Assalamualaikum dan hai.
Jarang-jarang sebenarnya aku nak ulas atau kupas isu semasa tetapi untuk kali ni selepas berhari-hari aku tergerak hati untuk menulis sedikit sebagai coretan dan juga pengajaran buat kita semua.
Semua sedia maklum yang sekarang kita sebenarnya tengah dalam fasa PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Semua orang sudah mula biasa dengan norma-norma baru seperti bawa hand sanitizer ke mana-mana, daftar masuk ke aplikasi MySejahtera atau check suhu badan sebelum masuk ke sebarang premis.
Seperti juga orang lain, aku sudah mula membuat kerja di universiti bermula Julai lagi. Dan anak-anak pun sudah mula bersekolah mengikut SOP yang disediakan oleh pihak tadika. Antara norma mereka adalah setiap pagi cikgu akan spray sanitizer satu badan. check suhu badan anak-anak, duduk berjarak dengan kawan-kawan, tuala tangan tidak berkongsi. Sampai satu tahap mereka pun tahulah kena jaga jarak ni.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kenaikan kes positif secara mendadak di Kedah dan Sabah. Sehingga ke tarikh aku menulis (7 Oktober 2020), kes mencecah 400++.
![]() |
Gambar dari sumber Telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia |
Sejak pandemik Covid-19 menyerang, tahun 2020 buat kita semua seolah-olah satu butang reset. Bulan Mac baru ni kita semua berkurung di rumah masing-masing atas arahan kerajaan atau dinamakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan.
Kesannya, ada yang dibuang kerja sebab syarikat tidak lagi mampu membayar. Ada juga yang ekonomi rumahnya terganggu sebab selama ini bergantung pada jualan runcit. Bukan itu sahaja, anak-anak dibiasakan dengan pembelajaran atas talian, sebarang mesyuarat dilakukan secara atas talian. Banyak pihak yang terkesan sebenarnya.
Melihatkan kes yang meningkat ini, ramai yang menjangkakan PKP 2.0 akan dilaksanakan. Namun, dalam diam semua orang menolak berlakunya PKP 2.0.
Sebab apa?
Sejak PKPP dilaksanakan, ramai mula bangkit dari segi kehidupan dan ekonomi. Dalam tempoh 3 bulan ini (sejak Julai hingga September) ekonomi rumah masing-masing tidak sekuat dulu. Masih perlukan tempoh untuk dapat berdiri dengan teguh. Pelajar-pelajar univeristi sudah tidak sanggup lagi untuk menempuh sesi pembelajaran atas talian. Ada yang ada masalah internet, ada yang masalah ahli keluarga tidak memahami jadual kelas. Bukan sahaja pelajar, tenaga pelajar juga tidak berdaya.
6 Oktober baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah buat pengumuman bahawa tiada PKP 2.0.
Namun seperti yang aku tulis di atas, kes masih di angka yang membimbangkan. Malah sudah ada kematian yang melibatkan bayi!
Nak atau tidak, kita semua perlu disiplinkan diri untuk buat PKP sendiri. Kurangkan berkumpul, kurangkan ke tempat ramai orang jika tiada urusan penting, hentikan dahulu rancangan melancong. Kita sama-sama jaga kita.
Sebab sehinggakan tarikh hari ini, 8 Oktober, vaksin Covid-19 masih belum dijumpai. Maka, kita perlu disiplin dan biasakan diri dengan norma baru ini. Demi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Aku sendiri sejak dah nampak nombor kes semakin naik, aku berhenti bawa anak-anak keluar melainkan ke sekolah. Hari ini pun nak shopping barang, aku beli dengan Happy Fresh. Sebab aku sendiri sibuk dengan kerja-kerja kajian untuk master study. Dahlah nak masuk semester baru!
Betul! Kita belum menang sebab tu sy lebih suka kalo tiada urusan penting hanya betkurung kat rumah je..
BalasPadamJaga diri, ikut SOP dan jangan sesekali ambil mudah pasal COVID-19 ni. Kita tak nampak dengan mata kasar.
BalasPadamSedih kan tengok DG - beliau nampak sangat komited tapi angka makin naik. Beliau dah nampak sangat letih kan. Moga kita sentiasa berjaya dan dilindungiNya
BalasPadamDah tak tau nak cakap nak bebel apa lagi dah..hari-hari keluar iklan dan pengumuman tapi ada gak tak reti patuhi SOP...ermmm now #KitaJagaKita ye sudah...
BalasPadamIngat lagi masa mula mula kita semua dilanda perkhabaran wabak pandemik 'bertaraf sedunia' sekitar 7/8 bulan lalu melanda negara. Wabak yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar. Alhamdulilah kita menang 'sebentar' beberapa bulan lalu tapi benar sungguh bila terjadi peningkatan kes dan kluster baru sedemikian rupa.. Kita sah belum menang! Ps. Jom kita jaga diri dan jaga kita.
BalasPadamIndeed kena ambil langkah penjagaan sendiri, selain tu tingkatkan imun kita dengan menjaga makan dan amalkan gaya hidup sehat. Those yg berisiko tinggi which yang mempunyai penyakit kronik tu perlu lebih berjaga-jaga..
BalasPadamSekarang kita hanya perlu mencegah saja, karena itu lebih baik. Dan tetap selalu menjaga kesehatan agar imun kita tetap kuat dan terhindar dari gejala-gejala atau virus tersebut.
BalasPadamYep, kita masih blum menang. That’s why we have to be careful and patuh SOP. Plus, we need to be patient with this new normal.
BalasPadamYang penting jangan panic buying. Kita semua kena bertenang, kalau panic-panic pun lagi teruk nanti
BalasPadamMakin risau sebab kes bertambah. Suami plak dah start kena kerja takde cuti skrg ni. Terkesan jgk sbb awl pkp cuti beku. Kesian frontliner yg ada family ni.
BalasPadamDulu saya selalu cek worldometers.com sebab suka tengok progres negara kita menangani Covid-19 berbanding negara lain. Tapi sekarang dah tak sanggup nak tengok. Hari2 naik 3 angka.
BalasPadamRisau jugak tengok statistik terbaru semalam. Lagi2 selangor kena pkpb balik ni. Hopefully semua jgn pentingkan diri la. Ikot betul2 sop tu
BalasPadamSejujurnya, PKP atau tidak! We as rakyat should be responsible..! Sendiri kena ingat! Kalau tak sihat, jangan keluar merayap merata sebarkan virus.. Yang sihat, pergi mana2 kena jaga SOP, jaga kebersihan, keluar bila perlu sahaja! Kita mampu putuskan jangkitan virus ni kalau medium penyebaran virus takde ni.. Mcm awal2 PKP dulu...
BalasPadamSemoga Covid 19 akan berlalu pergi.Sekarang dah tak guna nak blame orang lain.Kita sendiri perlu patuh SOP untuk pastikan tidak jadi makin teruk
BalasPadamye. tak guna tuding jar sebab covid ni tersebar sebab kita juga. so slogan kita jaga kita tu memang tepat
BalasPadammoga virus ni cepat2 hilang dan kita boleh hidup normal seperti dulu2. aamiin
BalasPadamBetul! Covid-19 masih merebak dengan cepat so kita kena sentiasa ingat and prevent it.
BalasPadamyes , kita mmg perlu kan jaga S.O.P betul utk hindari penyakit covid ni sbb kalau tak jaga sampai bila2 pun tak kan habis
BalasPadamTB paling tak setuju kalau ada yang anggap benda ni hal yang remeh.. ada yang masih tak pakai penutup muka bila keluar, ada yang berani nak melancong sana sini.. Allah.. takutnya TB tengok.. tak boleh ke duduk diam dirumah buat sementara ni??? ni bila ada offer hotel ke penerbangan ke mana2 ke.. laju je nak po sebab tengah murah.. hemm..
BalasPadam