Carian

Aktiviti bersama anak sepanjang PKP

Assalamualaikum dan hai!

Awal bulan hari tu, sempat kongsikan resepi yang kami sekeluarga cuba sepanjang PKP yang berlangsung bermula 18 Mac hingga 14 April 2020 (InsyaAllah akan ada versi no 2). Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat duduk beramai-ramai sejak PKP diumumkan. Cumanya, anak aku yang sulung (Wildan) dah selamat balik Kerteh untuk cuti sekolah tempoh hari. Tiba-tiba keluar arahan kawalan pergerakan. Sudahnya tinggallah dia di sana bersama atuk nenek dan makcik pakcik dia. Alhamdulillah juga sebab keluarga mertua dapat berkumpul sekeluarga kecuali adik ipar seorang yang sedang berlaja di Shah Alam.

Dengan teknologi zaman sekarang ni, ada smartphone, ada akses internet, taklah susah sangat untuk berhubung. Hampir sebulan PKP ni, boleh kata setiap harilah bervideo call dengan anak seorang yang ada di Kerteh. Dia sihat, seronok dan baaaanyak aktiviti. Maklumlah ramai yang nak melayan.

Kembali pada tajuk entri kali ni, aku nak kongsikan sedikit aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak. Mungkin bersesuaian dengan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah sebab anak aku ni baru 3 tahun lebih. Abangnya pun baru nak masuk 6 tahun. So, kebanyakkan aktiviti memang terhad untuk range umur 6 hingga 3 tahun lah.

aktiviti bersama anak di dalam rumah, indoor games, pkp, mco


Resepi Sepanjang PKP 2020

Assalamualaikum dan hai!

Apa khabar korang semua? Okay tak semua dekat 30 hari berkurung dalam rumah? Aku akhirnya keluar pada hari ke 25 untuk beli barang sebab lagi mudah bila aku sendiri yang pergi. Berdebar juga rupanya nak keluar. Daya imaginasi aku terbayangkan movie Zombieland. Ingatkan lenggang kat luar tapi tidaklah lenggang sangat. Haha. Over betul daya imaginasi.

Sepanjang PKP berlangsung, aku banyak habiskan masa dengan buat kerja dari rumah. Of course aku memang dah biasa buat kerja dari rumah. Sejak tahun 2016 lagi aku dah mula kerja dari rumah dengan bisnes dropship. Cuma kali ni meriah sebab semua orang kerja dari rumah. Hehe. Dan Wildan pula masih lagi berada di Kerteh sebab pergerakkan antara negeri ditutup.

Untuk cerita pasal aktiviti sepanjang PKP atau pun proses pembelajaran anak-anak, insyaAllah aku akan tulis dalam satu entri lain, untuk entri kali ini, seperti yang tertulis pada tajuk, aku nak kongsikan resepi-resepi yang dicuba sepanjang PKP ini berlangsung. Tak kisahlah resepi yang viral ke tidak, boleh kata macam-macam juga kami adik beradik cuba. Hehe.