Carian

7 Idea Kuatkan Cinta Perkahwinan

 Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah bersempena tarikh Ogos ini (17 Ogos), genap sudah perkahwinan aku dan suami selama 7 tahun. Sebenarnya aku macam tak sedar rupanya dah 7 tahun kami berkahwin. Bagi aku, fasa 5 tahun yang pertama mencabar. Masuk 5 tahun kedua ini juga mencabar.

Bagi yang pertama kali menyinggah di sini, setiap tahun, sejak tahun 2018, aku mendedikasikan satu entri bagi meraikan ulangtahun perkahwinan aku. Salah satu sebabnya adalah untuk aku berkongsi dan juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Untuk tahun ini aku nak kongsikan idea-idea untuk indahkan perkahwinan. InsyaAllah benda-benda ini sangat realistik dan bukan macam drama-drama dalam TV. Selamat membaca!

7 idea bercinta dalam perkahwinan

Sebenarnya, perkahwinan tidak cukup dengan sekadar perkataan sayang. Ucapan sahaja tak cukup. Kena ada perbuatan juga. Dan tak juga cukup dengan rutin yang berulang setiap hari. Sekali sekala perlu diubah untuk memutikkan rasa cinta.

Masa mula-mula kahwin, masa belum ada anak, masa tu memang sweet muwitlah. Kami sempatlah 10 bulan berdua sebelum ada Wildan. Kalau mereka yang merancang atau pun masih belum ada rezeki, mungkin lagi lama. Tapi, kuncinya, sebenarnya kita tak boleh bergantung pada rasa sayang sahaja dalam perkahwinan sebab perasaan tu boleh hilang bila-bila masa. Perasaan sayang boleh hilang bila berlaku pergaduhan. Dan sebenarnya perasaan sayang boleh dipupuk dan disemai dari masa ke masa.

Pengalaman perkahwinan kami selama 7 tahun

1. Sentiasa hargai pasangan, sekecil-kecil bantuan atau hadiah

Ini benda yang kita kadang-kadang lupa. Lagi-lagi bila dah kahwin lama, anak dah mula berderet. Asyiklah tengok kesalahan dia. Sekecil terlupa tutup penutup ubat gigi pun boleh jadi angin tak tentu pasal. Aduhai.

Cuba kita tengok kebaikan yang dia dah buat dan cuba ucapkan 'Alhamdulillah, syukur pasangan aku baik'. Jangan tengok pasangan orang lain yang kita nampak lebih baik dari pasangan kita. Lain orang, lain caranya. Sekecil suami tolong jagakan anak pun, syukur. Sekecil isteri masak tiap hari, syukur. 

Kalau difikirkan, banyak lagi boleh disyukuri kan?

2. Sentiasa ambil hati pasangan (senang kata ngorat)

Lepas kahwin, bukan makna tak perlu mengorat dah. Lepas kahwinlah kena mengorat lagi. Haha. Bunyi macam gatal pulak tapi itu hakikatnya. Kita terlalu fokus pada tanggungjawab kita sampai lupa nak ambil hati pasangan. Buat sesuatu yang lain, atau sesuatu yang kita tahu pasangan kita suka. Pikat dia dan teruskan pikat. Tak kira kita suami atau isteri. 

Yang aku perasan, orang Melayu kita tak habis-habis dengan orang perempuan je kena pikat suami. Pada aku, suami pun kena pikat isteri juga. Isteri pun manusia, ada perasaan ok. Kalau isteri kena segak depan suami dalam rumah, suami pun kenalah segak depan isteri dalam rumah. Kalau isteri kena pandai masak masakan kegemaran suami, suami pun kena pandai masak masakan kegemaran isteri.

Cuba duduk sejenak dan fikirkan apa yang akan gembirakan pasangan kita?

3. Komunikasi yang berkesan

Aku tak tahu orang lain, tapi sepanjang 7 tahun perkahwinan, aku nampak satu benda yang sangat penting. Komunikasi. Bukan sekadar bercakap, bukan sekadar mendengar. Kena berada dalam perbualan. Jangan telinga dengar tapi hati entah kemana. Jangan mulut bercakap tapi hati ego pandangan ditolak. 

Kalau tak pernah borak, atau tak tahu nak cerita apa, boleh baca di entri aku pada tahun 2018 tentang topik-topik perbualan yang boleh diborakkan dengan pasangan. 

>>>Apa Nak Borak Dengan Pasangan<<<

Tak tahu nak mulakan perbualan? Mulakan dengan tanya tentang benda yang pasangan kita suka. Biar dia tahu, kita ada untuk mendengar dan menyokong.

4. Dating

Siapa kata dating untuk orang belum kahwin? Dating lepas kahwin laaaagi seronok. Biasalah, bila dah ada anak, memang kadang-kadang susah. Ke hulu ke hilir, anak-anak memang akan ikut punya. Haha. Aku rasa kali terakhir kami dating ialah sebelum Wildan keluar. Lepas tu, memang ke hulu ke hilir dengan anaklah.

Sampailah ada satu hari, suami call. Dia suruh siap-siap, nak ajak keluar dating. Masa tu kebetulan mak mertua dan adik-adik ipar datang rumah. Dia kata anak-anak tinggal je sebab semua pun seronok dengan makcik pakcik diorang. Masa tu, berdebar-debar. Haha. Terus terfikir, eh nak pakai baju apa, eh nak mekap tak. Padahal muka tu juga nak tengok tapi sebenarnya itulah yang sebetulnya.

Selepas hari tu, kami mula dating berdua bila ada peluang. Dan aku rasa benda ini patut dibuat oleh suami isteri terutamanya yang dah ada anak. Sekali setahun pun jadilah. Untuk membina kasih sayang yang ada.

5. Bergambar berdua

Macam kelakar idea ni, tapi pada aku idea ni sangat seronok. Kami jarang-jarang selfie, tapi sejak ada anak, aku rasa sangat jarang selfie. Malu ke apa, entahlah. Bila aku mula ajak suami, dia suka dan aku pun suka. Dan bila ada masa kami buat. Tak ada tujuan sangat, sekadar nak simpan untuk berdua.

Sebenarnya bila kita selfie tu kita simpan kenangan. Percayalah. Bila kita scroll telefon, nanti tengok balik gambar tu mesti akan ingat momen-momen masa gambar diambil. Betul tak? Kalau orang dulu, dia guna kamera kodak. Simpan dalam album. Ada masa-masa tertentu dibuka balik album dan dikenang semula momen indah. Hehe.


Bergambar berdua buat posing-posing pun tak salah. Tak perlu tunggu ada photgrapher. Bila-bila ada peluang seperti hari raya, majlis perkahwinan saudara terdekat, ambillah sekeping dua. Buat kenangan dan memutikkan rasa cinta.

6. Saling menyokong dan saling bersaing

Kami berdua, dua-dua buat bisnes online untuk cari duit tepian. Ada orang, dia selesa untuk buat bisnes bersama pasangan. Macam kami, memandangkan minat macam kutub utara dengan kutub selatan, bisnes tak buat sama-sama. Haha. Tapi kami saling support. Pada masa yang sama saling bersaing.

Bersaing macam mana?

Siapa dapat buat sale yang lagi banyak. Haha. Just persaingan nak menaikkan semangat sendiri. Bukan untuk merendahkan pasangan. Jangan sesekali bersaing untuk merendahkan pasangan. Dalam perkahwinan ego kena buang jauh-jauh. Jangan diikutkan sangat.

7. Tahu cita-cita pasangan

Pada aku, kita kena jelas dengan cita-cita pasangan kita. Supaya kita boleh tolong support dia. Supaya kita tahu hala tuju hidup dia. Walaupun kerja berlainan bidang, tak bermakna kita tak perlu tahu target atau matlamat pasangan dalam kerjaya dia.

Ramai yang ingat bila berlainan bidang, langsung tak perlu ambil tahu kerjaya pasangan. Salah tu. Paling kurang kita tahu matlamat dia. Tak perlu pun tahu detail-detail dan terma-terma yang buat pening kepala. Cukup sekadar kita tahu, apa yang dia sibukkan dan apa yang dia kejarkan. So, kita boleh support dia, bantu dia mana yang perlu.  

Kita sendiri pun jangan berat mulut untuk bercerita. Jangan ingat dia tak faham, tak perlu cerita. Cerita supaya pasangan tahu, kita perlukan dia untuk menjadi teman dalam perjuangan kita. 

Tak pernah borak pasal kerja? Apa kata mulakan dengan cerita sesuatu yang menarik atau yang kelakar berlaku di office?


Bersempena 7 tahun perkahwinan, aku boleh fikirkan 7 idea ini. Haha. Harapnya bermanfaat untuk korang semua dan boleh dipraktikkan. Rasanya tak ada idea suruh buat dinner grand, bagi hadiah mahal-mahal, kan? Semuanya yang memang kami buat dan masih buat lagi.

Jauh lagi sebenarnya perjalanan perkahwinan kami. Anak pun kecil-kecil lagi. Orang mungkin lebih berpengalaman. Tapi aku rasa tak salah untuk aku berkongsi. Dari pengalaman aku, bukan orang lain.


Terima kasih sudi baca dan doakan perkahwinan kami. Amin.

27 ulasan

  1. tahniah...happy anniversary. nice sharing...rujukan yg bagus buat mereka yg baru berkahwin atau sudah lama berkahwin

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you. semoga bermanfaatlah untuk semua.

      Padam
  2. Happy 7th Anniversary !!!!Alhamdulillah.. hopefully kekal sampai bila2

    BalasPadam
  3. sis dah nak masuk 15tahun perkahwinan..uiii byk cabaran dia..tp sekarang rasa bahagia bila dua2 sama2 orang kata give and thank bertolak ansur..bila ada yang tak kena. duk bincang..dan yg paling penting buat silap cepat2 mintak maaf..thanks sharing idea tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, bertolak ansur, minta maaf selalu. ini antara pesan mak saya.

      Padam
  4. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga. Dan benar setiap pasangan suami isteri kena saling lengkap-lengkapi dan menjadi lumrah ada onak dan duri dan semoga Allah menjaga hubungan ini

    BalasPadam
  5. Agreed with all points. These are the things to do for a happy long term marriage. It’s simple but not all couples are doing it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaan. Sometimes, these simple things yang sebenarnya laaagi bermakna.

      Padam
  6. Teringat scene dalam drama Glee husband aand wife selalu borak pasal kerja tapi sejak kerja bersama tak tahu dah nak sembang apa hahaha

    BalasPadam
  7. Betul tu. Dalam perkahwinan kena banyak bersabar, menghormati dan toleransi.

    BalasPadam
  8. Betul sis. Saya dah 5 tahun kawen pun rasa macam banyak lagi nak explore pasal perkahwinan. Paling penting komunikasi.

    BalasPadam
  9. untuk usia perkahwinan bawah 5 tahun eloklah buat gini tapi yang dah lebih pun boleh jugak...harap makin cinta bukan makin hambar....jangan lupa selit tips makan bersuap sebab itu yang akak lakukan dengan asben dari awal kahwin sampai laaa ni dah 17 tahun usia perkahwinan kami ...

    BalasPadam
  10. terima kasih di atas tipsnya, bolehlah apply untuk kuatkan perkahwinan. now nak kena cari pasangan dulu. hahahhaa

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Tahniah atas perjalananan 7 tahun perkahwinan. Moga terus berkekalan ke jannah

    BalasPadam
  12. Happy anniversari buat As berdua..moga ikatan perkahwinan kekal bahagia hingga ke Jannah..

    BalasPadam
  13. Tq tips2 nya.. barakallah kak..😍👍👍💕 Semoga mahligai nya terus berkah dan dalam limpah kasih sayang Tuhan.. ❤️ setuju sgt dgn entry ni..

    BalasPadam
  14. Thanks for the tips, ya walaupun dah lama berrumahtangga kita tetap kena ada initiative untuk kuatkan relationship

    BalasPadam
  15. thanks for sharing marriage life tips. I agree with you. Need to go dating once a while with couple to maintain

    BalasPadam
  16. iena tak kawen lagi tapi ni perkongsian yang bagus.Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  17. Happy anniversary.. Memng dengab oasangan kene bercinta selamanya. Hehe

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah moga terus bahagia dan juga sampai ke Jannah dan terus kekal hingga akhir hayat tips ini sangat berguna pada pasangan baru nak kekal lama hehehe. Kita jer belum ada calon lagi wakakakaka..

    BalasPadam
  19. Happy anniversary sis.

    BalasPadam
  20. Thank you share. Tips ni berguna sangat untuk orang dah kahwin. Kadang2 kita kena diingatkan.

    BalasPadam
  21. happy anniversary to both u.. semoga kekal hingga ke jannahnya.. kunci utama : Sabar dan selallu amalkan konsep give and take to each others. insya allah..

    BalasPadam
  22. semoga terus setia hingga akhir hayat and wish you guys a very happy anniversary. Sentiasa bersama dalam susah dan senang, miskin dan kaya.

    BalasPadam

Komen