Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai "mouth ulcers" dalam Bahasa Inggeris, adalah satu masalah kesihatan mulut yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Nama lain yang dipanggil oleh orang Melayu adalah mata ikan.Aku jarang-jarang nak dapat mata ikan. Tetapi suami aku selalu juga kena. Selalunya pada bawah lidah atau pada pangkal lidah. Memang sampai hilang selera sebab susah nak menikmati makanan yang ada. Ulser mulut ni walaupun tak selesa dan sakit, kebanyakannya bukanlah satu ancaman serius, tetapi menjadi satu gangguan dalam kehidupan seharian lagi-lagi waktu sedang makan dan semasa berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Ulser ni kalau kita tahu punca-punca boleh kita ambil langkah pencegahan awal. Sebab punca ulser bukan hanya pada makanan tetapi juga emosi. Satu lagi masalah ini juga boleh menjadi tanda kepada penyakit kronik seperti penyakit Crohn atau celiac yang memerlukan rawatan khusus. Dan rawatan untuk ulser berbeza mengikut jenis dan sebab-sebab. Mungkin ada yang perlukan antibiotik atau mungkin perlu tukar diet. Senang kata, penting juga untuk kita tahu punca-punca ulser mulut naik.
Kenapa Ulser Mulut Berlaku?
Dua tempat paling muda untuk naik ulser atau mata ikan adalah pada bahagian pipi dalam mulut dan gusi. Ini punca-punca yang mungkin menjadi pencetus atau 'trigger' kepada ulser mulut.
Trauma Fizikal
Trauma yang dimaksudkan adalah trauma yang dialami oleh gusi dan gigi. Kebiasaanya trauma fizikal dalam mulut berbpunca daripada berus gigi. Menggosok gigi menggunakan berus yang tidak sesuai atau menggosok secara kasar dan berlebih. Pernah berlaku tak, selepas gosok gigi, kita buang buih ubat gigi kemudian nampak darah. Ini tandanya gusi sudah berdarah dan jika tidak dirawat, luka pada gusi akan menjadi mata ikan.
Selain daripada berus gigi, tekstur makanan juga boleh memberikan trauma fizikal kepada gusi dan lapisan dalam diding. Contoh tekstur makanan adalah tajam atau kasar. Ataupun trauma fizikal yang berpunca daripada gigi sendiri seperti tergigit dalam pipi.
Kekurangan Nutrien
Empat nutrien yang penting untuk kesihatan dalam mulut adalah vitamin B12, asid folik, zink, dan besi. Kekurangan dan ketidakseimbangan nutrien-nutrien ini boleh menyebabkan ulser mudah naik dan terbentuk di dalam mulut. Nutrien-nutrien tadi sangat penting untuk proses pemulihan sel dan tisu jika berlaku trauma fizikal di dalam mulut.
Inilah kepentingannya untuk amalkan diet yang lebih seimbang dan sihat. Dapat menjaga kesihatan mulu dengan baik.
Faktor Emosi
Perubahan emosi seperti tertekan boleh merangsang kenaikkan ulser dalam mulut seseorang. Ini berlaku kerana tekanan emosi yang berterusan boleh mempengaruhi sistem imun dan merangsang keradangan dalam badan. Apabila seseorang mengalami tekanan yang tinggi, hormon stress seperti kortisol boleh meningkat dan mengganggu keselamatan sel-sel dalam mulut. Oleh itu, penting untuk kita uruskan kesihatan emosi melalui teknik-teknik seperti meditasi, senaman, atau kaunseling dengan baik. Mengurangkan tekanan emosi bukan sahaja dapat membantu elak naiknya mata ikan, tetapi juga menjaga keseluruhan kesihatan fizikal dan mental.
Reaksi Alahan/Alergi
Beberapa bahan dalam makanan seperti coklat, tomato, dan kekacangan boleh merangsang pertumbuhan mata ikan dalam mulut. Ini berlaku apabila sistem imun seseorang mengebalpasti salah satu bahan dalam makanan sebagai ancaman dan cuba untuk melawan. Semasa proses ini, histamin dan bahan kimia lain dikeluarkan, yang boleh merosakkan tisu di dalam mulut dan menyebabkan ulser.
Jangkitan Kuman atau Bakteria
Tanda Penyakit Kronik
Ulser mulut juga sebenarnya boleh menjadi tanda-tanda masalah kesihatan yang kronik seperti kanser mulut, penyakit Crohn, penyakit Behçet, dan penyakit celiac.
Sumber: Facebook Klinik Siti |
Tanda Masalah Kesihatan Daripada Ulser Mulut
Memandangkan ulser mulut boleh menjadi salah satu tanda kepada penyakit kronik, kita perlu ambil tahu ciri-ciri yang bagaimana perlu diambil berat dan seterusnya berjumpa dengan pakar untuk membuat pemeriksaan. Jika berlaku salah satu atau kesemua keadaan yang di bawah, bermakna ulser mulut yang dialami adalah satu tanda kepada masalah kesihatan atau penyakit lain.
- Tumbuh dengan kerap: Jika mata ikan tumbuh berulang kali tanpa punca yang jelas, ini boleh menjadi tanda penyakit atau masalah kesihatan yang lebih serius.
- Ukuran yang besar: Ulser yang sangat besar atau tidak sembuh dalam tempoh dua minggu memerlukan perhatian daripada pakar berbanding petua rawatan di rumah.
- Kesakitan yang teruk: Jika kesakitan menjadi lebih teruk dan sukar ditangani dengan langkah-langkah sendiri, rujuklah kepada doktor.
- Ada gejala lain: Jika mata ikan naik bersama dengan gejala lain seperti demam, kelemahan, atau penurunan berat badan yang tidak dijelaskan, rujuklah kepada doktor.
Cara Merawat Ulser Mulut
Rawatam untuk mata ikan boleh secara tradisional (rawatan di rumah sendiri) dan juga secara pakat sama ada melalui pembelian ubat daripada farmasi atau pemeriksaan oleh pakar. Ini beberapa pilihan cara untuk merawat ulser mulut.
- Ubat tahan sakit
- Jaga kebersihan mulut secara berdisiplin
- Kumur menggunakan ubat kumur yang mengandungi thymol
- Gunakan ubat sapu (boljlela ) atau ubat spray
- Elak makan makanan yang pedas, masam atau tajam
Tiada ulasan
Komen