Carian

Update: Perkembangan Mukhlis dalam bertutur

Assalamualaikum dan hai!

Lama dah bercerita pasal perkembangan Mukhlis dalam pertuturan dia. Siapa yang follow instagram @slumberlady , memang akan nampak sesekali adalah update pasal pertuturan Mukhlis ni.

Alhamdulillah, 15 Oktober yang lalu Mukhlis dah pun mencecah 3 tahun!

Walaupun dah 3 tahun, dia masih kecil molek, masih umminya suka gomol sebab comel. Eh. Haha.

InsyaAllah dalam entri kali ni cuma nak kongsikan sedikit perkembangan Mukhlis dalam percakapan, update pasal Klinik Audiologi yang kami pergi untuk buat pemeriksaan dan juga sedikit tips tambahan yang kami buat selain daripada yang sebelum ini.



Kalau ini pertama kali korang baca pasal Mukhlis, boleh baca dulu post yang sebelum ini berceritakan pasal pendedahan yang Mukhlis speech delay dan juga latihan untuk stimulasi percakapan dia yang kami buat berdasarkan nasihat dari doktor.

>>>Latihan Anak Bercakap<<<

Bila dikira-kira, dah hampir 5 bulan selepas kami pergi ke Klinik Audiologi untuk pemeriksaan pertama bagi masalah speech delay Mukhlis. Kali kedua kami pergi dalam bulan Julai. Dalam antara masa hampir 2 bulan, ada sedikit progress (perkembangan) Mukhlis. Dia dah start nak bersuara. Dengan cara dan bahasa asing dia. Tapi kurang-kurang keluar bunyi. Sebelum tu habuk pun tak keluar tau.

Kalau ikutkan pihak klinik ada bagitahu untuk buat terapi tapi akan mula dalam bulan 9 atau bulan 10. Sekarang dah masuk November, satu khabar pun tak ada. Haha.

Sebenarnya kami tak kisah sangat sebab sejak bulan 9 lagi Mukhlis dah mula petah. Petah dengan bahasa dia lah kan. Banyak dah bunyi yang jelas. Walaupun ada yang kami semua tak faham, tapi dia dah kurang mengamuk sebab dah banyak yang dah boleh faham. Yeay!

So, abahnya kata mungkin pihak klinik mengutamakan kanak-kanak yang lebih memerlukan seperti yang memang ada masalah pendengaran, masalah perkembangan sensori dan yang lebih perlukan perhatian.

Oh ya, kalau korang ingat, aku ada ceritakan yang Mukhlis ni cuma bermasalah pada bahagian 'expressive' ataupun luahan. Dia boleh mendengar dan memahami arahan dengan baik tapi dia tak berkebolehan untuk menyatakan apa yang dia nak atau yang dia tak suka. Tanda masalah seperti ADHD atau Autism pun tak ada. Masalah dia cuma pada meluahkan atau bercakap. Dan sebenarnya aku baru dapat tahu dari seorang peadritician Sunway Medical Center (masa hadir majlis pelancaran aplikasi theAsianparent) ada satu terma 'isolated speech delay' yang mana anak-anak bermasalah pada luahan.

Tak banyak sangat nak tulis sebab untuk tengok progress kena ada video dia bercakap. InsyaAllah kalau ada rezeki rajin buat video kompilasi, akan dibuat.

Cumanya aku nak kongsikan sedikit tambahan latihan yang kami buat anak beranak bagi membantu Mukhlis dalam bercakap.

1. Ulang semula yang dia cakap tanpa pelat
Sejak Mukhlis dah boleh tuturkan sesetengah perkataan, kami ajar dia sebut perkataan yang betul. Dia sebut pelat biarkan dia pelat. Tapi bila kita ulang, sebut yang betul dan minta dia ulang balik. Setakat ni tak banyak lagi yang dia boleh sebut betul tapi baby step baby!

2. Bagi dia ajuk kita sebut perkataan
Seperti yang aku tulis kat atas, minta dia ulang atau ajuk. Macam Mukhlis ada masa memang dia malas ajuk. Bila time dia malas memang tak dapat apalah. Tapi masa dia tengah nak ajuk, aku pastikan dia ajuk semua bunyi huruf. Contoh 'papa' 'mama' 'kaka' 'caca' 'zaza' 'lala' dan seangkatanlah. Masa buat ni baru kita tahu huruf mana yang susah untuk dia sebut. Mukhlis sekarang yang susah bunyi huruf S, L, R, C.

3. Berikan ganjaran bila dia berjaya sebut
Ini biasanya bila dia minta barang. Minta dia sebut dan bila berjaya dia akan dapat. Yeay!

4. Latihan otot oral
Ada sekali tu terfikir nak buat aktiviti meniup watercolour. Masa buat tu baru perasan yang Mukhlis sangat struggle nak meniup. Dia boleh tiup tapi tak konsisten dan selalu terkeluar air liur sekali. Melihatkan keadaan begitu, Ummi aku kata otot pipi dia tak kuat. Yelah, adik aku sorang masalah speech delay beserta pembelajaran. Serba serbi Ummi tahulah sikit pasal speech delay.

So, kami banyak beli wisel dan mainan meniup untuk kuatkan otot pipi Mukhlis. Masih keluar air liur, tapi semangat dia yang nak meniup dan buat tu buatkan aku terharu.
latihan otot mulut untuk bercakap
Ini antara latihan yang kitorang buat. 

latihan otot mulut untuk bercakap
Ni TokMi Mukhlis belikan wisel burung untuk dia main-main tiup


InsyaAllah itu sahaja update tentang perkembangan Mukhlis. So far, semakin bagus. Teruja sangat rasanya.

So, untuk tips yang lebih banyak boleh rujuk entri sebelum ni

>>>Latihan Anak Bercakap<<<

Terima kasih sudi baca!
Kalau ada pendapat atau tips sudikanlah kongsi.

18 ulasan

  1. Harap dipermudahkan urusan Mukhlis.
    Mizwar pun masih pelat dalam bercakap walaupun dah 2 1/2 tahun.
    Risau sikit tapi bila kita cakap ikut satu-satu suku kata dia boleh follow.
    Cuma bila cakap laju, hilang suka kata depan tu. Semua jadi AAAAA je.

    BalasPadam
  2. semoga anak ini diberikan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah

    BalasPadam
  3. Insha Allah akak. Pelat itu akan kelamaan ia akan menjadi fasih jugak. Kesabaran tu kena tinggi. Insha ALlah kak. :)

    BalasPadam
  4. bagus tips ni. anak iza pun boleh consider speech delay dulu. banyak benda yang dia cakap kita langsung tak faham. tapi kita sebagai parents memang kena banyak bercakap dengan dia. sembang la apa pun and iza dedahkan jugak dia dengan cerita budak-budak yang banyak bercakap compare to cartoon yang hanya bunyi je. alhamdulillah. sekarang ni lagi bijak dari kita pulak.

    BalasPadam
  5. In syaa Allah semoga melalui terapi yang dilakukan dapat membantu Mukhlis untuk lebih baik. Tips yang bagus juga sebab bermanfaat untuk semua parents.

    BalasPadam
  6. terima kasih atas tips yang dikongsikan untuk mereka yang ada anak masalah dalam perututran bolehlah rujuk pada entri ni...banyak info dan tips berguna yang dikongsikan

    BalasPadam
  7. I have to be honest, this is the first I’m reading about your son. Btw, I am happy to know your son is improving. Alhamdulillah. Saya Doakan semoga anak Puan membesar dgn sihat.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan pun dah nampak hasil kan.. Good job umi! Semoga anak memunjukkan progres yang baik hari demi hari. Semoga dipermudahkan segala urusan amiin!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillha, berkat eksabarn mak ayah, dan kepercyaan pada anak, akhirnya buahkan hasil. Bila nampak anak bercakap memnag sesuatu saat yang gembira

    BalasPadam
  10. Thank you so much for informative post~ God bless you and your family.

    BalasPadam
  11. tahniah mommy! insyaAllah mukhlis jadi lebih baik lagi nanti

    BalasPadam
  12. tahniah mukhlis. perkembangan yang baik. semoga membesar dengan baik dan mendengar kata ibu bapa. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  13. Oo saya faham sangat dengan keadaan Mukhlis ni. Anak saya dulu pun macam Mukhlis. Masa umur 3 tahun tu memang anak saya cakap bahasa German dia. Tak reti nak luah dgn bahasa yg kita fahami juga. Diorang bukan speech delay tapi languange delay. Sebutan dan pertuturan yg problem. Lama2 anak saya boleh cakap slowly. Now dah 5 tahun. Saya pun bawa gi therapy.

    BalasPadam
  14. tahniah mukhlis.. moga makin banyak lagi perkembangan baik tu

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. nampak perkembangan yang baik.. semoga Mukhlis membesar dengan sihat dan aktif.. yang penting dia dah tunjukkan perubahan yang baik.. syukur Alhamdulillah kan.. good luck Mukhlis..

    BalasPadam
  16. Inshaa Allah dipermudahkan pembelajaran untuk bercakap. Mesti comel kalau petah bercakap nanti kan. Nanti Qiss tengok video tu. Bagus juga latihan meniup. Qiss baru tahu kena buat latihan macam tu

    BalasPadam
  17. semoga dipermudahkan. dengan latihan and pemantauan akan okei tu. alhamdulilah kita sedar awal, kalau tidak susah juga kan.

    BalasPadam
  18. Alhmdulillah....semoga perkembangan terus positive...mmg stress kalo anak lambat bercakap atau pelat bercakap..sbg ibu bapa kita kena ambil langkah awal utk memperbetulkan nya

    BalasPadam

Komen