nak anak dah pandai membilang dan banyaklah lagi expectation yang ada.
So, before survey tadika, bincang dengan suami apa yang korang nak expect dari anak korang. Macam Abah Wildan, dia tak ada expectation sangat. Dia lebih pada biarlah anak jadi manusia. Jangan jadi binatang sudah.
2. Tahu misi dan visi tadika yang disurvey.
Kalau rajin pergi open day, tanyakan atau pay attention pada visi dan misi tadika tu.
Oh ya, lagipun almost semua tadika sekarang ada akaun media sosial seperti Facebook. Ada juga yang ada website. So, sepatutnya dekat laman-laman macam ni ada provide misi dan misi.
Kita nampak visi dan misi ni macam remeh tapi sebenarnya penting sangat. Sebab visi adalah apa target tadika tu untuk anak-anak kita dan misi adalah apa cara yang cikgu-cikgu akan guna untuk merealisasikan visi tadi.
Bila kita tahu visi dan misi, kita boleh imagine apa yang anak kita akan belajar dan dapat sepanjang dia belajar di tadika tu nanti. So, kurang sikit kita punya expectation.
3. Tanya soalan sampai puas hati.
Masa open day, atau masa survey, tanyalah sampai lebam. Tanya sampai kita puas hati dengan semua jawapan yang ada.
Macam aku haritu, dalam lesson plan diorang anak-anak akan hafal surah-surah pendek. Dan aku memang tanya juga macam mana cara hafazannya. Apa indicator cikgu untuk tahu murid dah boleh move on surah lain.
Soalan lain yang aku tanya ialah pasal homework dan peperiksaan.
Contoh-contoh soalan yang korang boleh tanya:
1. Jadual seharian anak macam mana
2. Apa subjek yang cikgu akan ajar
3. Apa lesson plan diorang
4. Pendekatan cikgu dalam mengajar macam mana
5. Satu kelas berapa ramai murid
Banyaklah lagi sebenarnya soalan yang boleh ditanya. Untuk pastikan kita hantar anak dan boleh dia habiskan setahun atau dua tahun kat situ. Taklah tengah-tengah jalan berhenti sebab kita tak puas hati ke, anak tak suka sekolah ke.
Bila aku dah puas hati dengan jawapan-jawapan, baru move on pada soalan paling mendebarkan.
4. Yuran dan bayaran untuk mendaftar
Tak dinafikan benda ni sangat-sangat penting sebenarnya. Yelah, inilah titik permulaannya kewangan keluarga kita berubah sebab dah tambah komitmen lain: Yuran sekolah anak. Kalau dulu setakat susu dengan pampers atau bayaran asuhan taska, sekarang dah up sikit.
So, ini pun kena ambil tahu. Supaya kita boleh plan kewangan kita.
Pastikan setiap bayaran yang keluar tu jelas untuk apa. Buku ke, peralatan ke uniform ke dan banyaklah lagi.
Dan, kalau perlu bawa balik senarai yuran. Boleh kita buat timbang tara dengan tadika-tadika lain.
5. Kesediaan anak untuk sekolah
Yang ini pun penting sebenarnya. Kalau datang masa open day sangat bagus sebab tadika tu bebas untuk anak explore.
Biasanya budak memang akan suka bila dapat main. Tapi, as parents masa datang open day tu tanyalah juga pada anak nak ke sekolah situ. Kalau semua open day, anak cakap nak sekolah, memang tak sabar sungguh la dia nak sekolah. Haha.
Somehow, anak kita ni pun ada 'vibe' tau. Dia pun manusia kot. Bukan robot. So, open day ni bukan untuk kita je, untuk anak-anak pun ya. Kalau nasib baik, time open day anak dah dapat kawan baik. (Biasa budak perempuan, budak lelaki tahu main tapi tak kenal nama.)
Again, boleh juga guna checklist yang aku bagi kat entri Checklist Anak Masuk Tadika untuk kenalpasti kesediaan anak-anak untuk tadika.
Ini 5 perkara yang aku rasa penting dalam kita survey tadika untuk anak-anak.
Semua parents pun nakkan yang terbaik untuk anak, kan? Tadika adalah langkah pertama anak-anak kita mula berdikari.
Satu je aku nak pesan, jangan sampai jadikan anak tu robot mahupun trofi. Dia manusia, ada jiwa, ada perasaan juga.
So, have fun surveying and hopefully jumpa tadika yang sesuai dengan anak.
Anything nak tambah, just comment. Mana tahu membantu parents lain.
Copyright SlumberLady. Designed by BestForBlogger
Tiada ulasan
Komen