Carian

Pengalaman Buat Exam Online

Assalamualaikum dan hai,

Dah Julai dah rupanya! Punya lama PKP berlangsung, aku terasa Julai macam Januari. Tapi dalam tak sedar, sepanjang PKP sejak Mac hari tu, aku dah buat kelas secara atas talian sehingga boleh buat exam final untuk pelajar-pelajar secara atas talian. 

Sebenarnya aku sendiri tak percaya. Masa dapat tawaran kerja hari tu, belum mula pun lagi PKP ni. Dan tiba-tiba kena buat pembelajaran atas talian. Haru biru juga sebenarnya. Boleh pening kepala sambil uruskan rumah, sambil uruskan anak-anak, sambil itu juga nak buat kelas. Alhamdulillah encik suami sangat sangat membantu.

Peperiksaan yang aku buat berlangsung pada minggu kedua Mei 2020 hari tu. Aku sebenarnya jadi part time tutor untuk pelajar dalam program persediaan ke Rusia. Hehe. Rezeki dapat menyumbang serba sedikit bakti. Sambil tu asah balik bahasa Rusia sebab silibus guna buku teks Rusia. Dan of course dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan adik-adik.
quizizz online exam


Panjang pendekkan cerita, kelas kami berlangsung secara atas talian. Semestinya dengan aku banyak membebel bercerita pasal formula, tunjuk jalan kira dan bermacam-macam lagi lah. Satu pengalaman baru dan aku sangat hargainya!

Selesai kelas selama 2 bulan setengah atas talian, bermula minggu peperiksaan untuk pelajar-pelajar ni. Mula-mula aku nak adaptasikan sistem peperiksaan Rusia. Tetapi dengan peperiksaan dengan atas talian, assignment pun hantar atas talian, aku rasa agak mustahil untuk dilaksanakan. 

Untuk peperiksaan, mulanya aku nak guna Google Form sahaja. Sebab haritu pernah buat kuiz Wildan dengan Google Form. Kemudian, aku terfikirkan website Kahoot. Dan kebetulan aku ada join usrah online yang buat quiz guna website Quizizz! Terus aku explore pasal Quizizz. Of course Wildan jadi orang pertama yang aku buat test untuk guna Quizizz. Dan akhirnya pilihan aku adalah Quizizz. 

Penafian: Jika pihak sekolah/universiti ada menyediakan platform tersendiri untuk peperiksaan adalah lebih baik digunakan platform yang disediakan. 

Aku buat sendiri sebab program pelajar persediaan ni silibusnya tak sama dengan universiti tempatan, semester pun berbeza dan mereka tidak disediakan pembelajaran atas talian. Kira atas usaha kami selaku pensyarah dan tutor untuk terus memberikan ilmu. 

Apa yang ada dengan Quizizz yang buatkan aku rasa senang nak seronok buat quiz/test/exam?

1. Boleh masuk dengan account Google sedia ada. 

2. Navigasi laman web yang sangat mudah.

3. Template soalan mudah difahami.

4. Boleh import soalan dari excel (menggunakan format contoh diberikan)

5. Tiga mod peperiksaan/ujian/kuiz ditetapkan oleh pengajar.

6. Pengajar dapat menilai sendiri prestasi pelajar dengan laporan selepas ujian tamat.

quizizz online exam

Ini muka depan selepas kita log masuk. Boleh tengok, semua benda kita boleh scroll sahaja sebelah kiri tu. Nak mula buat soalan, boleh klik pada "create new quiz". Mudah je. Lebih kurang sama dengan Google Form. Nak tahu cara buat kuiz dengan Google Form, boleh tengok entri aku buat kuiz untuk Wildan.


Peringatan: Untuk soalan berbentuk subjektif atau esei, sistem pemarkahan Quizizz akan nampak sebagai betul sahaja. Tiada salah. Untuk soalan subjektif/esei memang memerlukan campurtangan pemeriksa secara manual.

Kalau nak cerita buat soalan dengan Quizizz rasanya panjang sangat jadi entri ni. Tapi itu bukan tujuan utama aku tulis. Aku cuma nak kongsikan pengalaman buat exam sahaja. Bukan anak murid je berdebar, aku pun berdebar siap tersalah bagi link pada diorang! Aku bagi link kuiz soalan Wildan mula-mula tu. Ya Ampun, dalam masa 2 minit semua dah siap jawab. 

Bersyukur juga berlaku kesilapan teknikal, aku kurang sikit rasa nervous dan harapnya mereka yang nak menjawab soalan haritu terhibur dan kurang rasa gugupnya. Hehe.

quizizz online exam


Ini aku screenshot masa dah nak habis exam. Oh ya, exam aku buat berlangsung 3 jam! Sebab setiap satu soalan aku set masa menjawab maksimum 15 minit. Kesemuanya ada 13 soalan. So memang dicampur semuanya dapatlah lebih kurang 3 jam. Dan memang masa yang diperuntukkan untuk exam adalah 2-3 jam. Hehe. Dan semuanya aku buat soalan pilihan.

Tapi ada satu benda yang buatkan aku tertarik nak guna Quizizz. Kita boleh tetapkan soalan untuk keluar secara rambang semasa ujian berlangsung. Maknanya setiap pelajar akan mula dengan soalan yang berbeza-beza. Adalah sikit acah-acah peperiksaan seperti sistem pendidikan Rusia. 

Memandangkan aku buat exam, aku tak pilih untuk ada 'power up' atau iklan memes yang menghiburkan. Dan ini adalah ketetapan yang pengajar boleh tetapkan sebelum exam bermula. Kalau buat quiz, ada memes dan 'power up' ni seronok. Macam main game. Tapi dapat juga input baru. Hehe.

Untuk Quizizz ni dia seronok bila ramai orang. Kita yang menonton akan nampak carta turun naik, kita juga boleh tengok laporan secara langsung keupayaan pelajar menjawab soalan. Dan selesai exam boleh muat turun laporan (dalam bentuk Excel) untuk kita buat penilaian lanjut.

So, setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Ada yang membaca ni cikgu ke? Kalau tidak pun mesti mak ayah kan? Boleh buat untuk anak-anak. Aku buat dengan Wildan, seronok dia jawab soalan. Boleh dapat 'power ups' macam kumpul bebola naga. Haha.

Terima kasih sudi membaca.



4 ulasan

  1. Ramai cikgu guna kaedah sama. Tapi kids minta bantuan parents and siblings hahahaha , bg anak2 un x accurate prestasi tu. Depa saling membantu.

    BalasPadam
  2. Keje sekolah anak-anak banyak juga guna Quizizz. Anak-anak enjoy je..jawab soalan dah macam main game.

    BalasPadam
  3. Bagusnya buat soalan kat online. Memang cam penat tapi bila tengok hasil rasa puas

    BalasPadam

Komen