Carian

Memaparkan catatan dengan label Jana Pendapatan. Papar semua catatan

Berniaga di Shopee: Dropship pun bolehlah!

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, sekarang dekat media sosial, nampak rancak semua orang mula berniaga. Merata-rata bermacam produk yang aku nampak dijual. Dari makanan, pakaian sehinggalah perabot rumah. Semestinya aku pun tidak terlepas mendaftar untuk menjadi dropship untuk jenama-jenama tempatan. Hehe.

Bagi yang pertama kali membaca, aku juga seorang dropshipper. Tak pernah pegang stok pun. Aku sekadar jual produk, nanti HQ akan hantarkan. 

Selain daripada orang berniaga semakin ramai, platform perniagaan atas talian (e-commerce) juga sekarang tengah tumbuh bagai cendawan. Antara yang paling panas adalah Shopee. Masa mula-mula Shopee masuk Malaysia, mereka tawarkan servis berniaga secara percuma. Tiada yuran, tiada sebarang komisyen yang akan diambil. Tak silap aku dalam sekitar tahun 2017/2018 lah. Masa ni memang untung 100% milik kita. Shopee memang jadi orang tengah tanpa sebarang bayaran komisyen kepada Shopee.

shopee dropship

Dropship: Alternatif Bisnes Tanpa Perlu Stok

Assalamualaikum dan hai!

Semenjak PKP berlangsung, aku rasa rata-rata ramai antara kita yang terkesan. Cerita orang diberhentikan, syarikat bankrap, putus punca rezeki dan macam-macam. Secara ekonominya, semua orang termasuklah negara Malaysia sendiri terkesan.

Sejujurnya aku nampak ramai kawan-kawan mula menjebakkan diri dengan bisnes secara kecil-kecilan, tidak kiralah sama ada jadi dropship ke jadi agent ke atau pun jadi stokis. Bak pepatah Melayu ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dan aku percaya orang Malaysia ramai yang bersikap 'hendak seribu daya'. Kenapa aku kata begitu, sebab ramai tahu sejak PKP pembelian atas talian meningkat dan ramai menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan, tidak kira sebagai pendapatan pertama mahupun pendapatan kedua.

dropship malaysia