Carian

Berniaga di Shopee: Dropship pun bolehlah!

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, sekarang dekat media sosial, nampak rancak semua orang mula berniaga. Merata-rata bermacam produk yang aku nampak dijual. Dari makanan, pakaian sehinggalah perabot rumah. Semestinya aku pun tidak terlepas mendaftar untuk menjadi dropship untuk jenama-jenama tempatan. Hehe.

Bagi yang pertama kali membaca, aku juga seorang dropshipper. Tak pernah pegang stok pun. Aku sekadar jual produk, nanti HQ akan hantarkan. 

Selain daripada orang berniaga semakin ramai, platform perniagaan atas talian (e-commerce) juga sekarang tengah tumbuh bagai cendawan. Antara yang paling panas adalah Shopee. Masa mula-mula Shopee masuk Malaysia, mereka tawarkan servis berniaga secara percuma. Tiada yuran, tiada sebarang komisyen yang akan diambil. Tak silap aku dalam sekitar tahun 2017/2018 lah. Masa ni memang untung 100% milik kita. Shopee memang jadi orang tengah tanpa sebarang bayaran komisyen kepada Shopee.

shopee dropship

Masa Shopee mula-mula ada, aku tak lepaskan peluang untuk buat akaun. Masa tu habis blur, tak tahu apa-apa pasal Shopee. Yang tahu, ada platform begini lebih mudah sebab kurang interaksi dengan manusia. Haha. Kalau jual dekat whatsapp atau instagram kena pandai berceloteh dengan pelanggan untuk membeli. Itu masa zaman 2016/2017. Masa tu teknik penjualan memang macam berkenalan dengan pelanggan. Sekarang dah agak berbeza sebab semua orang nak terus beli dan bayar. Taknak dah berkenalan sangat.

Mula-mula daftar Shopee aku banyak jual hasil kraftangan Aina dan Ummi: batu seremban, sejadah. Boleh tahan laku juga sebenarnya. Sebab barang homemade ada orang cari. Lepastu salah satu daripada jenama yang aku daftar membenarkan kami yang jadi dropship untuk mempromosikan barang jualan di Shopee sebab di Shopee ada program FREE SHIPPING. Siapa tak suka pos percuma ni, kan? Memang aku ambil peluang ini untuk buat jualan melalui Shopee.

Sekarang aku masih lagi berniaga di Shopee dengan pakaian Muslimah. Bolehlah singgah di sini untuk membeli, kalau perlu chat, jangan malu-malu untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

AA MARKET

Macam mana berniaga di Shopee walaupun kita hanya seorang dropship?

1. Dapatkan kepastian dengan HQ untuk berniaga.

Sebagai dropshipper, korang tak boleh nak main harga (nanti diri sendiri yang rugi) dan korang sudah terikat dengan beberapa terma dan syarat kepada HQ (boleh rujuk dengan HQ masing-masing ya). So, sila dapatkan dulu kepastian daripada mereka sebelum mempromosikan barang Shopee. Rata-rata sekarang, banyak je yang benarkan agent atau dropshipper mereka berniaga di Shopee. Malah di Shopee sendiri ada yang cari dropshipper. 

Namun, ada juga sebenarnya yang tak benarkan agent atau reseller buka Shopee dan jual barang mereka atas sebab-sebab tertentu. Bagi aku, hal ini sebagai reseller kita kena patuh sebagai menjaga keberkatan dalam berniaga. Sebab sebenarnya kita sudah ada perjanjiang ya dengan HQ.

2. Daftar program FREE SHIPPING Shopee

Shopee memang buka pendaftaran untuk peniaga mendaftar program free shipping, setakat ni sepanjang masa dibuka.

Daftar program FREE SHIPPING adalah untuk mudahkan kerja korang juga. Sebab bila dapat tempahan dari pelanggan dari Shoppe, sebagai dropshipper yang tidak ada stock di tangan, korang akan bagi details customer kepada HQ. Dan korang perlu dapatkan nombor pengesanan (tracking number) untuk dimasukkan dalam Shopee. Selagi tak ada nombor pengesana, selagi itu Shopee anggap barang tidak dipos dan akhirnya yang susah korang sebab duit takkan dilepaskan pada korang.

Bila daftar program FREE SHIPPING, pihak Shopee akan sediakan AirWay Bill ataupun consignment note (borang pos tu). Inilah nombor tracking yang korang kena letak pada barang yang nak dihantar. Korang kena download dari Shopee kemudian serahkan kepada HQ (mengikut prosidur yang ditentukan oleh pihah HQ lah). Pada aku, lebih memudahkan sebab taklah tertinggal nak isi nombor pengesanan dalam Shopee.

Bagi yang ada Shoppe dan belum mendaftar program Free Shipping, ni aku share link untuk korang daftar: https://bit.ly/2E0QZV5 

Update: June 2021
Pihak Shopee tidak lagi mengadakan program Free Shipping ini kepada peniaga-peniaga baru di Shopee. 
Sekarang sistem Shopee sudah berubah mengikut keperluan semasa dan polisi baru.

3. Sentiasa update stock.

Satu kekurangan bila berniaga sebagai dropshipper di Shopee adalah korang kena pastikan stock yang korang letak di Shopee sama seperti yang ada di HQ. Sebaik-baiknya update setiap hari sebab kita tak tahu stok yang ada di HQ.

Kalau pelanggan dah order dan siap bayar, korang nak submit pula pada HQ, sekali stok dah tak ada, macam mana nak buat? 

Kalau aku, aku terus chat dengan customer dan bagitahu pasal stock. Kadang ada customer dia rajin lagi nak tukar. Ada juga jenis malas, dia akan cancel order. Jangan kecewa bila dia cancel order, mungkin memang bukan rezeki korang. Chill je.

Mana-mana kerja tak ada yang goyang kaki tak buat apa. Mesti perlukan disiplin dan kerajinan. Tak lupa juga tawakal. So, pada aku bab update stock ni masalah kecil je. Hehe.

Aku hanya orang biasa-biasa je. Tak pernah dapat top dropshipper ke apa. Sekadar manusia biasa yang cuba mencari sumber pendapatan yang halal di mana-mana yang ada.

So, aku rasa tiga point ini sahaja dah cukup penting untuk korang tahu kalau nak jadi dropship dan nak menjual di Shopee. Boleh terus tanya HQ, daftar Shopee dan upload produk!

Bagi yang baru memulakan perjalanan dalam dunia dropship, aku doakan korang berjaya dan dimurahkan rezeki. Boleh rujuk pada entri aku yang sebelum ni.

>>>Dropship Alternatif Memulakan Bisnes<<<

Nak lebih mudah faham cara buka akaun Shopee sebagai peniaga, boleh dapatkan e-book dekat blog ni. Dalam e-book penerangan tentang cara-cara dan langkah satu persatu untuk buka akaun Seller Shopee adalah lebih jelas dan mudah ikut. Klik sahaja dekat link ini ya. 

E-BOOK SHOPEE

Selamat mencuba!

Tiada ulasan

Komen