Carian

Kembara Alam Ranger 2019: Sukaneka versi baru!

Sejak Wildan masuk tadika ni, antara event yang aku tunggu-tunggu ialah hari sukaneka. Sebab nak tengok depan mata sendiri kemahiran bersosial Wildan dan macam hubungan dia dengan cikgu-cikgu dia. Maklumlah, Wildan pertama kali keluar dari zon selesa dia kan.

Kalau ikut takwim tadika, diaorang tak ada sukaneka tapi ada perkhemahan. Haaaa, perkhemahan diaorang melibatkan komitmen mak ayah. Memang dari awal mendaftar, pengusaha dah maklumkan yang penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk sama-sama membantu dan mendidik anak-anak. Sebab tu kerja sekolah anak-anak semua hujung minggu sahaja untuk dibuat bersama mak ayah.

Naik cuti sekolah, cikgu mula-mula maklumkan akan buat perkhemahan dekat Sungai Congkak. Masa tu aku macam rasa lega sebab dekat je kot Sungai Congkak ni. Lepas seminggu, tukar rancangan. Tak buat perkhemahan tapi buat acara di Pantai Batu Laut, Banting. Program dibuat dari lagi sampai petang. Ada sukaneka, ada acara untuk ibu ayah dan ada aktiviti 'mengisa ikan'. Mesti pelik bila dengar perkataan mengisa ikan kan? Apa benda lah tu? Nanti aku cerita.

sukaneka amazing seed kembara alam ranger 2019


Kenapa sampai Banting buat hari sukaneka tadika?

Sebenarnya acara sukaneka atau lebih dikenali sebagai KEMBARA ALAM RANGERS ni adalah acara untuk branch-branch tadika yang ada di sekitar Selangor. Ramailah lah kan? Satu branch dalam anggaran ada 50 anak murid dari usia 3 tahun sampai 6 tahun. Untuk sekitar kawasan Selangor (tak silaplah) ada dalam 8 atau 9 cawangan. Tapi, tak semua boleh commit untuk datang. Yelah, jauh juga sebab rata-rata semua dari kawasan Semenyih, Bangi, Puchong, Cheras.

Untuk acara Kembara Alam Rangers ni, kami sebagai mak ayah diberikan tugasan untuk rekod video anak buat laporan cuaca. Video ni akan masuk dalam markah Home Project anak-anak nanti. Aku bab rekod video Wildan memang suka, tapi Wildan biasalah ada mood-mood dia je. Tapi alhamdulillah dia okay je record pagi tu. Arahan asal sebenarnya buat laporan cuaca dalam Bahasa Melayu tapi aku tahu Wildan kadang suka cakap in English, so aku bagi dia pilih. Dan of course dia pilih English sebab dia banyak vocab.

Kami sampai di lokasi (Pantai Batu Laut) lebih kurang jam 9.30 pagi. Acara belum start lagi. Cikgu-cikgu semua tengah mempersiapkan anak-anak untuk perarakan. Tadika Wildan (Amazing Seed BTHO) memilih untuk guna kostum sayur (Home Project bulan Mac) untuk dijadikan kostum perarakan. Memang team mereka je pakai baju sayur beramai-ramai berarak. Comel pulak tu masing-masing dengan kostum homemade hasil kerja keras mak ayah masing-masing.

kembara alam rangers amazing seed 2019
Tu, belakang dia tu kawan baiknya. Sama-sama jadi 'tomato'.

Sebelum berarak, anak-anak baca selawat, doa dan ikrar sama seperti yang mereka buat setiap hari. Cumanya bahagian selawat cikgunya pendekkan sebab katanya yang biasa dibaca panjang. Wildan ni, bila dah ada kawan-kawan memang dia dah tak heran sangat Ummi Abah dia. Berborak sakan aku tengok. Cuma Mukhlis sambil dia berbaris mukanya monyok, termenung jauh. Sempatlah lepas berarak tu dia menangis sebab Ummi Abah hilang dari pandangan.

kembara alam rangers amazing seed 2019
Ye, memang dia monyok je.

Habis berarak barulah bermula acara sukaneka tepi pantai. Mula dengan acara 6 tahun, 3/4 tahun dan 5 tahun. Awalnya aku nak juga Mukhlis main, sebab anak-anak 3/4 tahun ada dalam 4 orang je yang datang. Tapi Mukhlis, macam biasa dia malas nak join, tak mahu lepas langsung Abah dia. Sepanjang acara sukaneka dia banyak melepak dengan Abah jalan-jalan tepi pantai dan makan.

Wildan pula, untuk acara 5 tahun yang pertama dia tak masuk sebab dah cukup orang. Hampir menangis sebab tak dapat peluang. Acara kedua, dia dapat main tapi dia macam tak puas. Acara yang terakhir, buat istana pasir barulah dia puas. Siap jadi wakil untuk ditemuramah pengadil.

kembara alam rangers acara sukan
Tengah kira peserta sebab teacher bagi arahan kena 10 orang je.

contoh istana pasir kembara alam rangers amazing seed 2019
It's a success! Walaupun pasir-pasir ni susah nak dibentuk.

Sambil acara sukaneka diadakan, untuk mak ayah serta ahli keluarga yang lain (ada yang bawa atuk nenek sekali), ada acara memasak ikut rumah sukan. Sambil isi ahli keluarga yang datang kan. Mulanya Abah Wildan nak join juga sebab untuk rumah merah (rumah sukan Wildan dan Mukhlis) berkali-kali buat pengumuman yang penyertaan masih kosong. Tapi bila tengok dalam group semua makcik-makcik dan tak ada lelaki, dia rasa kekok dan akhirnya melayan si Mukhlis sepanjang program.

Usai selesai acara pagi, kami berehat. Makan dan melepaskan penat sekejap. Asalnya program petang akan dibuat selepas zohor tetapi atas nasihat orang kampung (nelayan) seeloknya buat sebelum zohor. Sebab lepas zohor air akan mula pasang. Dalam pukul 12 tengahari, ada taklimat dan sedikit pengenalan tentang mengisa ikan. Awalnya, aku siap cakap nak masuklah dalam laut buat aktiviti mengisa ikan. Tapi suami kata ombak tengah kuat, mahu melayang aku yang kurus kering ni. Memang cuaca hari tu tak terik tapi tak mendung. Angin pun kuat, ombak pun memang kuat. So, aku rasa tak apalah tak ikut masuk.

air laut surut mengisa ikan
Tekad nak dukung, tekad juga kami nak dia jalan.

kembara alam rangers amazing seed 2019
Lompat atas air tak pernah bosan.

kembara alam rangers amazing seed 2019
Jomlah lompat walaupun tak tinggi mana.

Dah siap taklimat, kami beramai-ramai berjalan ke tengah laut. Jauh juga. Hampir satu kilometer dari pantai. Punya banyak air laut surut. Dalam perjalanan nak ke tengah laut, Wildan memang dah tak peduli dah kami ni. Dia berjalan selamba dengan kawan-kawan jauh ke depan. Yang Mukhlis, macam biasa tak nak lepas. Siap nak dukung sepanjang masa. Pada aku, main pantai nilah waktu yang sesuai untuk buat sesi terapi sensori-sensori anak. Memang kami suami isteri tak layan pujuk dia yang nakkan dukung. Suruh juga dia jalan atas pasir. Dia nampak kekok. Tapi lama-lama dia ok.

Sementara menunggu orang mengisa ikan, anak-anak yang di tepi-tepi air ni semua sakan main pasir dan air di tengah-tengah laut surut. Wildan sampai berpasir kepalanya. Punya seronok dapat main air. Ada juga jumpa ketam kecil-kecil. Mukhlis pun lepas dah selesa, dia siap join Wildan berguling-guling atas pasir.

Bila mereka yang mengisa ikan balik ke tepi air, berpusu orang serbu. Siap ada yang bawa bekas. Rupanya ramai yang dah plan untuk kutip ikan-ikan hasil mengisa. Serius tak tahu pula boleh kutip dan bawa balik ikan. So, aku cecepat panggil Wildan dan bagi dia pegang ikan. Pinjam ikan yang dikutip cikgu Wildan je laaaa mampu sebab kami memang tak bawa bekas. Ada beberapa jenis ikan tapi aku tak kenal. Katanya ada anak ikan belanak, anak ikan todak. Ada juga yang dapat belut dan ketam!

mengisa ikan kembara alam rangers amazing seed 2019
Kayu yang ada pada jala dipanggil kayu kisa.

mengisa ikan kembara alam rangers amazing seed 2019
Sambil manusia berpusu ambil ikan, berpusu juga snap gambar. Masa ni main tekan je sebenarnya. 

Hasil mengisa sebenarnya taklah meriah tapi bagi kami-kami yang tak pernah mengisa, rasa seronok tengok ikan-ikan yang ada pada jala biarpun semuanya comel-comel je. Kebanyakkannya pertama kali buat aktiviti mengisa ikan ni. So, memang rasa bersyukurlah dapat merasa apa yang nelayan-nelayan lalui.

Siap mengisa ikan, baliklah semula ke pantai untuk keringkan badan dan bersihkan badan. Lepas tu makan tengahari dan acara penyampaian hadiah diadakan. Siap ada anugerah untuk parents yang banyak menyumbang. Habis semua acara, barulah kami bergerak balik ke Cheras. Fuh, penat juga acara begini. Tapi puas hati sebab banyak pengajaran yang kami sekeluarga dapat.

Korang yang baca entri kali ni, siapa pernah mengisa ikan?
Atau tak pernah dengar pun sebab aku pun first time juga tau.
By the way, thank you sudi baca!

Baca juga: Gunung Banang

18 ulasan

  1. Jauh2 pun berbaloi. Mcm2 aktiviti ada termasuk boleh main air. Seronok anak2 kan.

    BalasPadam
  2. Bagusnya program macam ni! Ibu bapa bukan sekadar penonton tapi harus turut sama terlibat sekali secara tak langsung beri sokongan moral untuk anak-anak juga. Dapat meluangkan masa berkualiti juga kan. Wildan pun nampak enjoy sangat tu! :D

    BalasPadam
  3. Bagusnya sekolah diorang! Anak² mesti suka dan kita pon dapatlah orang kata holiday jangka pendek dan spend time dengan anak² kan? The ebst moment to record and remember! Bagus sgt sekolah ni!

    BalasPadam
  4. Bestnya dapat banyak aktiviti dan juga program yang menarik satu hari kat situ hehehe dapat juga masa bersama anak dan keluarga kita juga nak habis masa macam ni hurmmmm...

    BalasPadam
  5. Rawlins pun tak pernah mengisa ikan.
    Mesti best kan pengalaman pertama sebegitu - anak-anak pun mesti teruja semacam tu.

    BalasPadam
  6. Seronoknya diaorang.. happy kalau tengok anak2 gembira bermain dgn kawan2 kan.. liez suka anak2 join aktiviti luar macam ni.. kindergarden anak liez pun xbuat hari sukan sbb cuaca sekarang xelok kan..

    BalasPadam
  7. Seronoknya buat sukaneka kat pantai pastu lain dari lain. Nampak meriah dan enjoy semuanya. Boleh bagi idea untuk buat famili day nanti. Best best!

    BalasPadam
  8. Bagus aktiviti Kelab Alam Rangers ni.

    Wildan nampak enjoy main laut tu ha. Siap berguling atas pasir. Hehehe.

    Parents pun apa kurangnya, happy duk mengisa ikan.

    Ruby pun pestime dengar ayat mengisa ni Asma

    BalasPadam
  9. Seronok la wildan mukhlis main dengan kwn2 baru. Ramai juga around 300 orang ye? Best aktiviti mcm ni. Bagi expose dunia luar , disamping aktivtii bonding mak ayah.

    BalasPadam
  10. Seronoknya sukaneka tadika Wildan! Penuh dengan aktiviti. Ni kali pertama yaya dengar perkataan mengisa. Thanks sharing info.

    BalasPadam
  11. Seonoknya bersukaneka. Rindu pulak masa sekolah rendah, selalu jugak ada sukaneka macam ni. Sekarang ni, nak bersukan pun mcm susah. Busy sgt dengan kerja. Haha.

    BalasPadam
  12. comelnya !! bila tengok gambar2 nie, teringat zaman kecik2 dulu. tp dulu sukaneka biasa2 je tapi skrg nie advance ya. sampai ke laut perginya. seronoklah budak2 sekarang dpt main air

    BalasPadam
  13. Macam2 aktiviti utk anak2 tadika sekarang ya. Sure diorg seronok walaupun penat, yg best tu mak ayah pun turut serta.

    BalasPadam
  14. Bestnya buat dekat tepi oantai... Seronok.. Lepas sukanboleh main air.. Hehehe.. Banyak aktiviti buat ye.. Kita pun pertana kalo dengar mengisa ikan tu.. Hehehw.. Tak sbr nak tgk anak kita sekolah nanti

    BalasPadam
  15. pun tak pernah tahu tentang mngisa ikan. buat apatah lagi. tapi sukaneka tepi pantai always the best choice kan.

    BalasPadam
  16. wah comelnya dia pakai baju mcam tu hahaha..unik dan menarik sukan yang dipertengahkan..kalau ada kita pun nak join...cam meriah tgk org2 yg sertai

    BalasPadam
  17. Wah bestnya dapat luang masa dengan anal2. Budak2 mcm seronok kalau tengok air. Have funnn!!!

    BalasPadam
  18. Can't believe they have so many fun activities for the kids. Is really good for kid to try out some outdoor nature activities, really so fun!

    BalasPadam

Komen